Thursday, December 11, 2014

surprise daripada anak-anak

Balik dari seminar, flight KL-JB delay 1 jam. Kesian en Zali dan anak-anak tunggu kat airport...

Sampai rumah, terus diorang bagi kad ucapan. Made by themselves... feeling touching 😭


Bila baca ayat dalam kad... lagilahhhh huhuhu

kad dari no 1

Kad No 2.

No 3 pun ada gak... tapi penuh conteng dia jeklah....

Hilang penat bila balik outstation, anak2 sambut macam gini keennnn :)

Tuesday, December 9, 2014

2 hari outstation ke ICEED 2014

Kerja...
Bentang kertas kerja
Bimbing pelajar... beri pendedahan tenteng seminar antarabangsa
Belajar tentang isu-isu terkini dalam bidang pendidikan dan kejuruteraan

2 hari kat sini ... IEEE 6th International Conference on Engineering Education...
Menginap kat hotel dimana conference diadakan... senang nak turun naik bilik walaupun mahal sket...

Banner seminar...

Semoga dipermudahkan dan mendatangkan manfaat buat kami yang terlibat dalam bidang pendidikan ini, InsyaAllah...

Friday, November 28, 2014

cuti sekolah

Dah seminggu sekolah cuti. Oleh kerana setiap hujung minggu sentiasa penuh dengan agenda... balik kampung tengok mak mertua yang operate, outstation atau kerja... maka tak perasan dah seminggu cuti. Minggu ni, abah diorang decide tak balik kampung. Kesian pulak tengok budak 3 orang tu dok rumah jek tak gi mana2. Mungkin sabtu nak bawak gi themepark... tengoklah macamana...

Semalam, khamis, balik keje awal. Balik suruh diorang tidur kejap, pastu bawak gi daftarkan No 3 ke childcare yang baru. Tahun depan dia akan tadika di tempat yang sama... Baik cikgu dia. Aku siap kata, takpa cikgu... marahlah kalau dia buat perangai... supaya dia jadik manusia.

Pastu, bawak singgah hutan bandar. Main sampai berpeluh-peluh. No 3 pnyer bau.... perghhhhh. Ada pulak jumpa kawan sekolah dia... tu yang bukan main seronok lagi tu.... yang baju putih lengan biru...

Walaupun kejap... seronok sangat diorang.


Pas habis main... bawak pi makan pizza hut. Mak dia bawak RM50 jek... maka makan sila tidak berlebih-lebih okei.... ala... budak2 makan banyak mana. Mak dia ok jek... i kan dietttt :p

Tuesday, November 25, 2014

cerita sabtu dan ahad...

Sabtu malam, rumah mertua buat tahlil dan doa selamat. Adik ipar baru baik sakit... niat nak jamu orang kampung. Mak mertua pun dah selamat operation. Mudah2an cepat baik dan boleh berjalan lepas ni. InsyaAllah...

yang baju itam tu, adik ipar... belah en Zali.

Petang sebelum majlis start... hujan lebat... angn kuat. Bimbang juga orang tak boleh nak datang. Tapi, masuk maghrib jek... berhenti hujan. Alhamdulillah....

Pagi Ahad... terus bali JB. Ada seminar postgrad di Hotel KSL. Lepas subuh jek terus gerak... laju en Zali bawak keta... syukur sebab selamat sampai. Letih tu memanglah... tapi kan kerja...

Seminar ni dianjurkan oleh fakulti untuk bagi peluang kepada pelajar postgrad bagi berkongsi mengenai kajian masing2. Penerbitan kertas kajian adalah salah satu syarat lulus jugak... Ramai sungguh pelajar Fakulti Pendidikan, UTM ni. Hebat- hebat kajian masing2. Nampak jelas mereka yang tahu apa mereka buat dengan mereka yang macam tahu tapi sebenarnya tak tahu apa yang mereka buat. Kadang2 , pelajar perlukan perspektif dari orang yang bukan supervisor mereka... Ini adalah platform yang baik.

Semasa sesi keynote....

Salah seorang pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dalam sesi pembentangan ( sesi selari)....

Tahniah kepada urusetia program yang kebanyakannya adalah pelajar postgrad fakulti dan pembentang. Semoga anda terus sukses dalam kajian masing2.

Cerita pasal seminar tu boleh tengok kat sini
http://educ.utm.my/ieps2014/

Thursday, November 20, 2014

hari anugerah cemerlang... No 1

Pertama kali setelah sekian lama, Sekolah di kawasan aku ni buat majlis Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun yang sama peperiksaan. Selalunya dibuat pada tahun seterusnya semasa mesyuarat PIBG. Dan sejarah juga, No 1 naik pentas...

Macam tak percaya...

Dalam dewan... tengah dengar guru besar berucap...

Buku Program

No 4 aliran tahun 3, terbaik matematik.

He improve a lot... feeling sooo proud

Monday, November 17, 2014

2 hari outstation ke Universiti Malaya

Hari Jumaat petang bertolak ke Universiti Malaya untuk bengkel penulisan journal berimpak tinggi. Aku dan 2 pelajar di bawah penyeliaan aku ( master teknologi pendidikan) naik firefly. Almaklumlah...bawak keta tak berapa cekap... jalan kat KL pulak tak berapa pandai... kena keluar duit lebih sikitlah....

Kami tinggal dekat Cititel Mid Valley... dah booking awal2. Best bilik dia... besar dan selesa. Kami tinggal bertiga.... ambil katil tambahan... tapi masih rasa selesa. Nak makan pun senang... pergi sebelah jek...Mid Valley... pilihlah nak makan apa punnn...

Best gak bengkel ni... tapi banyak lagi nak belajar sebenarnya... Pengisian 2 hari ini lebih mengkhususkan kepada tips yang perlu diketahui oleh penulis sebelum menghantar kertas kajian yang original dari perspektif editor. Kalau dapat bincang tajuk dan draft paper yang kita dah buat lagiii best.

Nak balik dah ni... tak sabar nak jumpa budak2 kat umah tu.


Dah calling untuk boarding ni.... harap2 balik ni dapatlah hantar kertas kerja ke penerbit jurnal berimpak dan diterima.Mudah2an... amiiiinnnnn

Thursday, November 13, 2014

No 3 kata dia sakit pada sendi jari

Malam tadi cuaca sejuk sangat. Nak bangun pun rasa malas. Pukul 6 baru terhegeh2 nak bangun solat. Budak2 belum bangun lagi... selalunya 6.30 dah siap nak ikut abah diorang pergi sekolah. Hari ni tak sempat, maka mak kena hantar pukul 7.

No 3 bangun lambat sikit. Lama dia dalam bilik mandi. Siap pakaikan baju, terus suruh dia pakai kasut. Bawak bekal susu panas untuk minum dalam kereta.

Lepas hantar No 1 dan No 2 ke sekolah, terus hantar dia kat Tadika. Tiba-tiba dia kata jari dia sakit. Pegang cawan untuk minum pun macam tak kuat. Masa pakai kasut tadi, dia ada juga kata sakit tangan. Tapi ingatkan abang dia terpijak ke... so, aku buat tak kisahlah. Sekali, bila pegang jari dia.. dekat sendi2 jari macam keras dan bengkak sikit. Tapi tak lebam. Bila tekan, dia kata sakit. Seriau betul aku masa tu.

Habis minum susu panas, dia kata dah kurang sakit tangan dia. Pelik. Pasal cuaca sejuk ke?

Aku suruh juga dia pergi sekolah. Sampai rumah, bukak ipad dan search perkataan "sakit sendi jari".

2 benda ni yang nampak berkaitan

1.  Rheumatoid arthritis

Rheumatoid arthritis (RA for short) is an inflammatory autoimmune disease that can cause debilitating pain in the joints. In this disease, the immune system attacks the synovium of joints. This attack results in a fluid build-up in the joints that causes pain. Severe and progressed attacks can result in joint deformation. 

Maklumat lanjut : Klik sini

2.  Repetitive stress injuries (RSIs)

Repetitive stress injuries (RSIs) are conditions caused by placing too much stress on a joint, and they vary in type and severity. Most RSIs are linked to the stress of repetitive motions at the computer or overuse injuries in sports. RSI in kids may occur from heavy computer or video game use, texting, playing musical instruments, or the repetitive motion of sports like tennis.

An RSI occurs when stress is placed on a joint, pulling on the tendons and muscles around the joint. When the stress occurs repeatedly, the body does not have time to recover and becomes irritated. The body reacts to the irritation by increasing the amount of fluid in that area to reduce the stress placed on the tendon or muscle.
 
Maklumat lanjut : Klik sini

Jika masalah pertama, ia melibatkan masalah autoimun dimana sistem kekebalan tubuh tidak dapat membezakan antara jaringan yang sehat dan ‘ancaman’ atau diantara  sel-sel asing dengan sel-sel tubuh sendiri. Selalunya orang tua yang kena terutamanya wanita. Tapi sebenarnya semua peringkat umur boleh kena. Cara nak kurangkan sakit, tengok gambarajah kat bawah ni ...


Kalau masalah kedua, ia lebih kepada cara kehidupan seperti penggunaan komputer atau tablet terlalu lama atau postur tubuh yang tidak betul.Maknanya kena kurangkan tempoh main tablet kat rumah dan galakkan aktiviti fizikal serta makanan yang lebih berkhasiat.

Lepas ni kena buang segala makanan manis kat rumah dan paksa dia makan ikan banyak2. Kena lebih istiqamah suruh dia makan Qaseh Junior dan ambil air yang ada SOLE. Mudah2an sesuai bila balik kepada makanan sunnah. Ya Allah... mintak jauhlah penyakit berbahaya dari anak2ku... Aminnnn

Status : Worried :(


Tuesday, November 4, 2014

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2

Fuhhh... ingatkan ari tu tak sempat dah nak join... skali diextendkan tarikh tutup rupa-rupanyer. Jadi, dapatlah kita join bloglist http://www.arepnakbebel.com ni...

http://www.arepnakbebel.com/2014/10/phewit-nak-join-bloglist.html

Luqman kata "As long as you join this "segmen" you will automatically berada dalam "Permanent bloglist 2015". Dia akan buat dua Section untuk lelaki dan perempuan. Untuk lelaki - "Permanent Bloglist for HIM" dan untuk perempuan - "Permanent Bloglist for HER".

Jomlah join ramai-ramai... ada masa lagi ni...

Monday, November 3, 2014

no 3 pun peksa juga

Bila No 1 tunjuk kertas peksa, no 3 pun tunjuk juga. Dia pun peksa juga kat tadika 5 tahun.
Dia kata.. "cantik tak adik buat mak" ...

Apa kes tanya cantik ke tak pada kertas soalan matematik, BM, BI dan agama... hmmmm

Redha jeklah.


Semua paper fail... mak dia dah agak dahhhhhh... >__<

kisah emak mertuaku dan no 1

Alhamdulillah, mak mertua dah selamat operation. En Zali adik beradik pakat pindahkan ke Hospital Pakar supaya rawatan lebih cepat dan mak lebih selesa. Kaki kiri kena masuk besi untuk tegakkan tulang dan kena simen supaya kaki tak gerak banyak. Adik en Zali masukkan bilik 1 orang ... Dapatlah mak tidur dengan selesa. Cuma nak berjalan tu lama baru boleh rasanya. Simen kat kaki tu pun kata Dr, sampai sebulan baru boleh bukak. Mungkin esok atau lusa dah boleh balik rumah.

Hari ni, walaupun buat kerja masih tak berapa semangat... tapi kupaksakan jugak supaya bergerak jugaklah kerja tu... tapi mood memanglah sangat ke laut. Tapi bila balik rumah, No 1 beria-ria kata ada berita gembira... Rupa2nya...


Peksa akhir tahun... matematik. Suka bukan main dia dapat kalahkan best student dalam kelas dia. Harap2 betullah.. :)

Pastu...


Dapat jadi pengawas pulak tahun depan. Dapat surat cikgu untuk beli baju pengawas tahun depan... warna coklat.

Harap2 jangan hangat2 tahi ayam ye nakkkk....

notakaki: proud and worried at the same time...

Tuesday, October 28, 2014

risau

Semalam ibu mertua jatuh, patah tulang atas lutut kiri.
Masuk hospital kerajaan muar... nak kena operate.
Tapi, kena tunggu 1-2 minggu.
Tak sampai hati tengok dia...
En Suami dan adik2 dia decide nak pindah ke private.
KPJ kat muar tak boleh buat... sebab mak ada sakit jantung.
Pindah ke Putra, Melaka.

Risaunyer.... tak tau nak cakap macamana.... :(

Friday, October 24, 2014

belajar buat roti 3rd attempt

Bila first trial jadi.... mestilah nak cuba lagi kannnn.... 2nd attempt buat pagi cuti Deepavali. Amboiii bukan main semangat. Siap janji nak try roti kismis untuk en abg. Sekali... lepas 1 jam dalam Breadmaker... dough tak naik. Sah... yis mati. Masa tu jugak buang jek... confirm kalau bakar jugak... akan jadi keras macam batu huhuhu.

So, semalam balik kerja ( Khamis balik awal kannnn...), lepas rehat kejap ... terus keluarkan barang apa yang patut. Adik aku dah beli tepung roti dan yis... so cantiklah kannnn....Kami masih pakai resepi roti daripada Chef Obie.

Link ke page dia....

http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/p/resepi.html br />
Resepi Asas Roti Ban Manis Chef Obie ( kami ubah sket)

500gm Tepung Roti 100gm Tepung gandum
110 gm Gula
10gm garam ( kami guna 1 sudu kecil)
20gm Tepung susu
4 sudu yis segera ( kami pakai 1 paket instant yis 11g)
1 sudu Peningkatan roti (bread imrover) (kami pakai 2 sudu besar water roux)
1 biji Telur
300ml Air sejuk (Kami guna 200ml air sejuk peti ais + 100 ml Air suam)
1/3 sudu besar cuka
60gm mentega / marjerin

Cara membuat (kami guna bread maker... )

1. Campurkan gula, yis dan 100ml air suam dalam mangkuk, kacau dan ketepikan. Kalau dia berbuih maknanya yis dah hidup. Barulah masukkan cuka. Ni kena buat sebab 2nd attempt aku masuk jek Instant yis... skali tak hidup... rasanya sebab kena garam. Garam is racun for Yis okeiii.
2. Masukkan semua bahan kering dalam breadmaker. Pastikan tepung ayak dulu yek... takut ada kutu atau habuk. Kemudian masukkan campuran yis tadi, kacau2 sket pada tepung.
3. Masukkan air sejuk, telur, water roux dan butter. Kacau2 sket dalam BM.
4. Pilih setting Bread Dough dan tunggu. Lepas 45 minit, keluarkan je roti tu. Sepatutnya ia dah naik 2 kali ganda walaupun setting tu set selama 1 jam 1/2. Lagi lama dough dalam BM, lagi tahan adunan roti...
5. Tumbuk adunan dough untuk buang angin.
6. bahagikan doh kepada 25gm dan bentukkan menjadi bebola. Isilah apa2 inti atau letaklah apa2 topping yang anda mahu. Biarkan selama 30 minit dikawasan yang suam.
4.Bakar pada suhu 190’c selama 15-30 minit (ikut oven masing-masing) sehingga berubah warna kuning keemasan.
Sebelum....

Selepas...

Roti inti kacang merah... atas dia kami sapu telur... bila dah siap bakar, sapukan butter supaya berkilat. No 1 makan 4 biji ..... :)

Monday, October 20, 2014

No 2 kena chickenpox

No 2 kena chickenpox pulak. Mula2 dia bising kat badan dia ada jerawat... ingatkan ruam biasa. Aku buat tak tau jeklah... Malam masa main boling tu badan dia adalah panas sket. Tapi ok jek... paksa minum air banyak sebab dia memang selalu mengelat tanak minum air. Sekali semalam tengok dah banyak biji2 ada mata macam air kat belakang badan dan dekat leher. Abah dia terus jek... Sahhhh chickenpox. Terus bawak gi klinik... dapat ubat sapu dengan antiviral.

Semalam abah dia cuti (Ahad), bolehlah jaga dia. Ari ni aku angkut masuk bilik kat fakulti. Tak campur dengan abang dan adik dia kat umah Tokmak... ada sepupu2 dia lagi.. hmmm


Masalahnya budak ni nama jek sakit... tapi tak reti duduk diam. Habih semuang barang dalam bilik diusiknya. Bila dia main stapler gun dengan pisau... habihlah mak dia berubah jadik rimau. Suara aku jek kat koridor bilik... Nasib baik ramai amik cuti panjang sebab semester break.

Tak berapa nak nampak macamana biji chickenpox tu sebab dah sapu dengan calamine cream. Abah dia tak nak bagi air kelapa dulu... takut keluar makin banyak. Tengoklah esok lusa macamana... mungkin keputusan akan bertukar...

Kita putar Abg Halimmm....

Stress dengan nak semak paper student untuk hantar ke conference lagi, nak betulkan thesis aku lagi, dengan dia yang rupa macam tak sakit tapi sakit... adoiiii... pening arrr...

Mudah-mudahan cepat baik yer Sayanggg...

Sunday, October 19, 2014

boling dengan famili lagiii...

Malam tadi, aku sekeluarga bersama adik beradik dan keluarga mereka... main boling lagiii.... yeeee.. Last sekali masa main boling dekat Angsana tahun lepas. lama tuuuu....habis nak buat macamana... adik aku no 4 dan no 7 baru dapat baby... makanya kena tunggu diorang abis pantang dan baby besar sket... tu yang makan tahun baru nak gather lagi skali hihihi

Itu mak baby tu ok... bukan kakak... sila abaikan adik ipar aku yang comel ini... yang tak rupa mak walaupun dah ada baby hihihi. Anak adik no 7.

Yang dalam stroller tu anak adik no 4. Gambar blurr sebab tangan dah sakit baling bola boling 9 pound ok...

Punyalah penuh orang main boling kat Danga City mall ni... famili macam kami jugak. Havoc...best

Kali ni lebih ramai dari last time sebab adik aku no 7, anak kak Ngah aku dan adik bongsu aku ada join. Terus dapat no 2 dan 3 okeiii. Adik ipar aku no 5 masih mengekalkan kejuaraan chewah...


Kiranya ni kali ketiga aku pegang bola boling... oklahhh... taklah banyak sangat masuk longkang. at least 1 atau 2 pin tu jatuh gaklah...ayat cliche 😜 Tapiiii.... tetap paling last... takperrrr tengoklah lepas ni... akan ku asah bakat membaling pin boling...

No 3 tak main... lari keliling ikut suke dia... takpalah nakkkk... jangan keluar kawasan udahlerrr.

Gambar puan punyer blog yang sedang risau sebab baju nak gi keje dah tak muat... >__<

Till then... bye

Friday, October 17, 2014

belajar buat roti

Lama dah breadmaker kat umah tak diusik. Hobi yang kutinggalkan sebab bz dengan kerja dan PhD. Lepas habis viva hujung bulan 9 yang lalu, barulah rasa tenang sket kepala ni. Semangat meroti macam naik semula hihihi... ngada2 kannnn...

So... kenalah pi belajar dulu. Abih tu... lama dah tinggal... resepi tah kemana. Dan... manalah tau dapat resepi roti first classs kannnn :) So... pergilah belajar dekat Taman Pulai Utama. Pergi berdua dengan adik aku yang jual kek tu. Nak tambah ilmu >__<



Tapi... tak menepati expectation sebab diorang ajar guna breadmaker dan oven yang diorang nak jual ropa2nya. Tapi, takpalah... janji dapat resepi. Boleh tahan jugak lembut... cuma tak selembut roti yang aku selalu beli kat Bakar Batu...

Makanya... minggu ni aku dan adik aku memulakan operasi meroti hihihi... tapi bila beli bread improver tu... dia takda tulis halal. Terus kitorang jadi was was. So... kami godeh blog jintan manis dan dapat resepi water roux sebagai ganti bread improver....

tadaaaa....


Lembut okkkk... dijamin halal. Resepi tak ikut tok guru.... suka hati kami improvise. Abaikan roti yang tinggal 3 ketul sebab kiter luper amik gambar masa baru masak tadiii... walau belum lagi capai standard roti kedai.... tapi sedap ngat makan panas2. Akan meroti lagi untuk mendapat resepi idaman hati... jemput makannnn :)

makaroni dan keju

Hari jumaat di Johor adalah hari ibu-ibu bekerja bercuti daripada bekerja tetapi menyambung tugas sepenuh masa dirumah... Setuju takkk...Hari nilah nak kemas kain baju, pinggan mangkuk, kemas rumah yang 5 hari bersihkan secara ala kadar... dan masak special sket buat famili.

Walaupun aku cuti, tapi en Zali keje. Dia kan swasta... tapi nasib baik tempat kerja baru ni bagi rehat panjang... sempat jugaklah solat jumaat dengan anak2... Alhamdulillah. Jadi... urusan kemas rumah dan pantau anak2 yang cuti sekolah ni adalah tanggungjawab aku kat umah.

Patutnya pagi2 budak-budak tu kena basuh kasut... tapi pasal diorang cuti panjang... bagi can. esok baru basuh hehehe... Mak diorang jadi supervisor.

So , hari ni aku try masak makaroni & cheese. Punyalah senang resepi dia... macam rasa tak masuk akal kenapa aku tak pernah try buat... hihihi... Godeh2 resepi kat blog... ubah suai sket ikut tekak aku yang tak berapa suka terlampau cheese... makanya aku masak macam resepi kat bawah ni

Macaroni Dan Keju

1/2 bungkus macaroni (250 gram... ) - rebus mengikut arahan pada paket dia...
1 cawan susu segar (250gm)
1 cawah sup cendawan (250 gm)
4 keping keju cheedar slice
2 sudu besar shredded keju parmesan( kalau ada)
2 sudu besar tepung gandum
50 gm mentega
sedikit garam dan lada sulah
cendawan butang dalam tin ( separuh... melainkan anda adalah peminat tegar cendawan )

Cara membuatnya:

Panaskan periuk atas dapur. Guna api kecil ye... Cairkan mentega.
Masukkan tepung dan Kacau lebih kurang 1 minit.
Kemudian, Masukkan susu dan sup cendawan.
Kacau hingga sebati, kemudian masukkan cendawan.
Kacau sehingga ianya berbuih/mendidih lebih kurang 3 -4 minit.
Tutup api dan masukkan keju cheddar dan parmesan dan gaul sehingga semuanya cair.
Masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
Rasakan sos keju... kalau suka lebih keju tambahlah lagi ye...
Masukkan macaroni ke dalam mangkuk dan gaul bersama sos keju

No 1 sangat suka sebab ada rasa sup cendawan...

Bertambah-tambah dia makan. En Zali... dia mana suka keju hihihi... Bon Appetite.

Saturday, September 27, 2014

reward for myself

3 hari selepas viva... barulah rasa macam ok sikit. Dah boleh bertenang... dan dah boleh merancang apa nak buat seterusnya.

So, walaupun belum betul2 lulus... tapi viva is a majoooooorrrr steps. Kalau dah lepas... i think i should reward myself... kan kan kan

Jadi... aku pi sorang ke Kedai buku dan taraaaa


Bestnyer rasa... lepas balik shopping... jap je boleh habis buku2 ni aku baca sebenarnye... Tapi... tak bolehlah habiskan sume skali dulu... kena siapkan writing... bila stuck bolehlah amik satu atau 2 buat mengisi ruang antara stressss kkaaaannnnn...

😁

Monday, September 22, 2014

tiba hari yang dinanti

Hari ni adalah hari yang dinanti setelah bertahun-tahun menyambung pengajian dalam bidang Doktor Falsafah Teknologi Pendidikan. Debarannya Allah sahajalah yang tahu.


Awal pagi lagi aku dah tiba di bilik viva 4 untuk check semua peralatan yang akan digunakan. Sebelum ini dah check, tapi last minit tukar bilik. Sempat lagi aku betulkan slide pembentangan sementara menunggu semua panel penilai tiba.


Selepas 20 minit pembentangan, sesi soaljawab berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Walau biasa bercakap, tak akan sama dengan sesi viva voce. Gemuruhnya lain macam. Semua persediaan jawapan hilang ditelan angin. Kebanyakannya aku bersetuju dengan cadangan panel kerana mereka melihat sesuatu yang dah tak boleh aku nampak lagi. Mungkin orang kata... dah tepu hihihi

Lepas selesai, lena keluar dulu.... untuk perbincangan samada nak luluskan atau gagalkan aku. Ada 6 kategori keputusan viva di UTM.

A - lulus tanpa pembetulan ( hebat giler kalau dapat ni)
B1- lulus dengan minor correction - 1 bulan pembetulan ( ini pun hebat ... kalau dapat yang ni dah senang hati )
B2 - lulus dengan correction dan perlu disemak pembetulan yang dibuat oleh penilai - maksimum 6 bulan bagi PHD, 3 bulan bagi full research master student
C - perlu hantar semula tesis dalam tempoh 1 tahun (phd) atau 6 bulan (msc)
D - dianugerahkan degree yang lebih rendah
E - gagal

Alhamdulillah, sedar diri tak pandai jawab soalan, dan tak pandai menulis secara kritikal... makanya dapat B2...Tapi... itupun dah syukurrrr sangat2. Hampir2 give up buat phd ni...Submit untuk viva masa bulan puasa hari tu pun macam tak cayeeeee jeeeekkk... Iyeeee.... >__<

Lepas ni akan masuk balik library untuk siapkan pembetulan.... Moga dipermudahkan... Aminnnnn

Friday, September 12, 2014

dah mula terasa bahangnya

Seminggu ni... walaupun tengah pening dengan nak siapkan slide viva, anak2 pakat sakit mata dan demam... rumah mak terap sibuk.... dan aku pun terpaksa menyibuk.

Sibuk sebab...





Majlis apa.... agak2 ?

Wednesday, September 3, 2014

berdebar

Minggu ni rasa serba tak kena. Buat apa semuanya tak menjadi. Padahal nak siapkan slide pembentangan jek. Bukan tak pernah buat... dah jadi kerja hari-hari.

Tapi pembentangan kali ni lain.
Pembentangan untuk kajian yang dibuat bertahun-tahun.
Semua tu nak dimasukkan dalam pembentangan kurang 30 minit.
Apa nak tulis niiiiii... huhu

Semalam dapat pengesahan tarikh.. walaupun belum official.
Seriauuuu gilerrrr :(

20 hari lagi.... counting....

Sunday, August 31, 2014

petua nak halau lalat

Rumah korang banyak lalat tak? Kalau balik rumah mak mentua aku, selalunya memang banyak lalat. Terutamanya bila ada bau makanan.... selalunya mak mertua aku letak kertas yang ada gam untuk perangkap lalat.

Raya tahun ni... mak mertua aku guna petua baru...

Bahan2 dia ialah bunga cengkih dan air.

Campurkan... lepas tu letak kat kawasan yang selalunya lalat banyak...

Biasanya dalam seminggu... bau bunga cengkih tu dah kurang... bila tengok bunga cengkih tu dah kembang dan air dia dah susut... gantilah yang baru.

Memang mujarabbbbbbb.... serious.... tak caya cubalahhhhh....

Friday, August 22, 2014

sebak

Saat melihat adik yang kini menjadi suami orang... sedang masih teringat-ingat semasa menghantarnya ke sekolah, menegurnya sebab pulang lewat malam, menemannya semasa temuduga, melihat dia menerima ijazah.... sebaknya tak terkata...


...

Thursday, August 21, 2014

Nota buat ayah...

Ayah,

Esok anak ayah akan bernikah,
Dia akan bernikah dengan pasangan pilihannya,
Alhamdulillah... cantik orangnya, baik budi pekertinya,

Ayah,
Malam nanti mak buat majlis tahlil dan doa selamat,
Mohon kepada Allah, semoga majlis esok mudah dan selamat,
Kami jemput kawan-kawan ayah lepas Isya'
Adik beradik semuanya ada, InsyaAllah

Tapi ayah,
kami rindukan ayah...
sebab ini kali pertama majlis pernikahan tanpa ayah...
Majlis persandingan tanpa ayah,
Majlis bertandang tanpa ayah,

Tak tau kenapa...
Rasa sebak sangat pagi ini..
Air mata ni tak mahu nak berhenti..
Kurangnya rasa bila ayah takda disisi...
Lebih-lebih lagi bila lihat mak...
Pening memikirkan semua benda...
Kami cuba bantu sebanyak yang boleh
kami cuba atur sebaik yang boleh

Ya Allah,
Padamu ku mohon,
Mudah-mudahan baik sahaja akan berlaku esok hari
Semoga jodohnya akan berkekalan hingga ke akhir hayat...
Aminnn.

Alfatihah buat arwah Md Noor bin Kassim... ~__~

Saturday, August 16, 2014

kena petir

Rabu lepas ada hujan lebat dan ribut petir kat kawasan rumah aku. Balik keje, modem streamyx terbakar. Astro tak hidup... aihhhh....

Call Astro, diorang mintak buat beberapa step... to confirm. Memang sah terbakar. Nasib baik ada warranty dan diorang terus bgtau akan tukar baru.

Hari ni, pagi2 dah sampai...

Dapat ganti both decoder and piring sekali...

Supervisor belum mandi hihihi...

Tak sampai sejam dah settle... dapatlah budak2 tengok kartun cuti sekolah ni... kalau tak... peninglah makcik ;)

Streamyx? mana ada warranty... kenalah beli modem baru... nantilahhhhh.... tunggu duit dulu hihihi....

Friday, August 15, 2014

sardin roll bakar

Aku sangat2lah suka sardin roll ni. Asyik teringat2 je masa makan kat umah member tahun lepas. Jadi, aku cuba cari resepi dan try buat sendiri.

Aku cuba resepi dari sini...

http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/05/sardin-gulung-bakar-baked-sardine-roll.html

First attempt, follow exactly macam resepi. Cuma, aku masak inti sardin tu. Tahlah... aku memang tak pandai makan sardin tak masak. Makanya, masaklah sardin tu dulu sampai garing.

Bila cuba buat... adoi... sangat kering pastry dia. Tak tau apa silap... walaupun kak wan dah pesan yang doh dia sedikit keras... tapi....susah giler nak gulung. pecah-pecah pastry dia. So, aku stop tengah jalan. Dapatlah 10 biji buat rasa... sedap... lemak pastry dia... lembut bila makan.Tapi tak cantikkkkk.... huaaaaa

Makanya buat sekali lagi... tapi tambah butter jadi 150 gm. Bahan2 lain sama. Masa buat ok sket.... tapi bila letak inti... dan lipat pastry tu... pecah jugak... huhu... rasa nak nangis.


Bila susah sangat... jadi macam ni jek aku buat...


Mak kata... dah malaslah tuuuu.... maunya tak... susah giler...

Lepas ni nak cuba buat pastry dia style lain pulak.... tak mau putus asa... tapi camner yang elok agaknya ekkk... ada cadangan tak? peninggggg...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...