Masa Rizmal berumur setahun sembilan bulan, aku dapati yang aku mengandung no 3. Masa dapat tau tu, aku mabuk masa jaga ayah lepas operation kat hospital.
Aku dan suami agak terperanjat sebab kami berdua sebenarnya merancang untuk tidak menambah anak lagi sehingga aku habis belajar. Tapi dah ditentukan Allah yang aku mengandung, kami terima seadanya.
Cumer, oleh kerana masa mengandung no 3 aku sedang belajar dan berada pada stage yang agak berat, aku mengalami depresi yang agak teruk. Lagipun, no 1 dan no 2 masih kecil lagi. Sehinggakan benda kecik2 pun aku akan tersinggung dan kecil hati. Selalu sangat aku menangis, tapi most of the time by myself. Akibat emosi yang tak berapa stabil, aku selalu demam dan badanku agak lemah. Bilangan hemoglobin (Hb) pun kurang sehingga aku kena makan pil untuk tambah zat besi masa trimester 1 dan 2. Kedudukan uri disebelah bawah juga agak membimbangkan kerana komplikasi mungkin berlaku pendarahan yang banyak masa bersalin.
Tapi syukurlah plak sebab masa mengandungkan no 3, aku kurang kena astma mahupun sakit pinggang macam no.2. Mungkin sebab aku jaga makan dan selalu minum susu. Bila masuk trimester ke 3, kedudukan uri semakin tinggi dan Hb pun semakin baik.
22 Jun 2009, aku bawa adikku yang bongsu untuk buka akaun bank sekaligus buat medical checkup sebab dia dapat masuk kursus biotechnology di UMP. Selesai semua hal, kitorang pergi beli barang dan singgah makan steamboat kat JUSCO. Sampai umah dah ptg. Malamnya, aku tido awal sebab rasa letih sangat.
Dalam pkul 1.30, aku gi bilik air sebab rasa lain macam. Skali, aku nampak ada darah, terus aku bagitau mak dan masuk bilik untuk salin baju. Masa tu, darah meleleh agak banyak hingga kain batik aku penuh dengan darah. Bila mak jengah aku kat bilik, dia terperanjat tengok penuh atas lantai. Adik aku Nolie dgn Is temankan aku kepusat bersalin, tapi diorang tak boleh tunggu. Aku minum air selusuh dan makan kurma masa dalam kereta sebab takut tak sempat nanti.
Malam tu, line celcom problemlah plak. Aku tak dapat call suamiku sehinggalah sampai ke pusat bersalin. Nasib baik mak dapat tepon pakai tepon umah. Nurse terus jek masukkan air sebab aku dah bukak 5cm. Tak tunggu lama, aku dah sakit kuat dan sedia untuk bersalin.
Alhamdulillah, walaupun aku alami macam2 hal masa mengandung, aku bersalin dengan sangat mudah. Langsung takda kena sebarang jahitan walaupun kali ni takda siapa pun temankan aku.
Tepat pukul 3.00 pagi, 23 Jun 2009 aku selamat melahirkan Rahmat hidayat bin Ghazali dengan berat 3.1 kg. Suamiku hanya bertolak dari Muar lepas subuh sebab bimbang dia tertidor masa drive. Dalam pukul 7.30 dia sampai untuk azankan anakku.