Sunday, October 31, 2010

Belajo buat coklat

Rasa nak lari dari tekanan kerja. Jadik aku gi daftar untuk belajo buat coklat dekat kedai jual bahan kek. Bayar yuran RM40 jek... demo kelas. Takpa, kalau rasa nak lebih mendalam... boleh pergi yang hands on plak.

Seronok bila belajar benda baru. Abis kelas boleh makannnn. Mehlah nengok meja Chef yang ajo kat kelas aku tu... Comelkan coklat dia...



Pelajaran terakhir adalah buat sendiri lollichoc. Barulah ku tahu betapa leceh dan messy kerja buat coklat ni. Masalahnya... tanganku ini tersangatlah takde seni...

Tak caya? Cube tengok ni...

Brownies

Buat brownies hari ni. Adik mintak buatkan sebab nak bagi kat jiran umah dia. Ada kenduri kawin katanya.

Lama tak buat brownies ni... awal2 tahun dulu rajin buat masa bebaru belajo ngan kak ct. Bila lama tak buat, nervous jugak... skali tak jadi... siannn adik aku.

Nasib baik jadi juga, dan setelah di test oleh panel audit kat umah... masih lagi seperti yang telah diturunkan oleh tok guru .. eheh ... suke2 :D

Friday, October 29, 2010

Hari-hari cikgu tidur, mari kita main bola.

Hari ni last day kelas untuk semester ni. 2 group dah say bubbye and good luck on final masa hari rabu dan khamis. Hari ni satu lagi kelas.

Selesai 3 kelas. Tunggu peksa jek. Pastu tanda, masuk markah dan tengok berapa ramai yang score.

Tapiii, aku tetiba rasa sedih...

Walaupun penat menerangkan dalam kelas,
Walaupun penat menyiapkan perancangan pengajaran,
Walaupun penat menyiapkan aktiviti kelas,
Walaupun penat menanda tugasan,
Walaupun penat mengkarang ayat dalam BI,
Walaupun penat menjegil mata pada yang bersembang kat belakang kelas,
Walaupun penat memikirkan mereka faham ke tidak apa yang aku cakap kat depan ni....

Sebab, aku sangattt sayangkan mereka.

Semoga ilmu yang aku beri, akan mendatangkan manfaat pada mereka satu hari nanti.
Dimanfaatkan untuk kecemerlangan anak bangsa
Dimanfaatkan untuk menjadi insan yang berguna

Kalau aku tak jumpa mereka semester depan, harap mereka akan terus jadi kebanggaan pengajar yang lain pula. Aminnn.

Post yang takde kaitan dengan tajuk sebab susah nooo nak pk letak tajuk menda

Thursday, October 28, 2010

Study week

Minggu depan study week, tugasan dah almost siap ditanda. Ingat masa study week nak pegang thesis. Nak siapkan analisis dan dapatan. Nak betulkan bab literature review... Kalau takda gangguan, banyak rasanya dapat buat minggu depan ni.

Tetiba jek pagi tadi ... dapat surat. Khamis depan ada bengkel pemurnian program baru.

Plak dah... kalau nak murni, maknanya dah ada proposal. Ni, satu ayat pun belum karang lagi. Jadikkk, awal minggu study week ni, aku kena siapkan proposal program barulah nampak gayanya....

Habislahhh planning thesis akuuu.... Haihhh, bilelah nak siap gaknyer ekkkk....

Tuesday, October 26, 2010

kerja..kerja..kerja

Bila dah masuk hujung-hujung semester ni... keje punyelah banyak. Mana nak habiskan kelas, nak buat ujian, nak buat soalan akhir, nak tanda tugasan, nak siapkan laporan, nak jengah student praktikal, nak masuk markah, nak bantu siapkan projek pelajar... kena list bebanyak untuk bagitau kesibukanku ini

haihhh... tulah sebabnya aku tak sempat nak jengah blog ni. Nak blogwalking puuuunnnggg takdok mase...

Sabarrr... tunggulah minggu peksa nanti... Bolehlah rileks sket agaknyeeerr...

Tuesday, October 19, 2010

kira batu jalan

dari minggu lepas, sampai ari ni, keje aku adalah kira batu jalan

Camner?

kalau dah hari-hari keluar 40 ke 50 km, balik lagi 40 ke 50 km ( lebih kurang 1 jam pegi, 1 jam balik) tak ke tu mengira batu jalan namanya.

Tak laratnye makcik driving camni. Bila sampai balik ofis, aku nampak pc depan aku ni bebayang2lah jek...

Esok? nasib baiklahhhh hari ni last.

Tuesday, October 12, 2010

Alif kena gegata

Tau tak apa gegata? Ada orang panggil kelopak garam atau nama scientifiknya urticaria rash agaknyalah berdasarkan apa yang aku baca, macam sama .

Anak aku yang no 1 tu ikut pak sedara dia gi carrefour. Ada dia masuk satu game kumpul2 kupon kat dalam blik cermin tu, dapatlah menang hadiah. Tengahari, balik umah bawak belon, keychain, topi. Seronok bukan main lagi dia. Makan pun tak kesah sebab pak sedara dia dah belanja ayam kfc. Minum susu, tidor. Dalam pukul 3 dia bangun merengek kata leher dia gatal, telinga dia dah naik merah. Aku cek, kat paha sumer dah naik bintat2 macam kena gigit nyamuk, tapi lebih besar. Alamakkkk.... kesiannya. Aku apply bedak merah.. kat badan dia. Tak kurang. Malam tidor merengek jek, aku sapu cream hydrocortisone supaya kurang gatal. Bangun pagi, masih bengkak2 badan dia. Satu badannn..


Pandangan dari depan




Pandangan dari belakang



Semalam, jumpa Dr... allergy katanya. Dapat satu pil , makan sebiji sehari selama 10 hari. Pagi tadi, kurang banyak. Tinggal sket2 jek kat badan dia. Haihhh... Nasib baikkkk.

Friday, October 8, 2010

Contest redmummy yang malatoppp sebab aku join .. eheh

Kadang-kadang terfikir gak kenapa blog redmummy tu ramai sangat follower dia. Banyak giler visitor dia. Cerita dia aku rasa biase jek… pasal anak, pasal husband dia, pasal family dia, pasal kengkawan kerja dia, pasal kucing dia, pasal activity seharian dia dan barangan yang dia beli yang sangat berjenama dan mewah seperti handbag dan kasut dia… Blog lain pun ada gak cerita benda tu. Blog lain pun ada gak cerita tentang pergi bercuti kat memana dan tunjukkan sumer yang menarik kat tempat diorang pergi tu. Masa raya cerita pasal raya, masa puasa cerita pasal majlis bukak puasa … sama kan kan kannnnn…

Tapi ada lainnya yang buatkan aku pun tetiap hari mesti jengah blog redmummy ni. Pasal apa tau, Blog ni sentiasa ada cerita. Setiap hari mesti ada publish new entry. Selalunya lebih daripada satu entry setiap hari. Macam surat khabar, kalau tak baca akan rasa ada yang tak kena. Blog lain walau orang kata lebih menarik sekalipun, tak semestinya hari-hari dia update.

Selain tu, cara penulis blog bercerita sangat santai dan bersahaja sampai rasa macam kenal sangat tuan punya rumah tu. Rase macam dok sebelah umah kita jek.
Lagi satu, aku paling suka bila RedMummy cerita pasal event. Lain dari cara orang lain cerita. Rasa macam masa tu aku join sekalilah event tu. Dari awal majlis sampai orang sumer balik :P. Mana taknya, gambar dia pnyerlah banyakkkkk….especially kalau ada ramaiii artist kat event tu :P

Nak cari pape stori pun senang dalam blog ni sebab dia ada groupkan citer dalam bulan dan kategori. Pakai searching tools dia pun boleh. Design redmummy ni pun aku suka. Dia pakai 2 column jek. Jadik bab cerita tu boleh tulis banyakkkkk. Walaupun warna latarbelakang dia merah tapi tulisan dia putih. Lagipun dia ada masukkan border putih untuk gambo2 dalam blog tu. Taklah terasa pressure sangat mata aku membacanya. Kalau background merah, tulisan hitam… seminggu jek baca redmummy alamat bertambah tinggilah power spec aku. Cmer important info seperti latest comment jek kaler kuning. Tu takda hal. Just untuk keperluan hyperlink jek. Iklan dia pun banyakkkk….

Antara yang beri aku dorongan untuk mula tulis blog pun blog redmummy nilah. Bila aku selalu rujuk blog ni masa nak buat keputusan nak beli apa, nak beli kat mana mahupun nak pergi mana… aku rasa aku pun nak jugak orang rujuk aku kalau mereka nak mempertimbangkan sesuatu keputusan. Mungkin bukan untuk buat keputusan untuk beli papa, tapi untuk buat keputusan nak buat camner dari segi kehidupan harian. Bestkannnn…

Lagi?... Tu jeklah pendapat daripada aku yang baru 2 bulan ½ berblog ni. Kalau tak kerana RM buat pertandingan paling malatoppp ni, takde maknenye aku nak mengkomen blog orang. Dahlah aku ni blogger picisan jek apekebenda makna picisan pun aku tak tau :P . Blog RM ni pun aku jadik silent reader jek sebab siapalah aku nak introduce diri lelebih kannnn :P.

Aku komen ni punnn bukan berdasarkan kemahiran teknikal mahupun editor untuk advertorial yekkkk. Tak sesssuaaaiiiii. Aku komen sebagai pembaca blog yang berkali-kali masuk ke blog redmummy ini untuk tahu ape cerita terkini yang boleh aku jadikan panduan sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu.

Kalau tak pernah jengah blog Redmummy ni, gilah singgah. Manalah tau korang sama pendapat dengan aku. Kalau dah pernah jengah dan tak setuju dengan aku, sukehati koranglah ;P Adiossss….

bengang dan malu

Bengang ... sebab daripada tengahari tadi carik maklumat kat internet tak dapat-dapat. pelbagai masalah melanda seperti line asyik2 disconnect, pastu bila dah boleh, carik benda lain kuo benda lain... tensioooonnnnn

Malu sebab ... aku ingat nak masuk pertandingan yang KakInaKL dan SuteraBlog buat tapi .. rasa cam tak sessuaiii sebab aku ni baru jek 2 bulan setengah berbloggg... Puas dah aku mengkarang dan mencari gambar yang berkenaaannn... tapiii tak jadiklah... len kalilah ... bila emosi aku dah stabil dan keberanian aku dah meningkat ... :)

Kalau korang nak join, gilah kat sini, first prize RM50 hengget.

Tak pun gi kat sini. Hadiah dia dahsyatttt yang ni selain malu, aku tak join sebab tawun ni aku langsung tak dapat jemputan open house, jemputan kawin banyaklahhh :P

Ada satu kontest lagi tapi ari ni lasttttt day. Redmummy yang buat. Boleh lagi kot kalau nak try... cubelahhh klik kat sini. Yang ni setelah aku berfikir beribu2 kali... aku join gaklah walau malu, segan menguasai diri... chewah. Baca ek entry aku untuk kontest ni. Adiossss....

Thursday, October 7, 2010

Tak boleh masuk

Adik aku baru jek kawin Sabtu lepaskan... so biasenya bilik adik aku tu dia tidur sorang. Bile dah kawin ni paham2 jeklah kan.

Masalahnyer... anak aku no 1 tu... sibuk betul. Ada dia tanya macam ni pada adik ipar aku...

"Nape awak masuk bilik Ucu ???"

Wednesday, October 6, 2010

Otak letih...

Skang pukul 5.40 petang (waktu Malaysia). Mata aku cam nak pejam jek ni. Kena balik dengan kadar segera...

Kronologi keje aku ari ni yang sangat memenatkan otak ialah

8.00 - 11 pagi : masuk keje, terus siapkan bahan mengajar untuk kelas pukul 11 dan kelas hari Jumaat nanti (merangkumi prepare slide power point, kelas aktiviti, fotostet task dan sewaktu dengannya)

11.00 - 1.00 tgh : Masuk kelas... ajar sampai tekak kering sebab bercakap tak berenti dan lenguh kaki sebab tour satu kelas

1.00 - 2.30 ptg : Tak gi makan lagi sebab letih dan takde kawan. Buat draf untuk tulis paper... tapi tak bergerak pun sebab blurrr.

2.30 - 3.00 ptg : gi makan ... tak tertahan dah perut ni. Sorang pun takpalah....

3.00 - 4.30 ptg : kolokium postgrade jabatan aku. Datang bukan untuk dengar semata-mata tetapi mesti beri input yang membina. maknanya kena fahamkan betul-betul ape kebenda yang student kitorang tu tengah cerita kat depan Sebab semua staf lain ada hal. Walaupun aku takdelah handal mana....

4.30 - 5.30 ptg : carik maklumat dari buku dan internet berdasarkan perbincangan kolokium tadi. takut pendapat aku bercanggah kang jadik ajaran sesat plak

5.30 - skang ni : masuk blog kejap sebab nak bagitau sumer yang otak aku dah penatttttt ;<

Nak baliklah... bubbyeee...

Tuesday, October 5, 2010

Majlis kahwin 2

Lama tak jengah blog ni. Sibuk dengan majlis perkahwinan adik ipar plak pada 2 Oktober lepas. Tak sesibuk majlis adik aku ari tu sebab MIL aku pakai pakej cathering skali dengan masak laun pengantin. Most of the booking and planning dibuat oleh FIL, adik hubby aku dan wife dia jugak pengantin sendiri.

Yang aku tolong buat cmer packing bekal untuk tetamu sehari sebelum majlis.


Hubby aku plak tolong bersihkan umah dan angkat2 memana yang patut.


Hari majlis, lebih pada menjemput, memantau dan toling MIL dan FIL aku apa yang patut selain tengok 3 hero aku yang sangat gumbira sebab boleh main sesuke hati.

Apa pun ... Alhamdulillah. Majlis dah selamat. Selamat pengantin baru buat adik iparku. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...