Tuesday, February 15, 2022

COVID-19 memberi kesan pada kehidupan

 Assalamualaikum,

Lama sungguh tak menulis di sini. Semenjak awal tahun 2020 hingga kini, kita semua berdepan dengan dugaan yang tidak pernah terlintas langsung sebelum ini.

Siapa sangka anak-anak sekolah akan belajar di rumah sepenuhnya

Siapa sangka anak-anak di Institusi Pengajian Tinggi akan belajar di rumah sepenuhnya

Siapa sangka sesetengah orang dewasa terpaksa bekerja dari rumah

Siapa sangka mesyuarat dan kursus boleh dihadiri menerusi video conference system yang sebelum ni hanya mampu dimiliki oleh syarikat-syarikat besar

Siapa sangka capaian internet menjadi satu keperluan bukan lagi kelebihan

Siapa sangka pengunaan e-wallet dan pelbagai apps pembelian dalam talian menjadi satu kebiasaan

Siapa sangka ada syarikat terpaksa ditutup kerana tidak mampu bertahan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan

Siapa sangka rakan-rakan, saudara mara, keluarga ada yang meninggalkan kita kerana komplikasi penyakit yang bahaya ini.

Siapa sangka kerajaan terpaksa mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk memberikan vaksin percuma kepada semua rakyat. Bukan 1, bukan 2, kini dah 3.

Terpaksa mengadaptasi perubahan, melihat ke hadapan. Apalah yang boleh kita buat hari ini, untuk anak-anak di masa hadapan. Sukarnya rasa beban ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. 


Worried People 1


Tuesday, March 5, 2019

Sabar wahai ibu

Semakin anak-anak membesar, semakin banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Ilmu keibubapaan bukan sesuatu yang boleh diperolehi dengan mudah. Baca 10 buku sekalipun tak sama bila kita berdepan dengan masalah anak sendiri.

No 1 dah tingkatan 2. Remaja yang banyak kehendak dan kemahuan. Walau dia tau apa yang baik dan apa yang buruk, tapi sentiasa dia akan tewas juga bila melibatkan hiburan dan kawan-kawan. Pada masa ini, cabarannya adalah nak suruh belajar. Susah sangattt ... kalau buka buku 5 minit, dia rasa dah lama sangat. Tapi, kalau main game, sejam dia kata sekejap >__<

No 1 dengan adik dia No2. Cer teka mana 1 hihi

Last year, No1 ambil peperiksaan SDKA di sekolah agama. Kelas cuma hari sabtu je setiap minggu. Setiap pagi nak suruh ke sekolah ... macam - macam alasan. Asyiklah aku naik darah dan akan membebel sepanjang perjalanan hantar dia ke sekolah. Kelas start pukul 8, tiap-tiap minggu dia sampai 8.30 haihhhh. Ulangkaiji betul-betul masa nak peksa je.

Sudahnya, peksa tak dapat apa-apa pangkat. Dapat sijil lulus je. Dia tak sedih pun, aku yang bengkak2 mata. Nak ambil peksa semula tahun ni, dah susah sebab dia ada tuisyen.

Tapi, bila hari ni buka facebook dan baca cerita rakan yang jaga suami sakit daripada tahun 2017 yang masa tu terlantar atas katil sampai skang ni dah boleh jalan sendiri dan mula ingat sikit-sikit, hati jadi sedih. Sabarnyalah beliau. Kenapalah aku merungut pada hal kecil macam ini...masih banyak masa untuk bimbing No 1 menghadapi masa depannya.

Image result for sabar

Semoga boleh ku didik hati ini menjadi lebih sabar mendidik anak-anak untuk masa depan mereka yang cemerlang. Astaghfirullahaladzim....

Tuesday, January 1, 2019

Blog baru di UTM


Mulai tahun 2019, blog di http://educ.utm.my/norah akan dipindahkan ke lokasi yang baru.

Link baru adalah : https://people.utm.my/norah/


Nak cuba aktif semula berblog. Entah bilalah nak ada masa kannn. Kalau I tak membebel kat sini, singgahlah kat blog di UTM ye.

再见 ( Jumpa lagi )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...