Monday, July 29, 2013

Jem nenas,

Dari semalam aku dah start mengadap dapur. Buat inti untuk tat nenas. Tak berani belinyang readymade. Takut rasanya manis je, takda rasa masam. Kalau buat sendiri, tak berapa manis dan ada rasa masam. Sedap.

Resepi ikut mak

Sebiji nenas saiz sedang (cari yang muda, hijau)
4 sudu gula
pewarna makanan

Cara buat,

Kupas kulit nenas, buang empulurnya. Potong kecil2. Kemudian kisar guna pengisar buah atau blender. Tapi jangan isi air banyak kalau pakai blender tau. Isi dalam suku cawan untuk yang pertama je. Lepas tu, tapis airnya dan gunakan kembali air tu untuk kisar nenas yang seterusnya sampai habis. Tapis air nenas supaya tak lama sangat kita nak masak dia.

Masak atas dapur dengan api kecil, masukkan gula. Bila dah agak kering, masukkan pewarna. Ikutlah nak merah ke, kuning ke...


Proses masak inti tat ni lama tau. Tak boleh tinggal, kena sentiasa kacau. Ia akan meletup2 sedikit, sabar jeklah ye. Nak sedap kannnn. Kapasiti jem akan berkurangan menjadi 1/3 je dari kapasiti asal.

Gambar kat atas tu dah hampir kering. Aku buat guna 10 biji nenas tauuu... masak 2 malam. Bila separuh kering, aku stop dulu. Paginya mak tolong keringkan sket lagi. Malamnya aku keringkan lagi. banyak ni je dapatnya punnn... sejukkan dulu, lepas tu simpan dalam bekas bertutup, dalam fridge. Boleh tahan lama tau.

Resepi tat? Nanti aku share, bila dah start buat.

Saturday, July 27, 2013

Kemas rumah sebelum raya

Hari ni adalah hari mengemas rumah. Buat sikit-sikit, lama - lama jadi bukit kannnn. Mula dengan laci almari dulu. Buang mana -mana surat dan dokumen yang tak perlu.

Sekali terjumpa bil kad kredit en Zalee.


Mesti dia conteng ni masa aku gi bengkel atau conferrence hari tu kot... so sweet. 😘😘😍😍

I miss u to ;p

Saturday, July 20, 2013

Ipad apps untuk edit gambar

Bila ada Ipad, kita kena cuba mengoptimumkan penggunaannya. Takkan sekadar nak tengok mail, browse internet dan main game je kannnn... Jadi, aku cuba untuk gunakan satu apps yang dipanggil sebagai InstaEditor free untuk edit gambar.


Banyak apps lain, tapi yang ni userfriendly. Tak banyak kerenah untuk pengguna biasa seperti aku ni. Kalau nak canggih2 sangat... bukak pc guna Photoshop atau Lightroom ok....

Ini gambar sebelum.

Masa ni kat Pullman Hotel Putrajaya.

Ini gambar selepas...
Aku crop gambar, pilih effects lepas tu masukkan teks. Tak sampai 5 minit siap....Tak payah tutorial ....

Gambar lain...

Sebelum

Selepas


Kalau nak gabungkan beberapa gambar, kena guna apps lain. Nanti aku share plak pasal tu ekk... Byeeee...

Friday, July 19, 2013

Resepi Cheesetart

Atas permintaan kawan adik aku yang nak buat kuih raya untuk tahun 2013 ni... kat sini aku letak resepi cheesetart yang aku belajar dengan Kak CT dan dijual masa aku tengah rajin dan tak berapa bz dulu. Sedikit perubahan dan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku masa buat dulu. Sekarang ni... aku beli dengan Kak CT jek... nak jengah oven tak sempatlahhhhh......

BLUEBERRY / STRAWBERRY CHEESE TART KAK CT

Bahan – bahan untuk Pastry : ** 110 – 120 baby tart pastry
200 gm butter
100 gm gula kisar
½ biji telur gred A (30 gm) ** Kalau telur gred C, 1 biji ( Kalau banyak sangat telur, nanti biskut keras)
330 – 360 gm tepung gandum ** kalau masih melekit, tambah sket lagi tepung
1 tsp esen vanilla

Kaedah penyediaan :

  1. Sebatikan butter, gula, telur dan esen vanilla.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit di tangan. Simpan 20 minit dalam fridge.
  3. Ambil sebahagian kecil dan tekankan dalam acuan tat. ( baby tart size E5 ).
  4. Cucuk-cucuk pastry menggunakan garpu dan bakar doh pastry selama 20 – 25 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 175oc / 150 oc jika menggunakan kipas. Tukarkan kedudukan loyang dan pusing 360 o setiap 10 minit.
  5. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

-          Selalunya kalau pakai buttercup dalam tin, perlukan tepung dalam 400 gm. Tapi kalau pakai butter yang kena simpan dalam fridge, lebih kurang 380 gm tepung.
-          Jangan pukul pastry lelama, nanti tak rangup.
-          Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula baker pastry atau apa-apa kuih.

Bahan – bahan isian cheese : ** 110 – 120 baby tart pastry
250 gm crème cheese (Philadelphia / Tattura)
50 gm butter
50 gm gula kisar / icing
2 – 3 tbsp whipping cream
1 biji telur gred B
1 tsp esen vanilla
Blueberry filling secukupnya

Kaedah penyediaan :

  1. Pukul cheese, butter dan gula sehingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla dan telur dan whipping cream. Terus pukul adunan sehingga kelihatan berkrim ** nampak macam cair sket tapi kalau ambil dengan spatula, dia lambat jatuh.
  3. Paipkan blueberry filling secukupnya ke dalam pastry tadi dan paipkan pula adunan krim cheese tadi sehingga penuh.
  4. Lorekkan sedikit blueberry di atasnya mengikut kretiviti masing-masing. Masukan kembali dalam oven dan baker selama 10 – 15 minit pada suhu 175oc / 150 oc jika menggunakan kipas. Tukarkan kedudukan loyang dan pusing 360 o setiap 5 minit.

-                      Jangan guna blueberry filling yang buah, guna yang dah hancur, nanti susah nak piping. Lagipun blueberry buah lebih mahal.
-                      Jangan guna blueberry jem, nanti manis. Lagipun ia lebih cair.
-                      Jangan bakar terlalu lama, nanti jadi kawah atau cheese pecah. Bila dah gelembung cantik terus angkat.

Gambar lama >__<


Thursday, July 11, 2013

Hari kedua puasa

Hari ni hari kedua puasa. Alhamdulillah, No 1 dan No 2 dapat bertahan. Semalam, memang sangat2 mencabar sebab nak menahan diorang dari buka puasa. Hari pertama puasa, kalau tak dapat puasa penuh, alamatnya sepanjang sebulan pun tak boleh penuh. Ini psikologi budak2. Hari pertama tu adalah tempoh ujian, pada dia dan pada kita.

Aku memang tak sampai hati tengok No 1 semalam, bila dia dah mula lepak dan merengek sakit perut... aku dah menggelabah. No 3 pulak minum milo selamba jek depan abang dia. Manalah tak bergoyang iman budak 2 orang tu....Tapi, aku buat pekak telinga jek bila diorang membebel hauslah... laparlah...

Hari ni, bila balik keje.... No 1 dan No 2 dok relaks jek tengok youtube. Macam orang tak puasa jekkk... Sampai aku jadi syak pulak. Tapi memang betul diorang puasa.

Alhamdulillah. No 2 siap tanya aku lepas bukak puasa... Boleh tak makan lagi? Ye lah, kalau lepas sahur kan tak boleh makan dah... Tapi, lepas bukak puasa dia lepak sangat sampai tertidur. Kesian....

Gambar hiasannn... ;)

Semoga anak2 mak membesar sebagai orang yang beriman dan beramal saleh. Aminnnn...

Wednesday, July 10, 2013

Tanah Aina Part 4

Hari terakhir kami di sini, pagi2 bangun rasa segar sangat. Tapi... kaki pnyerlah kejang sebab mendaki ke air terjun semalam. Ada program sneak peak to paradise pukul 7 pagi. Aku dan En Zalee tinggalkan budak 3 orang tu dalam khemah ( diorang tidur nyenyak ) dan ikut staf resort menaiki bukit.


Tangga ni sangat curam. Nak naik terpaksa merangkak tau tak. kitorang sampai separuh jalan jek, kaki sakit sangat. Gayat pun ye jugak. So kitorang turun balik. Lagipun, risau anak2 terbangun pulak.

Rupa2nya ada jalan yang tak curam, lebih landai tapi lebih jauhhhh. Ingat nak juga lalu jalan tu, tapi bila kami nampak 3 ekor babi hutan berlari2 anak kat atas tu, terus kanselllll.


Ada aktiviti Flying fox tau kat sini, tapi takda rezeki kami sebab staf yang boleh bantu setup tak ada. Aku memang takut, No 1 yang beria nak naik. Tinggggiiii tau tak.

Jadi, kami mengisi masa dengan mandi sungai jeklah. No 1 dan 2 mandi beria. Sampai taknak balik. No 3 mintak abah dia pegang... dia takut sebab ada banyak ikan kat sungai ni.



Boleh beli makanan ikan kat sini, cuma RM 2.00 jek. Seronok betul. Berebut2 ikan tu datang makan tau. Sebab tu No 3 terus naik takut :)

Lepas mandi sungai, kami terus bersiap untuk balik. Bas ambil kami pukul 12. Ada 2 orang pelawat yang ikut kami akan balik malamnya. Janji nak naik bas ke KL central pukul 3. Tak boleh lewat sangat. Yang lain, ada yang ke KL, Shah Alam dan kami sendiri akan pulang ke JB.

Beberapa gambar masa kat sana.





Rasa seronok sangat sebab jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Staf kat sini sangat2 peramah dan sentiasa cuba membantu. Bunyi unggas dan air sungai sangat mendamaikan.Cubalah ke mari kalau nak tenangkan fikiran dan nak kejangkan kaki hihihihihi.

Habis dah cerita kami. Selamat menjalani ibadah puasa ye.

Tanah Aina Part 3

Makan malam di sini, kami dijamu dengan barbeque ayam, kambing dan ikan beserta sampingan lain. Oleh kerana petang dah makan, mlm rasa kenyang lagi. Tapi, banyak gak kami anak-beranak makan. Cuma No 3 je makan sikit, petang tadi dia dah makan banyak. Dalam sesenduk nasi goreng dan seketul peha ayam panggang. Air je dia asyik mengulang. Malamnya aku pakaikan pampers... standby. Kang tak pasal- pasal pulak, basah katil kat khemah tu.

Malam kat khemah takda lampu tau... merabalah kitorang semua. Tapi kat luar ada lampu, tandas pun ada lampu. Cuma taklah terang sangat. Back to nature kannnn.


Tidur ditemani bunyi air sungai yang mengalir... asyik2 aku perasan hujan ke.... seronok gak. Cuma bila ada 3 orang anak kecil, mak dia tak bolehlah tidur nyenyak sangat. badan No 3 rasa dedar sikit. Mungkin letih main air. No 1 kata kaki dia sakit, almaklumkan belajar berenang kat air terjun semalam. Tapi bila pagi dia kata dah ok.

Perangai No 1 ni, dia pindah dari katil dia, ke katil aku dgn No 3, lepas tu ke katil abah dia pulak. Kami terpaksalah beralih. Mengalah, anak punya pasal. Alasan dia pindah? Entahlah... kejap sejuk, kejap panas, kejap takut....

Tandas kan kat luar, jadi aku menggunakan kuasa veto supaya No 1 dan No 2 teman aku ke bilik air. Sekali paksa diorang kencing... kang basah katil kalau biar jek tidur. Padahal, mak dia rasa takut gak hihihihihi

Ok, sambung lagi ye. Bye.

Tuesday, July 9, 2013

Tanah Aina Part 2

Salah satu aktiviti yang dijalankan kat tempat ni adalah Waterfall Tracking. Kita jalan naik gunung ke tempat air terjun. Jauh gak... ada dalam 20 minit nak sampai sana. Bagi yang ada anak kecil macam aku ni memang susah hati. Macamana nak bawak diri yang tak reti berenang ni... mana nak pimpin budak 3 orang tu lagi.

Tapi, staf kat sini sangat2 membantu. Setiap sorang anak aku ada yang tukang pegang. Bila sampai sungai, diorang tolak dengan pelampung. No 3 siap diorang dokong atas bahu lagi... Siap lapkan dengan tuala bila budak sorang tu dah menggigil kesejukan. Almaklumlah... mak dia dok berendam dalam air jek.

Bila nak balik, ada pilihan untuk lalu ikut jalan sungai. Tapi kami tak follow, ikut je jalan asal, naik bukit walaupun mengah. Takut silap step atau budak2 tu tergelincir ke.. akuuuu gak yang susah.

Sampai kat resort, diorang dah standby minum petang. No 3 makan bihun boleh tahan banyak. Donut ada 3 keping dia habiskan. Penat jalan gaknya :) Ada sorang lagi yang penat sangat.


Nasib baik pergi sini naik bas .... kalau drive sendiri lagilahhhhh ;)

Tanah aina part 1

Conference REES2013 dah selesai. Sehari sebelum balik, kami bawa beberapa pelawat ke Tanah Aina Farrah Soraya, Bentong Pahang. Perjalanan dari Putrajaya mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. Aku ambil kesempatan bawak anak2 sekali. Dah alang2 berjalan.

Sampai ke kawasan parking, kitorang dijemput dengan kenderaan yang sesuai masuk hutan.Ada jeep, ada naik lori :) Perjalanan agak mendebarkan.... No 1 siap gigil2 lagi hihihih




Sampai jek, kami disediakan minuman dan diminta isi borang persetujuan bahwa kami kesini dan semua aktiviti yang kami ikuti adalah atas kehendak kami sendiri. Maknanya, sendiri buat sendiri tanggung :)

Lepas tu, makan tengahari ditepi sungai... Best jek feeling dia tau.



Lepas kenyang, kami masuk ke khemah masing2. Sengaja ambil khemah sebab nak feeling adventure hihihihi....



Masa sampai memang panas, tapi dlm khemah ada kipas. No 1, 2 dan 3 sangat2 excited. Macam jakun, siap nak masuk air terus jek... Terpaksa bersungguh2 menahan diorang daripada terjun dalam air... biasalah budak2 tu sangat aktif terutamanya selepas tidur sepanjang perjalanan ke sini.


Amacam... cantik tak.... sambung part 2 pulak lepas ni yek.

Monday, July 8, 2013

Makan sate kajang di Putrajaya

Malam terakhir di Pullman ( 6 Julai 2013), dah takda apa2 aktiviti. Semua staf jabatan aku balik sebelum maghrib. Kesian diorang, letih. Lecturer lain yang terlibat sebagai secretariat macam Dr Mahani dan Dr Hadijah pun seminggu kat sini. Kalau diorang takda, tak taulah. Barisan senior comittee PM Dr Khairiyah, Dr Naziha dan Dr Khairiyah terpaksa entertain delegates dari oversea... bukan calang2 orang yang turun ok. Professor dari Aalborg, Denmark, MIT, Pusan universiti Korea, ada dari USA ... isy isy isy. tension tahap gaban tau tak. Aku orang kecik je... jaga registration hihihihi

Alhamdulillah selesai sudahhhhh...

Petang tu, lepas habis aku terus dapatkan famili untuk keluar makan. Tengahari diorang makan maggi jek. Camne nak kua, bersilatlah abah diorang dengan bujang 3 orang tu. Kami buat keputusan untuk ikut cadangan Bos aku pergi makan Sate Kajang Haji Samuri kat Taman Warisan Presint 16 Putrajaya. Pakai GPS lerrrr.



Masa sampai, terperanjat jugak. Betulke tempat ni. Tak nampak tempat makan dia. Rupa2nya kena naik tangga. Ada gerai nasi ayam, char kue tiow, roti John ( sedap, kitorang beli tapau, makan kat hotel masa malamnya) dan Restoran Sate Kajang Haji Samuri.

Tapi sate dia macam lebih sedap yang kat Kajang... sambal dengan kuah kacang maintain :)

Ada jual souvenior sekali kat sini... dapatlah aku mengumpul fridge magnet putrajaya... kenangan tau takk... Baliknya singgah Seven Eleven beli ubat nyamuk dan air mineral untuk perjalanan esok. Pergi mana pulak? Tungguuuuu....

Saturday, July 6, 2013

Famili dah sampai

Dah masuk hari keenam aku di Hotel Pullman Lakeside Putarajaya ni. Hari isnin sampai sini sebab ada conference IRSPBL2013 . Conference ni berkaitan dengan Problem Based Learning. Ramai peserta yang datang merupakan PBL practitioner. Aku datang sorang, tumpang kawan. Sekretariat yang lain ada yang dah datang dari Ahad lagi sebab ada workshop kat UTM KL.

Alhamdulillah, walaupun pagi Selasa tu kelam kabut sikit... beberapa hickup berlaku. Tapi, mujurlah hotel ni selesa... Bilik untuk pembentangan kertas kerja pun boleh tahan baik audio sistem dia. Kebanyakan yang bertugas dah tahu kerja masing2. Malah beberapa wakil dari komittee antarabangsa turut bantu kami. Kebanyakan peserta yang datang dari luar negara, nampaknya berpuas hati... Alhamdulillah.

Hari Semalam start simposium REES2013 pulak. Peserta yang kebanyakannya dalam bidang Engineering education berkumpul dan berbincang mengenai kertas kerja masing-masing. Ada beri soalan sebab tak faham dan akhirnya akan ada yang memberi cadangan penambahbaikan. Seronok betul sesi pembentangan kali ni.



Nampak tak pembentangan dibuat dalam meja bulat. Takda guna powerpoint langsung. Semua orang terlibat sepanjang pembentangan dijalankan... Best

Dah petang semalam, en Zalee dan anak2 sampai. Seronok betul, setelah tidur sorang2 empat malam sebelum ni. Malam tadi, tunggang langgang anak2 ku tidur. Aku tak join dinner conference sebab diorang ada kat sini. Kami gi makan kat restoran Saba' Putrajaya. Makan Nasi arab :)

Hari ni last day conference. Esok bolehlah gi jenjalan dengan famili. Nak gi mana yea... tunggu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...