Sunday, March 27, 2016

Tak boleh tidur

Dalam minggu ni, no 4 kan tak berapa sihat. So aku dok berjaga malam, cek ubat dia, sapu minyak panas, susu, tepuk percussion bila dia batuk...

Hari ni nampak dia dah boleh tidur nyenyak sikit. Lega sikit hati. Esok nak bawak jumpa dr lagi... ubat selsema dah nak abis.

Tapi... sikecik dah boleh tido... aku pulak terkebil2. Pusing kanan salah.. pusing kiri salah. Padahal badan ni punyalah letih...rasa menggeletar jek satu badan. Tapi tak boleh tidur pulak... haih.

Baru tuhan tarik sikit nikmat tidur kan.... dah macam ni. Kalau terus tak boleh tidur... macamanalah agaknya. Astaghfirullah... ampunkanlah dosa hambamu ini Ya Allah...


En zalee dah lama lena dahhhh....

Friday, March 25, 2016

Recovering process

Tengah dalam process recover dari demam. Selsema masih ada. Batuk dah ada kahak... tak kering macam sebelum ni.



Lega sikit hati bila my princess tido lena. Harap2 makin sihat ye sayang mak.

Thursday, March 24, 2016

Demam, selsema, batuk

Bila ada anak kecil, sakit adalah satu perkara yang biasa. Budak kecil ni fragile lagi... mudah sakit. Mereka baru nak bina antibody.

Dlm minggu ni, no 4 kena demam selsema. As usual, bagilah ubat demam bila suhu dia panas. Ubat selsema yg dr bagi masih ada. Ada juga letak bawang putih kat stokin dia untuk bantu dia lawan virus selsema tu...

Tapi... melarat juga. Yelah, skang ni kan cuaca panas sangat. Famili memang dah keturunan asthma... nak buat camner. Semalam dah start batuk. Bunyi macam mencungap. Org asthma ni batuk takda kahak... setiap kali batuk, sakit dada. Hidung plak meleleh hingus. Kesiannya tengok dia. Kesian mak dia skali sebab tak cukup tido huhu.

Lepas jumpa dr pakar, dapat tambahan ubat sprayvkat idung... barulah nampak beza sket batuk dia. Tapi, berkepit jeklah dgn mak dia. Tak boleh nak buat apa.

Cepat2lah baik sayang mak....



Feeling worried and sakit kepala (:-(

Sunday, March 13, 2016

Boboiboy movie

Cuti sekolah... budak2 menuntut nak tengok wayang. Nak tengok cerita yg tengah hot tuuu. Kalau ikutkan kerja... memang tak sempatlahhh.

Tebalkan muka, mintak cuti dengan my boss. Beli tiket online...



Wajah mereka selepas keluar wayang adalah pricelesss...

Esok mak keje ye sayangggg :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...