Showing posts with label bali. Show all posts
Showing posts with label bali. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Trip ke Bali -Alif kena asthma

Masa hari pertama sampai ke Bali, aku terus ke Conference untuk Parallel session. Budak - budak aku tinggalkan dengan En. Zali kat bilik. Suruh diaorang tidur dulu... dah petang bolehlah mandi kat kolam atau pergii ke pantai Nusa Dua.

Dalam pukul 4, En Zali telefon, tanyakan berapa dos untuk ubat batuk No 1. Aku dah perasan dari dalam flight lagi, No 1 ada batuk sekali sekala... rupanya makin menjadi plak bila sampai kat Bali.

Lepas habis tengok sesi pembentangan, ( sesi pembentangan aku belum lagi, hari Jumaat nanti) aku naik bilik. Semua dah siap mandi, rupa2 nya baru sudah mandi kolam... sampai gigil2. Barulah masing-masing rasa lapar. Habis nasi 4 bungkus yang kami tapau balik dari Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro.

Malam tu, batuk No 1 makin menjadi- jadi pulak. Oleh kerana ubat batuk baru makan petangnya, aku just suruh dia ambil pam ventolin exohaler dan bagi ubat selsema sebab tengok dia dah mula lain macam. Lepas tu sapukan minyak vic kat dada, nampak macam boleh tidur. Dalam pukul 12 tengah malam, aku tengok batuk dia masih tak kurang, nafas dah makin laju. Terus aku bagi lagi ubat batuk, sapu lagi minyak vic dan suruh dis minum air panas kosong. Lama juga bunyi whizzing dia nak slow down. En Zali siap turun ke Lobby tanya mana nak jumpa klinik kat sini. Rupa-rupanya hotel ni ada guest clinic... hebat. Tapi kalau nak call Dr kena tunggu 1 jam baru dia sampai. Kami decide untuk tunggu dulu...Dalam pukul 1 dia boleh tidur semula... Maknanya dah ok sket

Bangun pagi, batuk kuat semula. Nampak dia bernafas laju macam orang penat. Kami terus call guest klinik. Mintak nabulizer. Masa tu No 2 dan No 3 masih tergolek atas katil lagi. Seorang nurse lelaki datang untuk nab No 1. Dia cek condition Alif dan reconfirm dengan Dr melalui telefon.


Lepas kena nab, dia terus rasa sihat. Batuk boleh keluar kahak. Nafas dah ok semula. Kos ubat 150,000 rupiah, kalau Dr yang datang kena tambah lagi 300,000 rupiah, tapi tak payah sebab nurse jek yang datang.

As usual, lepas kena nab dia akan rasa letih dan mengantuk sebab effect ubat tu. Jadi sepanjang perjalanan kami ke Kintamani macam yang aku ceritakan dalam post Trip ke Bali - Full Day Tour ke Kintamani tu dia tidur jek. Masa stop kat tempat silver dan lukisan, dia tinggal tidur dalam kereta. Lepas sampai gunung Batur barulah dia boleh bercakap dan mula merepek yang bukan- bukan serta mengajak adiknya gaduh dalam kereta. Takpalah nak, asal kau sihat... bolehlah mak sambung tour ke Jimbaran... kalau tidak... balik hotel sekarang heheheheh.

Gitulah ceritanya...

Monday, May 13, 2013

Trip ke Bali - Full Day Tour ke Kintamani (sambungan)

Sambung cerita sebelum ni tentang Full Day Tour je Kintamani. Kami teruskan perjalanan naik gunung Batur di Kintamani. Nampak gunung berapi dan tasik dari pandangan atas. Tinggi tau...

Kami makan tengahari kat Restoran Suling Bali. Makan buffet, seorang 80,000 rupiah tidak termasuk tax. Kopi dan teh termasuk pakej skali. Tapi kami order air limau, watermelon, ais lemon tea dan pelbagai air lain... kena tambahlah yek.

Istimewanya ialah... restoran ni halal dan ada tempat sembahyang. Lega rasa hati. Makan sampai kenyang. Banyak ye restoran kat sini tulis halal... tapi tak pun. Pak Muji kat cuma 2 restoran je yang dia konfiden halal iaitu tempat yang kami makan dan ada satu lagi yang agak mahal sikit harganya. Yang lain tu, halal bermakna tiada babi sahaja yek kawan - kawan....

Cuma yang aku perasan, semua restoran di Bali ada jual arak. Mungkin kerana majoriti pelancong adalah orang putih. Diorang kan minum arak macam minum air masak.... Tak boleh nak terlalu cerewet.

Pandangan kat luar restoran. No 1 baru boleh cakap masa ni setelah kena nabulizer paginya.

Masa ni tengah tunggu my bos solat. Yang pakai tudung tu, wife dia sedang berbual dengan pelayan di restoran ni.

Tempat ni adalah sangat rimas bila nak ambil gambar gunung berapi tu sebab dikerumuni penjual yang tak serik2 memujuk kami beli barangan diorang. Sampai No 1 dan No 2 bagitau pak Mujii, jangan bawa kami ke sini lagi sebab pening... No 3, apa dia kisah... semua benda bia nak ....

Lepas tu, kami terus turun ke Ladang kopi dan cuba pelbagai rasa kopi dan teh mereka. Sedap betul kopi vanilla dan lemon tea diorang.



Kami beli bawak beberapa paket 100g balik Malaysia... mahal sikit harganya tapi takpalah... tak payah tambah apa2 cuma air je. Gula pun tak payah.

Ini Musang Luwak... tengah tidur. Kami tak try kopi ni... En Zalee takuttttt :p

Lepas tu kami patutnya ke krishna, tapi sebab esok ptg dah plan nak ke sana, jadi Pak Muji ajak ke Jimbaran. Kami singgah di Kedai Hawai, untuk cari ole- oleh Bali. Barangnya oklah... boleh tahan murah sebab dia jual banyak.

Kemudian kami makan malam di tepi pantai Jimbaran. Tak sempat nak tengok sunset... sampai dah gelap. Kat sini, pukul 6.30 dah macam 7.30 malam....


Susah rupanya makan dalam suasana romantik ni yek... tak nampak mana ikan mana udang hehehe....

Kami makan di restoran BaliMu. Ini sahajalah restoran yang Pak Muji kata boleh dipercayai status makanannya sesuai dengan orang islam sebab kebanyakan tempat makan lain ada campur arak dalam masakan diorang.

Alhamdulillah... lepas makan terus balik ke hotel. Mandikan anak-anak dan suruh diorang tidur awal... Kesian diorang letih especially no 1. Kenapa dengan no 1? Next post aku cerita.....

Sunday, May 12, 2013

Trip ke Bali - Full day tour ke kintamani

Hari kedua, oleh kerana agenda conference hanya sekerat hari dan pembentangan conference sebelah pagi tak berapa menarik, aku ikut lawatan ke Kintamani dengan Pakej Bali Halal Tour.

Kami start pukul 8.30, awal-awal lagi Pak Muji, travel guide merangkap pemandu kami dah tunggu di Lobby hotel. Kami terus dibawa ke Sanur untuk tengok Tarian Barong. Perjalanan dari Nusa dua ke Sanur mengambil masa lebih kurang 1 jam. Nak masuk kena bayar tiket 100,000 rupiah seorang. Anak-anak aku tak kena bayar, Pak Muji dah kawtim dengan owner tempat ni :)

Tarian Barong ini adalah epik di Bali mengisahkan persengketaan antara kuasoa jahat Rangda dan kuasa baik Barong.


Aku tak berapa paham babak 2 orang penari pempuan ni ;p


Masa ni, 2 pengikut Dewi Panti mencari Patih untuk mengadap Dewi Panti. Tapi sorang daripadanya kena rasuk kuasa jahat plak...


Masa ni Patih nak serahkan anak Dewi Panti iaitu Sadewa kepada Rangda yang jahat. Patih ni
Kat luar boleh ambil gambar, kat tempat jualan tak boleh.

pun kena rasuk gak... sebab tu dia ikut jek walaupun tak masuk akal kenapa dia nak bagi Sadewa kepada Rangda untuk dibunuh.

Endingnya, Sadewa ni dapat kuasa dari Barong, dia jadi kebal dan kemudiannya berjaya mengalahkan Rangda dan pengikutnya setelah dia sendiri berubah menjadi Barong. Jadi, Barong ni macam satu semangat bahawa orang baik akan dibantu oleh tuhan dan mengalahkan orang jahat.

Tak kisahlah sangat pasal siapa menang dan siapa kalah... yang penting anak-anakku ternganga mengadap tarian ni sebab dia macam teater. Aman selama 1 jam :)

Pas tu kami ke kampung-kampung yang mempunyai perindustrian yang unik. Ada kampung yang kemahirannya buat batik. Kampung sebelahnya plak, pandai buat barang kemas seperti perak. Cantik-cantik barang kemasnya. Kedai yang aku masuk tu, dalam dia perghhh cantik sangat dan barang-barangnya mahalllll. Tapi warranty seumur hidup ok. Kalau patah, ambil gambar, emailkan. Nanti diorang ganti baru....

Kampung sebelah dia plak, ada perusahaan lukisan. Sekampung pandai melukis.... hebat.

Kat luar gallery boleh amik gambar. Ada yang sedang buat melukis dan mewarna lukisan masing-masing. Kat dalam gallery tak boleh amik gambar...

En Zalee dan No 3 kat depan pintu masuk ke gallery.

Cantik lukisan dia... tapi manalah aku nak letak kat umah tu. Umah aku kecik. Lagipun, kena berjimat cermat sket. Beli apa yang penting jelah.

Sambung post seterusnyalah yek. Panjang beno dah ni....

Trip ke Bali - ketibaan

Aku pergi bali pada 8 mei 2013 untuk ke OCW conference 2013. Alang - alang dapat pergi sana, aku ajak en Zalee skali. Makanya, budak - budak 3 orang tu. Jenuh aku berjumpa cikgu sekolah diorang sebab nak kena cutikan sekolah... la kan skang ni bukan cuti sekolah.

Kami naik kapal terbang Malaysia Airlines. Dapat pakej agak murah, sebab ada promosi. Tapi bila tambah cukai mahal juga. Cuma mudah sikit sebab transit ke klia dari johor. Bag terus check in masuk kapal terbang.

Budak-budak tu kali pertama naik kapal terbang. Sangat-sangat teruja. Naib baik masih lagi boleh lagi dikawal kejakunan mereka tu :) Cuma no 1 je yang paling over. Siap claim makanan dalam kapalterbang paling sedap... padahal diorang dah lapar sebab masa aku dan en Zalee breakfast, dia tak ambil port.

Sampai Ngurah Rai Airport, 1 daripada 2 beg kami tak sampai lagi. Tersangkut kat KL. Terperanjat aku bila nama aku orang panggil. Tak pasal-pasal glamer. kena buat laporan dekat bahagian kehilangan dan tuntutan bagasi. Diorang mintak alamat hotel dan maklumat tentang bag yang hilang tu. Diorang janji akan hantarkan terus ke hotel jika tiada masalah.



Kami dijemput oleh Pak Muji dari Bali Halal Tour. Kami di bawa makan tengahari di kedai Makanan Segera "Ayam Tulang Lunak Malioboro" sebelum dihantar ke hotel Ayodya Resort. Kedai ni tukang masaknya muslim, lauknya dalam portion agak besar, sesuai untuk 3-4 orang makan. Rasanya boleh tahan sedap. Tak berapa pedas, boleh bawa anak-anak. Setiap hidangan akan diberikan semangkuk kecil sambal goreng, jadi sesuai dengan tekak mak bapa budak skali ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...