Thursday, June 30, 2011

blurr

Banyak sangat yang berlaku dalam 2 minggu ni... dari No 3 masuk wad, No 2 demam, No 3 sakit telinga... kelas weekend yang tak perasan jadual dah mula... plus semua kursus dan mesyuarat yang telah tersusun atur sepanjang cuti semester ni... hmmmm

Tapi... susah benar nak buka cerita kat sini.
Hari ni naik kerja setelah kursus penuh 3 hari... kepala macam blurr...
Meeting pagi tadi pun... tak tau apa...
Esok ada satu lagi... baru start nak prepare bahan pembentangan...
Tak siap2 sampai petang...

Letih juga rupanya enquiry based learning ni ekkk...
Penat agaknya kepala ni bekerja...
Mungkin sebab nak cuba apply untuk kelas dan anak2...
dalam tak sedar otak masih bekerja...
Malam ni kena tidur awal...
Rehat dulu... mudah2an esok keBlurran aku semakin baik..
Harap2lahhhhh....

muzzmama's give away

Ni promosi untuk my friend. Member masa sama2 belajar kat UiTM dulu.
Kawan aku ni pakai cloth diaper untuk anak dia and even pakai cloth pad for herself. Dahlah tu, full breastfeed lagi anak dia. Aku memang sangat respek kat dia sebab aku tak mampu nak follow footsteps dia. alasaaannnn

Jadi, aku rasa nak mintak tolong kat korang bantu dia utk like gambar kat contest yg dia join...:)

1. klik like pada page snowdrop -- > https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2170842270255&set=o.135399436488971&type=1&theater#!/baby.snowdrop
2. klik like pada gambar kawan aku ni kat --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2170842270255&set=o.135399436488971&type=1&theater
hanya like gambar dia jek tauuu ;)

I think that she should win the contest tapi u all likelah kat dia. Dia kata nak bagi small token kalau u all like gambar dia.

bila dah selesai....
emelkan maklumat anda : alamat emel, alamat blog dan nama facebook anda ke muzzmama@gmail.com dengan tajuk : giveaway

Link page dia kat sini... Sudikanlah ekk kalau tak keberatan :)

Notakaki : Sticky post sampai 30 Jun 2011

Wednesday, June 29, 2011

Bengkel Inquiry Based Learning

Hari ni last day aku berkursus tentang Enquiry Based Learning / pembelajaran inkuiri.

Menarik sebab latihan diberi oleh pihak Petrosains

Lebih menarik sebab latihan intensif diberi supaya kami educators benar2 faham pendekatan yang digunapakai dan kemahiran yang terlibat sepanjang pembelajaran berlangsung.

Bertambah2 menarik sebab walaupun kursus sampai 3 hari tapi rasa sangat rugi kalau miss even just one session. Bijak sungguh mereka merancang aktiviti.

Apa pembelajaran inkuiri?
Cuba baca ni... new-straits-times-exploring-learning-approach

Saturday, June 25, 2011

discharge using medical card

No 3 masuk hospital Johor Specialist menggunakan medical card.
Aku belikan medical card untuk dia masa dia umur setahun lebih which was last year.
Medical card MAA takaful.


Jika anda menggunakan medical card, semak policy tentang deposit yang diperlukan semasa nak masuk hospital. Sebab, lain hospital lain jumlah deposit yang diperlukan. Sesetengah hospital tak memerlukan deposit tapi untuk anak aku, kami dikenakan deposit RM400 semasa nak warded.

Bila dah dibenarkan balik, jangan terkejut kalau anda perlu menunggu hampir 2 jam untuk urusan discharge jika menggunakan medical card. Kalau bayar tunai, tak sampai setengah jam dah settle tapi paham2 jelah...

Setelah serahkan surat daripada ward ke kaunter discharge, they will ask you to wait dan akan call semula bila dah selesai.

Proses yang kaunter perlu buat ialah :

1. Siapkan semua dokumen berkaitan (Billing) merangkumi harga ward, check up doktor, nurses charges, xray, pharmacy, phisiotheraphy, ubat dan lain2 jika berkaitan.
2. Kaunter akan fakskan bil kepada pihak insurance untuk semakan.
3. Pihak insurance akan semak policy samada cover semua sekali atau ada yang tidak dicover. Kemudian mereka akan berikan surat GL kembali pada hospital menerangkan jumlah yang akan dibayar oleh pihak Insurance dan berapa yang perlu pihak hospital minta kepada pemilik kad.
4. Pihak hospital akan finalize bil dan panggil anda untuk urusan pembayaran ( kalau ada deposit, diorang akan tolak dari sini dan pulangkan baki jika ada).

My suggestion, setelah 45 minit ke 1 jam menunggu, sila hubungi pihak insurance untuk pastikan samada GL telah dihantar kembali kepada pihak hospital atau tidak. Jika sudah difaks, tak payah tunggu hospital panggil, terus ke kaunter dan bagitau yang GL telah dihantar dan minta mereka semak. Ini akan dapat membantu anda mengurangkan masa menunggu.

Aku tersilap sebab dah masuk 2 jam menunggu baru nak call insurance.. padahal diorang dah hantar 1 jam sebelum tu... Hope this help :)

Friday, June 24, 2011

No 3 dah sihat

Alhamdulillah, Rahmat Hidayat dah keluar hospital.
Lepas melalui all the procedure for about 5 days kat kat hospital... he is getting better.
Discharge dengan bekal ubat batuk, selsema, ventolin dan antibiotik.

Batuk masih ada, tapi kahak dah banyak kurang tak seperti sebelum ni.
Nafas dah makin stabil.
Demam dah kebah...
Makan dah mula selera..

Pagi tadi masa hantar babysitter, hati masih bimbang.
Walaupun dah balik, kena pantau lagi sebab tak mahu berbalik sakit dia.
Letih sebab jaga dia diHospital masih belum recover.
Nasib baik pakai medical card... kalau tak mau juling biji mata sebab nak bayar RM3500.

Sekarang ni banyak case yang sama di hospital...
Demam berpanjangan, batuk berkahak, selsema.
Terima kasih semua sebab doakan anakku supaya sihat.
Lepas dia betul2 sihat, nak pergi amik vaksin pneumococcal.
Persediaan supaya tak berulang lagi peristiwa.
Len kali kita citer apa nak kena bawak kalau nak masuk hospital dan apa perlu buat kalau nak discharge pakai medical card.


Gambar kenangan masa dia still on drip. Bukan tau dok diam punnnn.... :)

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

No 3 masuk wad

Beberapa hari ni aku tak update sebab No 3 masuk wad.
Demam dia hari tu, tak kebah2...
Bimbang pulak rasanya...
Dah tu, sekali dengan batuk dan selsema.
Bila aku tengok nafas dia dah lain macam, aku terus jumpa Dr, mintak refer ke Hospital.
Sampai Emergency, terus xray hidung dan dada, masuk air dan nebulizer.

Result x-ray...comfirm pneumonia.
Dari Sabtu, sampai hari ni... masih kat wad lagi...
Dah banyak kurang... tapi Dr nak make sure kahak dia clear dulu.
Pagi tadi kena pergi Phisiotheraphy... sedut kahak...
Kesian dia....


Nanti aku citer lagi... Ni masuk sekejap sebab nak check all kerja yang tertangguh.
Pakai broadband prepaid Maxis... 2 jam jek...
Pas ni kena suruh hubby bawak balik Laptop... bimbang nak tinggal sini...
Takut ada yang perhati...

Harap esok bolehlahhh balik...

Friday, June 17, 2011

tiba-tiba shut down

Aku punyer perangai bila guna laptop ialah tak on power.
Bila bateri dah tinggal sket, baru aku on power untuk charge semula.
Dulu2 selalu alert.
Sekarang bila dah makin berumur ni, selalu plak lupa.
Tak perasan bila ada warning bateri nak tidur...

Tadi aku tengah convert DVD ke format video biasa ...
Nak buat editing sket. Aku pakai iLead Video Converter.


Proses convert tu bukannya kejap, lebih2 lagi video tu selama 60 minit.
Masa convert plak bukannya boleh multitasking. Nanti laptop tu hang plak.
Masa mula tu tengok dah 70%... jap lagi nak abih dah..
Tiba2 jek laptop aku shutdown....
Perghhhh... tension tullll...
Bila on semula, maknanya kena start balik....
Sebab dia berenti tengah jalan...

Haihhhh... padan dengan muka aku niiii...

No 3 pulak demam

Bila abangnye demam, kena standby sebab nanti adik2nya demam pulak.
Sabtu lepas kan No 1 demam.
Masa tu adik2nya ok jek... steady.
Cume No 3 macam ada dedar sket ( badan cam panas suam...)
Hari Rabu, balik dari babysitter, pegang badan dia cam panas.
Malam tu demam.
Pagi tadi, masih panas lagi badan dia.
Minum air banyak, tapi peluh sket jek. Kencing jek yang banyak.
Nak tampal coolfever, marah bukan main.
Lap badan dia dengan tuala basah pun macam nak berperang.


Tapi, dia main ok jek.
Makan, alhamdulillah masih sedap.
Air, bagi jek... dapat balik kosong.
Maybe nak berubah tahun...
23/6 ni birthday dia ke 2.
Jangan demam lama2 yek sayang. Cepat2 sihat, cergas, cerdas.

NOtakaki : Gambar ni adik aku yang amik. Kalau nak nengok hasil dia yang lain, singgahlah sini.

Thursday, June 16, 2011

bengang pasal telur separuh masak

Pagi ni buat breakfast roti planta taruk gula. Pastu nak buat telur seprauh masak. Biasanya aku punya budget masa cantik jek.



Taklah cantik macam dalam gambar ni (kredit gambar dari sini), tapi 3 suku masak tu dah best sangat buat anak2 sarap pagi sebelum gi sekolah.

Tapi pagi ni, entah silap kat mana tah... jadi telur keras plak. Pas tu, aku amik lagi 2 biji, rebus semula untuk hubby. Pnyerlah takut keras, aku angkat cepat sket. Skali, tak masaklah plakkkkk....

Tension tulllll....

Tuesday, June 14, 2011

Respek brother ni..

Nak cakap sket pasal brother ni. Pasal dia banyak bagi info tentang kesihatan dan makanan. Banyak betul maklumat dalam blog dia.

Aku dah download Food Calories List yang dia buat. Bagus betul, senang nak buat rujukan setiap kali nak makan. Kan aku sedang cuba untuk menurunkan berat badan...cara yang sihat tauuu.

Mungkin kita kena banyak belajar dulu tentang macamana badan bertindakbalas , maka kita boleh merancang cara untuk mengawalnya. Bagi mereka2 yang macam aku (BMI > normal) maka singgahlah blog dia.

Pasti puas hatiiii :)

Monday, June 13, 2011

Dah Pandai Buat Scroll Bar Kat Bloglist

Dulu, bloglist macam ni.

Skang dah jadik macam ni :)


Nampak kemas sket blog kita. Takdalah memanjang nak skroll page tu bila nak nengok bloglist.Belajar dari Sunah Suka Sakura dot com. Senang jek cara dia.

Suke :)

Saturday, June 11, 2011

No 1 demam

Tiba2 je malam tadi no 1 demam. Dalam pukul 4 pagi, dia tidur macam mengerang.

Actually dia memang tido macam tu kalau mimpi ke, tak selesa ke, lapar ke...
Skali bila aku cek, rupanya badan dia tengah naik panas.
Tapi, kaki dengan tangan sejuk plak. Selalunya kalau macam ni, maknanya panas tengah nak naik. Cepat2 aku bagi ubat demam dan tampalkan coolfever.
Suruh dia minum air 1 cawan dan basah2kan badan dia dengan tuala basah.
Dalam pukul 5 dia dah berpeluh ... basah baju dia. Barulah lega sket rasa hati.

Hari ni, belum betul2 kebah lagi. Bila dekat nak time makan ubat, demam dia akan naik balik.
Tapi dia main macam biasa. Takdalah dia melepek...
So, takdalah aku rasa risau sangat. Maybe kena tempias rintik hujan kot semalam.
Harap2 malam ni dia akan makin baik...

Thursday, June 9, 2011

Try buat kueh : Cheesecake

Ok, aku buat cheesecake tapi tak bake dalam pan tapi masuk dalam cup. Sebab nak senang makan, tak payah nak keluarkan dari bekas. Bila sejuk boleh terus makan.

Ini bukan kali pertama aku buat cheesecake, tapi sebelum ni aku biasanya buat jenis yang pukul putih telur sampai kembang tu. Yang Japanese style cheesecake. Sedap gak tapi mudah pecah. Kali ni aku pakai resepi simple.

Resepi ni amik dari Myresepi oleh baiduri

Simple Cheesecake

Bahan-bahan ( 18 cm )
• 250g cream cheese
• 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
• 2 sudu besar jus lemon
• 3 sudu besar tepung gandum
• 2 biji telur
• 90g gula

Bahan bahan untuk kerak/crust:
• 1 cawan Biskut tiger/biskut marie diblend kasar sebanyak ( aku guna <> 12 pasang biskut Oreo tanpa cream)
• 3cb mentega dimasak cair.

Kedua-dua bahan ni dicampur dan ditekan pada dasar loyang (aku tekan pada dasar cup) dan simpan dalam peti ais terlebih dahulu.

Cara-cara untuk buat kek pula...
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah diisi dengan kerak dan bakar selama 40-45 minit didalam bekas 1 lagi berisi air. (aku masuk dalam bekas cup yang telah diisi kerak tadi)

Aku dapat lebihkurang 10 cup saiz M.

4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.


Aku letak topping strawberry filling atasnya. Hmmmmm... sukalah sebab kurang sensitif to crack dan rasanya agak light mungkin sebab guna fresh cream. Might use this resepi again, cme aku akan tambah sket lagi biskut dia supaya tebal sket. Cubalah ekk...

Wednesday, June 8, 2011

Kelab Taat Suami / Obedient Wives Club

Moto kelab ini ialah Dara Roh, Dara Akal dan Dara Fizikalnya.

Aku tak tahu nak kata apa bila dapat tahu pasal kelab yang baru dilancarkan pada 4 Jun yang lalu. Katanya telah ada lebih 1000 ahli di Malaysia dan akan dilancarkan di Indonesia pada 19 Jun 2011 nanti.

Banyak spekulasi, banyak komen, banyak pendapat.
Ada yang negatif dan ada yang positif.

Oleh kerana aku hanya tahu pasal kelab ini daripada pembacaan media sahaja, aku tak berani nak menambah bara mahupun menyimbah ais. Bagi mengelakkan salah kata, aku cadangkan supaya anda baca artikel-artikel yang berkaitan.

http://metromaya.blogspot.com
http://sungaichat.blogspot.com/
http://naththinks.blogspot.com
http://noorhasilahismail.blogspot.com
http://heliconia.wordpress.com

Berita asal disini www.themalaysianinsider.com

Kita perempuan dan isteri... Tidak taatkah kita selama ini... hmmm

Tuesday, June 7, 2011

sunyi sepi...

Bila cuti sekolah, majoriti kawan-kawan pejabat akan ambil cuti.
Masa nilah nak habiskan masa dengan anak-anak.
Kali ni pulak, cuti sekolah serentak dengan cuti semester.
Memang peluang baik untuk kitorang berehat panjang.

Aku dah cuti masa nak majlis kawin adik hari tu.
Jadi, cuti sekolah ni aku keje.
Kena simpan cuti untuk raya dan kecemasan.
Manalah tau kalau-kalau anak tak sihat ke...*harap-harap takkkk...*

Oleh itu, 2 minggu cuti sekolah ini amatlah membosankan sebab ramai yang takda.
Nak pergi makan pun takda member...
Tengah-tension buat keje pun tak boleh nak share dengan sapa-sapa.
Yang tinggal macam aku ni, nak kena ganti keje yang cuti plak...
Tapi tak boleh nak settel sebab ketua jabatan takda.

Makanya, makin bosanlah aku kat pejabat niiii....
Pagi ni pulak ada lawatan.. haiiiihhhh sapa nak entertain diorang ni.

status : ** pening **

Monday, June 6, 2011

Hand sanitizer

Semenjak menularnya penyakit H1N1, penggunaan hand sanitizer semakin dikenali dan meluas dikalangan masyarakat malaysia. Sehingga harganya meningkat dengan mendadak sekali.

Aku turut menggunakan bahan ini setiap kali keluar dengan anak2. Walaubagaimanapun, ia bukanlah pengganti kepada sabun.Menurut laman web biology.about.com hand sanitizer bertindak dengan membuang satu lapisan luar minyak pada kulit. Sekaligus membunuh kuman dilapisan tersebut. Oleh kerana ia tidak memerlukan air, penggunaannya sangat ringkas dan boleh dibawa kemana-mana.

Masalahnya, hand sanitizer tidak boleh menggantikan sabun. Jika dirumah, amalan membasuh tangan dengan sabun adalah yang terbaik. Malah, tidak perlu ditambah dengan penggunaan sabun antibakteria sekalipun, keputusannya adalah sama baik. Hal ini kerana, hand sanitizer akan mencegah bakteria yang ada dalam tubuh dari datang ke permukaan tangan termasuklah bakteria baik. Badan anak2 kita kena juga berkenalan dengan bakteria dan kuman ni untuk membina sistem imunisasi mereka. Menghalang terus daripada mendekati anak-anak kita, mungkin bukan solusi yang terbaik.

Pepatah menyatakan, "Too much of good thing is not good for you".



Notakaki : Sebenarnya nak bagitau, hand sanitizer dalam handbag aku ni dah habis. Kena singgah kedai masa lunch nanti kottt....

Saturday, June 4, 2011

Special saturday

Bukan selalu dapat bersama suami bila hujung minggu macam hari ni.

He will help me with all the housechores that he know ...
He will guide No 1 with his reading exercise..
He will sit with me and talk about anything involve with our life...
He will eat my cooking no matter how awfull the taste is...

Now,it almost 11 am... only untill 2.30, we will spend our time together
Coz he will be going back to work...
Only another 4 more days, that he will be with me again...

But... it's not saturday nor sunday ...
He will be back, while i have to go to work...



I really love this Saturday...
Coz I love him so much...
Hope it will never end...

Friday, June 3, 2011

Perasaan bila anak hilang

Terpanggil untuk buat entry ni lepas baca kisah Matjoe yang kehilangan anaknya Hasnah

Aku pernah mengalami situasi yang sama.
No 1 ni jenis tak takut dengan orang, peramah dan suka explore. Most of the time, dia akan pergi ikut suka hati dia jek.

Kejadian ni lama dah, masa No 1 5 tahun. Aku, 2 adik aku dan mak aku ke Jakel Tampoi untuk beli kain buat seragam kumpulan kendarat dia. No 1 sangat berkenan dengan tangga pusing kat Jakel Tampoi tu. Puas dia cuba nak naik tapi aku tak bagi. Kami cuma nak beli kat bahagian bawah jek.

Tengah2 menyelak kain, aku terlepas tangan dia, mula2 dia ada kat area situ. Aku macam rasa oklah... tapi tiba2 dia takda. Puas aku cari keliling, tapi tak nampak dia. Since aku tak jumpa, cepat2 aku mesej adik2 aku supaya cari sama2. Aku takut kalau2 dia keluar dari kedai.

Kami berpecah mengikut tingkat. Tapi masih tak jumpa. Aku tak bagitau mak aku, takut dia terlebih cemas. Bila tak jumpa, aku keluar dari kedai dan cari dikawasan sekitar. Tapi hati aku tak yakin yang dia akan keluar jauh dari kedai. Jadi aku cari sekali lagi disetiap tingkat.

Rupa2nya dia berada ditingkat atas sekali. Macamana dia naik, aku tak tau. Masa tu dia duduk atas meja kaunter budak2 sales tu. Tengah syok bersembang. Bila dia nampak je aku datang, dia membebel marahkan aku. Dia kata, kenapa aku hilang.


Haihhhh.... Nasib baik jumpa. Lepas tu, aku langsung tak lepaskan tangan dia. Semenjak tu, setiap kali bawa anak berjalan... suara aku dan suami akan sentiasa didengari oleh orang sekeliling sebab kitorang asyik jerit nama diorang jek... Tak mau kejadian yang sama terjadi... Pedulilah walau orang nampak kami macam mengongkong sangat anak. Kalau hilang... hmmmm... tak dapat nak aku bayangkan...

Thursday, June 2, 2011

kecil hati

Hubungan adik beradik mahupun rakan taulan mengakibatkan berlaku satu ikatan yang tidak dapat dilihat. Namun ikatan itu amatlah kuat sehingga sukar diputuskan.Dalam pada masa yang sama ia sangat halus dan mudah terputus akibat sentuhan emosi.

Ibarat pepatah orang tua, menarik rambut dalam tepung, berhati2lah
Rambut jangan sampai putus
Tepung jangan sampai berserak

Persahabatan walau di dunia maya mahupun di dunia realiti,
ia tetap sama...
berhati2 bila berkata
berhati2 bila berbicara

apatah lagi jika
pertelingkahan itu dilihat oleh banyak mata
pertelingkahan itu didengar oleh banyak telinga...

Fikirkanlah ...

Wednesday, June 1, 2011

tak terkejar

pantas betul masa berlalu.
Hari ni dah 1 jun. Dah masuk setengah tahun dah...
Sekelip mata jek kannnn...

Hmmm... banyak lagi objektif belum tercapai.
Awal2 tahun hari tu, aku dah buat checklist tentang apa yang hendak aku capai tahun ni.
Macam KPI tapi untuk diri sendiri.

Dah setengah tahun, baru satu jek dapat capai...
Boleh ke aku capai lagi 4 tu ekkkk... Hmmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...