Sunday, February 24, 2013

Buah hatiku ninja

Semalam ada majlis maulid nabi di kawasan rumah. Lepas Zohor dalam pukul 3 ada marhaban dan berarak untuk anak-anak. Aku gesa en. Zalee balik awal *dia kan keje tak kira sabtu ke ahad.

Tak lama pun program belah siang, lepas marhaban dan berarak, di jamu makan semua kat masjid dalam dulang. Lepas berpeluh2 berjalan, budak 3 orang tu makan selera sangat, air jangan cakaplah. Bercawan-cawan diorang minum. Semalam kan panas kat JB ni.

Lepas majlis, balik umah En Zalee telah didera membetulkan siling umah yang dah jatuh kat bilik dapur. Dengan baju melayu jugak dia memotong siling tu.


Makin berpeluh-peluhlah dia buat keje kat tengah panas. Bini punya pasal, sampai jadi ninja suamiku ini.

Terima kasih ye bang :)

Friday, February 22, 2013

Hebatkah aku


Semalam aku nilai diri ... banyaknya kurang
Semalam aku nilai hati ... sedikitnya kebaikan
Semalam aku nilai perilaku ... banyaknya kelemahan
Semalam aku nilai tugasku ... sedikitnya peningkatan
Semalam aku nilai tindakan pengurusanku ... lemahnya perlaksanaan

Tak sanggup aku terima tawaran cemerlang
Tak sanggup aku terima pujian tahniah
Letihnya aku menangis selepas menegur mereka dibawah

Kerana aku sedar

Alangkah lemahnya diri ini
Alangkah rendahnya kemampuan diri ini
Alangkah jeliknya perilaku ini

Letihnya aku merintih selepas merenung  pencapaian diri
Kerana banyak sangat lubang yang perlu ditutup
Yang besar dan dalam

Aku hanya manusia biasa.
Aku tahu, tapi hanya aku yang tahu...

Tuesday, February 12, 2013

Last day cuti tahun baru cina 2013

Hari ni last day cuti. Kami balik umah mak en Zalee sepanjang 4 hari ni sebab lama dah tak balik kampung jumpa diorang. Tak gi mana2 pun, dok umah jek. Cuma pergi jumpaHaji Usop kat Air keroh, Melaka untuk urut budak2 ni jek. Semalam pergi pusing kat Tanjung, penuh sesak orang. Kami pusing beli bakso dan mihun sup jek.

Planning nak pergi makan seafood kat Sabak Aur pun tak jadi. Abah batuk, bimbang pulak makan pedas2. En Zalee pun demam, maklumlah badan dia penat sangat. Keja tak cuti2. Dapat breakfast sate dan lontong pagi semalam, special kat Daerah Muar ni. Sedap. No 2 siap mintak tambah :)

Kejap sangat rasanya bila di sini. Lihat gelak mak dan usikan abah pada anak2, rasa hati sangat2 tersentuh. Mereka bebas sangat main sesuka hati. Maklumlah, umah tok diorang ni lapang.

No 1 dah bangun tapi tido balik depanntv kat kawasan dapur.

No 2 masih tidur gak kat dalam bilik. Lihatlah tilam tempat kitorang tidur anak beranak :)

No 3, dah keluar main ultraman dengan Tok Abah dia. Dak ni paling lewat tido tapi paling awal bangun.

Bila lagilah dapat cuti panjang macam ni. Mudah2an Mak dan Abah sihat dan dapatlah kami balik cuti lagi macam ni. Tak ke mana-mana pun takpa. Spending time with family is the most precious time ever.

Thursday, February 7, 2013

seminar di kl

Hari ni aku ke seminar Moodle Sharing Best Practices di UM. Jadi peserta untuk dapat input kegunaan Moodle untuk elearning. UTM memang dah mula guna Moodle sebagai platform semenjak tahun 2005 lagi. Tapi masih banyak aplikasi dalam Moodle yang kami belum explore terutamanya bila dah keluar versi 2.4. Nak tau apa tu Moodle? Cuba klik https://moodle.org/

Gerak ke KL naik flight jam 7.00 pagi tadi. Sampai KLIA jam 8, terus naik kereta ke UM. Menarik sesi pembentangan yang dibuat di seminar ni. Balik ni banyak nak explore lagi ni. Mana yang baik nak kongsi dengan kawan2. *macam semangat >__<

Skang ni aku kat airport tengah tunggu kapalterbang nak balik JB. Malas nak bermalam, tidur kat umah lagi best. Entah apa citerlah budak2 kat umah dengan abah diorang. Dah standby coklat untuk diorang, upah sebab kena tinggal :)

Bye KL, I'm going home ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...