Thursday, December 31, 2015

Pukul 3 pagi

No 4, 2-3 hari ni bangun pukul 3 pagi... ajak main. Mak dia dah letih dok mengadap beribu data dalam microsoft excell. Setiap kali proses ambil masa 10 minit nak siap. Dah tgh malam baru dapat tidur... sekali pukul 3 dia bangun pulak.



Bila dah pukul 5 lebih... barulah dia nak tidor balik. Punyer nyenyak dia tidur. Mak dia dah kena siap nak gi keje.

Adoi... nasib baik dapat jugak siapkan kerja. Hujung2 tahun ni banyak nak kena siapkan. Rasa macam nak tidur bawah meja 8-(

Wednesday, December 30, 2015

Jaga malam

No 4 sekarang bangun pukul 3 pagi... ajak sembang. Ajak main. Taknak tido balik.



Mengantuk betul bila sampai ofis. 8-(

Thursday, December 24, 2015

Pantang lepas bersunat

Susah juga rupanya nak jaga budak lepas bersunat ni... makan tu taklah masalah sangat. Aku pantang yg gatal dan boleh bawak menanah jek macam ayam, seafood dan telur. Abah diorang pantangkan ais... tak sure pulak kenapa.

Makan hari2 nasi lauk ikan jek... ikan sup, ikan kicap, ikan goreng, ikan singgang dan yg sewaktu dengannya. Semalam belikan burger ikan.

Yang susah tu time tidur. Oleh kerana dia dah tak rasa sakit... jahitnya dah agak kering, dah mandi pun masuk 2 hari ni... so diorang tidur ikut sukati jek. Hari kedua lagi No 1 dah tidur mengereng. Malam tadi, agaknya kuping tu nak tertanggal... tapi belum betul2 kering lagi... so bila bergesel... berdarah semula.

Risaunyer aku rasa... janganlah memanjang berdarah dia huhu... cemas dah ni. Diorang boleh buat selamba jek... lepas dah kesat darah dan sapu krim, sambung tidur semula mengereng!!

Bila aku tegur dia jawab apa tauuu...

Tak sakitlah makkk...



Nak nangis :’-(

Friday, December 18, 2015

Bersunat

Cerita semalam... no 1 dan no 2 bersunat di klinik kesihatan UTM. Alhamdulillah... dah selamat. Memang plan... sebab Jumaat dan Sabtu kan cuti... Ahad nanti abah diorang pulak cuti... next week pulak cuti krismas... bolehlah jaga budak2 ni tanpa guna cuti tahun.



Ada 2 kaedah bersunat kat sini... satu guna laser dan jahit, satu lagi guna clamp. Aku amik kaedah laser dan jahit... boleh tahan kuat gak semangat budak 2 orang tu.

Harap2 cepat kering... lepas bius hilang semalam... meleleh2 gak airmata... siap menyesal sunat katanya hihihi.

Hari ni dah kurang merengek... tapi masih ada darah. Tapi dah mula nak ke sana... nak ke sini. Bukan reti nak baring diam2...

Hai anak ..anak ...

Saturday, December 12, 2015

Raja sehari

Setiap kali adik2 menjadi raja sehari... hati akan rasa gembira berbaur sebak tak tau kenapa... seperti kehilangan sesuatu... kalau jadi ibu.. entah macamana pula agaknya perasaan ini

Hari ini... perasaan yang sama aku rasakan. Menghadiri jemputan raja seharu anak murid yang dididik dari ijazah hingga ke sarjana. Tak tertahan rasanya airmata ini.



Semoga menjadi isteri yang solehah buat suami tersayang...sabarlah kau tempuhi alam perkahwinan...

Friday, December 11, 2015

Bubur termos

No 4 dah 4 bulan... 2 bulan lagi dah nak mula makan solid food. Dah kena plan dari sekarang.

Tengok2 kat facebook, jumpa tips ni... masak bubur dalam termos.



Boleh cuba ni..

Friday, December 4, 2015

Training buat no 3

Hari ni cuti.. dah start kerja maknanya cuti adalah hari untuk kemas rumah.

No 3 akan masuk darjah 1 tahun 2016... jadi kena latih sikit2 bantu kerja2 rumah. Walaupun dah tahu... mak dia tetap kena betulkan semula selepas itu... takpa... lama2 akan jadi lebih baik.

Hari ni tugas no 3, ambil semua hanger kosong dalam almari dan letak di ampaian luar rumah. Senang mak dia nak sidai baju.

Masa first time dia baling jek kat kerusi luar rumah. Habis mak dia membebel lepas tu. Second time, hari ini, mak dia dah boleh senyum...



Alhamdulillah... ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...