Thursday, December 22, 2011

Rakaman Taklimat SBPA



Rakaman taklimat SBPA daripada wakil KPT. Lama betul taklimat ni. Tapi, kalau dengar smpai habis, banyak yang akan kita tahu dan banyak juga yang akan kita cuba untuk mahu lebih tahu.

Sharing is caring :)

Friday, December 16, 2011

SBPA Slide Share



Dapat slide ni dari blog MrsSecretary

Mungkin boleh bantu anda buat keputusan. Cheers :)

Taklimat SBPA

Pagi tadi, aku menghadiri taklimat tentang SBPA (SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM). Nak menyelesaikan kekusutan dek pelbagai cerita di kiri dan kanan, di berita dan blog.

Lama taklimat tu, dari 9 pagi sampai 12 tengahari.
Kalau tak sempat sarap pagi... alamat boleh gastrik :)
Tapi... aku tunggu sampai ke saat terakhir.
Meleraikan yang kusut.
Menidakkan yang tak betul.
Memahamkan apa yang tak jelas.

Kalau kita sekadar tengok gaji... yang asyik kita tengok adalah
berapa banyak bos kita naik dan berapa banyak kita naik.
berapa banyak kita untung dan berapa banyak kita rugi.

Tapi... SBPA bukan sekadar gaji.
Ia mekanisma pengurusan modal insan yang kurang protokol.
Memudahkan pertukaran jawatan bagi yang ingin mencari peluang lain.
Meringkaskan prosedur bagi yang ingin pencen lebih awal.

Prosedur penilaian 360 darjah, dimana kita akan dinilai oleh bos, peers dan orang bawah boleh memberi keadilan kepada yang berpotensi.
Exit policy, akan memberi galakkan supaya kita memberi komitmen tinggi pada kerja.

Aku dah baca pekeliling.
Aku dah dengar taklimat.
Jawapan macam dah pasti, tapi aku akan ambil masa lagi.
Kita kan diberi masa 15 hari...
Masih boleh timbang lagi... masih boleh berbincang lagi.
Asal jangan nak mengamuk tak pasal2.
Berfikirlah dengan tenang hati.

Kalau tak faham... tanya unit yang menguruskan diorganisasi masing2.
Cuba selak balik pekeliling SBPA di laman JPA.
Selamat mengisi borang opsyen SBPA :)

Monday, December 5, 2011

rindu kat anak-anak

Dah 4 hari No 1 dan No 2 dok di umah tok mak dan tok abah diorang kat Muar.
Cuti sekolah ni, biar diorang spend masa kat sana.
Lagipun, minggu ni aku kena kerja kat Melaka.
Takda cuti langsung... keje siang malam.
Kat sana, abah diorang ada...

No 3 sorang je tinggal dengan aku.
Masa aku kat melaka, dia tinggal dengan mak dan pak sedara dia.
Kena gentel siang malam.
Mana anjang dia pergi... bawak ke hulu ke hilir.
Bukan main manja lagiii :)

Tapi... rasa sunyi betul.
Takda bunyi gaduh dan hiruk pikuk macam selalu.
Khamis ni, InsyaAllah baru aku dapat jumpa diorang.
Tak sabar rasanya...

Rindu :(

Saturday, November 26, 2011

kecurian di rumah pengantin

Ahad minggu lepas, satu kejadian malang melanda aku.
Sebenarnya, 20/11/2012 merupakan majlis perkahwinan adik sepupu aku di JB.
Tentulah kami sekeluarga ke sana untuk membantu apa yang patut.
Aku dan suami serta anak2 pergi lambat sikit.
Sebab anak2 tak berapa sihat.

Dalam pukul 12.30 kitorang sampai sana.
Makan dulu lepas tu bantu apa yang patut kat sana.
Taklah beria2 sangat, sebab sambil2 tu kena memantau bujang 3 orang tu.

Bila kerumah pengantin sekadar untuk makan, taklah susah sangat kalau bawa handbag.
Tapi aku datang untuk tolong serba sikit apa yang patut. Jadi, aku letaklah handbag aku dalam rumah mak sedara ku. Tapi aku tak letak dalam bilik sebab banyak dah bag2 yang lain kat situ.
Aku letak kat bawah meja, dilindungi plastik kotak2 telur dan kotak2 barang di ruang depan.

Nak jadi cerita, lepas jek selesai bersanding dan pengantin sedang makan damai, aku naik ke rumah ( umah mak sedara aku ni flat), tengok2 handbag aku dah takda.
Satu umah cemas, puas kami selongkar sampai tengok2 kat kawasan umah, takda.
Skali, anak aku jumpa dalam bilik air.

Bile disemak, no phone... no purse. :(
Terus aku telefon bank untuk block semua atm kad dan kad kredit. Pergi ke balai untuk buat laporan. Next day, kitorang ke JPN dan JPJ untuk buat semula IC aku dan MyKid anak2 serta lesen memandu. Sekaligus block sim card lama dan dapatkan sim card baru guna no lama.

Next day, cik abg belikan handphone baru. ( handphone lama tu sebenarnya dah tak berapa ok, nasib baik belum ganti lagi... kalau tak ... hmmmm)

The following day, pergi bank untuk hantar salinan laporan polis supaya tak kena bayar any transaction yang dibuat oleh pencuri tu... tapii... tak boleh. Dia dah guna isi minyak RM47.00 kat terminal ... so tak dapat detect. Dapat waive RM10 untuk new credit card jek. Kad ATM tettttaaapppp kena bayar RM12.

Sampai semalam masih menguruskan benda2 berkaitan. Minggu depan dapat IC bolehlah buat kat ATM satu lagi. Kad kredit akan dipos ke rumah, by next week gak rasanya.
Susah betul bila duit bank dibekukan... sebab kad atm takda. Rasa macam malang bertimpa2....

Siapa curi? Yang kami syak, ada jemputan, tumpang anak nak buang air.
Hati2lah kawan2... orang jahat ni sentiasa amik peluang...
Jahat betulllll !!!!!

Saturday, November 19, 2011

Amik report card pulak

Semalam amik report kad No 1.
Aku dan suami expect, dia memang tak perform.
Sebab, Masa dia peksa tu, langsung aku tak buat revision dengan dia.
Abah dia pun baru jek latih baca dengan dia.
Makanya... aku memang sangka dia dapat keputusan bawah PAR.

Tapi, Alhamdulillah... Taklah cemerlang, tapi 3 subjek dapat A.
BM, Matematik dan Sains. Subjek English dan Agama, ada masalah sket.
Agama tu memang aku dah agak dah... dia main hafal jek huruf.
Tulisan pun macam2 bentuk keluar...
Tapi English tu... 3 mukasurat belakang... dia tak jawab langsung.
Kalau tak... mungkin dia boleh dapat lebih baik.
Patutlah dia ada cerita yang teacher dia marah lepas habis jawab peksa ari tu.
Mesti pasal jawab tak abislah tu... haihhhh

Tapi, syukurlah. Harap ujian dioagnostik hari ni... dia dapat buat macam peksa hari tu.
Tak dapat masuk kelas pertama pun takpalah...

Thursday, November 17, 2011

Persepsi negatif

Dalam dunia sekarang, semua orang semakin pandai
Almaklumlah... ilmu dihujung jari

Siapa pun boleh bercerita tentang kesihatan, pendidikan, kewangan...
Asalkan rajin mencari maklumat...

Cume... kadang2 apa yang kita tahu bukanlah knowledge
Macam kita kaitkan kuat makan dengan lemah pencapaian akademik
Atau kaitkan warna kulit dengan jenayah
Atau kaitkan jenis tadika dengan pencapaian anak...
Hanya persepsi...

Kadangkala, terasa hati
Anak aku belajar ditadika kemas
Orang nasihatkan aku... Jangan kedekut kalau nak anak pandai

Bodoh ke anak aku sebab belajar di Tadika Kemas?
Hanya sebab yuran murah sahajake sebabnya aku hantar anak di Tadika Kemas?
Semalam di konvo mini... ada wakil pelajar berucap dalam bahasa Inggeris
Memang bukan anak aku... tapi anak itu belajar di Tadika kemas...
Bodoh ke dia?
Kedekutkah ibunya?
Hmmmmm............

mini konvo tadika kemas

Semalam aku cuti. Pergi mini konvo No 1.
Semua tabika di Parlimen Gelang patah konvo skali.
Meriah betul, buat kat dewan persada.

Ada speech (as usual), persembahan silat, tarian dan coral speaking.
Dan ending with penyampaian sijil.
Hujung2 agenda, Chicky KFC masuk buat game.
Riuh rendah dibuatnya...

Seronok, sebak, ... letih.
Gambar kat kamera adik, nanti kalau aku dah transfer, aku upload ekk....
Nanti cite lagi...

Friday, November 11, 2011

Ujian DIagnostik Tahun 1

No 1 dah dapat surat untuk menghadiri ujian Diagnostik tahun 1.
Maksudnya, ujian samada anak kita layak dok kelas A atau dok kelas belakang.
Senang nak kumpulkan pelajar lemah dan pelajar pandai dalam kelas yang sama.

Ujian tu akan dibuat pada 19 Nov 2011.

Hmmm.... masa peksa tadika... aku tak risau sangat.
Tapi ujian ni rasa berat sket.
Sebab, kalau No 1 dapat kelas belakang, persepsi guru ada bias sikit.
Nanti, dia tag semua pelajar kelas tu sebagai pelajar lembab.

Masuk kelas paling depan pulak, aku bimbang gak.
Takut cikgu ajar laju sangat, sebab persepsi guru yang anak2 murid dia dah pandai.

No 1 ni kurang fokus, kuat main, kuat berangan, kuat bersembang.
Kalau kita test secara santai, dia dapat.
Kalau pressure jek sket... mulalah dia merapu yang bukan2.
Baca dah lancar, kira dah laju tapi bila ujian... habis semua hancur.
Risau betullll ....

Wednesday, November 9, 2011

exam

No 1 peksa hari ni.
Peksa budak tadika... apalah yang aku sibuk sangat kannn :)

Masalahnya, No 1 taknak pergi sekolah
Dia kata... dia takut sebab ada ujian.
Aku tanya balik ... napa malam tadi tak bagitau mak.. boleh kita buat ulangkaji sket
Dia kata... sengaja tanak cakap mak... alif takut

Masa dia cakap tu, aku realise bahawa pressure ujian ni adalah sama walau apa pun usia kita
Lepas mandi tadi aku test dia kejap...
He perform so bad... apa yang aku ajar sumernye pergi tah kemana

Hmmm... at the end, aku show balik the steps dan give him encouragement
Takpalah dia perform apa pun... I'll still love him
Suruh dia ingat semula apa yang dia dah belajar selama ni...
Dan ... apa pun dia dapat... it's ok...
His journey is still far ...

Tapi.... bila sampai kat ofis... aku yang dok termenung kehulu ke hilir...
Tak pasal2 aku plak yang tensionnnn... hiiissssshhhhhh

Tuesday, November 8, 2011

persediaan masuk tadika

Tahun depan, No 2 akan masuk tadika 5 tahun.
Aku akan masukkan dia ke tadika kemas, tempat yang sama dengan No 1 belajar skang ni.
Cukup untuk sesuaikan dia dengan alam persekolahan.
Mungkin tak se gah tadika swasta lain...
Tapi sangat mudah untuk dipantau oleh aku dan orang tua aku.
Cikgunya pun sangat baik, rajin dan boleh tahan garang...
Sangat perlu untuk anak aku yang *ehem* boleh tahan baik :)

Jadi, aku dah standby list untuk sekolah dia tahun depan.

Baju kemeja tadika 2 pasang
Baju sukan 2 pasang
Baju melayu (pakai setiap jumaat) 1 pasang (complete dengan samping
Kasut 2 pasang
Stoking 4 pasang
Beg sekolah sebuah

Pensil box 2 set
Pensil 2b 1 kotak
Pensil color 2 kotak
Color crayon 2 kotak
pemadam 1 set (selalunya ada 6 biji)
pengorek pensel 1 set ( selalunya ada 4 biji)
pembaris 4 batang
gam 3 botol ( cari yang muncung kecil supaya kalau terbuka tutup, tak tumpah)
gunting 2 bilah ( betul ke penjodoh bilangan aku ni ??)

Ada yang aku dah mula beli especially alatulis. Kena beli lebih sikit, almaklumlah... standby barang yang bakal hilang :)

AKu tak boleh nak tunggu hujung tahun untuk beli semua. Takut tak sempat. Lagipun, mesti ramai masa ujung tahun nanti.

Beg sekolah, kasut dan sewaktu dengannya, tunggu promosi baru beli.
Mudah2an dapat bargain yang menjimatkan.

Haihhh... camnelah budak sorang tu sekolah tahun depan. Jangan dia ajak kawan2 dia lawan libas... udahlahhhh :P

Friday, November 4, 2011

Bz weeeeeekkkk

Hujung minggu lepas, ada famili day Jabatan...
Kami buat di Gorek Bay Mersing. Such a lovely place.
Will tell you about the place later.
Dalam aku tak turun laut pun, lenguh gak kaki tangan.
So... minggu ni rasa panjang dan letih.

Bersungguh2 masuk air dalam botol... tapi tak menang punnn :)

This week, it has been a hectic week, sebab my bos outstation.
Nasib baik hari ni last day keje...
Esok cuti 3 hari... Raya Haji.
Selamat menyambut AidilAdha kepada semua umat Islam.
Masak apa tahun ni?
Aku? As usual... ketupat lahhh ... tapi bukan aku yang masak.

My Master Chef...
Aku ... Assistant Chef :)

Dah rumah aku sebelah umah mak... apa ke halnya aku nak masak banyak2 kat umah.
Baiklah aku tolong jek mak aku kat sebelah.
Lagipun, pagi raya... mak nak masak mi untuk orang yang sembelih kurban.
5 ekor tumbang kat masjid aku tahun ni... Alhamdulillah.

Hope dapat refresh balik energy... to carry on next week chores.
Happy holidays semua :)

** Gambar anak2 aku tu, member tempat keje yang amik... thank you guys :)

Monday, October 24, 2011

DIY

Aku ada belikan set bola dan goal sekali rasanya dalam tengah tahun ni.
Saja beli untuk tarik minat anak2 main bola sepak.
Set yang plastik jek... pasang siap.


Sesuailah buat main kat kawasan parkir umah.
Selalu no 1 dan no 2 main dengan anak jiran atau abg sepupu dia.
Tapi, mesti ada aku atau abah dia kat umahlah.

Oleh kerana material dia plastik, letak kat luar umah plak tu...
Hujan panas, hujan panas...
Dah pecah batang dia...
AKu modify sendiri... 1 yang tak ok tu aku buka...
Sambung suka2 hati... jadi camni...


Bolehlah... buat main bola jaring... hihihi

Saturday, October 22, 2011

aktivit anak2

Sekarang, tak sempat nak menulis panjang kat blog ni.
Waktu keje, banyak email nak semak, banyak data nak tengok, nak prepare kelas lagi.
Keje2 adhoc pun boleh tahan banyak juga.
Malam, dengan anak2 lagi... badan pun dah naik letih.

Hujung minggu jeklah dapat singgah kejap.
Tu pun sambil mengemas umah mana yang dapat.
Budak 3 orang tu aku biarkan diorang main kat luar...
Masuk pukul 11 pagi, bau dah macam hapa...
Kalau pegang baju, comfirm basah...




Kalau ada anak jiran, lagi diorang tak ingat apa...
Seronok sangat main basikal, kejar2 ke, sembunyi ibu ke...
Tak kisahlah... asal tak melekat depan TV.

Monday, October 17, 2011

hujung minggu

Bagi ibu yang bekerja, hujung minggu adalah masa untuk keluarga..
Masa nilah nak mengemas rumah mana yang patut..
Masa nilah nak masak yang beriye2 buat keluarga...



Masa nilah nak bawak anak2 jalan2 kalau poket masih ada isi..
Masa nilah juga nak semak pelajaran anak2 selama semingu sekolah... test performance diorang mana yang patut..
Masa nilah nak ajar anak2 sebarang aktiviti fizikal macam main badminton, bola sepak, naik basikal dua roda...

Itulah sebab, cuti 2 hari... macam tak rasa apa2...
Pergi sekelip mata...
Korang camner?

Saturday, October 15, 2011

senyappp...

Baru lepas pukul meja dengan rotan...
kesian meja tu...
rotan pun kesian gak... habih dah pecah2...
tapi... biolah meja yang kena daripada budak bertuah 3 orang tu yang kena...
Nak suruh tidur pun susah...
tengah2 hari tegak... asyik nak main kat luar..
bila suruh tidor.. sibuk nak tengok tv plakk..
Alasssannn...

No 3 pun skang ni ... boleh tahan lasak...
Apa abg2 dia buat... sibuk nak ikut sama...
dengan dia2 skali kena marah...

Skang... tidur semua skali...
Bila dah senyap sunyi... aku plak yang terkebil-kebil :P

Tuesday, October 11, 2011

It's Jumuah! (A Capella version - no music)

Nak share lagu tentang sembahyang jumaat dalam format acapella.



Menarikkk :)

Sunday, October 9, 2011

header gerak-gerak

Header aku dah boleh gerak2... alaaa orang panggil header animsi gif.

Pakai header lama, cuma aku animatekan jekkk...guna Adobe Photoshop cs3. Trial version 30 hari... hari ni last :P
Belajar dari sini...

ilmuphotoshop.com

Senang kalau dah biasa dengan photoshop. Tak pun, pakai photoscape pun boleh.
Tapi, tak boleh upload direct kat blogspot. Nanti dia ubah jadi static image.
Kena park dekat photobucket dulu, pastu amik link dia.

Bolehlahhh... lain sket... creative level out of 5, berapa aku boleh dapat ekk ???

Saturday, October 8, 2011

Geram betullll...

Kerenah anak-anak kadang2 mencabar emosi seorang ibu.
Hari ni, aku memang rasa geraaaammmm sangat dengan No 1.
Halnya disebabkan oleh biskut ni jek...



Dia suruh aku bukakkan plastiknya.
Bukanlah susah sangat,tapi dia dah nak masuk darjah 1 tahun depan.
Banyak kali dah aku ajar cara nak bukak packing biskut atau keropok atau apa2lah.
Biasanya aku demo jek... dia akan kata faham dan terus makan.
Kali ni aku suruh dia try plak, dia kata tak reti.
Memanjang kata tak reti... geram betul.
Jadi... aku kata, kalau nak makan,cuba buka sendiri.

Tau apa dia buat???

Dia pergi mintak tolong tok mak dia bukakkan.
Rasa macam mendidih darah aku bila dia keluar umah nak mintak tokmak dia bukakkan.Umah mak aku sebelah jek...
Pastu, balik umah dan makan dengan muka tak bersalah...

Bila aku merajuk, baru terhegeh2 nak pujuk...
haihhhhh... camnerlah aku nak buat gaknyer... makin besar, makin menjadi2 perangainya... geram betullll...

Monday, October 3, 2011

Rombongan pertama

Pertama kali No 1 pergi rombongan.
Bukan rombongan jalan-jalan... tapi rombongan ke pertandingan Gerakrama peringkat negeri.
Malam tadi, dia tidur di Pagoh, dengan 12 orang kawan2 dan lebihkurang 4 guru pengiring.

Pertama kali tidur tanpa aku, abahnya mahupun toknya...
Entah apa ceritanya...
Semalam menunggu bas yang patutnya sampai jam 2... 3.30 baru nampak batang idungnya.
Bas tu amik 2 tempat lain lagi, wakil futsal, bola jaring, dan galah panjang.

Malam sebelumnya, aku dan en. Zalee asyik2 bercakap hal yang sama berulang kali...
Taknak bagi dia tidur Pagoh, pagi2 nak hantar ke sana.
Mak plak bagitau, banyak kawan2nya yang lain pun cenggitu gak.
Tapi masalahnya, kami kena ke UPNM ( konvo adik).
Siapa pulak nak bawak kereta??

Untuk comfirm, aku tanya cikgu... rupa2nya semua tidur sana.
Mak bapak kalau nak tengok, tidur cari tempat lain...
Penginapan untuk mak bapak tak disediakan...

Hmmmm... mungkin baik juga kot...
Biar dia berdikari sikit...
Belajar jauh dari keluarga...

Harap2 anak mak menang pertandingan pagi ni...
Boleh wakil Kebangsaan pulak... InsyaAllah...

Saturday, October 1, 2011

bijak.. memang bijak

Situasi pagi, sedang sarapan sebelum pergi sekolah.

No 1 : Mak, kenapa asyik kena minum susu jek pagi2?
Aku : Susu kan baik untuk otak.
No 1 : Bukan susu baik untuk gigi dan tulang ke?
Aku : Yelah, kalau gigi dan tulang kuat, nanti otak akan jadi cergaslahhh... senang Alif nak belajar

No 1 : Oooooo
Aku : ^_^

Notakaki : Salah satu kemahiran seorang ibu ialah pusing balik cakap anak :P

Gambar ni blurr sebab dia tengah lari ke arah aku sebab gembira menang pertandingan ... Priceless .... -_-

Friday, September 30, 2011

Serba salah

Pagi tadi masa hantar No 1 ke sekolah, cikgu maklumkan bahawa dia akan bertanding Gerakrama peringkat Negeri di Pagoh Muar. Aku ada cerita yang No 1 menang pertandingan Gerakrama peringkat Parlimen Gelang Patah. Hari Selasa lepas, dia bertanding lagi peringkat Daerah Johor Bahru pulak. Menang lagi. Alhamdulillah.

Jadi, Isnin minggu depan, dia akan bertanding peringkat Negeri Johor plak. Hmmmm, hebat betul cikgu anak aku ni, boleh control 13 orang budak prasekolah untuk buat formulasi gerakrama yang baik.

Kenapa aku macam tak suka?
Bukan aku tak sukaaaa.... sukaaa sangat... bangga sangattt....
Cumeeee...

Dia akan bertolak ke Pagoh pada Ahad ni, tidur sana 1 malam sebab pagi2 dah kena ada kat kompleks sukan tu. Aku pulak akan ke Konvokesyen adik aku kat UPNM pada hari yang sama.
Manalah No 1 tu pernah tidur tanpa aku atau abahnya... paling2 pun dengan tokmak dia.
Ni... sesama kengkawan jek, dia dahlah penakut...


Camne ekk korang handle bila anak pertama kali nak gi rombongan tanpa korang... Risau tak?

Monday, September 26, 2011

Lamanya

Lama betul tak menulis.
Tak sempat nak jengah, tak sempat nak BW.
Kebelakangan ni, keje bertimpa2 sebab banyak agenda stop masa puasa.
Semua aktiviti dirancang, start naik cuti raya.
Naik raya, semester start.
Naik raya, kelas start.
Naik raya, lawatan dari Indonesia sampai.
Naik raya, jemputan dari MIT tiba.

Selesai semua agenda, dapat berita Atuk dah pergi buat selamanya.
Mujur semua agenda besar dah reda.
Tinggal semua keje, kami balik kampung lama juga.
Buat tahlil 3 malam, mudah2an arwah atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Mudah sungguh perginya, kami sangat2 rasa kehilangannya.
Mujurlah mak redha akan pemergiannya.

Hari ni patutnya naik keje, tapi aku cuti sehari lagi.
Kepala tak berapa nak sihat.
Badan penat, tapi mata tak nak tidur.
Perut lapar tapi tekak rasa loya.
Macam duduk atas bot pulak rasanya.
Nasib baik cik abg ada. Dia yang dok tengokkan umah yang lama tinggal.
Harap2 esok, kepala dah lega.
Kena pasang gear 3, nak kena sambung keje.

Maaf ye sebab lama tak kongsi cerita :)

Tuesday, September 13, 2011

lupa

Masa aku ditawarkan jawatan dalam pengurusan, salah satu perkara yang aku bimbang adalah pengurusan masa.
Sebagai seorang ibu, anak2 menjadi keutamaan.
Suami yang balik seminggu sekali juga, perlu aku beri perhatian.

Kesibukan memegang jawatan memungkinkan aku lupa beberapa perkara.
Tapi, memandangkan suami memberi persetujuan, rakan2 memberi dorongan... aku terima.

Hari ini, apa yang aku bimbangkan berlaku.
Mak balik kampung jaga atuk.
Anak2 kat rumah dengan suami.
Perancnagannya aku nak ambil cuti hari ni... nak uruskan pendaftaran No 1.
Tapi, semeseter baru mula.
Banyak benda nak kena buat.
Jadi, cik abg pergi sorang.

Patutnya tenghari aku balik, beli lauk untuk makan tengahari.
Ayah dan adik pun ada kat umah.
Anak2 sedara balik sekolah tenghari.

Tapiii... pukul 1.30, cik abg telefon...
AKu lupa balik. Lupa beli lauk. Sendiri pun lupa nak makan tengahari.
Haihhh... kesian diorang kat umah.
BOleh ke aku survive niiiii.... hmmmmm

Thursday, September 8, 2011

gambar raya 2011

Tahun ni beraya kat umah mak aku.
Dapat kumpul semua 9 orang adik beradik dan keluarga masing2.
Tinggal 2 orang jek lagi adik aku yang solo.
Tapi... dalam bersalam2ann, kitorang lupa amik gambar satu keluarga besar.
Amik gambar anak beranak dan adik beradik jek.

Tahun ni, No 3 dah pandai makan kuih raya.
Pandai posing depan kamera.

Selamat hari raya dari kami sekeluarga, buat semua.

Notakaki : masih dalam mood raya walaupun banyak keje :P

Tuesday, September 6, 2011

tayar pancit

Kan aku citer yang raya tahun ni, aku dan keluarga beraya kat balai polis.
Kereta adik aku langgar kayu kat tengah highway kulai ke jb. KM 54 kalau tak silap aku...

Inilah puncanya...


Sampai jadik camni rim keta adik aku...


Buat report kat Plus, mintak diorang ganti sebab kemalangan tu berpunca daripada highway yang tak selamat. Tapi, pnyerlah lama menunggu kat sana. Lepas tu kena report polis plak. Menunggu lagi.

Sampai hari ni, adik aku belum dapat rim yang sama dengan asal.
Nak beli baru, kena beli sekali 4 ... mahal woooo...
Kena guna duit sendiri dulu, pas tu baru claim kat Plus. Tu pun, tak sure dapat full ke tak...
Nasib baik tak jadik apa2.

Aku rasa... itu perbuatan khianat... apa pendapat korang ??

Monday, September 5, 2011

tak menang tangan

First day keje setelah cuti raya yang panjang :)

Sungguh tak menang tangan nak menyelesaikan semua keje tertangguh.
Minggu depan student dah naik...
Minggu depan, class dah start...

Konon nak siapkan ASAP apa yang boleh hari ni...
Tapi, ramai lagi yang masih cuti ari ni...
Penat beraya gaknya :)
Bilik aku plak, banjir...
Bukan banjir air mata... banjir paip air kat pantry sebelah bocor.
Nasib baik tak kena komputer... kalau tak ... mau menangis aku ...

Nak tak nak, terpaksa reschedule perancangan keje, siapkan mana yang boleh dulu.
Harap2 janganlah ada masalah timbul plak lepas ni.
Peningggg makcik :P

Sunday, September 4, 2011

cuti dah habis

Esok dah start keje.
Panjang cuti kali ni.
Tapi bukan cuti rehat...
Cuti yang padat dengan aktiviti...

sebelum raya...kemas rumah dan buat kuih raya
sehari sebelum raya ... anyam ketupat, siapkan bahan untuk masak lauk raya
malam raya ... masak lauk raya
raya pertama ... sembahyang raya, bermaafan dengan keluarga, balik umah mentua
raya kedua ... beraya umah saudara suami yang dekat2, balik kampung tengok atuk yang dah tak berapa sihat
raya ketiga ... beraya umah adik2 ipar dan mak sedara belah suami
raya keempat... balik perjalanan balik umah, malamnya beraya lagi umah kakak aku
raya kelima... beraya umah kakak lagi satu dan besan baru mak :)
hari ni... beraya kat balai polis dan mak sedara belah ayah..

kalau pagi beraya, maknanya petang ada orang datang beraya..
kalau petang pegi beraya, maknanya pagi tu adalah orang datang umah...
specialnya beraya kat balai polis :P ... nanti len kali aku citer

Rasa macam malas jek nak naik keje...
Walau cuti tak bermakna dapat rehat sepenuhnya...
Aktiviti padat yang terjadi setahun sekali...
Syukur sebab ada lagi umur kita, berjumpa tahun ini...
Tahun depan, belum tahu lagi....

Selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua yang sudi mendengar celotehku di sini.
Semoga ibadat kita diterima Allah,
Semoga Aidilfitri ini membawa seri :)

Friday, August 26, 2011

mood happy

Hari ni dah start cuti raya... walaupun belum raya :P
Semalam masa jumpa member ofis... diorang tanya balik mana raya?
Aku kata balik umah husband raya pertama...
Jadik.. ape kes aku cuti awal plakkkk

Hmmm... nilah sebabnya...

Agenda hari ni...
1. Kemas umah
2. Beli broadband untuk adik balik univ
3. Bawak No 3 gi klinik... esok klinik tutup sebab nak raya dah ni.
4. Buat kuih tart


Itu list untuk hari ni... Harap semua objektif tercapai.
Agenda esok?... ada dah planninggg....

Thursday, August 25, 2011

Last day kat pejabat

Hari ni last keje.
Esok aku cuti, kalau no 3 masih batuk lagi, ingat nak bawak jumpa specialist.
Rasa macam tak cukup tangan,
Menyelesaikan apa yang patut,
Maklumlah, cuti kan seminggu...
Apa yang perlu siap sebelum agenda kerja mula minggu depan...
Kenalah disiapkan hari ni.

Banyak benda nak buat kat umah plak bila cuti ni..
Nak buat kuih raya..
Nak pasang langsir..
Nak kemas umah...
Nak siapkan beg budak2 balik kampung...

Korang bila start cuti? :)

Monday, August 22, 2011

susahnya mengajar

Susah bila yang nak diajar tu ramai...
Lepas tu, dalam ramai tu separuh dah pandai, separuh lagi lemah
Kalau kita mengajar laju... yang lemah tertinggal plak..
Kalau kita mengajar perlahan... yang pandai boring plak..

Rasa sangat handicapped...
Rasa sangat frust...
Walaupun objektif pengajaran tercapai... tapi
Takda perkembangan pengetahuan berlaku...
Takda perkongsian ilmu terjadi...

Rasa macam nak nangis...
Esok nak resign jadi tenaga pengajar... boleh tak :(

Friday, August 19, 2011

Tuesday, August 16, 2011

majlis berbuka puasa

Masuk minggu ketiga, banyaklah dapat jemputan majlis berbuka puasa.
Korang ada dapat ke?
Aku bab-bab bukak puasa kat luar ni, susah sikitlah...
Abah budak2 ni keje shift, jauh plak tu.
Baliknya tak tentu hari...

Kalau masa jemputan tu, hanya untuk aku sorang jek...
Manalah nak ku letak anak2 bujang aku yang 3 orang tu...
Nak tinggal kat mak, hmmm... kesian mak aku.
Kang ada gak nasi tak masuk dalam mulut...

Tapiii... banyak orang tak faham..
Ada plak rekemen supaya mintak tolong adik beradik lain tolong tengokkan..
Ada gak yang rekemen supaya bawak je mak aku gi skali...
Orang tua... mana diorang nak renyah2 makan kat luar...
Adik beradik aku plak, diorang pun ada anak...
Yang belum ada anak, dah ada suami...

Kalau kena masa dan tempatnya... InsyaAllah... aku pergi :)
Kalau tak....
Bukan tolak rezeki, tapi keadaan banyak tak mengizinkan...
Harap diorang faham, kannnn :)

Sunday, August 14, 2011

kehilangan yang tersayang

Dapat berita dari kawan pejabat.
Seorang rakan kami, kehilangan isteri tersayang.
Alangkah sedihnya hati bila kehilangan orang yang disayangi.
Terutamanya di bulan puasa yang barakah ini.

Aku tersangatlah sukar nak bercakap tentang hal2 macam ni.
Tak reti nak berbasa-basi.
Selalunya aku akan diam sahaja, setelah ucap takziah.
Tapi, hati akan rasa serba tak kena...
Sebab tak tau nak tolong apa...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul kannnn ...
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
Semoga rakanku itu, tabah meneruskan kehidupan untuk anak2nya...

Saturday, August 13, 2011

oven rosak ...

Khamis petang, masa tengah siapkan bahan nak bukak puasa.
Satu kejadian telah berlaku...
Cermin oven kat umah tercabut...
Terngangalah oven tu...
Adoiiii... camner nak buat kuih raya tahun ni.
Baru jek cadang2 nak buat kuih hujung minggu.

Pagi tadi, aku ngan mak terus plan nak kuo.
Beli alas meja skali nak tengok oven baru..
Tak agak2... terus nak beli baru jek...
Tapi, oven tu dah lebih sepuluh tahun usianya...
Patutlah kena ganti...

Camnilah lebihkurang rupa oven aku masa mula-mula beli dulu. Sekarang.... heheheh

Skali adik aku pi jengah.
Dia tanya, mana cermin yang tercabut tu.
Tak sampai 20 minit... dia kata dah ok.
Perghhh... pasang skru balik, ketatkan semula... boleh pakai dah.
Mak aku senyum jekk...
Nasib baikkk... dapatlah buat kuih tahun ni.
Legaaaa :)

Thursday, August 11, 2011

perjalanan jauh

Kenapa ekk..
Kalau masa tak sihat, klinik yang tak sampai 5 minit perjalanan terasa jauh nooo.
Kalau masa tak sihat, simpang jalan tu terasa sibuk sangat..
Kalau tak sihat, lampu merah tu terasa lama sangat...

Kalau ada yang tolong hantar gi klinik, oklah gak.
Nak buat camne, husband keje...
Kalau tak gi klinik, tak dapat mc
Nak gi keje, badan tak larat...


Nasib baik sampai gak aku tadi...
Dapat ponstant, dapat pil selsema mengantuk, dapat ubat untuk perut cramp...
Skang dah banyak kurang... mana taknya, sepanjang hari aku tido.
Harap2 esok dah betul2 sihat...
Banyak keje woooooo....

Wednesday, August 10, 2011

tak cukup tidur

Bukan tak cukup tidur sebab qiamullail...
Tapi, tak cukup tidur sebab no 2 demam.

Tiba2 jek dia demam pagi semalam.
Masa tu abah dia ada, abah dia perasan masa bangun sahur.
Lepas bagi ubat demam, aku hantar gak kat babysitter...
Pesan supaya bagi ubat lepas makan tengahari.
Masa amik balik petang, badan dia sedap... lega sket rasa.
Tapi, kalau demam virus, selalunya malam akan meningkat suhunya.
Pukul 8 lebih lepas bukak puasa, aku rasa badan dia panas.
Cepat2 aku bagi ubat.

Dalam pkul 2, kaki dgn tangan dia sejuk. Dia gigil2 sejuk kena kipas.
Aku tau dah... mesti suhu nak naik kuat.
Paksa dia makan ubat dan minum air banyak.
Bila suhu dah balance, baru dia kata tak sejuk dah ...

Pagi tadi sebelum pergi keje, bagi makan ubat lagi ( 6 jam skali).
Dia dah start suruh tutup aircond, sejuk katanya.
Call babysitter tengahari tadi, katanya dia main macam biasa.
Tapi badan tak berpeluh, jadi pegang badan rasa dedar...

Petang ni, nak bawak jumpa Dr. Takut tekak dia merah.
Hmmm.... janganlah menjangkit adik dan abangnya plak...
Aku tengah susah nak cuti ni...

Tuesday, August 9, 2011

minggu kedua puasa

Seminggu pertama puasa, No 1 aku ajar puasa sekerat hari.
Pagi aku kejutkan bangun sahur, tengahari pukul 1 baru boleh bukak puasa.
Nak bagi semangat, No 2 pun aku kejut sahur skali.
Buat kawan makan... tapi No 2 puasa sampai pukul satu kalau kat umah jek.
Kalau aku keje, dia tinggal dengan babysitter, pagi2 lagi dah makan roti.
Takpalah... dia baru 4 tahun lebih.

Minggu ni, aku tambah masa sket.
Bukak puasa pukul 2.
Masa sahur dah pesan.
Nak pegi keje pun pesan lagi.
Tapi, abahnya gi sembahyang, dia mintak makan dengan tokmak ...
Tokmak memnglah tak sampai hati...

Gambar no 1 kena paksa bangun sahur :P

Esok cuba lagi... mudah2an bolehlahhhh....
Anak member2 lain, kebanyakannya dah dapat puasa penuh.
No 1 ni, banyak cakap... tu yang cepat haus :P

Monday, August 8, 2011

Bonus raya 2011

Alhamdulillah syukur.
Rezeki anak2.
Dapatlah tambah-tambah buat beli baju raya anak2.
Dapat gak tambah-tambah untuk persiapan raya macam kuih raya, sarung kusyen, lauk raya...

Tapi kena simpan sket...
Takut hujung tahun tak dapat bonus...
Persediaan untuk anak naik sekolah, takda plak nanti.
Sediakan payung sebelum hujan kannnnn :P

Kepada penjawat awam semua, berpada2lah berbelanja yeaaaa....

Saturday, August 6, 2011

dah masuk 6 hari

Kejap jek kann... dah masuk 6 hari puasa.
Bila kepala concern about tempat keje baru, puasa tahun ni rasa macam biase2 jek.
Bila ada yang tanya pasal persiapan raya, aku dah macam blurrr...

Bila dah masuk seminggu ni... barulah lega sikit kepala.
Dah fahamlah serba sikit skop keje.
Dah bolehlah mula merancang keje minggu depan.
Keje banyak tu biasa... kata mana2 pun sama.
Cuma beban tanggungjawab je naik sikit, sebab dah ada staff yang perlu dijaga oleh kita.

Pasni boleh masukkan skali perancangan raya.
Bila nak beli baju raya anak...
Bila nak buat kuih raya...
Bila nak apply cuti raya...
Nak cuti raya berapa lama ekkkk... hmmmmmm :P

Wednesday, August 3, 2011

Hari kedua

Hari ni, dapat jumpa pengarah dan penolong pengarah ( my bossss :P)
Dapat kerja adhoc, buat juga walaupun jenuh mencari all the material yang diperlukan.
Masih belum siap, baru jek start.

Dah jumpa dengan all staff yang akan bekerja dengan aku.
All boys with varies attitude.
Buat masa ni, dah mula rasa comfortable since that I know their name.
I hope, they feel the same :P

Knowing them in person belumlah lagi.
Tapi surface tu dah tau lah macam mana yang adik, mana yang abang.
Mana yang pendiam, mana yang kecoh.
However, they all know their skill and work to be done.

Hope we will have an interesting journey together. :)

Tuesday, August 2, 2011

First day

Hari ni hari pertama kerja kat tempat baru.
Nak jumpa pengarah, takda.
Nak jumpa timbalan pengarah, takda.
Nasib baik dah tau serba sikit apa skop kerja.
Nasib baik dah jumpa dengan pemegang jawatan yang lama.

Bulan puasa pulak tu, kalau tak boleh gak ajak diorang minum.
Dapat jugak kenal2 mana yang perlu.

Terpaksalah fikir mana yang patut.
Buat apa yang terfikir baik.

Takpa, panjang lagi tempoh aku akan bertugas disini.
Lama2 nanti diorang akan boleh accept aku.
Lama2 nanti aku akan boleh accept diorang.

Kalau asyik mengendeng jek, takut orang tak suka... macam katun kat bawah ni.



Dah... dah... pi buat keje :P

Friday, July 29, 2011

Butter Golden Churn dah halal

Sebelum ni aku ada tulis artikel pasal butter Golden Churn diragui status halalnya.
Masa tu aku keluarkan artikel sebab jumpa salinan memo dari Bhg Penyelidikan, Jabatan Agama Johor.
Memo tu untuk edaran kakitangan jek sebenarnya.
Tak dimaklumkan kepada umum lagi, sebab masih dalam penyelidikan dan pengesahan selanjutnya.

Minggu lepas, husband dapat tag artikel pasal butter Golden Churn dah halal.
Dia dapat dari salinan suratkhabar Berita Harian, 17 Jun 2011.


Jumpa artikel ni dari sini

Kalau betul halal, Alhamdulillah.
Tapi tadi jumpa kat BorneoPost, kata sah tak halal by JAIS Sarawak.
Cerita ni dikongsi oleh Paradigm

Kalau anda tak rasa was-was, bolehlah guna butter ni.
Tapi... better not kottt..

Sekarang, nak masuk ramadhan. Ada yang akan start buat kuih raya.
Aku biasanya buat sendiri gak... tapi 3/4 jenis jek.
Tapiiii... aku pakai buttercup jek. Murahhhh :P

Yang ni buatan Malaysia, sah halal dari JAKIM.

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday : bimbang

Surat Lantikan dah dapat...

Hmmmm bimbangnya rasa hati. Nak cerita pun tak reti :(

dapat masuk bloglist Bangku Kosong

Yeaaa... dapat masuk bloglist Bangku Kosong.

Last person in the list.Pukul 10 tutup, dalam 9.23 kot aku siap buat post.
Pas tu masukkan link dia dalam Bloglist "Mereka ni Hebat"
Pas tu hantar komen kat HasrulHassan.
PAs tu jadikan bloglist "Mereka ni Hebat" dalam bentuk scrollbar.
Siappp :)

Terima kasih ekk...
Kita kongsi2 citer.
Kita kongsi2 kawan.

Nak gi keje. Bye:)

Tuesday, July 26, 2011

Bangku Kosong cari 30 blogger baru



Nak cuba nasib, masuk bloglist Bangku Kosong.
Syaratnya, follower kurang daripada 500.
Dia nak 30 jek plak tu.
Kalau terpilih, harap boleh dapat ramai kawan lagi...

Nak join? Klik kat gambar atas tu. Cepat tau... Tutup pukul 10 malam ni.

dah sampai umah

4 hari kat umah mentua, macam kejap sangat rasanya.

  • First day (sabtu) kitorang jenjalan kat Jusco Melaka. Makan2.

  • Second day, bawak anak2 main kat Giant, gi klinik gigi dan basuh keta. Malamnya abah diorang dah keje.

  • Third day, tengahari lepas abahnya dah bangun tido, kitorang gi beli kasut dan songkok kat kedai area bandar Muar. Berpeluh2 anak2 jalan kaki tengahari tegak :)

  • Hari ni, pagi2 lagi dah gerak, singgah tengok atuk kat kampung. Lega tengok dia dah nak makan. Masih lemah, tapi kalau nak makan tu, adalah sikit tenaga. Mudah2an dia semakin sihat.

    Sampai umah dekat Asar. No 2 mabuk, sebab masa nak jalan tadi lupa nak bagi makan pil mabuk. Lepas muntah tadi, dia ok sikit tapi masih tak clear betul2.

    Sembang2 dengan mak pasal perjalanan diorang ke Kelantan.. macam2 cerita. Alhamdulillah semua dah selamat.

Esok hari baru, kerja kena siapkan.
Minggu depan akan bermula kerjayaku yang baru. Entah apa pulak jadinya.
Mudah2an Allah mudahkan. AMinnnnn.

Monday, July 25, 2011

bobos

Pagi ahad, abahnya bawak keta gi cuci.
skali ramailah plak...
Jadi tepon aku, ajak gi klinik gigi.
Bawak No 2, sebab dia kata gigi dia sakit.
Aku pi cuci gigi skali.
Nak jadi citer, 20 orang dah tunggu...
So, kitorang pi jenjalan dulu kat Giant.

Bawak diorang main kat kawasan mainan.
Sambil tunggu masa nak jumpa Dr.
Sedar2 No 3 dah bobos...
Tau tak apa tu bobos?
Pampers penuh merangkap telebih penuh sampai basah dah seluar dia.

Nak jadi cerita... pampers adalah bawak spare.
Seluar, tak bawaklah plak...sebab tak sangka lama.
Jadiknya... kami beli terus baju sepasang untuk No 3.
Ganti kat situ gakkk...

Nasib baik kat Giant.
Kalau kat KLCC? Mana nak dapat baju sepasang RM12.90.
Haru betul ... :)

Sunday, July 24, 2011

kenapa gengblogger nak authentication plak ni??

Asyik keluar gambar ni jekkk...


Kenapa gengblogger nak authentication plak ni??
Ni pishing cite ke error page?
Pening makcik tauuuu...
Kena keluarkan dari senarai dululah nampaknyaaaa...

Friday, July 22, 2011

Rombongan meminang

Hari ni, famili aku ke Kelantan untuk majlis meminang skali bertunang buat adik lelakiku.

Rombongan pergi 4 kereta. Aku tak dapat ikut, cik abang tak dapat cuti panjang. Nak kena simpan untuk Raya. Nantilah bila Majlis Nikah, kitorang tempah bas kot :)
Harap2 perjalanan pergi dan balik takda sebarang masalah. Aminnn.

Since takda orang kat umah, aku decide ikut husband balik kampung.
Dia keje, aku dok umah.
Takpalah... dapat gak jumpa Tok Mak dan Tok Abah diorang.
Cuti aku masih ada baki lagi... bolehlah stay sampai hari Selasa.
Petang ni, balik keje kitorang gerak.
Harap2 sampai dengan selamat.

Notakaki : Hati tengah tak tentu arah, mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipikul. Hmmmmm....

Thursday, July 21, 2011

Yusuf Taiyoob Chocodate with Almond



Dapat Chocodate ni dari member. Jadi aku tak taulah berapa harga dia.
Satu packet ni ada 8 biji.
Kurma bersalut coklat, bijinya kacang badam.
Sedappppp...
Tak manis sangat...
Makan sebiji memanglah tak cukup... rasa macam nak lagi dan lagi dan lagii...

Tapiiiii.... 1 biji jek dah 40 kalori.
Bagi mereka2 yang sedang jaga diet... tolong berhati2 yea :P

Notakaki : Ingatan pada diri sendiri :)

Wednesday, July 20, 2011

Anakku menang... macam tak percaya ..

Memang sungguh tak percaya.
Komen cikgu selalunya ... dia tak fokus, suka berangan, kuat main, selalu tak dengar arahan...
Tapi sikapnya yang peramah buatkan cikgu sayangkan dia...
Sengaja masukkan dalam game rounders dan gerakIrama supaya dia lebih fokus di sekolah.
Aku tau, cikgu tak pun taruh tinggi sangat harapan pada dia..
Aku pun tak mahu paksa dia sangat... asal dia suka..

Tapiiii.... Macam tak percaya...
Menang peringkat Dun Skudai Rabu lepas...
Memang peringkat Parlimen Gelang Patah semalam...
Kedua-dua aktiviti yang dia masuk... menang...
Tak sia2 mak ngan abah cari kayu rounders satu JB...
Tak sia2 mak amik cuti temankan sepanjang hari...

Piala kemenangan bagi kategori Gerakrama. Piala untuk Rounders belum dapat lagi.

Hebat anak mak ni (",)

Kempen yang tak memerlukan kertas

The greenest leaflet campaign for WWF.



Mungkin kita boleh gunakan pendekatan yang sama... Menarik

Tuesday, July 19, 2011

Merancang kewangan ketika tua

Kita dah ada kerja.
Kita dah ada rumah.
Kita dah ada kereta.
Anak2 dah sekolah...
Cukup dah rasanya...

Cume persoalannya... cukupkan pendapatan kita bila kita dah tua, dah bersara?

Masa tu, kita dah takda kerja.
Rumah... hmmm dah abih bayar ke belum... tak taulah...
Kereta... baru tukar... belum abih bayar lagi...
Anak2 tengah belajar di IPT... kena bantu duit belanja, buku, etc.
Badan dah mula sakit2... kencing manis, darah tinggi ... dah sediakah simpanan perubatan kita?

Pencen?, KWSP? Cukup ke?

Something to think about...
Bersediakah kewangan kita setelah bersara nanti

Header baru

Kali ketiga aku tukar header...

First...

Second ...
Masa first dengan second header, aku pakai profile picture yang sama (Pompuan bertudung hijau). Cuma background jek aku ubah sikit sana sini... Takdalah banyak sangat beza...

Kali ni, aku ubah lain banyak :)


Cantik tak (",)

Monday, July 18, 2011

kenduri

Malam tadi umah buat kenduri doa selamat.
Mohon keberkatan dan keselamatan sebab hujung minggu ni nak pergi mengantar rombongan bertunang. Adik aku yang ni.
Syukur sebab dah selamat majlis perkahwinan adik aku yang ni.
Mohon juga kesihatan dan kebahagiaan buat semua ahli keluarga terutamanya atok yang tak berapa sihat.

Buat sekali kenduri arwah, buat arwah atuk belah ayah, tok jantan belah mak, pakcik, makcik, terutamanya pak ngah aku yang baru jek meninggal awal tahun ni.

Tak amik gambar pun, tak sempat sebab mak aku balik dari kampung hari Sabtu.
Semalam pagi baru buat apa yang patut.
Masak sendiri anak beranak... buat nasi ayam, kuih bakar jagung dan kuih bakar santan, buah tembikai.
Mak sedara pada adik ipar baru aku bagi buah rambutan dan mata kucing. Alhamdulillah.

Kerja- kerja yang perlu diselesaikan merangkumi basuh ayam (15 ekor), goreng ayam, masak nasi, buat sup ayam, buat sos dia, siang segala sayur untuk buat capcai... dan segala perkara2 berbangkit.
Tapi, aku dan adik2 cuma assistant jek. Mak aku yang masterchef.
Segala sukatan, adunan kenalah rujuk kat dia. :)

Pagi ni nak bangunkan No 1 bukan main susah.
Mana taknya, dia yang lebih sibuk nak melayan tetamu datang.
Walaupun tak dibenarkan keluar... mata dia tetap terang sampai pukul 12.
Syukur dah selesai semuanya.
Semoga diberkati majlis kami, semoga selamat perjalanan pergi dan balik Kelantan Jumaat ni. Aminnnnn.....

Saturday, July 16, 2011

Harry potter and the deathly hallows part 2

Harry potter and the deathly hallows part 2 adalah pengakhiran cerita.
Dari siri pertama aku ikut.
Buku2 dia aku beli.
Dah janji dengan hubby nak pergi tengok skali.
Dia ok jek, janji aku temankan tengok Transformers dulu.

Tapiii... dia dah tengok Transformers sorang2.
Camne nak nengok ni... budak 2 orang tu taknak tinggal umah babysitter.
Takkan nak bawak diorang tengok skali...
Ada tengah2 main cerita tu... diorang tarik tangan ajak balik... takutttt

Adik2 aku dah pi tengok dah malam tadi...
Ni yang aku tension niiii....

Friday, July 15, 2011

kayu rounders

No 1 masuk pertandingan rounders untuk game diantara pelajar tadika kemas zone skudai.
Macam tak percaya bila group dia dapat 2 terbaik dan akan bertemu sekali lagi dengan 2 terbaik dari zone Gelang Patah Selasa depan.

Bila dapat masuk final, cikgu dia bukan main semangat mintak aku latih No 1 pukul bola.
Kalau nak praktis kat umah, kenalah ada kayu pemukul tu.
Bola dia just bola tennis jek... No hal

Semalam balik keje, jenuh aku dan abahnya mencari kat Giant sekitar Skudai.
Kedai sukan pun kitorang singgah.

Memang ada, tapi size dewasa...
Pakai yang ni jekklah... agak2 boleh tak :P

Tuesday, July 12, 2011

calorie counter

Sekarang ni aku sedang gigih belajar tentang kalori.
Almaklumlah... kan aku ni kena mendiet sebab dah menunjukkan tanda2 ...
Nak pergi exercise ... tak sempat.
Jadi aku buat aerobik kat umah je.. tu pun ikut sempat selalunya tak sempat gakkk

Oleh itu, nak tak nak aku kena perhatikan kalori pemakanan.
Belum berapa mahir, tapi ebook Susu Sejat memang banyak membantu.
Cume nak makan 6 kali sehari tu... susahlah sket sebab aku ni keje pejabat.
Jadi aku stick dengan makan macam biasa tapi kawal kalori jeklah supaya tak melebihi 1200 sehari.
Korang tau tak, set lunch yang ada burger, fries dan air berkarbonat tu, kalori dia dalam 1000 kcal. Hahhhh... takyah makan apa2 dah pas tu :P
Jadi... tak boleh makan McD, Pizza Hut, KFC kerrr?

Sebenarnya, boleh. Antara yang boleh anda lakukan masa makan di fastfood cenggini;

  • Sebelum pergi tu singgah dulu laman web diorang dan semak kalori setiap makanan yang mungkin nak dimakan hari tu.
  • Elakkan air minuman berkarbonat ( minum plain water jek, 0 kalori)
  • Kalau takda plain water, pilih ais lemon tea or fresh oren (minum setengah gelas jek)
  • Beli ala carte.

Senarai kalori yang dicetak kecil dan disimpan dalam handbag :)

I had my meetball spagethi bologneis with plain water di Pizza Hut hari ni (560 kalori)
Pagi tadi ambil nasi goreng kampung 1 mangkuk kecil (320 kalori)
Balance 320 kalori untuk spare makan malam nanti.
Jauhkan diri anda dari snack dan makanan manis :P

Kalori info untuk makanan di PizzaHut, KFC dan McD ,
http://www.pizzahut.com.my/dining/nutritional-value.html
http://www.kfc.com.my/colonel-nutritional.php
http://www.mcdonalds.com.my/fitnessfun/nutrition_breakfast.asp
http://www.mcdonalds.com.my/fitnessfun/nutrition_ala.asp
http://www.mcdonalds.com.my/fitnessfun/nutrition_beverages.asp
http://www.mcdonalds.com.my/fitnessfun/nutrition_desserts.asp

Monday, July 11, 2011

susah rupanya menyusun perabot pejabat ni....

Pening kepala aku...
Pusing kiri nampak semak..
Pusing kanan nampak serabut...
Letak tengah nampak sempit...
Susun almari keliling bilik... nampak penuh...
Haih...

Aku ni bukannya pereka dalaman...
Nak upah pereka dalaman sekadar nak mengubahsuai kedudukan perabot kat pejabat sekangkang kera aku ni... melampaulah tu....
Masalahnya... rak buku warna hitam, meja kerja warna hitam, rak fail warna hitam... nasib baik langsir warna biru...

Dahlah tu... kotak bahan pembelajaran sem2 lepas ni jadi satu lagi masalah.
Nak dibuang kang.... ada pulak MQA nak datang audit... katanya kena simpan dalam 5 semester...
Nak kusimpan... bukannya tugasan budak2 ni sikit... satu sem jek dah ada paling kurang 3 assignment... itu baru satu kelas...

Apa nak buat niiii....
Dulu takda rak buku... takda tempat nak letak barang
Skang dah dapat rak buku tambahan... penuh pulak bilik ni....

Oklah... aku nak try pusing meja ngadap pintu masuk plak...
Camner gaknyer gayanyerrrr...

Ini bukan bilik aku .... :P

Saturday, July 9, 2011

Sesi susunatur perabot

Sesetengah bilik senior, dapat perabot baru, dapat carpet baru.
Jadi, perabot2 yang lama dikeluarkan dari bilik dan akan dilupuskan.
Proses pelupusan melibatkan sorting perabot2 yang masih baik untuk dijual semula dengan murah atau jika terlalu uzur akan dimusnahkan mengikut cara yang sesuai.

Sebelum unit pelupusan angkut naik lori, aku dan kawan2 beria2 cari perabot yang masih dalam kondisi yang elok untuk letak dalam bilik kitorang.
Seronok betul sebab dapat kemaskan bilik dan keluarkan perabot yang benar2 uzur.
Kalau dah sampai kat tempat pelupusan, kena beli pulak (walaupun dah murah)

Aku dapat rak buku yang besar tu dan rak fail macam gambar atas ni dan satu lagi rak fail yang kecil.
Suka betulll.... tadi dah angkut masuk bilik ofis.
Mintak tolong hubby dengan adik angkatkan... sorang2 mana larat :)
Kemas belum lagi... nantilah second round.
Baru angkat dan susun perabot, kitorang dah pengsan...

Betullah kata orang, sampah orang, boleh jadi harta orang lain :)

Friday, July 8, 2011

Pentauliahan PALAPES 2011

Esok akan diadakan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA ke 30 di UTHM, Batu Pahat. Adik aku adalah salah seorang yang akan ditauliahkan.

  • Bangga rasa keluarga sebab segala ranjau dan onak yang diharunginya selama ini, akhirnya sampai ke hujung.
  • Syukur kerana nasihat kakaknya yang suka menyebok ni diambil juga sebagai bekal perjuangan.
  • Bahagia sebab air mata bunda untuknya selama ini diakhiri dengan senyuman.
Sayangnnya, aku tak dapat pergi melihat dia.
Susah sikit sebab nak bawak anak2 kecil...
Nak bawak kereta, takut takda parking extra, sebab kereta adik jek yang ada sticker.
Tengok gambar jeklah nanti.

Kat sini ada gambar raptai diorang
http://ucitv.uthm.edu.my/palapes/

Hebatttt :)

lori minyak...

Bengang betul dengan lori minyak tauuu...

Diorang ni sedar ke tak yang diorang bawak minyak yang mudah terbakar.
Takkanlah nak harap kita jek yang mengelak.
Dia pun bawaklah agak2 sket... jangan main masuk jek kiri kanan ikut suke dia...

Hmmmm... pahamlah ... aku pakai keta kecik.

Thursday, July 7, 2011

Try buat kueh : Tiramisu Kek

Lama dah adik2 mintak buatkan tiramisu kek ni.
Aku malas sebab nak kena cari biskut bordain tu... susah nak jumpa.
Pernah buat pakai biskut Mary. Sedap gak sebenarnya, tapi tak cantik. Biskut tu bulat, nak menyusun dalam bekas tupperware rectangle tu susah sketlah alasannnnnnn

Akhirnya, aku buat kek span coklat untuk based dia. Resepi kek amik kat sini.

Inilah hasilnya ikut resepi kat sini. Tapi aku kurangkan gula kepada 1/3 cawan jek sebab aku pakai non dairy whip cream yang dah agak manis sket rasanya.


Kek tu cantik, cmer aku yang tak reti nak amik gambar makanan supaya jadi cantik :P. Lagipun aku pakai kamera handphone jek ... asal ada gambar, boleh jeklahhhhh.

Rasa??... hmmmmm.... kalau tak memikirkan kalori.... habih dah aku belasah :)
Lepas dah mengidam adik2 aku. Pasni nak try masak apa plak ekkkkk ....

Wednesday, July 6, 2011

Try masak guna Breadmaker : Roti Marble Coklat

Baking boleh jadi salah satu terapi pada sesetengah orang macam aku :)

Semenjak No 1 demam hingga No 3 masuk wad dan all the other stuff going on, rasa macam tak cukup nafas. I need some break. Luckily hujung minggu lepas, cuti hubby jatuh pada hari sabtu dan ahad. Dapatlah aku menjengah breadmaker kesayangan :)

Kali ni aku buat roti marble. Resepi amik kat Myresepi

Sedap roti ni... cume aku punyer yist dah tinggal secoet jek. Nak pi beli, hujan plak. Jadi, jalan terus. Akibatnya roti tak berapa naik.

Will make this resepi again sebab dalam bantat roti pun jadik sedap cenggini, maknanya kalau yist aku cukup, mesti roti aku lembut kannnnnnn :)

Tuesday, July 5, 2011

BERHATI2 MELAWAT ORANG MENINGGAL

Dipanjangkan untuk renungan bersama...
Dapat artikel ni dari Blog Liza

Artikel Penuh :

"Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah... katanya) .

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulillah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang ke bawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya.

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat di situ cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar."

"WALLAHUALAM ---ALLAH BERKUASA ATAS SETIAP APA YG BERLAKU,"

Monday, July 4, 2011

Tukar topik

Anak2 bila dah pandai bercakap dan pandai memanipulasi mak dengan abah diaorang, pada masa yang sama akan pandai tukar topik masa bercakap.

Contoh situasi (Dalam bilik air, waktu pagi)


Abah : Rizmal, cepatlah sket mandi, nak anto mak gi keje ni
Rizmal : Japlah abah, tengah sabun ni sambil main buih sabun
Abah : Cepatlah, nanti mak lambat gi keje
Rizmal : Orang tengah cepatlah ni masih main buih sabun
Abah : Dah, tinggallah dalam bilik air tu. Malas dah abah nak tunggu.
Rizmal : Alllaaaaahhh abahhh sambil nangis
Abah : Ah, marah sikit buat muka... marah sikit buat muka... cepatlah mandi...
Rizmal : Abah, mandi nak kena syampoo kepala ke?
Abah : Syampoo, cepatlah mandi tu.
Rizmal : OK.
Mak : ???

Notakaki : Pandai betul dia tukar topik kan. Padahal abah dia tengah marah pasal dia mandi lama. Hmmmm, sayang anak punya pasal... mak lambat pun takpalahhhhh.

sejuk perut mengandung...

Bukan aku mengandung lagilaaaahhhh...
Sejuk perut sebab nengok bujang 2 orang ni, rajin menolong kat umah.
Hujung minggu, aku akan cuba libatkan diorang dengan aktiviti mengemas rumah.
Biar diorang rasa susah payah mak dangan abah diorang.

No 2 tolong aku kemas almari dan tempat mainan diorang.
No 1 basuh kasut sekolah sendiri.
Bila dua2 dah siap, aku suruh diorang sapu daun2 kat halaman umah.



Tak kisahlah walau tak sempurna.
Tak payah nak pantau sangat, sebab akhirnya aku akan sapu balik gak.
Just nak educate diorang tentang tanggungjawab.
COmel betul bila diorang mintak air... penatlah tuuuuuu :)

Sunday, July 3, 2011

manisnya durian...

No 3 belum pernah lagi rasa durian...
No 1 dengan No 2 memang favourite, sampai kena galang2 kalau makan.
Durian ni tak boleh makan banyak sangat, especially masa musim batuk.

Sekarang ni musim durian dah bermula kat Muar.
Atuk diorang kirim... ingatkan cucu yang sukakan buah durian.
Pertama kali, No 3 rasa...


Punyalah dia suka... sampai nak mintak balik biji durian pun dia tak bagi.
Manis agaknya rasa durian tu pada dia :)
Comfirm anak aku ni tekak orang Malaysia :P

Saturday, July 2, 2011

hasil awal bulan

Tengoklah hasil menoreh awal2 bulan ni :)

Free dengan setiap pembelian Susu Sustagen 1.2kg.

Siap mangkuk, piring, sudu dan garfu...

Sanggup ku redah ke Tesco Bukit Indah, sebab ada promosi meal set ni. Beli 4 susu, stock untuk sebulan... dapat 4 meal set... Sukeeeee :)

Friday, July 1, 2011

Apa perlu buat kalau anak demam atau sawan?

Demam bukanlah satu yang patut kita runsing. Ia merupakan petanda bahawa anak kita sedang melawan virus atau kuman yang masuk dalam badan dia. Dalam proses badan cuba melawan, suhu akan meningkat.

Cara terbaik adalah biarkan badan melawan penyakit itu sendiri tanpa bantuan sebarang ubat. Tapi, kalau yang demam itu adalah anak kecil dibawah 5 tahun, anda perlu berhati2.

Lazimnya kanak2 dibawah umur 5 tahun masih lagi dalam proses membina antibody badan mereka. Jadi, sesetengah mereka tidak mampu mengawal suhu badan apabila demam hingga suhu menjadi tinngi sehigga boleh menjadi sawan.

Jika anda ada anak kecil, pastikan jangkasuhu ada dalam simpanan. Jangkasuhu yang boleh mengenalpasti suhu dalam tempoh masa kurang 1 saat adalah yang paling baik, tapi harganya mahal sedikit. Suhu 37.6 Celcius adalah tanda awal demam.
Contoh infrared ear thermometer

Jika anak anda demam yang tinggi, apa yang perlu anda buat ialah :
1. Pakaian haruslah nipis. Jangan selimutkan mereka kerana ini akan memerangkap haba.
2. Lapkan kain basah keseluruh badan anak. Ulangi setiap 1 jam, 30 minit atau 15 minit mengikut keperluan.
3. Berikan ubat demam mengikut sukatan yang dicadangkan oleh doktor setiap 6 jam sekali. Percepatkan kepada 4 jam sekali jika suhu meningkat dengan lebih cepat.
4. Selalu beri minum air, jus buah, teh atau susu mengikut kesukaan anak anda. Kalau perlu... paksa. Kerana badan akan kehilangan banyak air ketika demam.

Selalunya, paling lewat selepas 1 jam makan ubat demam, anak akan mula bertindak balas dengan mengeluarkan peluh dan suhu akan kembali normal. Jika ini tidak berlaku, dan suhu badan masih tidak berubah dalam 1-2 jam, janganlah tunggu lagi. Bawalah ke doktor.

Jika suhu tidak dapat dikawal, kebarangkalian sawan boleh berlaku pada anak. Andai ini terjadi,

1. Jauhkan anak anda dari benda2 merbahaya seperti perabot, api... kemudian longgarkan pakaian terutama dibahagian leher.
2. Baringkan anak anda dalam kedudukan mengiring atau meniarap supaya air liur atau muntah tak tertelan kembali (pastikan jangan terlentang)

3. Jangan alaskan tilam atau apa2 bantal.
4. Basahkan badannya jika suhu tinggi.
5. Jangan masukkan sesuatu yang keras diantara giginya bagi mengelakkan gigi anak anda rosak.
6. Selalunya, sawan adalah singkat dan tidak berlarutan. Setelah dia selamat, dapatkan bantuan atau bawa terus ke hospital.

Keputusan untuk bawa No 3 hospital hari tu adalah sebab demamnya yang tak turun2 walaupun selepas diberi ubat demam dalam dos yang betul. Selain itu, sebab nafasnya kelihatan penat. Malam dia dihospital, suhunya naik ke 39C walaupun setelah 1 jam makan ubat. Nurse telah letakkan tilam ais untuknya tidur sepanjang malam itu. Alhamdulillah, hari kedua, demamnya dah kebah.


Harap maklumat yang aku dapat dari hospital ni.. membantu ibu2 diluar sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...