Showing posts with label Bali Muslim Tour. Show all posts
Showing posts with label Bali Muslim Tour. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Trip ke Bali - Full Day Tour ke Kintamani (sambungan)

Sambung cerita sebelum ni tentang Full Day Tour je Kintamani. Kami teruskan perjalanan naik gunung Batur di Kintamani. Nampak gunung berapi dan tasik dari pandangan atas. Tinggi tau...

Kami makan tengahari kat Restoran Suling Bali. Makan buffet, seorang 80,000 rupiah tidak termasuk tax. Kopi dan teh termasuk pakej skali. Tapi kami order air limau, watermelon, ais lemon tea dan pelbagai air lain... kena tambahlah yek.

Istimewanya ialah... restoran ni halal dan ada tempat sembahyang. Lega rasa hati. Makan sampai kenyang. Banyak ye restoran kat sini tulis halal... tapi tak pun. Pak Muji kat cuma 2 restoran je yang dia konfiden halal iaitu tempat yang kami makan dan ada satu lagi yang agak mahal sikit harganya. Yang lain tu, halal bermakna tiada babi sahaja yek kawan - kawan....

Cuma yang aku perasan, semua restoran di Bali ada jual arak. Mungkin kerana majoriti pelancong adalah orang putih. Diorang kan minum arak macam minum air masak.... Tak boleh nak terlalu cerewet.

Pandangan kat luar restoran. No 1 baru boleh cakap masa ni setelah kena nabulizer paginya.

Masa ni tengah tunggu my bos solat. Yang pakai tudung tu, wife dia sedang berbual dengan pelayan di restoran ni.

Tempat ni adalah sangat rimas bila nak ambil gambar gunung berapi tu sebab dikerumuni penjual yang tak serik2 memujuk kami beli barangan diorang. Sampai No 1 dan No 2 bagitau pak Mujii, jangan bawa kami ke sini lagi sebab pening... No 3, apa dia kisah... semua benda bia nak ....

Lepas tu, kami terus turun ke Ladang kopi dan cuba pelbagai rasa kopi dan teh mereka. Sedap betul kopi vanilla dan lemon tea diorang.



Kami beli bawak beberapa paket 100g balik Malaysia... mahal sikit harganya tapi takpalah... tak payah tambah apa2 cuma air je. Gula pun tak payah.

Ini Musang Luwak... tengah tidur. Kami tak try kopi ni... En Zalee takuttttt :p

Lepas tu kami patutnya ke krishna, tapi sebab esok ptg dah plan nak ke sana, jadi Pak Muji ajak ke Jimbaran. Kami singgah di Kedai Hawai, untuk cari ole- oleh Bali. Barangnya oklah... boleh tahan murah sebab dia jual banyak.

Kemudian kami makan malam di tepi pantai Jimbaran. Tak sempat nak tengok sunset... sampai dah gelap. Kat sini, pukul 6.30 dah macam 7.30 malam....


Susah rupanya makan dalam suasana romantik ni yek... tak nampak mana ikan mana udang hehehe....

Kami makan di restoran BaliMu. Ini sahajalah restoran yang Pak Muji kata boleh dipercayai status makanannya sesuai dengan orang islam sebab kebanyakan tempat makan lain ada campur arak dalam masakan diorang.

Alhamdulillah... lepas makan terus balik ke hotel. Mandikan anak-anak dan suruh diorang tidur awal... Kesian diorang letih especially no 1. Kenapa dengan no 1? Next post aku cerita.....

Sunday, May 12, 2013

Trip ke Bali - ketibaan

Aku pergi bali pada 8 mei 2013 untuk ke OCW conference 2013. Alang - alang dapat pergi sana, aku ajak en Zalee skali. Makanya, budak - budak 3 orang tu. Jenuh aku berjumpa cikgu sekolah diorang sebab nak kena cutikan sekolah... la kan skang ni bukan cuti sekolah.

Kami naik kapal terbang Malaysia Airlines. Dapat pakej agak murah, sebab ada promosi. Tapi bila tambah cukai mahal juga. Cuma mudah sikit sebab transit ke klia dari johor. Bag terus check in masuk kapal terbang.

Budak-budak tu kali pertama naik kapal terbang. Sangat-sangat teruja. Naib baik masih lagi boleh lagi dikawal kejakunan mereka tu :) Cuma no 1 je yang paling over. Siap claim makanan dalam kapalterbang paling sedap... padahal diorang dah lapar sebab masa aku dan en Zalee breakfast, dia tak ambil port.

Sampai Ngurah Rai Airport, 1 daripada 2 beg kami tak sampai lagi. Tersangkut kat KL. Terperanjat aku bila nama aku orang panggil. Tak pasal-pasal glamer. kena buat laporan dekat bahagian kehilangan dan tuntutan bagasi. Diorang mintak alamat hotel dan maklumat tentang bag yang hilang tu. Diorang janji akan hantarkan terus ke hotel jika tiada masalah.



Kami dijemput oleh Pak Muji dari Bali Halal Tour. Kami di bawa makan tengahari di kedai Makanan Segera "Ayam Tulang Lunak Malioboro" sebelum dihantar ke hotel Ayodya Resort. Kedai ni tukang masaknya muslim, lauknya dalam portion agak besar, sesuai untuk 3-4 orang makan. Rasanya boleh tahan sedap. Tak berapa pedas, boleh bawa anak-anak. Setiap hidangan akan diberikan semangkuk kecil sambal goreng, jadi sesuai dengan tekak mak bapa budak skali ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...