Thursday, November 15, 2012

Bagaimana nak crack fail pdf yang dikunci (lock)

Pernah tak berlaku dimana anda jumpa satu fail rujukan berformat pdf tapi tak boleh buat apa-apa? Tak boleh copy, paste mahupun print fail tersebut...Pernah tak?

Kadang-kadang, kita takda niat pun nak curi bahan tersebut, kalau kita copy atau paste sekalipun, ia akan diubahsuai semula menjadi ayat yang bersesuaian dengan kajian kita. Kalau taknak bagi copy, paste sekalipun, takdalah kisah sangat. Tapi, kalau print pun tak boleh... camnalah nak buat rujukan.... kan ...kan

Jadi, aku ada jumpa satu website ni... untuk crack fail pdf yang di lock.
Mudah dan tidak memerlukan sebarang kemahiran IT yang extreme...

Pergi jek kat sini http://www.crackmypdf.com/
Upload file pdf anda dan... ikut arahan yang diberikan.

Pesanan penaja :
Sila hormati hak cipta orang lain ye. 
Kegunaan atas dasar ilmu pengetahuan adalah dibenarkan berdasarkan Fair Used Act :)

Wednesday, November 14, 2012

Tadika mana yang baik untuk anak kita

Tergerak untuk tulis semula artikel tentang

Tadika murah tiada kualiti

yang ku tulis tahun lepas bila Iryani_fz (dari Sungai Buloh, Selangor) singgah dan beri komen mengenai yuran tadika yang sangat mahal untuk anak-anak.

Aku takda masalah dengan tadika mahal. Sebagai seorang ibu, memberi segala yang terbaik kepada anak adalah satu impian. Paling mahal, paling cantik, paling sedap, paling pandai, segala yang terbaik untuk anak-anak kita...

Selalunya, tadika yang mahal itu memberi banyak perkara pada anak kita
Pembelajaran yang optima - English communication, writing, Membaca, Mengira, Menggunakan komputer, sampaikan belum masuk darjah 1 dah pandai kira darab dan bahagi. Ada juga yang boleh bercakap english mengalahkan mak bapak dia sendiri.. Hebat.

Bohonglah kalau aku tak mahu macam tu... Anda juga kan :)

Tapi, kita hidup berpijak pada bumi yang nyata dimana kadangkala kita tak mampu.
Kita tak mampu naik kereta mewah
Kita tak mampu pergi melancong ke luar negara
Kita tak mampu hantar anak ke sekolah yang dikatakan sebagai paling hebat di Malaysia :)

Maka kita kena membuat pilihan.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pilih Tadika Kemas untuk anak-anak aku kerana ia berada di depan kawasan rumah ibuku, yurannya murah, aktivitinya tidak terhad kepada akademik sahaja dan gurunya kukenali sebagai seorang yang sangat desikasi.


Anda kena membuat pilihan anda sendiri... timbanglah mana yang berat
Cadangan aku, pergi jumpa guru sekolah yang telah anda senarai pendekkan atau perhatikan semasa proses pembelajaran berlangsung sebelum hantar anak ke sekolah yang dipilih. Buatlah survey sikit, tengok kesesuaian kualiti sekolah dengan kemampuan poket kita.

Namun, bila anak-anak balik rumah tettttaaaap kita kena bimbing mereka semula sebab parents have the most influence to kids performance. Good luck ye..

Monday, November 12, 2012

Pergi yang tak kembali

Duhai ayah,
Tanggal 31 Oktober 2012 yang lalu,
Kau pergi tanpa galang gantinya,
Kau pergi tanpa kulihat kubur tandanya,

Aku sedih,
Tapi aku tak mampu menangis
Bimbang emak yang masih di tanah haram gundah gulana
Mendengar sedu sedan anaknya di Malaysia

Aku hiba,
Namun aku tak boleh nestapa
Kerana tugas sebagai Ibu tetap perlu kuteruskan jua
Menguruskan anak-anak yang masih belum tahu apa-apa

Kerana tugas sebagai Isteri tetap perlu kuteruskan jua
Menjaga makan, pakai dan keperluan suami tercinta

Kerana tugas sebagai pekerja perlu ku selesaikan jua
Mencapai KPI yang ditetapkan dari awal tahun semasa

Kerana tugas sebagai pelajar mesti ku pikul jua
Memenuhi janji yang asyik ku letak ke tepi setiap kali tanggungjawab lain menggugat masa, tenaga dan emosi

Namun, Aku sangat bersyukur hai ayah,
Kau sempat wukuf di tanah arafah,
Kau sempat bermalam di Muzdalifah,
Kau sempat melontar di tiga Jumrah,
Kau sempat saie dan tawaf mengelilingi Kaabah
Terimalah Haji ayahku, Ya Allah


Anakmu ini berjanji akan terus tabah mengharungi liku-liku hidup ini
Moga rohmu wahai ayahku, tergolong dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal salleh.



Wednesday, September 26, 2012

Makanan mengenyangkan

Hari ni aku tak keje... ada appointment dengan doktor di Hospital Sultanah Aminah. As usual, menunggu yang lama.. Balik rumah, oleh kerana amik darah, badan akan rasa letih... tidurlah ubatnya :) No 1 balik sekolah agama dalam pukul 4, aku suruh dia tidur dulu. Kalau tak, maghrib jek dia dah ngantuk. Bangun tidur, dia mengadu lapar...
Aku  : Kan tok mak bagi duit gi sekolah agama tadi..beli apa?
No 1 : Beli aiskrim
Aku  : Tadi kan tak sempat makan nasi, kenapa tak beli makanan 
       yang mengenyangkan?
No 1 : Saya ingat aiskrim tu mengenyangkan...
Aku  : &%$#??

Wednesday, September 19, 2012

mata bengkak

Pernah tak korang menangis sampai bengkak mata?
Tak pernah?

Pernah tak korang menangis sampai sakit kepala?
Tak pernah?



Hmmm.. semalam aku menangis sehari suntuk...
Kepala sakit... bangun pagi mata bengkak.
Stress yang teramat sangat sebab terlalu banyak benda nak pk...
Banyak sangat keje nak diselesaikan..
Sampai writing aku nak bergerak 1 paragraph pun susah beno...

Selalunya bila nak pergi pejabat, kita akan ada perancangan
macam aku plan semalam pagi nak buat writing, sebelum masuk kelas tengahari
sampai ofis,
dapat email kena ganti mesyuarat boss
dapat email mintak semakkan akaun elearning
dapat email mintak senarai nama pelajar yang belum jawab survey KPT
flyers conference sepatutnya dah siap... belum lagi
run sistem, slow nak pengsan...

penyudahnya, aku masuk kelas, apa pun tak buat
writing tak sempat buat
lesson plan tak ready...
masuk buntang2 jek...

once habis kelas... terus aku menangis tak sudah2...
petang kena masuk taklimat plak...
patutnya minggu lepas dah hantar draft thesis aku pada supervisor...
hal-hal macam nilah yang buat semuanya pending lagi
nak cakap apa tah lagi alasan...
orang sure akan kata aku tak pandai bagi masa...
nak cerita pun tak guna...
sudahnya ... aku nangis sampai malam...
lepas bangun tido pagi tadi... baru rasa lega sikit...

dah kering air mata gaknya...
mungkin boleh ubat sikit stress tahap gaban aku ni...
hari ni... buat keje macam biasa... bengkak mata aku ni kalau ada yang perasan pun...
tak kesahlahhhhh....

Monday, September 17, 2012

Keje walaupun cuti

Hari ni cuti ganti Hari Malaysia.
Alhamdulilah, dapat cuti 3 hari... bolehlah bawak anak jalan-jalan.

Aku bawak diorang jalan-jalan... ke ofis :)
Kena gi pejabat sebab nak siapkan writing.
Kat umah, diorang lebih banyak agenda...
Bole sepak,
Badminton,
Computer game,
Youtube,
Wrestling,
Ultraman,
Ben 10

Kang diorang nak air sirap, ribena, biskut, kek, roti... tah apa2 lagi...
Kang diorang nak ke umah Tokmaknya....
Kang dia suruh bukak DVD kartun ...

Jadi, aku angkut ke pejabat.
Bagi diorang tengok youtube ... ikutlah cerita apa diorang nak tengok ( safe search).



At least aku sempatlah mengarang separagraph dua....
Dapatlah membetulkan jadual dan diagram...
Dapatlah siapkan abstract nak hantar ke conference.

Esok dah naik keje... pegang kerja pejabat dan kelas... apa pun tak sempat dah.
Inilah kalau mak beranak 3 sambung belajar....
Cubaaannnnn....

Wednesday, September 12, 2012

Tak habis-habis mesyuarat

Ibu bapa selalu komplen bila anak dia cerita .. cikgu tak masuk kelas sebab mesyuarat
Anak murid selalu sengih bila kelas batal ... sebab lecturer kena pergi mesyuarat
Staf selalu bising bila nak mintak tandatangan .. bos takda sebab pergi mesyuarat

Aku pun nak komplen ... apalah yang tak habis-habis mesyuarat
Nak buat projek ... mesyuarat
Nak lantik pegawai ... mesyuarat
Nak buat conference ... mesyuarat
Nak buat program baru ... mesyuarat
Nak tentukan boleh beli barang ke tak ... mesyuarat
Nak tentukan tindakan disiplin ... mesyuarat
Nak tengok status Phd dah siap ke tak ... mesyuarat

Kalau aku kena pergi semua mesyuarat yang orang set pada 1 masa yang sama jek... macamana aku nak kerat badan aku ni..
Kalau pagi petang mesyuarat ... bila pulak aku nak buat keje ni...
Kalau asyik kena attend mesyuarat ... bila plak aku nak buat mesyuarat untuk anak buat aku ni...



Kang aku tak datang... kena tindakan tatatertib plak kang
Kang aku tak datang ... keje nak kena buat aku tak tau plak
Kang aku tak datang ... orang kata aku makan gaji buta plak
Kang aku datang ... jenuhlah aku nak menganti kelas dik non oiiii

Pening tau tak...
Tak habis-habis mesyuarat
Letih...

Saturday, August 18, 2012

balik kampung

Raya tahun ni balik beraya kat umah mentua.
As usual,a ku akan buat checklist supaya takda barang yang tinggal.
Cuma, tahun ni tak cukup 1 beg besar... kena tambah 1 bag untuk baju aku dan 1 bag lagi untuk cik Abg.

Aku siapkan barang2 aku dan ank2, dia siapkan baju dan barang2 dia.
Masukkan charger, botol susu anak, ubat dalam bag dia.
Siap semua barang, aku letak sekali kat tengah umah takut tertinggal.
Bag dia, kemas dalam bilik, tah apa2 lagi... aku biar jeklah dia kemas bag tu.

Lapes sembahyang jumaat, terus salin baju anak2 dan masukkan bag dalam keta.
Kuih raya semua aku dah standby kat tengah umah.
Bila dah masuk semua, aku surveylah takut ada yang tertinggal...

Dalam pkul 3 gerak... dekat pukul 5 sampai dah kampung...

Guess what?

1 bag suamiku tinggal... habis semua baju raya, seluar, tshirt, susu anak, botol susu, ubat dan brg2 suamiku tinggal...
Sebab... dia letak kat dalam bilik... langsung tak perasan nak ambil masuk keta...

Haihhhh... nasiblah balik umah mak mentuaku...
Adalah sikit2 baju basahan kat umah.
Tadi pi kedai jap beli seluar dan tshirt dia, beli skali ubat2 anak2 dan diri sendri untuk standby...
Cumer...tak beraya dengan baju barulah tahun ni :)

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ye semua... >__<

Tuesday, August 14, 2012

pedih mata

situasi dalam bilik air,

no 1 dgn no 2 tengah mandi dalam bilik air sebelum nak ke sekolah.

tiba - tiba. ....

no 1 : mak... mal pedih mata... dia sakit sangat kena sabun
abah diorang : napa? ** sambil lari ke bilik air.
no 1 : dia gosok mata... basuh-basuh... tiba-tiba sakit. habislah dia tak boleh pergi sekolah...

aku : ??*#&*

Thursday, August 2, 2012

tersentuh hati

Hari ni dapat berita,
One of my friend yang sama-sama struggle untuk menyiapkan PhD kami dah bergelar Dr.
Rasa happy sangat untuk beliau.

At the same time, rasa sedih sangat sebab aku masih tercari-cari masa dan semangat untuk meneruskan liku yang tak henti2 kutemui.
Rasa sedih sangat, sebab terikat dengan perlbagai komitment yang tak henti-henti meminta aku berkongsi masa yang sangat sedikitnya ia.
Rasa sedih sangat sebab takut aku tertinggal dek kumpulan minoriti dalam kelompok staf yang semakin berjaya.
Rasa sedih sangat sebab takda siapa faham apa yang kami alami semalam menyiapkan thesis Phd ini.

Kami tiada laluan tetap.
Kami tiada peperiksaan.
Kami tiada bimbingan khusus.
Semua yang kami bina, kami kena cari sendiri bahannya, asasnya, pendekatannya, caranya, masalahnya sehingga terbinanya ia yang kadangkala tidak kukuh. Boleh rebah bila-bila masa ditegur dek panel penilai semasa pembetangan viva akhir.

Setiap kali aku sogokkan perkataan "Setiap yang berlaku ada hikmahnya",
ada juga rasa sedih mengenangkan nasib diri yang tak sama perjalanannya dengan rakan lain.
Silap aku dari awal kerana tak pandai mengurus masa... tapi masaku banyak habis kerana pelbagai masalah yang menimpa keluarga.


Entahlah... bolehke aku selesaikan penulisanku ini....
Mudah2an ramadhan tahun ini membawa rahmat kepada aku dan keluarga.
Aminnnnn

Sunday, July 29, 2012

Kisah No 1 berpuasa

Nak cerita pasal No 1 pulak...

Yang si abang ni pun puasa. Alhamdulillah
Tapi banyak sungguh kerenahnya.

Kalau hari sekolah, masa balik tengahari tu memang banyak sungguh dugaannya.
Van sekolah dia ada jual aiskrim...
Manalah tak tergugat iman dia.
Hari pertama sekolah dalam bulan puasa, dia buka puasa dengan aiskrim makcik van sekolah tu. Padalahal aku tak bagi duit belanja. Ada pulak kawan dia belanja.Rugi2...

Satu hari dia mandi selalunya 3 kali, pagi sekali, tengahari sekali, balik sekolah sekali. Dalam bulan puasa ni... dia tambah 1 kali lagi mandi... petang sebelum buka puasa.
Layan jeklah nak oiiiii.... janji ko puasa ...

Kalau hari tak sekolah lagi haru...
Pagi lagi dia dah membebel laparlah... hauslah...
Nampak roti kosong pun nak...
Padahal kalau bukan bulan puasa... tak maunya dia...
Aku guna pendekatan, buat tak layan jek. Kadang2 aku bebel balik lah.... dah namanya mak kannn :)

Masa dia balik sekolah makan aiskrim (hari ketiga puasa) ... aku denda tak bawak pergi bazaar ramadhan.
Tapi aku tapau air kotak untuk dia.... Dia minum lepas adik2 dia minum.
Adik aku siap denda dia tak boleh tengok kartun sebab tak puasa...

Sampai hari ni, dia dah puasa 7 hari... kurang sehari berbanding adik dia.
Oklah jugak...
Harap2 dia dapat bertahan sampai ke hujung puasa...Aminnnn

kisah No 2 berpuasa

Alhamdulillah, dah 8 hari kita berpuasa.

No 2 puasa. Hebat betul anakku ini.
Bila tanya dengan babysitter, dia takda banyak cerita.
Tapi tengahri lepas balik tadika, dia akan disuruh tidur.
Taknak nampak adiknya dan anak2 lain disuap makan...
Takut bergegar iman dia.

Cume, setiap kali aku balik keje amik dia, memanjang bising kata aku balik lambat.
Banyak permintaannya: air kotak, aiskrim, ayam panggang...
Bila dh buka puasa... takdalah banyak mana dia makan pun.



Bila cuti Sabtu & Ahad tu susah sikit...
No 2 tak sebaik di rumah baby sitter dia...
Mungkin dia tahu, ibu mudah tak sampai hati...
Dipujuk berkali2... minta airlah... laparlah...
Nak suap makan si kecik pun kena sembunyi2...
Bila tak dilayan... aku dibebelnya... dijeritnya... lepaskan geram kononnya aku tak sayangkan dia.
Haihhhh...

Kalau ikutkan, dia baru 5 tahun...
Kecik lagi... puasa sekerat hari pun dah baik sangat pada aku...
Tapi kerana nak menemankan No 1 puasa (lagi penin budak sorang tu), aku pujuk dia teruskan puasa.
Bila nampak dia tahan... tak melepek sepanjang hari...
Sedar2 dah 8 hari dia puasa.... 1 hari pun belum tinggal lagi...
Kalau dapat sebulan puasa... Syukur alhamdulillah... :)

Saturday, July 21, 2012

Hari pertama puasa

Syukurlah,

Dapat juga No 1 dan No 2 puasa hari pertama ni.
Setelah penat dipujuk...
dikongsi dengan cerita bahawa puasa itu ibadah
dikongsi dengan cerita bagaimana rasanya orang lain yang tiada makanan nak disuap ke mulut
dikongsi dengan cerita kasihnya Allah dan nabi

tapi... satu pun tak jalan awalnya...
dibetahnya aku dengan pelbagai soalan kenapa, mengapa

No 2 siap marah2, kata aku tak sayangkan dia.. paksa dia tahan lapar sepanjang hari
No 1 asyik merengek sepanjang masa, mintak itulah... inilah..

Sampai satu masa, aku terlanjur berjanji... kalau penuh puasa sehari, aku bagi RM1
No 1 boleh kata.. RM1 boleh beli apa... :(

Lama2, aku diamkan.... tepis sikit2 mana yang boleh
Pujuk suruh tidur bila letih...
Bukakan video mana yang mereka suka.

Dapatlah 1 hari penuh diorang puasa. Alhamdulillah.

Esok, macamanalah cabarannya agaknya :)

Teringat puasa lalu

Salam ramadhan

Alhamdulillah, jumpa lagi aku dengan bulan Ramadhan tahun ni.
Bulan puasa tahun lepas, atuk tengah sakit tenat.
Makan tak selera, minum tak mahu.
Macam2 sakitnya di akhir usia beliau.

Sempat arwah jumpa Syawal tahun lepas.
Sempat kami jumpa mohon ampun dan maaf.
Sempat mak jaga beliau di saat uzurnya.

Tahun ni, kami berpuasa tanpanya.
Mudah2an atuk dalam lindungan Allah swt.
Kami sayangkan atuk :(

Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari Guru

16 Mei merupakan sambutan hari guru.


Dapat beberapa ucapan daripada kawan2 dan pelajar antaranya

sms 1 # Selamat Hari Guru@Pensyarah. Terima kasih atas bimbingan dan ilmu yang dicurahkan

sms 2 # Hepi Teacher's Day :) may this sms reach u in d best health & prosperity

sms 3 # Selamat hari guru ... cikgu kepada cikgu ... semoga segala usaha diberkati

sms 4 # Slmt hari guru... Kitalah guru2 yg terbaekkkkk

sms 5 yang paling panjang #

Guru itu mulia. bkn pd pngkt @ harta, tp pd budi
Guru itu mulia bkn pd ilmu semata, tp kerna asuh, didik & ajarnya
Guru itu mulia bkn kerna sijil tingginya, tp pd tekun, tabah dan sabarnya
Guru itu mulia bkn kerna ramai muridnya yg berjaya dalam periksa, tp pd muridnya yang b'akhlak mulia
Guru itu mulia, tempatnya hanya disyurga

Kadang2 greeting macam ni boleh menaikkan sedikit semangat yang kian luntur.
Cuma, aku kena ingatkan diri.... akukah guru ....
Selamat hari guru.

Friday, May 11, 2012

Demam akibat tonsilitis

Minggu lepas, mungkin antibody badan menurun, ke hormon menurun , ke zat menurun menyebabkan kena tekanan darah rendah or Hypothermia.

Aku pun dapat MC 2 Hari lepas cuti buruh tu.
Dr suruh diet orang kaya ( makan daging, kerang, sayur bayam, vitamin :)
Dr suruh tidur diraja ( rehatlah tuuuuu )
Tapi mata aku haram tak nak lelap. Camna nak baik lekas.

Jumaat naik gak keje walaupun belum betul2 sihat.
Balik keje .... tumbang balik. Demam panas.
Keje aku makan (ubat), tidur ... ,makan (ubat), tidur (Sabtu dan Ahad)
Sib baik abah budak2 ni cuti. Dapatlah mak diorang betul2 berehat.
Tapi, masuk hari ahad, leher rasa keras, tekak dah start sakit. Badan rasa macam baru lepas kena tumbuk.

En Zali dah siap nak bawak gi spital.
Aku tahan dulu sebab susah nak menyiapkan barang anak2 kat umah.
Takkan buntang2 nak tinggal dengan mak. Mana baju siang, baju malam, baju sekolah.
Abah dia kalau cari, comfirm tak jumpa manjang.

Senin pagi (minggu ni) aku pi klinik panel. Jumpa Dr, nak amik darah. Manalah tau kalau2 denggi ke.
Ropa2nye, tonsil aku dah bengkak menanah. Patutlah demam tak baik2 walau segala ponstant dan paracetamol aku telan.
Akhirnya, kena injection antibiotik 3 hari berturut2.

Hari ni, rasa dah sangat sihat. Alhamdulillah.
Alangkah nikmatnya kesihatan itu kaaaaaannnnnn >__<

Nak tahu lebih lanjut pasal tonsilitis?
Try gi kat sini.

Tuesday, April 24, 2012

Orang sekarang semakin sombong

Tajuk di atas bukan diperolehi daripada kajian tetapi dari pengalaman sendiri.

Kes 1 - Di Cashier Giant.

Cik Abg tertolak troli, kena cik puan tengah bayar barang dia. He said sorry. Dia balas dengan jeling.



Kes 2 - Di ruang legar carrefour.

Aku tengah pujuk No 3 yang nak beli patung Angry Bird. Sambil bergelut dengan dia, tersinggul Nyonya punya kopi belakang aku. Kena tempias kat anak dia age around 30 dan tumpah ke lantai. I said sorry again and again. They said nothing.

Kes 3 - Dalam phone.

Adalah department ni nak guna khidmat department aku. Aku kata kami tak dapat buat sebab tak cukup kemudahan dan cadangkan perkhidmatan lain. They call back dan kata yang someone said that sepatutnya kitorang boleh buat sebab cuma kena tarik kabel dan projektor jek... senang. As is... awat korang tak buat jek sendiri kalau senang (**ini ayat aku dalam hati). Aku response balik with sorry, we really can't fulfill their wish. So dia mintak guna khidmat yang aku cadangkan dan arahkan aku supaya berurusan dengan pelajar dia.

Hari ni... plan nak siapkan tugas sendiri yang tergendala, kerana asyik2 memenuhi kehendak dan keperluan orang lain. Orang kata... aku yang tak reti manage time sendiri sebab tu keje sendiri pending jek...



Kenapa manusia sekarang makin pentingkan diri sendiri ekk?
Ke aku jek yang rasa macam ni... entahlah....

Sunday, April 22, 2012

Hidup sebumbung

Semalam, genap 2 bulan cik abang bertugas disisi. Setelah 10 tahun kami berumahtangga jarak jauh.

Cumeeee....

Bila dia dapat tawaran keje disini, masa tu jugaklah adik ipar aku kena transfer ke Melaka. Dalam masa yang sama, suami adik bongsu suamiku start keje di Matriks awal tahun hari tu. Jadi, yang kesiannya mak dan bapak mertuaku. Almaklumlah, anak 3 orang jek. Dulu myhubby dok sana. Hanya cuti jek dia disini dengan aku dan anak2. Masa keje, dia adalah tengok2 orang tua dia kat sana.

Sekarang ni, dapat dengar cerita menerusi telefon jek. Bulan ni nak balik jengah diorang pun tak dapat sebab hujung minggu, kalau aku tak keje dia pulak kena keje.

Kesian tengok suamiku. Sini aku dan anak2, sana mak dan abahnya. Keje kat tempat baru pulak, banyak ceritanya. Aku pulak makin banyak tanggungjawab di tempat keje sekarang...

Hanya doa yang kami mohon, mudah2an langkah ini banyak baiknya untuk kami Ya Allah. Cekalkanlah hati kami mengharunginya.


AMinnnn....

Saturday, March 24, 2012

keyword popular blog ni

Keyword paling popular kat blog aku ni adalah langsir...

Tak caya?



Ini baru 1 hari pnyer carian...

Apa kes...
Rasanya aku takda plak bukak kedai langsir.
Ini menunjukkan bahawa banyak orang carik langsir online...
Apa lagi... pakat2lah offer langsir online...

Aku?
Mintak maaplah... nak mengadap anak, nak mengadap laki, nak mengadap keje yang tak sudah2.... kang kedai langsir aku jadik kedai kain buruk plak kang :)

Korang punyer keyword popular... apa plak?

Friday, March 23, 2012

UTM Opencourseware


Kalau ada sesiapa yang nak cari bahan kuliah...

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan program perisian kursus terbuka (Open Courseware) untuk berkongsi bahan pembelajaran secara global.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, OCW mengandungi bahan pembelajaran digital berdasarkan kursus yang ditawarkan di UTM yang boleh dimuat turun secara percuma.

Cerita penuh kat sini

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTM

atau kat sini

UTM News portal

Masih baru lagi, tapi akan ditingkatkan bahan pembelajaran dari semasa ke semasa... Mehlah singgah bagi pelajar lepasan SPM yang sedang mencari maklumat tempat belajar tu ekkkk :)

Thursday, March 15, 2012

Kisah kasih jarak jauh

Selama 10 tahun berkahwin dan punya 3 orang anak, aku dan suami tinggal berjauhan.
Dia di Muar, aku di JB.
Tak jauh pada sesetenah orang,
Tak jauh, masa aku baru kawin, ujung minggu ambil bas... 2 jam sampailah disisinya...
Tak jauh, masa baru mengandung, kalau sakit, mesej jek... 2 jam sampailah dia...
Tak jauh, bila dah bersalin, anak dan aku duduk dengan mak... ada orang jaga
Tak jauh, bila anak dah setahun, dah pandai bertatih... adik2 aku boleh peratikan dia...

Tapi,
bila anak sakit... tengah2 malam... aku juga kena bawa ke klinik
bila anak demam panas... aku juga kena ikhtiar ke hospital
bila kena outstation... kena ikhtiar tumpang anak pada mak..
bila aku sakit... hmmmm
bila adik seorang demi seorang kawin...
bila anak masuk 2, masuk 3 ....
bila kerja makin banyak di pejabat...
bila balik keje dah tak boleh awal macam dulu...
bila tekanan perasaan sebab banyak hal bertimpa-timpa...

Masa tulah aku perlukan seseorang tempat mencurah cerita...
Masa tulah aku perlukan seseorang tempat merancang acara...
Masa tulah aku perlukan seseorang membantu membetulkan apa yang tak kena...
Masa tulah aku sangat perlukan suami disisi...
Selalunya.... hmmmm dia berada jauh dari sisi...

Tapi,
hidup kena teruskan juga...
anak-anak kena uruskan juga...
kerja kena siapkan juga...
tesis kena habiskan juga...
adik2 kena perhatikan juga...
mak ayah kena jaga hati mereka...
dalam tunggang langgang hidup...sedar tak sedar... dah 10 tahun kami lalui bersama..

Anugerah tuhan, dia dapat tawaran kerja disini...
rezeki tak dijangka...
walau pendapatan tak semewah mana...
keje, banyak nak kena belajar semula...

dia kini ada disisi....
berkongsi cerita, berkongsi acara...
syukur ya Allah... kau tunaikan doa kami...
Mudah2an hubungan kami akan kekal sehingga akhir nanti...

Tuesday, March 13, 2012

cuti sekolah... nak buat apa ye

Dah cuti sekolah pun,
Anak2 ada kat umah
No 1 dan No 2 batuk dan selsema...
Taklah teruk, tapi tak bolehlah nak bio jek...
Hari ni aku cuti, bawak jumpa Dr.
Dua2 dapat antibiotik...
Cepatlah sihat hendaknya...

Nak cuti panjang semasa cuti sekolah ni... bukannya senang
Kerja nanti banyak tertangguh,
Lagipun aku kena simpan cuti, ada banyak hal akan berlaku tahun ni
Perkara baik2 jekkk...

Jadi, mengelakkan diorang bosan, malam bawaklah keluar kejap...
Gi jusco pun bolehlah...
Asalkan terisi masa diorang dengan aku dan abahnya...
Sabtu & ahad lepas dah bawak ke umah tok diorang kat Muar...
Jadilah kannn...

Korang bawak anak2 gi mana? Banyak plan keee ;)

Thursday, February 16, 2012

Bayar Cukai Tanah Online

Sekarang dah boleh bayar cukai tanah online.
Kalau korang dok kat Johorlah ekkk...
Negeri lain aku tak tau.

Klik banner kat bawah ni untuk ke laman online payment Pejabat Tanah Johor.


Tapi.... hanya pada pukul 3 petang hingga 7 pagi jek ekk...
Ini kerana nak mengurangkan beban penggunaan dan membolehkan operasi berjalan lancar serta tidak terganggu di kaunter-kaunter pejabat tanah.

Kalau pergi pejabat tanah dan dapat nombor ratus2... daripada tunggu baiklah bayar online. Transfer dari akaun boleh, kad kredit pun boleh.

Cuma pastikan mesin cetak sihat yea... sebab boleh print skali jek :P

Pengumuman :
Sila jelaskan cukai tanah pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun.
Denda lewat akan dikenakan mulai 1 Jun setiap tahun.

Tuesday, February 14, 2012

Hampir kena penipuan melalui telefon

Hari ni, aku hampir2 kena tipu menerusi panggilan telefon.

Si pemanggil bagitau kononnya dia dari MBF bank dan memaklumkan bahwa permintaan aku untuk increase credit limit bagi credit card adalah gagal. Ini sebab ada tunggakan bayaran bulan 1 sebanyak RM9750 yang dibuat di Singapura.

Aku takda kad kredit dari bank tersebut jadi aku musykil dan tanya lebih lanjut.
Siapa yang telefon, macamana pulak boleh dapat buat kad kredit guna nama aku, no telefon pemanggil, alamat dalam rekod. Diorang bagi semuanya dan aku salin untuk buat report polis.

Si pemanggil langsung tak takut. Tarikh mohon kad kredit 29 Nov 2011, permohonan berjaya bulan 12, alamat cawangan di sarawak, alamat pemilik di Teluk Batu Sibu Sarawak, siap no telefon pemanggil dan no kad kredit diorang bagi skali... Detail maklumat diorang bagi... baik betul macam nak tolong bebeno aku report polis.

Tapi, diorang bagi cadangan instead of report polis, dia suruh aku telefon bank negara untuk buat pengesahan. Kalau betul ada silap, diaorang boleh berhentikan perkhidmatan kad kredit tersebut dan tak payah bayar tunggakan. No telefon diorang bagi skali dengan no sambungan direct ke department laporan.... Hebattttt

Bila sampai pada status bagi no telefon bank negara, aku dah syak ... macam nak kena trick jek aku ni. Once letak phone, aku tak telefon pun no yang diorang bagi tu tetapi terus ke Balai Polis untuk buat laporan. Lepas tu aku straight ke Bank negara cawangan negeri untuk buat semakan rekod kewangan.

Comfirm penipuan... nasib baik aku tak call no yang diorang bagi... kalau call memang boleh kena lahhhh.... Haihhhh macam-macam penipuan zaman sekarang.

Hati2lah ekk kalau dapat call... jangan bagi sebarang maklumat peribadi menerusi telefon. Sekarang ni penipuan di hujung jari...

Cerita lain yang hampir sama dengan kes aku :
http://forumsemak.blogspot.com
http://pakarhowto.com
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1849.10;wap2

Thursday, February 2, 2012

Ulangtahun perkahwinan

Hari ni genap 10 tahun perkahwinanku dengan en Zalee.

Mana ada perkahwinan yang takda panas hujannya
Mana ada perkahwinan yang takda cacat celanya

Tapi
Bila bersama seorang yang menyayangi
Bila bersama seorang yang sangat memahami
Bila bersama seorang yang sangat mengambil berat
Bila bersama seorang yang sangat bertanggungjawab

Liku-liku jadi jambatan pelangi
Onak duri jadi sutera cina yang merentangi

Terima kasih abg...
Kerana melengkapi hidup ku ini...
Happy anniversary ~'@

Sunday, January 29, 2012

kisah anak2

Rumah adik aku dah nak siap...
Sibuk dia dan suami mengecat dan membasuh lantai...

Tadi, aku sekeluarga dan singgah.
Anak aku yang kecil sibuk berlari2 keliling rumah...
Almaklumlah... rumah belum masuk barang.
Sekali dia jumpa penyapu kecil macam gambar ni...



No 2 pun amik dan sibuk menyapu kat bahagian tangga...
No 1 pun tegur..."Kat rumah tak nak plak menyapu...Kat sini sibuk jek nak sapu sampah"
Aku dengan mak sengih jek dengar...
Ada jek diorang ni kannn :)

Friday, January 27, 2012

mak rimau

Mintak maaf pada yang kena bebel dengan aku pagi ni
Yang kena kerah buat keje pagi2
Yang kena marah sebab masuk lewat pagi tadi
Yang kena bising sebab tak distribute keje dari awal lagi
Yang kena paksa keje lebih masa malam ni

Harap tindakanku tak diberi pandangan negatif
Terpaksa sebab nak siapkan arahan tugas dari bos besar
Terpaksa sebab nak capai objektif yang dijanjikan
Wajib sebab dah jadi tanggungjawab sebagai ketua
Yang perlu menegur mana yang silap, memuji mana yang baik

Aku tak suka bising sebab aku tak suka orang marah
Tapi bila aku yang dimarah... terpaksalah aku ambil tindakan...
bagi memastikan selesai arahan...
Jangan simpan dalam hati yea...
Kita sama-sama makan gaji...

Saturday, January 21, 2012

keletihan

Sejak bermulanya tahun 2012, aku sangat sibuk
Minggu pertama dengan anak2 naik sekolah
Minggu kedua, menjaga diorang demam...
Minggu ketiga, penuh dengan mesyuarat sebab nak uruskan semua perancangan di pejabat untuk tahun ni termasuklah siapkan paperwork untuk dapat kelulusan.
Dalam masa yang sama, budak2 peksa akhir sem
Kena siapkan menanda tugasan dan exam paper
Dah ujung2 sem, kenalah jumpa budak2 yang aku selia
Supaya diorang tahu apa nak buat bila naik sem baru nanti.


Letih sangat2
Hari ni, aku langsung tak buat apa...
Kemas umah mana yang patut dan layan anak2...
Tak bagi diorang main bukan2... taknak bersepah sangat...
Malam ni nak masuk tido awal...
Apa2 keje... esok jeklah kita cite...
Selamat beristirehat :)

Friday, January 20, 2012

Tak baik tau

Kadang-kadang orang ni melampau.
Walaupun kau tak sukakan orang tu...
Tak payahlah nak cucuk orang lain supaya tak sukakan orang tu gak.
Tak baik tauuu...

Mentang-mentanglah dia ada buat salah
Takkanlah dia boleh berubah secara drastik sekelip mata
Sikit2 perubahan tu patutnya kita beri lebih galakkan
Barulah dia menjadi lebih baik
Ni takkk...
Cucuk orang sana... cucuk orang sini
Biar semua orang marah dia lagi

Macamlah dia tu baaaiiiikkkk sangat
Macamlah dia tu orang sukaaaa sangat
Tak baik tauuuuu!!

notakaki : Aku yang emo sebab aku yang kena tempias... geram tauuuu..

Friday, January 13, 2012

Dah minggu kedua

Hari ni last day minggu kedua tahun 2012.
Dah hampir seminggu No 3 demam. Hari ni jumpa Dr balik, dapat antibiotik

Dah 5 hari No 1 demam. Alhamdulillah, hari ni nampak sangat baik. Dah boleh berhenti makan ubat demam. Tinggal esok jek nak habiskan ubat antibiotik.

No 2 baru 3 hari demam. Yang bimbang tu, dia skit kepala. Silap sket jek, muntah.
Hari ni, dia kata badan dia geli.
Bila tanya kat mana, tak plak dia tau mana nak tunjuk.
Tengok badan, takdalah plak merah2 ke...
Tapi, nampaknya dah nak makan. Dah mula nak menyakat abangnya. Mudah2an esok lusa, oklah tu...

Lega sikit rasa bila anak2 dah makin sihat.
Senang sikit nak mengadap paper work.
Kalau tak.... serabut :P

Monday, January 9, 2012

Hari keempat sekolah

Hari ni hari keempat sekolah.
No 1 dah pandai kira hari :)

Tapi, malam tadi aku tak tido.
No 3 demam panas... keluar gegata (macam bintik kena gigit nyamuk tapi besar2) kat perut dan kaki dia.
Lepas makan ubat, adalah kurang panas..
Bila nak dekat makan ubat... naik panas balik.
Aduhaiiii.... tak pasal2 aku amik cuti ari ni.
Bawak no 3 gi klinik... takut campak.
Dr tengok dia dengan muka pening.
Bagi ubat demam dengan ubat gatal. Khamis ni dia suruh datang balik.

Nak buat tambah pening kepala... no 1 pun demam gak.
Sekali selsema dan batuk. Sekolah pagi dia gi gak sekolah... sekolah agama... tokmak dia tak bagi.
Takut dia tak larat.

Baru masuk bulan januari... cuti aku dah luak 3 hari.
Macamana nak tunggu sampai ujung tahun ni...
Haihhhh.... rasa macam nak resign
Hadap anak kat umah jek...
Kalau aku ada passive income... esok gak aku hantar surat...
Tapi...
Simpanan ASB pun ada RM10 000 jek... apa cer :(

Saturday, January 7, 2012

Dividen dan bonus ASB tahun 2011

Tahun 2011 ni, ASB telah pun memberi agihan pendapatan sebanyak 7.65 dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit . Dividen naik sikit berbanding tahun lepas (7.5) tapi bonus turun 0.10 sen seunit.

Aku ada simpanan ASB RM10,000. Tak banyak pun... itu pun pinjaman. Senin ni aku nak pi update buku ... berapa agaknya aku akan dapat ekk? Meh try kira

Dividen 7.65% tu setahun, jadi sebulan kiranya dividen ialah 0.6375%.

Aku pun takde tambah2 lagi dalam buku ASB tu... Jadi berapa yg aku dapat?
Maka dividen = 10,000 x 12 x 0.6375% = 765.00
(Kaedah lain jika nilai minimum tak berubah sepanjang tahun, 10,000 x 7.65% = 765.00)

Bonus pulak lain sket kiraannya, ia dikira berdasarkan kesetiaan selama 10 tahun.

Oleh kerana aku mula membuat pinjaman ASB tu tahun 2009( 3 tahun ) , maka
Bonus = 10,000 / 10 x 3 x 1.15% = 34.50

Jumlah pendapatan = 765.00 + 34.50 = RM799.50

Note : Kalau baru tahun ni menyimpan RM10000 tu, maknanya dapat 11.50 sen jeklah bonus tu ekk ... maknanya... lagi lama lagi untungggg...

Duit bonus tu... aku akan simpan untuk bantu mak pergi haji tahun ni. InsyaAllah.

Thursday, January 5, 2012

Hari pertama sekolah

Semalam hari yang paling bz buat aku dan en. zalee.

No 1 masuk darjah 1.
No 2 masuk tadika 5 tahun.

Pukul 7 pagi, aku dan en zalee split. Dia hantar no 1, aku hantar no 2.
En Zalee beratur dengan No 1, aku dengar taklimat kat tadika no 2.
Selesai taklimat, aku tinggalkan no 2 dan terus ke kelas no 1 (Nasib baik sekolah sebelah jek :))

No 2 dah selalu ikut abgnya dulu masa tadika, jadi dia sangattttt baik :)
Tak nangis, selamba jek menyelongkar rak buku cikgunya :)

Sampai kat kelas No 1, rupanya banyak borang lagi belum settle.
Isi borang sampai mencurah2 peluh.
Balik umah semula untuk fotostat apa yang patut.
Balik semula tunggu no 1 rehat, hantar borang dan bayar duit baju sekolah dan sewaktu dengannya.
No 1 selesai makan ( sambil ajar kira duit untuk beli makanan dan air)
Hantar kekelas ( ada beratur sebelum masuk kelas semula).
Pas tu, balik semula ke kelas No 2. Tunggu dia balik, settlekan dengan bas sekolah dan bayar yuran tadika.
Dah balik No 2, tunggu No 1 plak balik sekolah (12.45)
Settelkan dengan bas gak...

Tunggu bas hantar balik umah.
Sampai umah, tukar baju No 1, makan dan tunggu bas ke sekolah agama.
Pastu kitorang follow dengan kereta.
Tunggu sampai dia masuk kelas.
Lepas kelas, tunggu bas amik plak ( No 1 suka2 hati pergi kantin beli air... padahal bas dah tunggu )

Sampai umah, salin baju dan mengaji dengan tokmak dia.
Aku dan en Zali ke kedai beli botol air dan barang2 yang perlu untuk esok plak.
Malam... awal2 lagi kami berdua dah pengsan...


Barulah paham macamana serabutnya anak masuk sekolah ekkk :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...