Thursday, November 30, 2017
Keputusan UPSR No 1
Alhamdulillah .. No 1 dah habis UPSR dan dah dapat pun keputusan. Dia dapat 2A, 3B dan 1C.Dia sedikit kecewa sebab Sains tak dapat A sedangkan masa percubaan, markah Sains dia paling tinggi. Tapi, sekejap je sedih dia tu. Bila dan pujuk, nasihat supaya usaha lagi, pesan supaya bersyukur kerana dapat juga 2A dan bagitau bahawa perjanalannya masih jauh ... Ok dah.
Balik bawa dia gi makan Boat Noodle ... lupa dah dia hahaha.
Kadang2 kita takut anak kita menangis bila mereka gagal mencapai apa yang mereka impikan. Sedangkan kejayaan kita hari ini adalah kerana kita pernah menangis akibat kegagalan kita satu masa dulu. Apalah salahnya melihat orang lain naik pentas kerana usaha mereka... motivasi buat kita untuk jadi lebih baik.
Sekadar pandangan peribadi. Jangan viral pulak hihihi.
Sunday, July 9, 2017
Musim demam
Tak taulah betul ke tidak. Tapi... daripada akhir puasa sampai sekarang, asyik dengar pasal orang demam berbalik-balik.
Itu dengar cerita orang. Diri sendiri pun sama.. mula2 No 4 demam SEKALI PAKEJ batuk, selsema, bisa badan dan tak selera makan. Lepas tu No 1 dengan abah diorang skali. Kemudian No 2 pulak demam sekali dengan Tok Mak dan Ucu dorang skali. Sampai ke raya... Tok Mak siap dah surrender taknak sambut raya... tak larat nak masak.
Tapi... Alhamdulillah... dapat juga masak untuk raya. Sikit2 dah dtg selera nak makan. Cuma... pagi raya Kakak No 2 pulak demam. Seminggu tak bangun sampai masuk ward sebab dah terlampau lemah. Naik gastrik sebab tak makan apa2.
Minggu lepas baru nak ok sikit... dah plan nak beraya rumah adik beradik. No 4 demam semula. Skali dengan sepupu dia yg duduk kat Mutiara Rini. Diorang memang stay tempat baby sitter yang sama. Ingatkan demam biasa.. penat sangat agaknya beraya. Sekali penuh ulser dalam mulut. Tekak merah. Dan pakej sekali dia punya merajuk dan merengek.
Hari ni ... bila gi klinik bawak No 4... penuh klinik pakar kanak2 di taman yang aku tinggal ni. Mungkin memang betullah tengah musim demam.
Ye ke... ?
Wednesday, July 5, 2017
Resepi mi goreng Noxxa
Tahun lepas dapat hadiah periuk Noxxa daripada en Zalee. Tak guna sebab takda keperluan. Nak jadi cerita, dekat-dekat nak puasa dapur problem. Kuat sangat jelaga. Dapur letrik pulak rosak. Maka bertabahlah belajar menggunakan periuk ini.
Tapi... memang periuk ni memang cepat. Cuma kena belajar teknik dan taktik dia. Kena rajin tengok youtube dan cari resepi yang sesuai dengan periuk ni.
Ada beberapa resepi saya dah cuba macam sup daging, macaroni cheese, fried pasta, dan nasi goreng. Masak nasi puteh pun dah pernah buat... memang cepat. 7 minit je.
Hari ni cuba masak mi goreng. Ikut resepi kat sini. Cuma aku tukar rencah daripada ayam kepada ikan bilis dan masukkan fish cake sebagai tambahan.
Cuma nak kena peringat supaya tambahkan air lebih kurang separas mi bila nak set high pressure supaya tak berkerak.
Bahan bahan
Mee kuning sebungkus 500gm
Bawang besar 2/3 biji
Cili kering segenggam ( rendam air panas)
Ikan bilis segenggam
Kicap 2/3 sudu besar
Sos cili 2/3 sudu besar
2 biji telur
Sepeket kecil fish cake dan fish ball.
Garam, gula dan kiub secukup rasa.
Cara Penyediaan
1. Gunakan mode STIR FRY, tumis kisaran bawang, cili dan ikan bilis sehingga garing. Tutup periuk untuk elakkan meletup dan kacau sekali-sekala.
2. Kemudian masukan fish cake, kicap, sos cili, garam gula dan sedikit air.
3. Masukkan mee kuning 1 paket, kacau rata.
4. Tutup periuk, kemudian tukar setting kepada HIGH PRESSURE. Set selama 3 minit.
5.Masukkan telur dan sayur jika ada. Kacau rata dalam 1 minit. Siap.
Sedap ke? Tak berani nak angkat bakul sendiri.. tapi bila anak2 makan sampai habis tu kira oklah kannnn
Selamat hari raya Aidilfitri.
Tuesday, June 27, 2017
Raya ke tiga
Dah masuk raya ke tiga. Tak sempat nak berkongsi cerita raya tahun ini. Hujung puasa, sekeluarga demam viral. Seminggu juga aku tak masuk ofis. Baby sitter No 4 pun demam panas sampai kena masuk wad. Tapi alhamdulillah, semuanya dah beransur sihat.
Raya pertama di rumah mak. Lepas asar balik ke rumah keluarga en Zalee. Semalam beryaa umah mak sedara en Zalee. Hari ni pula balik kampung mak di Kundang Ulu. Jumpa mak2 sedara ( adik beradik mak). Meriah rumah Mak Andak... isteri arwah Pak Long ( adik emak). Bila berkumpul semua saudara... macam2 cerita.
Petangnya dengan mak dan adik beradik lain beraya ke rumah abang arwah ayah di Felda Sri Ledang Muar. Pak Ngah panggilan kami buatnya. Rindu sungguh pada arwah ayah bila melihat wajahnya yang seiras... dah namanya adik beradik. Namun, seiring dengan usia.. banyak dia dah lupa. Namun, Alhamdulillah masih boleh menunaikan solat dan boleh ke masjid.
Esok dah mula kerja semula. Anak2 masih cuti. Kenalah juga fikirkan aktiviti dengan mereka.. nak buat apa ye ...
Saturday, June 24, 2017
Salam Aidilfitri 2017
Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah.
Selamat menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin
Monday, May 29, 2017
Monday, May 22, 2017
Feeling Demotivated
Buat masa ini, mungkin diam adalah lebih baik. Sehingga luka di hati ini sembuh sendiri.
Monday, May 1, 2017
Ragam no 4
Bila malam, en Zali akan buat ulangkaji dengan anak2. Kalau takda kerja sekolah, dia akan beri latihan daripada buku aktiviti atau mana2 bahan yang dikumpul daripada sumber internet.
Banyak bahan dalam internet yang boleh ibu bapa gunakan untuk latihan di rumah bersama anak2. Kebanyakan bahan adalah daripada cikgu2. Rajin betul cikgu2 kongsi bahan pembelajaran walaupun sibuk dengan kelas, tuisyen sekolah, kerja admin dan sistem. Bila dah ada group whatsapp... lagilah cikgu2 ni sibuk nak kena semak semua soalan ibu bapa tentang anak2 masing2. Namun, mereka masih tetap mengamalkan perkongsian ilmu sesama guru dan ibu bapa. Semoga Allah murahkan rezeki mereka.
Sesi ulangkaji No1, 2 dan 3 bermakna di kecil Aliyah akan bosan sebab takda kawan nak main. Biasanya dia akan ajak mak dia masuk tidur awal.
Malam ni lai pulak perangai dia .... dia nak baca buku. Siap ada bantal dan selimut sekali. Tak kisahlah .. janji tak nangis sudahlah ye nakkkk...
Sunday, April 23, 2017
Akujanji UPSR
No 1 nak periksa UPSR tahun ni. Hari ni sekolah buat program perkongsian bijak dengan ibu bapa. Ada penceramah motivasi daripada Maktab Temenggung Ibrahim JB.
Disambung juga dengan perbincangan mengenai perkembangan peperiksaan pelajar pada ujian yang lepas. Juga perancangan intervensi bagi persediaan UPSR september nanti.
Ibu bapa, pelajar dan guru2 sama2 membuat akujanji bagi membuat apa yang termampu untuk kejayaan semua anak2. Semoga impian semua dimakbulkan oleh Allah. Aminnn...
Saturday, April 22, 2017
My little princess
Tengok Princess Aisyah di TV adalah salah satu cerita kegemaran si kecil. Mungkin sebab dia nampak macam kawan2 dia kat tv kot 😁