Saturday, February 27, 2016

No 1 tak sihat

Semenjak anak2 dah besar sikit... dan amalkan madu qaseh... dah jarang demam. Batuk pun sikit2 jek.

Tapi kali ni No 1 kena batuk, selsema dan demam panas...start batuk lepas majlis tunang mak sedara dia. Maklumlah, hari majlis...bukan boleh nak larang. Main sampai ke petang... minum ais lagi...



Hari selasa dah lain macam... batuk dah bunyi asthma... badan dah demam. Bawak gi klinik... kena nab. Dapat ubat selsema, demam dan antibiotik.



Ptg dia rasa lega... pergi latihan rumah sukan. Rabu pulak ada sukantara. Berjemur lagi. Khamis balik sekolah... tengok dia dah lain. Jumaat, panas sema badan... suhu sampai 39.6 celcius. Terus bawak jumpa dr semula... tukar antibiotik baru. Dapat ubat kahak yg kuat.

Hari ni demam dah kurg. Tapi asthma belum ok lagi, masih rasa sesak bila tarik nafas. Harap2 makin baik... risaunya hati ni...

Monday, February 8, 2016

Cuti tahun baru cina

Cuti panjang kali ni... luangkan masa kat umah mertua. Dok umah je. Malas nak ukur jalan. Lagipun, jem memanjang.

Buat kerja umah mana yang boleh... pagi2 lagi mak dah siap masak. Aku tolong2 jek. Dgn si kecik tu... susah sket nak gerak.



No 4 dah pandai main. Cuma... tak boleh tinggal. Hilang jek bayang kita... dijeritnya satu umah. Suara dia kan boleh tahan ^_^

Korang cuti gi mana?

Saturday, February 6, 2016

Masalah bila cuti

Masalah besar bila cuti adalah bangunkan anak2 dari tidur. Susahhhh ok.

Kalau setakat kejut tak bangun takpalah... ni siap membebel pulak tu. Kenapa kena bangunlah... mengantuk sangatlah... penat sukan semalamlah... tidur 5 minit jek lagilah... tidur lama sikit pun tak boleh ke... lahhh

Haisshhhh... geram tau tak. Dah bangun, tak retinya nak mandi ke... sarapan ke... dok melekat depan tv. Katil tak kemas... gigi tak gosok... solat subuh pun berkerah... geram tau

Macamanalah mak2 ni tak kuat membebel kannnnn ....



Anak oh anakkk ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...