Tuesday, June 29, 2010

strikethrough

Aku belajar camner nak buat strikethrough pada ayat dalam blog ari ni. Alah macam nilah ... strikethrough ...

Caranyer cenggini tulis <s>strikethrough</s>

Kalau nak buat underline plak cenggini

tulis <u>underline</u>

ok... makluman di atas hanya untuk mereka-mereka yang amatur sahaja tau... selamat berblog :)

lunch

http://www.rasamas.com.my
Hari ni lunch dekat rasamas. Ambil set roaster rice + air + coleslaw. Aku makan sorang jek... biaselah aku ni lone ranger. Malas nak ajak kengkawan bila time nak lunch. Kalau aku nak makan, aku gi. Rasa taknak, aku tak gi ...


Tapi lepas kenyang makan tadi, aku ada rasa bersalah sket. Sebab makan sensorang sampai RM19.10. Hmmmm, macam tak berbaloi jek rasanya. Zaman-zaman gawat ni, aku kena berjimat cermat ke kedekut sebab esok tak tau apa akan jadik. Mungkin korang rase nilai tu kecik, tapi bagi aku yang dah ada 3 anak ni, banyak tu...

Hmmmm... nak makan, tanak makan, nak makan, tanak makan, nak makan....

Redesign

Pertama kali menggunakan template daripada blogspot, hmmmm... boleh tahan. Boleh ubah design, warna teks, boleh masuk gambar... mudah jugaklah. Cmer adalah a few stuff yang aku tak berapa reti lagi nak buat camner, contohnyelah... camner nak kecikkan gambar lower than 250 pixel.... camner nak masukkan backgroud guna gambar sendiri... camner nak ubah warna latar bahagian post... kena explore lagi ni. Kalau aku sendiri tak boleh guna... camner nak promote kat anak murid esok kannn...

Eh lupa plak nak bagitau yang aku ni kerja dalam bidang education gaklah... Cikgu? bolehlah dikatakannnn... Ajar ape?... hmmmm next postlah ekk.. cau cin cauuuuu

First entry

Dah lama asyik baca blog orang lain, dah lama asyik berangan ada blog sendiri, dah lama karang ayat untuk blog tapi dalam pala otakku jeklah, akhirnya aku mulakan juga ari ni ....

blog ni hanya untuk share myself, myfamily and my simple life kepada sumer yang sudi singgah. Mungkin ada persamaan antara kita, ilmu yang boleh kita kongsi dan luahan hati yang boleh jadi terapi buat sesama kita. InsyaAllah.

Dengan lafaz bismillah, kumulakan salam perkenalan buat semua di alam maya.

Assalamualaikum :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...