Hari ni adikku ( No 7) graduate. Tahniah. Dah jadik engineer adik aku ni. Bangga akak rase. Mak dengan ayah lagilah...
Harap2 lebih cemerlang hidupnya selepas ni... buat mak dan ayah lebihhh bangga.
Terima kasih buat pensyarah2 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM yang sudi membimbing adikku sehingga berjaya. Halalkanlah ilmu yang anda semua beri kepadanya. Hanya Allah yang akan membalas segala jasa dan budi anda...
Tuesday, September 28, 2010
Monday, September 27, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Bangun pagi
Suasana pagi di rumahku
Aku : alif, bangun mandi. nak gi sekolah ni
alif : alah, ngantuklah. Kejap lagilah mak..
aku : tak boleh, dah lambat ni. bangun... ( biasenya aku angkat terus ke bilik air)
.
.
.
Aku : cepatlah makan sarap tu. Nak gi sekolah ni....
Alif : ala nak tengok tv dulu ( atau nak main power rangers dulu)
Aku : jangan tengok tv, balik sekolah kang tengoklah puas2
Alif : nanti balik sekolah ... abis dah cite ni
Aku : alah... citer lain kan banyak. petang nanti tengoklah ...
Alif : Mak ni... sikit2 nak marah. Nak tengok tv pun tak boleh
Aku : Kalau tak nak sekolah, mak bagitau cikgu jek ... Nak sekolah ke tak nak?
Alif : Nakkk... ( sambil sarung kasut)
Proses memujuk dan membebel pagi2 amatlah memenatkan... anda bagaimana ??

Labels:
anakku
Tuesday, September 21, 2010
Sakit kepala
Hari ni mula naik keje selepas cuti majlis kawin adik. Malam tadi rasa macam dah ok badan ni. Bila sampai tempat keje, kepala sakit, mata mengantuk, badan lenguh2. Haihhhh.... bilalah nak kebah badanku ini gaknya. Macam nak mintak orang picitlahhh...
Monday, September 20, 2010
Majlis perkahwinan
2 hari lepas (18 Sept 2010) selamatlah majlis perkahwinan adikku (Ilah) dijalankan. Nikah pukul 10.30 pagi. Sanding pukul 2. Jemputan, alhamdulillah ramai jugak yang datang especially masa time sanding. Kawan2 adik aku pakat2 datang time tu, nak nengok dia naik pelamin.
Masaalah... biasalah mesti ada punyer. Tapi, Alhamdulilah dimudahkan oleh Allah.
Gambar kahwin?? Nantilah aku masukkan kendian.
Semua adik beradik turun padang, sinsing lengan dan seluar :)
Suami aku :) Ni dia....
Letih kenduri, esok pun belum tentu kebah lagi. Mak aku? Malam tadi dia demam ... heheh... Hari ni dah boleh senyum sebab sumer dah settle. Pinggan mangkuk dah pulang. Khemah dah cabut. Rumah dah siap kemas. Belanja semua dah selesai dibayar.
Ada lagi 2, tengah tungggu turn :)

Tengah basuh periuk dengan ipar aku.
Letih kenduri, esok pun belum tentu kebah lagi. Mak aku? Malam tadi dia demam ... heheh... Hari ni dah boleh senyum sebab sumer dah settle. Pinggan mangkuk dah pulang. Khemah dah cabut. Rumah dah siap kemas. Belanja semua dah selesai dibayar.
Ada lagi 2, tengah tungggu turn :)
Labels:
ceritaku
Doktor gigi
Hari ni bawak no 1 pergi jumpa Dr. gigi. Gigi kekal dia dah tumbuh, tapi gigi bungsu dia belum tercabut lagi. So gigi tu jadi berlapis. Tak cantik nanti, gigi jadik jarang bila gigi bungsu tu cabut lambat.
Punyerlah takut dia nak jumpa Dr... puas aku dgn abg gi pujuk. Nasib baik kejap jek. Tak sampai 1 minit dah setel. Darah pun tak banyak.
Cube tengok muka budak baru cabut gigi ni ;P Comelkannn...

Sunday, September 19, 2010
Resepi biskut raya 1
Biskut cornflakes Kak Bedah
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
( goreng sampai ringan , dan sejukkan semalaman)
1 cawan gula halus
1 cawan butter
1 biji telur
2 cawan cornflakes ( yang telah dihancurkan - pakai tangan jek )
Cara buat...
Pukul butter dgn gula sampai kembang, pas tu masukkan telur, pukul lagi. Pastu masukkan tepung, gaul guna spatula atau senduk. Bila dah sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit ( pastikan adunan tidak keras)
Ambil pakai sudu, letakkan pada loyang kuih. Bakar dengan suhu 180c selama 20 minit. Siapppp !!!

resepi
Thursday, September 16, 2010
Cita-cita anakku
Abah : Alif kena belajar rajin2 tau kat sekolah
Alif : Yea
Abah : Kalau rajin belajar, nanti besar boleh jadik Doktor, Pilot...
Alif : Jadi Cicakman boleh tak Abah??
Abah : Errrkkk....

Wednesday, September 15, 2010
Bang Bang Boom Raya
Tengok tak program TV3 ni malam tadi pukul 11 malam?
Aku taklah berapa suka sangat tengok orang kena sakat dalam program ni lelebih lagi kalau yang agak memalukan orang yang diorang kenakan tu. Tapi malam tadi ada sesuatu yang sangat menyentuh hati aku bila tengok program ni.
Amat dgn Azahari, pengacara program ni memang terjal sket. Tapi segmen Terima Kasih yang diorang buat sangat menyentuh hati sehinggakan aku menangis tersedu2. Betullll… touching sangat.
Satu kes tu tentang seorang anak perempuan yang nak tukarkan CD dengan 10kg beras untuk dimakan adik2 dia dan satu kes lagi seorang bapa yang nak tukarkan semangkuk bubur lambuk dengan sepasang kain buat baju raya anak perempuan dia. Bukan senang untuk meminta simpati orang ramai. Ada yang skeptical samada mereka berdua ini benar susah dan memerlukan, ada yang memang benar2 tak mampu untuk menolongaku pun pernah jugak dalam beg cmer cukup2 buat tambang balik jek ataupun bimbang diambil kesempatan akibat pelbagai hal dan cerita yang berlaku pada masa kini. Namun ada juga insan yang benar2 ikhlas untuk menolong.
Kalau aku disituasi itu… disaat benar2 terdesak sehingga terpaksa meminta pada orang lain… bagaimana agaknya ekkk…
Aku taklah berapa suka sangat tengok orang kena sakat dalam program ni lelebih lagi kalau yang agak memalukan orang yang diorang kenakan tu. Tapi malam tadi ada sesuatu yang sangat menyentuh hati aku bila tengok program ni.
Amat dgn Azahari, pengacara program ni memang terjal sket. Tapi segmen Terima Kasih yang diorang buat sangat menyentuh hati sehinggakan aku menangis tersedu2. Betullll… touching sangat.
Gambar host Bang Bang Boom ni amik dari www.tv3.com.my
Satu kes tu tentang seorang anak perempuan yang nak tukarkan CD dengan 10kg beras untuk dimakan adik2 dia dan satu kes lagi seorang bapa yang nak tukarkan semangkuk bubur lambuk dengan sepasang kain buat baju raya anak perempuan dia. Bukan senang untuk meminta simpati orang ramai. Ada yang skeptical samada mereka berdua ini benar susah dan memerlukan, ada yang memang benar2 tak mampu untuk menolong
Kalau aku disituasi itu… disaat benar2 terdesak sehingga terpaksa meminta pada orang lain… bagaimana agaknya ekkk…
Labels:
tengok tv
Dah naik keje...
Hari ni hari pertama naik keje setelah cuti raya yang panjang.
Memang cuti raya kali ni panjang, tapi aku rasa tersangatlah pendek. Sebab seminggu sebelum raya sibuk dengan kuih tempahan, kuih raya umah sendiri dan sibuk dengan mengemas umah sebab seminggu lepas raya adik aku nak kawin. Haihhh... pnyerlah sibuk...
Raya pertama kat umah mak aku, petang raya balik umah mak mentua aku. Raya ketiga balik umah semula. Raya keempat sibuk dengan adik2ku menyiapkan all the goodies nak bagi tetamu masa jemputan esok. Tempah kek hantaran dan bawak anakku gi beli mainan rayapakai duit raya diorang sendiri ... takpalah kannn :) Hari ni dah keje. Balik keje ni dah siap dah list nak carik barang lagi.
Ehhh... tadi rasa cam nak citer pasal benda lain....Terlajaklah plak.
Sebenonye, aku nak citer yang kat pejabat aku ni, pnyerlah sunyi sepi. Student memanglah dah comfirm cuti sem. So, kesempatan ni, ramailah kengkawanku cuti panjangggg.... Aku jek yang kena naik sebab bila adikku kawin nanti, aku nak amik cuti plak.
Pandang kiri, takde orang. Pandang kanan, takde orang. Haihhh... buat keje pnyerlah tak semangat. Nak lunch kang... nak ajak saper ekkkk.... hmmmmm
Memang cuti raya kali ni panjang, tapi aku rasa tersangatlah pendek. Sebab seminggu sebelum raya sibuk dengan kuih tempahan, kuih raya umah sendiri dan sibuk dengan mengemas umah sebab seminggu lepas raya adik aku nak kawin. Haihhh... pnyerlah sibuk...
Raya pertama kat umah mak aku, petang raya balik umah mak mentua aku. Raya ketiga balik umah semula. Raya keempat sibuk dengan adik2ku menyiapkan all the goodies nak bagi tetamu masa jemputan esok. Tempah kek hantaran dan bawak anakku gi beli mainan raya
Ehhh... tadi rasa cam nak citer pasal benda lain....Terlajaklah plak.
Sebenonye, aku nak citer yang kat pejabat aku ni, pnyerlah sunyi sepi. Student memanglah dah comfirm cuti sem. So, kesempatan ni, ramailah kengkawanku cuti panjangggg.... Aku jek yang kena naik sebab bila adikku kawin nanti, aku nak amik cuti plak.
Pandang kiri, takde orang. Pandang kanan, takde orang. Haihhh... buat keje pnyerlah tak semangat. Nak lunch kang... nak ajak saper ekkkk.... hmmmmm
Saturday, September 11, 2010
Pagi raya 2
Anak aku yang no 1 demam. Pagi raya tu aku dah susah hati bila abah dia nak bawak pegi sembahyang raya. Bimbang dia letih sangat ke, demam dia makin teruk ke, tah ape2aku pk... aku pun tak tau. Tapi bila myhubby kata, pergi masjid tukan tempat ibadah... InsyaAllah takda papa... akupun dengan berat hati lepaskan gaklah.
2 hari sebelum raya dia ikut abah dia balik kg. Mungkin letih sangat gaknya, sampai demam malam tadi. Panas badan dia. tapi bila makan ubat, berpeluhlah gak. Cmer belum bebetul kebah lagi. Makan pun tak selera. Balik sembahyang, suruh makan ketupat punyelah susah.

Muka kena paksa makan ;)
Pagi raya 2010
Biasanya pagi raya, lepas balik sembahyang raya ayah, myhubby & adik2 lelaki jek pegi sebab kitorang masih sibuk kat dapur siapkan juadah raya umah mak akan penuh dgn adik beradik sume.
Agenda pagi raya?
Makan ketupat dan yang sewaktu dengannya,
Makan kuih raya
Bermaafan satu keluarga
dan agenda wajib... bergambar sekeluarga
Yang paling sibuk tahun ni ialah....
Bukan anak ku tu... tapi kamera dslr adik aku yang dia baru beli... layannnn
Friday, September 10, 2010
Sehari sebelum raya
Persediaan sehari sebelum raya memang havoc.
Tahun ni, kitorang plan tanak anyam ketupat. Beli yang dah siap jek. Skali pagi sebelum raya, adik aku cari kat pasar, abih dah. Tak plak dia gi KipMart ke, Best Mart ke, instead dia beli daun kelapa jek. Apa lagi, kitorang doklah menganyam ketupat sampai ke tengahari.
Kaje2 lain belum start lagi ni, dengan nak basuh ayam, rebus daging, potong bawang, halia, lengkuas dan segala mak nenek untuk masak lauk raya.... haihhh
Yang palinnggg penat skali.... buah hati aku nilah... :P

Selamat Hari Raya !!
Thursday, September 9, 2010
Kuih raya 2
Oleh kerana dah last minit baru buat kuih, aku buat 2 skali ari ni. Tart nenas dengan cornflakes madu. Cornflakes madu ni adik aku yang siapkan, then kitorang masukkan dalam cup then letaklah hiasan ( coklat cip, hirisan badam dan bintang2 gemerlapan :P) atas dia. Jadiklah camni.
Tart nanas plak, memang home made. Jadik size dia ada besar dan kecik. Biasalah tu kan :). Oleh kerana nak cepat, kitorang letak love sugar kat atas tart tu. Jadiklah cenggini.
Buat 2 adun jek tiap satu jenis kuih. Dapatlah 1 balang setengah. Lebih kurang 120 biji lebih sket. Sedap tau... Jemput :D

Wednesday, September 8, 2010
Kuih raya
Sambung cerita pasal tepung :)
Setiap tahun memang aku buat biskut cornflakes. Resepi dari kakak aku. Sama jek cam orang lain buat cmer, kitorang pakai tepung jagung campur tebung ubi. Dan untuk memastikan biskut tu jadi garing dan rapuh, tepung tu kena goreng dulu dengan api kecik sampai dia jadik ringan. Pas tu kena simpan dulu semalaman untuk sejukkan dia sebelum buat biskut.
Adik2 aku suka biskut ni sebab dia rangup.
Satu lagi rahsianya, kena pakai cornflakes jenis NESTLEtakde kaitan dengan empunya syarikat sebab cornflakes dia tak cepat lemau berbanding cornflakes jenis lain.
Nak resepi? Next post ekk :)
Setiap tahun memang aku buat biskut cornflakes. Resepi dari kakak aku. Sama jek cam orang lain buat cmer, kitorang pakai tepung jagung campur tebung ubi. Dan untuk memastikan biskut tu jadi garing dan rapuh, tepung tu kena goreng dulu dengan api kecik sampai dia jadik ringan. Pas tu kena simpan dulu semalaman untuk sejukkan dia sebelum buat biskut.
Adik2 aku suka biskut ni sebab dia rangup.
Satu lagi rahsianya, kena pakai cornflakes jenis NESTLE
Nak resepi? Next post ekk :)
Tuesday, September 7, 2010
Buat kuih
Biasanya nak dekat raya, aku dan adik2 akan sibuk buat kuih raya. Buat banyak2 lepas tu masing2 bawak balik umah masing2. Maybe 2 @ 3 jenis jek kuih tunjuk2 yang akan membezakan kuih raya umah memasing. Tapi tahun ni, aku sibuk buat kuih... bukan untuk diri sendiri...
Kuih orang tempah
Kuih untuk umah sendiri ??? ....
Hari ni baru nak goreng tepung ... =P
Thursday, September 2, 2010
Anak sakit
Kronologi minggu lepas :
1. Balik petang jumaat tu, si kecik demam dan selsema sket. Hari sabtu ada pulak keluar bintik-bintik macam ruam. Aku takut plak dia kena campak. Nak gi klinik takda ketalah plak. Bakal adik ipar aku pinjam. So hari ahad bawak dia jumpe Dr. Nasb baik bukan campak, cume alahan jek. Tapi tekak dia ada ulser, so Dr. bagi ubat titik kat tekak. Senin nampak dia dah sihat.
2. Petang senin tu pulak, yang No 2 selsema. Meleleh jek ingus dia. Hari Selasa cuti, Dr. tutup. Aku bagi dia ubat selsema & demam spare kat umah. Rabu bawak dia jumpa Dr sebab lum baik lagi selsema dia. Takut tekak dia merah ke. Tapi Dr kata selsema biasa jek. Tekak tak merah. Dia tak bagi antibiotik. Should be 2@3 hari lagi baiklah. Lega sket ati ni.
3. Pagi ni, selsema yang no 2 kurang sket nampaknya. Tapi si kecik macam lain plak. Badan dia panas sket. Cam jangkit abg dia jek... haihhh. Yang No. 1 plak bangun tidur bersin2. Jangan melarat sudah.
Ginilah kalau anak kecik2. Sorang kena, yang lain pun kena skali. Bile diorang dah sihat, mak dia plak tumbang. Ni pun pala aku dah rasa semacam jek. Dugaan bulan posa. Tabahkanlah hambamu ini Ya Allah. Aminnn.

Parking oh parking
Kat tempat aku keja ni, tempat letak keta adalah masalah yang agak besar gaklah. Nak masuk kawasan aku, ada satu palang automatik yang hanya boleh dibuka kalau kita ada pas. Aku ada :)
Tujuan buat cenggitu adalah untuk mengelakkan terlalu ramai pelajar parking di kawasan pejabat sehingga kitorang staf ni takda tempat nak letak plak nampak macam praktikal dan logik kannn
Masalahnya, palang tu asyik rosak memanjang. Lepas hujan dia jem. Kalau power off dia jem. Kalau tak hujan pun kekadang jem gak. Pehal tah sistem dia. Kalau palang tu senang nak diangkat takpelah, ni pnyerlah berat nak pengsan!! Jadik, aku nak letak keta kat mana? Kawasan luar pnyerlah penuh. Aku pusing sampai 3 round, no space langsung. Yang parking illegal pun dah penuh. Akhirnya aku parking kat belakang bangunan yang aku tau bile nak kuo nanti mesti payah.
Abih, nak wat camner. Haihhhh....
Tujuan buat cenggitu adalah untuk mengelakkan terlalu ramai pelajar parking di kawasan pejabat sehingga kitorang staf ni takda tempat nak letak plak
Masalahnya, palang tu asyik rosak memanjang. Lepas hujan dia jem. Kalau power off dia jem. Kalau tak hujan pun kekadang jem gak. Pehal tah sistem dia. Kalau palang tu senang nak diangkat takpelah, ni pnyerlah berat nak pengsan!! Jadik, aku nak letak keta kat mana? Kawasan luar pnyerlah penuh. Aku pusing sampai 3 round, no space langsung. Yang parking illegal pun dah penuh. Akhirnya aku parking kat belakang bangunan yang aku tau bile nak kuo nanti mesti payah.
Abih, nak wat camner. Haihhhh....
Labels:
kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)