Raya ketiga, esok dah nak balik. Kami tak kemana-mana. Kali ni adik beradik bapa mentua pula yang singgah melawat. Oleh kerana abah anak sulong, memang setiap tahun adik2 dia akan datang rumah. Tahun ni, macam berjanji, mereka datang serentak.
Mula2 pak andak ( adik abah) dan mak andak datang bersama 2 orang anak perempuan mereka sampai dulu. Mak mertuaku memang dah siap segala rencah untuk masak mi bandung. Biasalah, itu memang trademarkorang muar. Dalam tak sampai 1/2 jam, siap dah mi bandung untuk jamuan.
Lepas siap makan, Pak Busu sekeluarga dan Mak Anjang ( adik perempuan abah) bersama anak2nya sampai pulak.... penuh umah. Seronok sangat ... riuh rendah cerita. Mak memang dah standby buat banyak kuah mi bandung... jadi cepat je dia siapkan untuk group kedua... Terror ibu mertuaku ini... hehehe
Meriah... happy... walaupun tak lama... bertukar cerita sebab setahun tak jumpa... update apa2 yang penting... raya ketiga anda bagaimana :)
Wednesday, July 30, 2014
Tuesday, July 29, 2014
raya kedua, sesi ziarah menziarahi
Tahun ni cuti tak panjang. Raya pertama kat umah mak, beraya dengan adik beradik. Lepas zohor beransur ke rumah mertua. Jalan agak sibuk menyebabkan perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam... menjadi 3 jam. Nasib baik anak2 tidur sepanjang perjalanan.
Bila hari raya kedua, takda pilihan lain... semua rumah wajib mesti pergi. Pagi2 lagi aku sekeluarga dan mak serta abah mentua bergerak ke rumah adik bongsu en Zali di Merlimau Melaka. Lepas tu, kami ke rumah keluarga mentua adik en Zali di Kg Serkam. Lama jugak kami kat sana. Oleh kerana pagi-pagi lagi dah hujan, maka cuaca jadi sejuk. Tak terasa bahang panas walaupun dah menjangkau 12 tengahari.
Balik dari sana, kami singgah umah Kakak ibu mentuaku yang ku panggil Mak Long. Awal-awal lagi dia dah siapkan mi hailam kegemaran en Zali. Setiap tahun, memang ku tunggu untuk kerumahnya. Dapat menatap wajahnya yang semakin uzur, dan mendengar khabar serba sedikit .... menyentuh hati kecilku... bila lah lagi agaknya dapat kami bertemu lagi. Masih ada lagikah tahun hadapan buat kami... hmmmm
Rumah arwah mak ngah ( kakak mak mentuaku yang no 2) tak kami singgah tahun ini. Seri dah kurang semenjak keduanya meninggalkan kami buat selamanya. Anak2 arwah pun tak semuanya ada... masing2 kebanyakannya balik umah mentua masing2...
Rancangan awalnya, nak balik ke rumah mak sedaraku... adik2 sepupu ajak berkumpul buat barbeque... makan2 sambil sembang2 ... tapi tak dapat nak pergi. Kami ke rumah adik mak mentuaku yang lelaki ( Pak Andak ) satu2nya. Rasa suka sangat hati bila melihat dia dah mampu berdiri dan berjalan... berbanding tahun sebelumnya... malah dah mampu ke kedai yang diuruskan oleh anaknya kini... Alhamdulillah... moga beliau semakin sihat... Aminnnn...
Bila balik rumah... adik mak yang bongsu pulak datang sekeluarga.... riuh rendah suasana... seronok betul dengar hilainya ... lebih2 lagi bila dah bertambah lagi seorang menantu... juga kerana 2 orang cucunya semakin cerdik dan petah berkata-kata...
Malamnya kami akhiri ziarah ke rumah adik en Zali yang no 2. Kami dijamu dengan nasi tomato yang sungguh istimewa. Anak2 makan sambil bersembang... tak perasan bertambah kali kedua dan ketiga... meriahnya suasana raya. Sedar2 dah lebih jam 10 malam... tak perasan masa dek pelbagai cerita suka dan duka...
Moga2 semakin erat hubungan silaturrahim antara kita...
Kau panjangkanlah umur mereka
Kau murahkanlah rezeki mereka
Kau sihatkanlah tubuh badan mereka
Kau rahmatilah hidup mereka
Padamulah ku pohon Ya Allah.
Berilah aku dan keluargaku peluang bertemu mereka lagi tahun hadapan.... Aminnnn

Labels:
hari raya
Monday, July 28, 2014
Selamat hari raya
Assalamualaikum....
الله اكبر، الله اكبر، الله اكبر
لااله الاالله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد.
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN"
Daripada Norah dan Ghazali sekeluarga.
Semoga semua amalan kita sepanjang ramadhan tahun ini diterima oleh Allah. Aminnnn.

Tuesday, July 22, 2014
susah tau nak sembunyi daripada isteri
Wanita ni macam ada deria keenam. Rasa macam tak sedap jek... maknanya ada apa2lah tu...
Tak caya?
Hari ni adalah harijadiku... Alhamdulillah masih diberikan ruang oleh Allah swt untuk memperbaiki diri. Selalunya en Zali hanya wish for my birthday then akan tanya aku nak apa... Lepas hari birthday barulah dia bawak aku pergi beli apa yang dihajati...
Tapi, naluri seorang wanita inginkan suaminya belikan sendiri hadiah tu... kalau isteri bagi hint tu, pandai2 lah pikir nak bagi apa masa birthday... Beberapa kali juga sebenarnya en Zali lupa, tu yang pernah merajuk masa hari ulangtahun ku yang lalu. Birthday aku sama tarikh dengan roadtax kereta mati tau... renew roadtax boleh pulak dia ingat hihihi...
Tahun ni, dia taknak hal yang sama berulang... awal2 lagi dia cuba cari peluang untuk carikan hadiah harijadi aku. Tapi, masalah six sense aku ni membuatkan dia hadapi masalah untuk sembunyikan plan dia... Hari dia nak pergi beli hadiah tu siap kantoi lagi... Seminggu sebelum hari ulangtahun aku, dia cuti makanya plan nak bawak no 3 pergi cari hadiah. Nak jadi cerita aku sakit kepala... so aku balik tengahari tu. Bila dengar dia nak keluar, aku ( dalam sakit2 kepala tu... ) nak ikut jugak. Oleh kerana takda masa lain... dia terus terang kata nak keluar beli hadiah untuk aku... kelakar kan? So, aku tak ikutlah hihihi...
Dah beli, nak simpan kat mana? Segala ceruk ruang kat umah ni aku yang jaga... makanya dia letak dalam dashboard kereta dia. Oklah kan... aku masih tak tau dia beli apa... beberapa hari sebelum my birthday, kitorang pi pasar ramadhan. Saja nak carik apa2 buat anak2 berbuka... Sekali aku boleh bukak dashboard tu... tak pasal2 kannnn.... hahahaha.... kantoiiiii hadiah birthday sebelum sampai masanya...
Wlaupun dah tau dapat hadiah apa... tapi aku tak ambil... hari ni baru dia bagi hadiah birthday yang dah kantoi hihihihi.... terima kasih ye en Zali :) I luv u so much.
Ini kad birthday daripada anak2 tersayang... dapat sehari sebelum birthday hihihi... diorang dah tak sabar2 nak bagi. No 1 buat kat kelas masa rehat dia... semangat sangat kannn...
Rasa sangat2 terharu... :)

ceritaku,
tips rumahtangga
Saturday, July 19, 2014
kuih raya ketiga - cornflakes madu berkoko
Sebenarnya cornflakes madu tapi ditambah serbuk koko sebab aku dan anak2 suka coklat hihihi.
Ok, cornflakes madu ni sangat senang dan mesti orang suka punyalah. Asalkan dia tak berapa manis dan rangup. Biasanya, adik aku yang jual kuih tu yang buat tiap2 tahun.Tapi tahun ni dia bz sebab banyak order. Jadi, aku kenalah buat sendiri cuma biasalah, aku suka ubahsuai sikit.
Resepi dia senang nak ikut dan tak berlebih bahan. Hasil dia InsyaAllah sedap.
Bahan-bahannya
125 gm butter
3 sudu besar gula perang
3/4 atau 1 cawan madu ( sepatutnya rasa dia just nice)
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
3 sudu besar serbuk koko ( aku guna van houten)
kismis/ceri/ badam cincang panggang/gajus untuk hiasan dan bertambah sedap kalau ada
Cara-Cara
Panaskan butter hingga cair. Setelah cair, masukkan cornflakes dan gaul rata. Kemudian barulah masukkan madu, gaul lagi. Seterusnya masukkan gula perang dan akhir sekali koko. Gaul lagi sehingga sekata. Siap.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan apa2 hiasan yang ada. Kalau ada badam lagi sedap tau... tapi aku takda apa hiasan pun. Togel jek hihihi.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 10-20 minit. Sehingga adunan rasa keras dan tak bercerai diantara kepingan flakes.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara ( masa sejukkan sebelum simpan dalam bekas, jauhkan daripada kipas ye... nanti lemau)
Masa buat ni, aku tak terus campurkan madu dengan butter sebab susah nak kacau dia. Madu tu akan membuatkan adunan melekit, sebab tu gaulkan cornflakes dengan butter dulu. Lepas tu bila masukkan madu, curahkan sedikit demi sedikit supaya sekata. Masa masukkan koko pun sama.
Verdict:
Rangup, tak terlampau manis, ada rasa koko.... hmmmm. Kalau taknak letak koko, takyah masukkan... akan dapatlah cornflakes madu original. Selamat mencuba....

Friday, July 18, 2014
kuih raya kedua - biskut coklat cip
Kuih kedua tahun ni adalah biskut coklat cip. Tahun lepas adalah kali pertama buat kuih ni. Memang jatuh hati... makanya tahun ni buat lagi.
Resepi dia adik aku yang jumpa. Tak sure dia dapat dari mana.... Kalau nak resepi penuh, klik link aku yang lama ni.
Resepi biskut coklat cip
Tahun ni kami buat 4 adunan tau. Banyak? Masa buat first batch, anak aku dok bukak botol kuih sampai mak suruh simpan dalam almari tinggi. Takut tak sempat raya hihihihi.
Masa buat biskut ni, coklat cip kitorang cair dalam paket dia. Almaklumlah, cuaca kat Malaysia sekarang ni punyalah panas. Adik aku pulak tak simpan dalam fridge... makanya cair. Jadi kitorang potong2 coklat tu into chunk dan masukkan dalam adunan. Sebab tu tak berapa cantik. Tapi rasa dia... sedap... sangat bercoklat... rangup... kalau dapat coklat kat dalam biskut tu... hmmmmm....
Ada tips kalau nak make sure dia crispy... guna gula perang yang KASAR. Lepas tu, jangan kacau lama2 sangat. Bila bakar.. kalau 20 minit tu masih belum garing... masukkan semula dalam 10 ke 15 minit lagi. InsyaAllah jadi.
Cubalahhhh... :)

Saturday, July 12, 2014
kuih raya pertama
Geram betul tengok kuih semperit atau dahlia kat facebook dan blog. En Zali pun suka kuih tu... aku pun suka gak. Tapi tak pernah nak buat sebab tak pandai nak buat bunga dia tu... tangan pengkor macam aku ni... gitulah.
So, tahun ni memang pasang niat nak cuba buat. Beria selongkar semua blog sifu2 masak... nak cari resepi dia. Bunga tak cantik pun takpalah... kannnn...
Akhirnya, aku try resepi ni... dari Reen.
Cuba cek kat sini kalau nak resepi dia.
Tengoklah bunga dahlia tak kembang ni hehehe...
Tepung jagung ada 400gm jek... jadi aku lebihkan tepung ubi jadi 150gm.
Bila bakar... tak pasti dah masak atau tak sebab warna susu dia tak berubah menjadi kuning. Dan... tak kembang saiz dia lepas bakar. Oven kat umah pulak, mabuk sikit hari ni... suhu tak pasti berapa celcius... jadinya aku bakar hampir 30 minit ... tapi masak juga... Bila dah sejuk, senang je nak angkat. tak melekat pada loyang.
Dah siap... dapat dalam 100 biji kalau bunga dia cantik....
Verdict?
Lemak, manis, cair di mulut. Anak-anak suka sangat. Tapi aku pulak rasa manis ... sebab susu manis tu agaknya. Kalau second attemp akan kurangkan sikit susu manis tu menjadi 1/3 jek.
Tahun depan akan buat lagi kuih ni... Insya Allah...Next kuih... tunggu :-)

dahlia susu,
semprit susu,
try masak kuih raya
Monday, July 7, 2014
google search
No 1 dah agak selesa dengan penggunaan tablet untuk mencari maklumat dan main game. Belajar iqra', game math, ejaan jawi dan beberapa aktiviti yang positif pernah aku perkenalkan pada dia. Tapi biasalah... game jugak yang dia suka...
Tapi takpalah, aku dan en zali sentiasa control tempoh masa dia main tablet dia... selalunya dapat masa cuti sekolah je... hari sekolah no no.
Hari tu dia ada kerja sekolah Dunia Sains dan Teknologi. Nak kena cari alat yang diperbuat dari getah. Bila tanya pada aku... ter blurr plak... Jadi dia terus bukak tablet dan cari sendiri.
Jumpa pulak tu... kasut getah, pemadam dan banyak gaklah...
Anak2 zaman sekarang... hmmmmm.

Alif Izzudin,
gen z
Sunday, July 6, 2014
sakit mata
musim ke sekarang ni... budak2 kena skit mata.
Mula2 No 1 kena... mata putih macam ada air...tapi dia kata tak sakit. Merah sikit je.
Titikkan ubat mata... suruh gak pergi sekolah. Bila balik sekolah kebangsaan, dah ok pulak nampak mata dia.
Esoknya, No 2 pulak kena. Sekali dengan demam, ulser dalam tekak.
Mata putih dia tak bengkak, tak merah, tak gatal. Tapi bengkak keliling mata tu tak surut2 sampai malam. Bangun pagi keesokan hari baru nampak ok. Cuma demam jeklah yang tak surut lagi.
Cuaca sekarang ni panas dengan habuk... budak2 sangat sensitif. Jangan mak budak kena udahlah...

Rizmal Hasry
Wednesday, July 2, 2014
tamatlah riwayatnya
Hari keempat bangun sahur.... tengah2 masak nasi tiba2 elektrik semuanya terpadam. Kejut en Zali tengokkan. Tutup semua suis lepas tu on balik ok. Pasang balik kabel periuk nasi... menendang balik... haihhhh... sahlah dah tamat riwayatnya periuk nasiku...
Lama dah pakai sejak kahwin lagi... tahan sebab jarang pakai... ( jarang masak ler tuuuu ... ) kecik je pun tapi cukup untuk makan kami anak-beranak. Alah, dak 3 orang tu makan banyak manalahhhhh sangat..
Gambar periuk? Isyyy... kalau dah 10 tahun pakai... agak2lah sikit... takkan nak tayang gak kat sini... malu makcik non :)
Periuk baru? tunggulah petang nanti... balik keje kalau sempat singgah supermarket atau kedai barang letrik... lauk sahur pun abih dah ni... kalau sempatttt... kalau tak... masak nasi dalam periuk atas dapurlah alamatnya....
Eh lupa pulak nak citer... jadinya sahur pagi tadi... walaupun trip... nasi sempat masak gak.Nasib baikkkk.... Cuma tak berapa kering. Makan dengan kuah tomyam udang cair, sotong goreng kunyit (panaskan lauk semalam) dan ayam goreng. Alhamdulillah...
Esok nak sahur apalah ye... bukak puasa? ... tu senang... bazar ramadhan kan banyak :D
Dah boleh start bayar zakat fitrah ye kawan-kawan... Selamat berpuasa >__<

puasa,
sahur,
zakat fitrah 2014
Tuesday, July 1, 2014
summer school di Korea
Seorang daripada pelajarku (Sarjana Teknologi Pendidikan) sedang menjalani Summer School di Korea. Ye... betul tu Korea. Dia pergi dengan sebahagian tajaan daripada UTM tau. Dia akan berada di sana selama sebulan. Kesian gak sebab sepanjang puasa ni dia kat sana, tapi kalau nak menuntut ilmu, takda halangan kannn...
Macamana nak sertai Summer School macam dia dapat tu? Cuba klik link kat bawah ni. Ada dia ceritakan langkah demi langkah kalau nak ke sana.
http://adiradhiah.blogspot.com/2014/06/proses-summer-school-utm.html
Cuma, syarat utamanya kenalah jadi pelajar di UTM dulu yea. Banyak tau kelebihannya jadi pelajar UTM ni. Kalau berminat nak sambung belajar diperingkat sarjana atau phd dalam bidang Teknologi Pendidikan, Multimedia, Online Learning, Sains, Fizik, Kimia, Matematik, dsbnya ... pm jek saya atau singgah kat laman web
http://educ.utm.my
Student aku ni ambil program anjuran Hanyang University, di Seoul. Sepanjang dia kat sana, aku ada request supaya dia share experience menerusi blog. Kenapa?
1. supaya aku dapat tahu perkembangan dia sepanjang berada kat sana
2. supaya dia dapat simpan kenangan sepanjang dia di sana selama blog dia wujud...
3. sebagai rujukan kepada pelajar lain yang berminat untuk mengikuti Summer School macam ni
4. sebagai laporan kepada penaja akan aktiviti yang beliau jalankan sepanjang masa berada di sana...
dan.... hehehe banyak jek alasan boleh bagi... :-)

Semoga dia dapat banyak pengalaman kat sana dan kembali dengan selamat serta penuh ilmu di dada. Amiinnnnn....
Notakaki : Jaga diri ye Radhiah... :)
Labels:
phd journey,
teaching and learning,
UTM
Subscribe to:
Posts (Atom)