Thursday, May 29, 2014

cuti sekolah dah mula

Hari Selasa (27/5/2014), sekolah kat johor dah start cuti. No 3 buat perangai taknak pergi umah babysitter. Tak tau nak pujuk camner lagi, ngalah bawak dia gi ofis...

Keja kalau dengan dia, alamatnya peratusan siap adalah rendah. Nasib baik dapat juga edit first draft book chapter yang aku plan nak betulkan hari tu. Cuma nak kena rephrase sebab tak lepas turnitin...dan nak kena tambah sub chapter validity dan reliability....

Awal2 pagi oklah... buka youtube dlm tab... cerita upin ipin. Bawak bekal biskut chipsmore.


Bila dah tengahari sket, Modem habis bateri....nak umpan youtube upin ipin dah tak jalan. Nasib baik ada sudu plastik... jumpa kat almari tempat simpan bekas makanan aku... Lama jugak dia main ni...


Sampai lunch pun dia masih main dengan sudu plastik ni... Mak dia dah hilang suara dan tenaga. Apa2 lah nak... janji tak bahaya dan depan mata mak....

Bila makin petang, dia dah penat. Asyik tanya mak dia itulah... inilah... kenapa tu... kenapa ni... Last2 bila balik umah.... ginilah jadinya...


Penat sangatlah tu.... Mak dia pun penatttt .... tapi keje kena siapkan ari tu gak. Esoknya agenda lain.... tapi.... rasa sangat happy... kenapa ekkk >__<

Thursday, May 22, 2014

Pesta Konvokesyen UTM 2014

Dia dah mai dahhh :)

Ok, setiap tahun, pesta konvokesyen UTM ni memang sangat ku tunggu-tunggu. 2 kali setahun. Biasanya yang bulan 5 tak berapa besar sangat, tapi yang bulan 9 selalunya lebih besar.

Tapi.... tetap best sangatttt... Paling best sebab ada banyak baju, kain, tudung, segala keperluan ada jual tau kat sini. Bunga? Tu buat yang nak konvo... kita pi tapak pesat dahlah hehehehe



22 sampai 26 Mei 2014 tau... Mailah singgah sini.

Quote daripada page facebook sekretariat

"52nd UTM Convocation Festival (Fesko52) is back with more fun, exciting activities, more spectacular artist performances, more than 100 booths selling products at almost ridiculously low price and lucky draw with awesome prizes to be won!

Open for all. Free admission.

Mark your calender people. See you there!" 

Tuesday, May 20, 2014

release stress

Oleh kerana semalam sangat stress.... Kepala sakit sangat... Hari ni dah ok sikit Alhamdulillah.

Nak kena motivasi diri sikit...


Untuk tingkatkan semangat supaya dapat siapkan thesis pulak...


Allahumma Yasir wala tu'asir... robbi tomim bil khair...

Monday, May 19, 2014

stress

Beberapa hari ni... kepala asyik sakit. Badan rasa lesu, mengantuk memanjang. Tidur tak lena, asyik2 terjaga. Bila mengadap kerja, rasa susah sangat nak selesai. Ada sekali tu, nak parking kat tepi gerai sebab nak beli nasi untuk makan tengahari anak... pun rasa macam nak nangis... sebab banyak kereta...

Ini maknanya aku sedang stress ye kawan2. Stress sebab thesis yang dihantar pada supervisor belum dapat balik. Apalah agaknya komen supervisorku... teruk ke... banyak lagi ke nak ubah... tak sampai standard phd kah kajian yang aku buat....boleh ke submit sem ni.... ke kena buat major changessss.... adoiiiii....

Semalam betulkan book chapter yang dah dipulangkan oleh editor. Sepatutnya mudah je pembetulan tu... tapi pusing 360 darjah pun tak siap juga. Baru siap format je... sedangkan ada 2 lagi nak kena betulkan.... belum kira laporan akhir lagi geran lama lagi tu.... huhu

Student pulak semuanya nak kena hantar end next week projek sarjana muda diorang... nak kena review, semak dan cadangkan pembetulan juga... kalau nak cakap senang... nak betulkan penulisan... susahhhh... kesian diorang kalau panel kata tak relevan kajian atau tak selesai... naya anak muridku huhu...

Kalau nak tahu tanda-tanda stress... cuba lawati link berikut

http://www.levo.com/articles/lifestyle/5-signs-youre-under-too-much-stress


Macamana nak kawal stress ni... ada tips tak.... taknak makan panadollll huhuhu...




Friday, May 16, 2014

selamat hari guru

Hari ini 16 Mei 2014, merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Buat guru-guruku di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, UiTM dan UTM.... terima kasih cikgu...

Buat guru anak-anakku... terima kasih kerana sudi mendidik mereka sehingga boleh mengenal nombor dan membaca.... terima kasih cikgu...



Buat adik-adikku Ilah dan Noli, rakan-rakan pendidik di fakulti dan bekas pelajarku.... teruskan usahamu mendidik anak bangsa... Sekali cikgu, selamanya cikgu....

Saturday, May 3, 2014

cara bercinta dengan isteri

Jumpa tips ni kat facebook. Nak share dengan kawan2 semua. Buat menambat hati isteri.


Alhamdulillah, en Zali dah lama amalkan tips ni. Sebab tu i luv him so much. Kan abg kan kann... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...