Saturday, January 18, 2014

kerepek ngarku atau arrowhead

Hari ni sempat menggoreng kerepek ngarku. Lama dah geram bila tengok fb kawan2 sibuk membuat kerepek ni sempena nak tahun baru cina ni....

Hari Khamis balik awal... kan Johor dah tukar kerja Ahad sampai Khamis. Hari Khamis kitorang balik pukul 3.30. Ambil adik kat UTM yang dah abih peksa dan terus ke AEON Taman U. Saja nak lepas stress, kitorang saja jalan2 cuci mata.

Sekali.. tengok buah arrowhead tengah diskaun 50%... apa lagi... aku pilih2 yang molek2 dalam 1 kg. Hari ni baru sempat goreng, sebab en Zali tak keje... Budak2 makan masa mak dia tengah goreng lagi dalam kuali...


Ini first time en Zali rasa. Masa dia tengok buah ngarku tu belum jadi kerepek, dia pelik hihi. Aku nak terangkan tu buah apa pun tak reti.

Banyak ni je yang tinggal... tak muai kerepek ni. Tak dapat banyak sebab bila goreng dia akan mengecut. Aku pakai pengupas kulit untuk hiris kerepek ni... sebab tu bentuk dia tak seragam.... Takpalah asal anak2 dan en suami suka. Alhamdulillah.

Sedap tau... kalau jumpa belilah... gerenti mesti u all suka jugak.... Selamat mencuba :)

Tuesday, January 14, 2014

fun learning

We learn by playing....

At the end of this session, we'll be able to

1. socialize with people
2. play without concerning anything related to gender, race and religion
3. have fun
4. burn calories

Thursday, January 9, 2014

Petua sentiasa cantik berseri

Sumber dari Facebook kawan... mudah2 an dapat dibuat amalan ni.

Sunday, January 5, 2014

lambat....

Hari ni merupakan hari pertama Johor kerja pada hari Ahad.
Malam tadi baju sekolah anak semua dah siap ku gosok.
Beg sekolah dah siap ikut jadual.
Awal-awal lagi dah suruh anak-anak tidur supaya tak lewat.
Kecuali No 3.... haihhh susah betul dak tu nak tidur awal.

Tapiiii...
Pagi tadi bangun lambat juga.

Sebab...

Biasanya alarm pada handphoneku.
Tapi alarm di set hanya pada hari kerja sahaja. hari cuti tak bunyi.
Kan hari ni Ahad... handphone kata cutilah hihihi
Lupa nak set balik... adeeiiiii

Nasib baik sekolah depan umah.
10 minit siap pakai baju.
Sarapan susu jek. Abah diorang tambah singgit supaya boleh makan berat sikit masa rehat.
Sampai sekolah.... raaammmmmaaaaiiiii budak-budak lain pun lambat jugak...

First day kannnnn .... :)


Saturday, January 4, 2014

personal playground

Setiap cuti hujung minggu, halaman rumah aku ni akan dipenuhi budak-budak. Dari pagi lagi dah penuh, kalau tak dilaranglahhh... Anak siapa?

Anak aku 3 orang
Anak jiran 2 kadang 3 orang
Anak sedara 2 kadang 3 orang...

Ni ada 4 orang sebab No 1 dan No 2 tengah makan nasi.

Bunyi riuh rendah, tak usah nak ceritalah...
Oleh kerana tak nak bagi anak2 aku main kat luar rumah... makanya, kenalah terima diorang datang main kat umah aku ni... walaupunnnn rumah akan pasti bersepah.

Lebih baik daripada diorang duduk mengadap kartun dan tablet kan kan kan...

Thursday, January 2, 2014

cirit-birit

Hari ni kena cirit birit.... doktor kata food poisoning. Sepanjang malam tadi kerjanya mengulang tandas sampai lemah longlai rasa badan ni. Minum air kosong je sebab takut dehydrated pulak. Makan tak selera dan takut pun ye jugak...

Pagi tadi, abah diaorang yang uruskan budak2 pergi sekolah. Aku langsung tak larat nak bangun. nasib baik No 3 je yang kena gosok baju... No 1 dan No 2 pakai baju sukan. Breakfast pun abah diorang yang siapkan.

Sekarang ni, perut masih lagi menggelodak... tak tentu arah rasanya. Tapi, lebih baiklah sikit dari malam tadi. Kepala pun dah tak sakit macam pagi tadi. Lepas makan ubat charcoal yang doktor bagi tadi... boleh dah makan sikit. Tapi makan roti jeklah...

Mudah2an esok kuranglah...

hari pertama sekolah

Di Johor, 1Januari 2014 adalah hari pertama sekolah. No 1 naik darjah 3, No 2 naik darjah 1 dan No 3 masuk tadika 5 tahun.

Hari ni, No 1 dan No 2 senang betul kejutnya. No 3 yang susah sikit. Dia langsung takda semangat nak pergi sekolah. Tahlah... dia belum faham sangat konsep sekolah agaknya. Tapi, lepas dipujuk2 siap juga dia mandi.

Aku siapkan roti untuk sarapan diorang, tapi No 1 tak sempat makan. Dia masuk bilik air 3 kali. Sakit perut katanya... harap2 tak melaratlah.... hari pertama sekolah... takkan nak cuti pulak kotttt....


Kelam kabut jugak hari ni sebab No 2 dan No 3 baru kali pertama... Terpaksa berbahagi dengan abah diorang. Aku kat sekolah kebangsaan, abah diorang tunggu no 3 kat tadika.


Petangnyai sekolah agama pulak.... Hari ini adalah hari memantau dan mengurus sedunia. Mudah2an mereka berjaya menguasai apa yang difikirkan bersesuaian dengan usia masing2. Mak doakan yang terbaik untuk semua ... muaahhhhh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...