Thursday, March 31, 2011

pesta konvo UTM 46 abih dah

Pesta konvokesyen ke 46 dah abih dah ....

28 Mac tu aku sempat gi lepas balik keje... tapi tak beli apa2... gi makan jek char kue tiow dengan hubby.

Nak beli baju... tak boleh nak trylahhhh... takut tak muat plak nanti... bukan boleh pulang balik... tutup dah

Tapi, ada satu benda yang aku suka sangat beli masa pesta konvo...

Benda ni...



Pedang hikmat :)



No 3 join skali main dengan abang2 dia. Tak padan kecit tu... Tapi ok ... tak kena buli dengan abang2 dia.

No 3 pegang pedang hikmat ni sampai bawak tidur...
Kena beli bateri spare... esok abihlah bateri lampu pedang tu...

batuk sebab makan durian

Kalau batuk, jangan makan duriannn... Ye ke?

Iyeeee.... sebab durian panas... pastu kalau makan banyak lendir...
Kalau ada batuk akan jadi makin teruk..

Iyeeee.... semalam kan aku makan durian dengan budak bertuah dua orang tuuuu... skali dengan abah diorang....

malam tadi.... mengokol2 aku batuk... tak boleh nak tidur tau dakkk... tekak ni pnyerlah gatallllll... hari ni masih lagi batuk...

Isy... lepas ni nak minum oren pulak... buat ubat... :)

Wednesday, March 30, 2011

pening kepala bau durian...

Abah budak2 ni beli durian kat Jusco, 2 bungkus dapat RM25 jek (dah siap kopek). letak dalam bonet keta.

Ambik aku balik keje,

Mak oiiiii... pening kepala aku. Dia punya bau... perghhhh...

Sampai umah, tak sempat apa pun...

No 1 & No 2 memang favorite.
Lama dah mintak... aku jek yang galang sebab diorang batuk.

Tengoklah mulut masing2.

Tak sampai 10 minit... ni jek yang tinggal.

Aku dngn hubby pun suka gak :)

Pokok Tanduk Rusa

Tau tak pokok tanduk rusa?

Macam nilah gambar dia...


Umah sebelah aku ni ada tanam pokok ni... Kat depan umah dia.
Malam tadi, hubby kata... dia dengar anjing menyalak kuat sangat kat depan umah kitorang. Kat area pokok tulahhh...

Aku tak dengar... tidur mati.. makan ubat batuk...mana taknya.

Napa agaknya anjing tu nyalak kat pokok tu ekk? Musykil...

Ke pasal ni...

Beli tak pokok Langsuir tu? kan cantik tanam kat tepi kolam ikan Kak Long tu," tanya mak Limah sebab Kak Long baru saja membuat kolam hiasan, bunga-bunga tu dibelinya untuk ditanam di tepi kolam ikannya.

"Issshhh.....gila kau ni, nanti malam-malam puntianak bertenggek kat atas pokok tu," kata Kak Long.

"Alah...mengarut jelah Kak Long ni, tu pokok je, cantik kalau Kak Long tanam kat tepi kolam ikan tu. Lagi pun ramai orang tanam pokok tu."

"Kau apa tau, kau tak pernah nampak, lagipun kau mana ada tanam bunga kat rumah kau ni. Nak tau Kak Long pernah nampak benda tu duduk bertenggek kat atas pokok tu, sebab itulah orang panggil "Pokok Langsuir"."

Nak sambung cerita.. klik sini

Isyyyy... meremanglah plak bulu roma niii....

Tuesday, March 29, 2011

daftar sekolah alif

31 mac adalah tarikh tutup untuk daftar sekolah anak2 yang masuk tahun 1 pada 2012.

Abang selalu pesan supaya perhatikan kat pintu pagar sekolah kalau ada apa2 banner bagitau bila nak daftar sekolah. Tapi takda plak perasan apa2 banner. Sampailah hari Sabtu lepas...sembang2 dengan jiran sebelah. Dia keje kat kantin sekolah kebangsaan tu. Dia bagitau suruh pergi cepat... daftarkan alif sebab kena isi borang semua.

Hari ni... aku gi keje lambat... settlekan pasal registration tu. Nasib baiklah aku ni keje gomen. Nak mintak sign pengesahan pun senang. Jumpa dengan bos jek :)

Borang dah siap... dah siap daftar online. Ptg ni singgah pejabat untuk submit borang dan segala salinan IC, surat beranak, bil api dan sewaktu dengannya.

Jangan tak lulus sudah... ini sekolah yang paling dekat. jalan kaki tak sampai 5 minit. Kalau kena sekolah lain... jenuhlah aku nak mengantarnya pagi2. Nak kejut bangun pagi bukannya senang :)

Sunday, March 27, 2011

pesta konvo UTM

Sekarang ni, sempena konvokesyen UTM ke 46, ada pesta skali. Malam tadi, bawak mak dengan anak2 gi tapak pesta konvo. Adik aku tukang bawak keta skali tolong tengokkan anak2 aku. Abih tu, abah diorang keje malam.

No 3 memang jarang keluar malam. Ni kiranya first time.

No 1 dan No 2 jek yang susah sket nak control. Asyik ilang jek kat gerai2 baju dan barang2. Pastu, asyik2 mintak mainan jek... bola, belon, segala benda dia nak.

Beli jeklah... skali skala :)

Diorang dapat jumpa Upin & Ipin ... sukanya bukan main.


Yang penting, tokmak dengan mak diorang dapat tudung dan seangkatan dengannya yang memang dalam planning nak beli :)


Singgah makan kat sana, order bakso... nama bakso... hantar bakso... rasa... mihun sup tulang :) Takpalah....

Sapa2 kat Johor Bahru tu... jomlah singgah. Ada lagi sampai 28 Mac ni. Selalunya, hari last... lagi seronok. Banyak gerai buat jualan murah.

Saturday, March 26, 2011

basuh baju

Umah aku ramai..
Parent aku, adik2 aku, aku dan anak2.
Jadi kalau hujan sepanjang hari... alamatnya menimbunlah baju tak kering.

Kalau hari panas jek... usaha mengeringkan baju akan dimulakan sepagi yang mungkin.
Masa nilah 2 @ 3 round baju akan dijemur kat luar umah. Bio cepat kering.

Syukurlah hari panas. Kering semua baju. Lega rasanya baju tak penuh lagi diampaian.

Cmerr... ada satu sessi lagi yang belum selesai.

Sesi melipat :)

Friday, March 25, 2011

rumah panasssss...

Malam tadi, rumah panas sangat.
Almaklumlah, semalam cuaca panas terik sampai kepetang. Umah aku takda aircond ;P

Tapi bukan tu sebabnya umah aku panas.

Sebab ni...


Mak aku masak pulut kuning dan rendang ayam. Ada tempahan kat sekolah.
80 bungkus semuanya. Ada majlis kesyukuran.

Perghhh... satu umah bahang sebab masak kat dapur.
2 periuk kukus atas dapur dan 1 periuk besar pakai dapur mobile untuk masak rendang ayam. No 1 dengan No 2 sibuk nak masuk bilik Tok ayahnya masa tidur malam tadi. Panas no katanya.


Kesian mak aku. Aku dapat tolong malam tadi sket masa masak rendang dan packing pagi tdi jeklah sebelum gi keje. Semalam sehari suntuk dia basuh ayam, siapkan rempah2 untuk rendang sorang2.

Dia tolong jek cikgu tu. Kalau ikutkan dia dah malas nak ambik tempahan sebab penat. Lagipun, hati dia tak berapa tenang sebab atuk asyik sakit2 jek kebelakangan ni.

Apa2pun, harap cikgu tu tak kisah. Mintak halal apa yang ada terkurang. Untung makan jek ... kat umah dan dapatlah bagi jiran2 serba sikit.

Notakaki : Mak aku kata kali ni last. Lepas ni tak larat dah nak tolong masak lagi. Tapiiii... esok kalau cikgu tu mintak tolong lagi... aku tak pastilah plak. Selalunya dia memanjang tak sampai hati :)

dapat keputusan mengecewakan...

23 Mac 2011 adalah tarikh istimewa buat adik2 yang ambil keputusan SPM.

2 anak sedara aku pun sama.
Sehari sebelum tu diorang siap puasa... semua orang rasa berdebar2.
Tapi, SPM bukan mudah...
Aku tahu diorang dah usaha sehabis baik...
Kalau cuti pun tak berenggang dengan buku...
Alhamdulillah, sembahyang tak tinggal.. puasa selalu...
Syukur, sorang dapat 3A, sorang dapat 4A.

Tapi aku tahu... keputusan itu buat mereka agak mengecewakan.
Sebab mereka target lebih tinggi dari itu...
Tapi, rezeki adalah ketentuan Ilahi.
Kami gembira untuk mereka berdua.

Ramai juga adik2 lain yang kecewa dengan keputusan masing2.
Janganlah pulak sampai nak bunuh diri.
SPM bukan laluan akhir... jauh lagi langkah yang nak diteruskan.

Aku ... dah lama tinggalkan SPM...
Tapi... hingga saat ini, masih lagi study...
Penat rasa tersandung tak henti2...
Tapi aku tau... jauh lagi perjalananku...
Akan sampai juga ke satu perhentian yang pasti...


Buat adik2 semua... Janganlah kita putus asa...InsyaAllah Rezeki buat kita tetap ada, Hanya Allah belum nak bagi lagi agaknya...:)

Thursday, March 24, 2011

kena gegata lagi

No 1 memang sensitif kulit dia... mudah sangat kena gegata.

Tak boleh main kat tempat yang banyak habuk...
Kadang2 keluar main kat tempat mainan kat luar pun dia kalah...

Semalam, entah apa silapnya... dia kena lagi..
Biasalah budak2... main tak ingat2...
Segala ceruk dia masuk...
Nak tegur pun dah tak larat...


Tengoklah.... muka pun dah macam budak jepun.
Kesian plak tengok dia...
Kena makan ubat allergy dia semulalah nampaknya...

Cepat baik yea sayang makkk :)

Wednesday, March 23, 2011

rindu dah terubat...

Hubby lama tak balik... keje.
3 minggu gaklah tak balik... nak buat camner... dia kena cover kawan dia.
Jadi, masa cuti pun dia kena kerja...
Memanglah kira overtime... Alhamdulillah...adalah lebih sikit rezeki bulan ni...

Cmerrr.... lama sangat rasanyer.....
Anak-anak pun setiap hari... akan tanya "Abah ada tak mak??"

Malam tadi, abg balik...
Cuti 2 hari...
Terubat sikit rindu rasanya...
Aku amik cuti gak... tak sanggup nak pergi keje...
Lama betul tak bersembang 2 mata...
Nak gi bawak anak2 pergi makan kat luar hari ni...


Kerje?
Tu No 2 :)

Tuesday, March 22, 2011

sukar sangatkah menepati masa?

Dalam kerja, kita sentiasa ada dateline untuk setiap task yang diberikan.
Ada dateline pendek dan ada dateline panjang.
Ada task yang ad hoc, ada task yang telah dirancang sepanjang tahun.

Tapi, kenapa kena tunggu sampai 1 @ 2 hari baru nak buat...

Memanglah tak sempat capai dateline...
Kalau sempat pun... macam lepas batuk kat tangga jek tau dakkkk...
Lepas tu kena betulkan... kena marah dengan bos... tension dengan member2 yang tak dapat nak tolongggg... stresss... pastu low blood pressure pun datang balik....



Notakaki : Peringatan kepada diri sendiri.

Monday, March 21, 2011

kuat merajuk

No 3 sekarang sangat kuat merajuk...

Kalau dia nak apa2... tapi kita tak bagi... kat situ jugaklah dia baring... merajuklah tu
Kalau kita tengah makan, dia mengendeng nak mintak sikit... kita tak bagi sebab pedas... kat situ gaklah dia baring... merajuklah tu
Kalau malam, dia main panjat2 badan mak dia... kita tak bagi dan suruh dia tidur... terus dia baring sampai tertidur... merajuklah tu...

Masalahnya, bila tengah tidur... dia suka tidur kat lantai...
Kita pun angkatlah ke tilam...

Tak maunya dia... siap nangis2 lagi... merajuklah tu... haihhhhhh

Sunday, March 20, 2011

kelas hari ahad

Hari ni ada kelas.
Semalam rasa macam nak cancel... tapi bila pulak nak ganti.
Tak semangat betul nak mengajar.
Badan baru rasa nak kebah... masih perlukan rehat yang banyak.

Esok pulak ada vetting kertas soalan final.
Plus kelas lagi sampai petang.
Hmmm... macam tak larat jek rasa.

Mudah2an dapatlah aku selesaikan tanggungjawabku hari ni.
Tak mau berhutang kelas dengan mereka.
Mudah2an, aku tak mengajar sekadar melepas batuk di tangga.

Aminnn...

Saturday, March 19, 2011

Tidur bawah meja


Apa yang seronok sangat kat bawah meja ekk? Suka no No 3 masuk sini... kadang-kadang sampai tertidur :)

Friday, March 18, 2011

dapat durian runtuh...

Pagi2 lagi dapat berita baik. Ada orang nak bagi durian runtuh. Lepas ni bolehlah aku berhenti keje. Dok umah dan concentrate pada anak2 jek.

Apa aku membebel ni ekk ?

Takda, tadi aku dapat email. Orang nak bagi wasiat harta dia kat aku. Cube baca ni...

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Rohayate Bte Mohamed from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan Rohayate Bte Mohamed.
Reply to: rohayatemohamad@live.co.uk


Agak2lah, kalau korang dah sakit, nak ke korang bagi duit kat aku yang korang tak kenal ni? 2 juta pound plak tuuuu.... perrgghhhhh... sedekah dekat anak yatim ke, fakir miskin ke, masjid ke, Jepun yang dah kena gempa tu ke... munasabahlah jugak...

Kalaulah aku balas email ni... agak2 apa dia akan response agaknya kannn... mesti dia mintak segala mak nenek maklumat peribadi termasuklah no akaun bank.

Haihhh.. macam2 hallll....

Macam kembar

Ramai orang kata...

No 1 dengan No 2 nampak macam kembar...

Padahal, diorang beza setahun setengah.

Yeke?

No 2 sebenarnya yang tinggi. Tak padan dengan umur baru masuk 4 tahun. Bila dengar dia cakap, barulah perasan dia kecik lagi sebenonyer :)

Thursday, March 17, 2011

Patung comel

Tau tak apa ni?
Comel tak?

Anak patung?
Keychain ?

Bukannn...

Kepala dia kacang, badan dia keropok...


Dapat member bagi ... ole2 dari Jepun ... sedap kata Mal (",)

Wednesday, March 16, 2011

tak munasabah betullll !!!!

Memanglah tak munasabah...

Kalau bukak email ambil masa sampai 1 jam...
Apa taknya... kejap2 line wireless disconnect... kejap2 dia keluar limited activity... kejap2 dia disconnect balik....

asyik2 dia keluar benda ni....

eeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!! .......... tension betul tau takkkk !!!!

Nota kaki : Aku buka email bukan nak tengok surat cinta dari hubby ekkkk.... tapi nak semak samada semua soalan final dah siap hantar ke belummmm :P

Apa makna camwhoring?

korang biasa tak tengok blog tulis perkataan ni

camwhoring
cam whore
cam whoring

kadang2 diorang relate that with photo gedik :)

Tak biasa? ker aku jek yang perasannn
Takpalah... cmer aku nak bagi definisi dia ekk

Dari wikipedia :

Definisi 1 : Camwhore is an individual who performs sexual services on the Internet with webcam software in exchange for money, goods, or attention, usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wish lists or add to their online accounts.[2] While the label is usually considered derogatory and insulting,[3] it is also sometimes self-applied, occasionally in a self-deprecating manner.

Definisi 2 : Camwhore is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the Internet to gain attention.


Walaupun definisi kedua semakin digunapakai, tapi macam tak berapa sesssuaaiiiilahhh. Sebab Cam whore tu adalah gabungan perkataan Camera dan Whore.

Tau tak apa makna whore?

Dari http://www.thefreedictionary.com/whoring

whore
n.
1. A prostitute.
2. A person considered sexually promiscuous.
3. A person considered as having compromised principles for personal gain.

intr.v. whored, whor·ing, whores
1. To associate or have sexual relations with prostitutes or a prostitute.
2. To accept payment in exchange for sexual relations.
3. To compromise one's principles for personal gain.


Mungkin kita kena fikir balik kot bila nak guna sebarang perkataan yang menjadi trend dalam dunia cyber ni. Tak semestinya orang guna, kita nak guna gak. Kita ada adat, ada budaya, ada agama... mungkin tak sama dengan bangsa, adat dan budaya orang lain.

Fikir-fikirkanlah ekkk... Salammmm...

Tuesday, March 15, 2011

Kelebihan menangis

Menangis boleh menurunkan depression level, kerana dengan menangis seseorang itu akan mengeluarkan hormon stress dari dalam tubuh seperti Endophin leucine-enkaphalin, prolaktin dan lain2. Ia sekaligus dapat membantu menurunkan level stress atau depression. ( aku amik ni dari sini )

Sebab itu orang perempuan selalu menangis.
Sebab itu juga aku menangis.
Dah seminggu aku tahan tangisanku.
Kena tunjukkan yang aku ini tabah.
Kena tunjukkan yang aku ini boleh diharap.
Kena tunjukkan aku mampu buat semua kerja dengan baik dan dalam waktu yang singkat.

Tapi pagi ini.
Aku perlu menangis, sebab aku tak mampu lagi menahan tangisan.
Aku perlu menangis, supaya aku boleh berdiri semula.
Aku perlu menangis, supaya aku jadi rasional.

Lepas menangis, aku rasa lebih tenang dan selesa. Kena mulakan kerja semula.
Salam ceria semua. Semoga hari2 anda tak diiringi airmata :)

Monday, March 14, 2011

thinner tumpah..

pernah tak korang duduk dalam bilik, lepas tu ada satu botol thinner alla yang untuk cat tu telah secara tak sengaja terpecah.

Tak pernah?

Hmmm... untunglah...

Aku sekarang sedang dalam keadaan tak pasti samada nak muntah, nak pengsan atau nak pecah kepala...

serius.... bauuuuu diaaaaa.... perrrrhgghhhhhh!!

Sunday, March 13, 2011

tak sukanyaaaa..cuti sekolah

patutnya cuti sekolah seronok kannn...

tapi aku sedihlah... sebab aku tak cuti.
nak kena siapkan kertas peksa.
nak kena siapkan paper jurnal
nak kena siapkan borang penyelidikan esciencefund

lagipun, abah budak2 ni keja gak..
kawan dia nak kawinkan adik...
jadi dia kena tolong coverkan kat tempat keje..
maknanya, 2 minggulah bebudak ni tak jumpa abah dia..

mak dia lagilah takda moooddddd..... tak sukanyeeee cuti sekolah kali ni :P

Saturday, March 12, 2011

sibuk betullah budak ni...

Biasanya, kalau balik jek dari mana2. Anak2 akulah yang akan tunggu kat pintu. Tak kiralah yang balik tu mak dia ke, abah dia ke, tok mak dia ke, tok ayah dia ke, mak sedara dia ke...

Yang penting, mesti tanya ada beli apa2 tak untuk dia. suka2 dia jek tauuu

Semalam adik aku balik bawak barang2 yang dia beli untuk kenduri kawin dia.

Kad jemputan, barang2 untuk buat hantaran, dan beberapa benda lain yang berkaitan. Nak gi amik cadar pengantin, tak sempat katanya.

Yang paling suka skali, anak aku yang no 3 tulah... tak caya? Cuba tengok sini...

Thursday, March 10, 2011

Sudahlahhhh ... dah malam ni

Biasa tak guna ayat ni?

Pada siapa?

Aku akan guna ayat ni pada 3 orang hero aku tiap2 malam.
Sebab, diorang akan main selagi aku tak suruh berenti. Tak kiralah walupun dah malam.
Dan selalunya, setelah beberapa kali aku suruh berenti, barulah betul2 diaorang berenti.
Dan selalunya, masa aku guna ayat tu... maknanya aku dah penat suruh diorang berenti main.

Korang tak paham?

Hmmm... takpalah. Nak gi tutup lampu. Biar gelap gelita umah ni. Barulah diorang tido gamaknye. Walaupun skang ni baru pukul 9.45 malam.

Notakaki : kalau tak buat gini... esok gi sekolah lambatlahhhhh jadinye...

Kerja vs keluarga

Kerja berbanding keluarga... apa pilihan anda?

Sanggupkah anda tinggalkan anak yang demam, sebab ada mesyuarat di pejabat?
Macamana kalau mesyuarat itu akan menentukan karier masa depan anda?

Sanggupkah anda biarkan mak menangis kerana adik kamu ada masalah di sekolah, sebab kamu tak sempat temankan dia jumpa dengan pengetua?
Macamana kalau kamu perlu manguruskan satu persidangan yang memberi kesan pada status organisasi di mata luar?

Susahkan nak buat keputusan...

Hmmm.... kerja berbanding kerjaya.
Aku tetap akan pilih keluarga.
Cume, kadang2 susah betul nak buat pilihannnn....

Wednesday, March 9, 2011

Terima kasih Ben

Dalam susah2 hati tengok anak batuk tak baik2...
Dalam susah2 hati pikir atuk demam...
Dalam susah2 hati pikir kerja yang menimbun nak kena siap...
Sempat gak aku join segmen Ben Ashaari : Jelajah Blog Ibu

Tak sangka pulak, terpilih untuk direview dalam list ke 9. Sukenye rasa.


Blog kita biasa2 jek.. Harap jengah2lah lagi bila free yek.

Terima kasih semua yang singgah. Nanti kita singgah balik yea... Janji :)

Tuesday, March 8, 2011

Jelajah BLOG 2011 : Kategori IBU

Nak join segmen baru ni. Khusus buat mereka2 bergelar ibu. Sampai tengah malam ni jek. Jomlah join.... klik kat sini atau gambar Ben tu pun boleh ekkk... :)

Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
Nama saya NORA. Tu jek... takda tambah apa2 kat depan atau belakang nama yea...
Seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki berusia 5 setengah , 4 dan 1 setengah tahun.
Learning is my passion. Teaching is my life. Sharing is my priority.

Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
Mana ada kenangan pahit sebagai ibu... anak nangis, anak ketawa, anak tumpahkan kicap satu lantai, anak buang syampoo satu botol ... semuanya manisss (",)

Kenangan pahit anda ?
Kan dah cakap dah tadi :P

Kata kata khas buat si suami ...
Abang,
Nora ni isteri yang tak sempurna, tapi tak bermakna Nora tak cuba untuk jadi sempurna. Namun, buat masa ini, harap abang masih sudi menerima isterimu ini seadanya.
Mudah2an kasih abg akan mengubah Nora menjadi lebih baik dari sebelum ini. AMinnnn.

Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
Hargailah ibu bapamu.
Nasihat mereka walau tak dipinta, adalah untuk kebaikanmu juga.
Kasih mereka walau tak dipeduli, akan kamu cari bila badai melanda suatu hari nanti.
Leter mereka walau membosankan, akan menunjuk jalan, mengubah laku dan terngiang2 sebagai pesan.
Kerana kalau mereka tiada nanti, manalah ada ganti...

Apakah harapan anda kepada anak anda ..
Anak2ku, moga kau membesar sebagai hamba yang beriman, beramal salleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Nasihat buat si gadis di luar sana ..
Wahai anak gadis, percayalah,
Jalan yang kau lihat indah itu, sebenarnya tak lurus.
Jejaka yang kau nampak persona itu, sebenarnya tidak sempurna.
Manusia yang kau sangka baik itu, kadang2 banyak muslihatnya.
Halangan mereka yang menyayangimu itu, untuk kebaikan semua.
Kerana, hiasan yang kau punya itu, sangat berharga.
Jagalah ia dengan sempurna. Buat yang halal suatu hari nanti.

Notakaki : Selamat hari wanita buat ibu2 semua.

Selamat hari wanita

Cuba bayangkan hidupmu... tanpa seorang ibu.
Masa kecil, kau dibelai dan dimanja.
Remaja, kau disokong dan dipandu.
Dewasa, kau jadikan dia tempat mengadu.
Takkah rasa rindu?

Cuba bayangkan hidupmu tanpa seorang isteri.
Tempat kau kongsikan masalah bersama.
Sama berusaha membesarkan anak2.
Sama menanggung bebanan tekanan ekonomi dan sosial.
Setiap perkara kecil, padanya penting.
Setiap perkara besar, berlebih2 lagi.
Hinggakan leternya kadangkala tak henti.
Takkah akan rasa sunyi?

Cuba bayangkan hidupmu tanpa teman kerja wanita.
Yang sentiasa diminta mencatat maklumat masa mesyuarat berlangsung.
Yang sentiasa memikirkan dan menguruskan agenda hari keluarga jabatan.
Yang sentiasa memastikan majlis berjalan lancar, menepati citarasa pihak yang membuat lawatan.
Yang sentiasa memastikan, ada sesuatu untuk dimakan masa perbincangan.
Takkah akan rasa rumit?

Selamat hari wanita (",)

Monday, March 7, 2011

hari ni tak keje

Tak keje sebab tak sihat.
Tekak sakit, telinga berdengung, kepala berat...

Mak takda. Balik kampung tengok atuk.

Aku kemas umah jek... tak masak.
Tapi, pegang gak laptop gak. Cari literature tentang social learning theory.
Esok ada discussion dengan my senior.

Adik bujang aku tak keje ari ni. Dia nak anto keta gi servis.
Tengahari dia tolong belikan nasi ayam untuk umah.
Baju dia yang tolong sidai. Masuk tengahari, kering dah sume kain. Aku bawak masuk. Petang nanti bolehlah lipat. Boleh harap adik aku ni... dah ada potensi pegang tanggungjawab sebagai suami. :)

Ok... ada banyak draft entry. Tapi semuanya tak siap. Kepala tak berapa nak fungsi. Aku gi tido japlah ekk. Mungkin bangun nanti rasa segar sikit.

Wasallam.

Perkara yang boleh dibuat kalau tak boleh tidur

Apakah yang anda buat kalau tak boleh tidur malam?

Tak pernah kena? Tahniahlah.

Tapi, sekurang2nya mesti ada skali kita tiba2 jek tak boleh tidur tak pun tersedar tengah malam dan susah no nak tidur balik.

Jadi, dari paksa diri untuk tidur, baik kita buat benda berfaedah seperti :-

1. Bangun sembahyang tahajjud. ** Bukan selalu pun kita dapat buat kan... akulah... korang aku tau selalu :)

2. Kemas rumah. ** Mana-mana yang tak sempat nak usik tu macam kipas yang dah berabuk, almari yang kain bajunya tak berapa nak kemas, bilik peralatan yang tak sempat nak buat 5S

3. Siapkan assignment. **Walaupun due date dia lambat lagi… dah takleh tido… apa salahnya kita siapkannn

4. Baca nota untuk kelas esok atau minggu depan. **Masuk kelas nanti, koranglah yang paling berpengetahuan… betullll

5. Blogwalking. ** Dapat gak tambah kengkawan baru

Ada idea lain? Selamat malam..

Sunday, March 6, 2011

anak-anak jiran

No 1 skang ni dah pandai berkawan, pandai main sesama... bijak betul merancang aktiviti.

Tapiiii... kenalah dengan orang yang sesuai iaitu

1. Ikut cakap dia, dan
2. Mudah mengalah

Anak jiran aku ni... sangat pandai amik hati dia. Kalau diorang main skali, memang No 1 tak mintak pergi mana2. Abah dia keluar pun dia buat dek je... walaupun anak jiran tu dah darjah 3.

Cumer 1 jek aku tak berapa nak tahan...

Dia bawak adik2 dia skali yang baru 3 tahun dan darjah 1 tu... Pukul 9 pagi, dia dah bagi salam... masa makan tengahari tak reti nak balik. Kalau time petang.. tak reti nak ingat hari dah nak maghrib. Kadang2 tu dia balik mandi, pastu datang semula. Dah umah sebelah jekkk...

Mak dia... hmmmm... tak taulah. Dia dah biasa anak takda depan mata... tak kisah nak panggil balik umah.

Serba salah gak aku dibuatnya... kang suh balik... kata aku halau plak... bagi masuk umah... lebih2 plak caranya...

Hmmm... camne nak buat ekkkk ???

Saturday, March 5, 2011

exercise kaki

Nak kurus kannn...

Ok, mari kita exercise...

Mula-mula ... kaki dulu.

Jadilah seorang tenaga pengajar... ajar kelas jarak jauh setiap sabtu atau ahad dari pagi sampai petang.

Comfirm kaki kurus :P

Nota tambahan : Jangan lupa mintak tolong hubby atau wifey picit bila balik umah ekk :)

Thursday, March 3, 2011

Ujian Jantung Sihat Quacker Oat

Ada iklan dalam blog pasal ujian jantung anjuran Quacker Oat ni.
Aku cuba. Rasa terpanggil untuk menjaga kesihatan. Atas sebab badan dah semakin "sihat"

Masuk kat sini...http://www.myhealthyheart.com.my/

Kalau nak jalani ujian dia... kena register dulu.

Aku dapat ni...

Korang dah cube?

Mari sama2 jaga kesihatan. Sayangilah jantung kita (",)

Wednesday, March 2, 2011

iklan nuffnang di blog roda hidupku

Masa mula2 start blog, aku memang tak terfikir untuk letak iklan dalam blog. My main intention lebih kepada nak belajar tentang blog ** learning by doing ** dan share story about my life dengan anybody who is willing to read. Tapi, bila dah mula berblog, entry yang paling popular aku jumpa ialah nuffnang, innity, google ad sense. Menarik pulak rasanya. Tapi kerana sedar diri... blogku ini sangatlah ciput visitornya... aku ignore jek. Tapi bila mula aktif dalam hujung tahun lepas... masa cuti sekolah... aku dapat ramai kawan. Visitor pun dah meningkat sket. Seronok pulak rasanya... jadi.. dah alang2 menyelam, apa salahnya minum air kan...

Pada 2 february 2011 lepas, aku pun daftar dengan nuffnang dan letak di blog aku. Hari ni cukup sebulan dah...

Masa mula2 join, hari2 aku tengok akaun aku. Langsung takda apa2 maklumat tentang earning. CPC ke, BE ke, ME ke.. sume takda. Ada keluar iklan kat blog tapi mostly Milk A Deal. Aku pun jadi blurr. Tapi aku memang tak suka tanya terus pada otai blogger ... aku google dan cari maklumat tentang nuffnang ni. Hati kecilku kata, oleh kerana aku baru sertai, mesti pihak nuffnang sedang pantau prestasi blog aku. Jadi aku rasa.. paling awal pun aku kena tunggu sebulan untuk tahu lebih jelas.

Taddaaaa....

Tadi aku bukak page nuffnang dan barulah aku tau... rupa2nya betul. Ada 2 kempen iklan CPC masa bulan 2 rupa2nya. Maknanya blog kecil macam aku ni pun ada potensi juga untuk sertai iklan nuffnang ni. Kalau aku rajin update, mungkin diorang akan nampak potensi blog ni pulak... manalah tau kannnn :)

Jadi sebagai blogger baru kat luar sana yang macam aku... bersabarlah yek. InsyaAllah kalau ada rezeki... adalah tu... tak esok, lusa... tak lusa bulan depan... tak pun tahun depan. Sehingga itu, aku rasa... biarlah aku teruskan blogging dulu.

sensitif sangat... pegilah balikkk

Siapa yang sensitif? Akulah...

Ni ada satu citer ni... masa aku dengan mak dan adik aku Nolie gi beli kain langsir kat satu kedai kain yang besar.

Bukan... bukan kain langsir dia tak elok. Bolehlah tahan... bertepatan dengan harga kain langsir tu.

Ni... pasal staf dia. Bukan semua, ramai yang ok... cmer 2 orang ni jek yang KO.

Ada ke patut, masa aku lalu sambil tolak stroller No 3, tersangkut kat kain yang diorang tengah nak lipat tu. Aku pun pelan2 tariklah kain tu ketepi supaya stroller tu boleh jalan. Oleh kerana panjang kainnya, susah gaklah nak tarik. Tertonggeng2 aku kat situ... dekat seminit gaklah.

Tu aku tak kisah, cmer bila aku dah ok dan dah boleh tolak stroller tu ... budak 2 orang cakap sesama dia... takda mulut ke nak mintak tolong...

Hellooooo.... patutnya tak payahlah nak tunggu orang mintak tolong... dahlah camtu... mulut tak reti nak jaga... aku pulang balik kain langsir yang ko dah potong kanggg... padan muka tapi aku tak buat camtu... aku jalan jek macam tak dengar apa2

Masa tu aku tak sensitif sangat... tapi hari ni bila aku teringat balik kes tu... tetiba jek jadi sensitif... poyo kan... penat kottt :P

Tuesday, March 1, 2011

macam tak percaya

Hari ni memang havoc.
Sepatutnya wakil pelajar dari sebuah universiti di Brunei akan datang untuk latihan sehari di Jabatan aku.

Sepatutnya ikut tentatif, pukul 8.30 dah start. Mula dengan sesi ta'aruf dan sarapan. Jam 9.30 patutnya dah start kelas.

Pukul 8.30 takda
Pukul 9.00 takda
Pukul 9.30 takda

Pening... pergi pejabat... yang uruskan semuanya takda. Ada pertandingan Inovasi. Yang tinggal, tau tapi tak pasti nak tanya sapa untuk comfirmkan situasi.

Nasib baik setelah tanya lebih 10 orang dapat nombor wakil rombongan.

Rupa2 nya diorang singgah kedai buku.

Pukul 10.00 kelas start sampai 4 petang.
Alhamdulillah, selesai. Nampaknya mereka puas hati. Aku pulak macam biasa, kalau dapat meja kat depan tu... cakap tak ingat dunia :P

Harap2 mereka dapat manfaat dari ilmu yang aku curahkan.

Lepas ni.. bolehlah buat student exchange pulak ekk... Tak pun cikgu exchange :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...