Friday, August 26, 2016

Setahun sebulan

Hari ni, No 4 cukup umur setahun, sebulan. Sibuk belajar berjalan. Masih tak berani lepas tangan... tapi dah boleh menapak perlahan2 jika dibimbing sebelah tangan.



Lasak bukan main. Tak letih2 dia cuba berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Mulut pun bukan main lagi kepoh... ada je jawabnya bila ditegur... cerdiknta anak emak.

Satu masalah... tak nak duduk dalam baby seat... walaupun diikat dengan tali pinggang keledar yang ada pada baby seat tu... dia boleh berpusing dan keluar sendiri...



Nasiblah rumah baby sitter tak sampai 5 minit dah sampai... kalau jauh... camnerlahhhh....

Rasa happy lihat perkembangannya hari ke hari... mudah2an dia terus membesar dengan sihat dan cerdas.

Wednesday, August 10, 2016

Kerja vs famili

Hari ni hari kedua di KL. Ada seminar antarabangsa... datang sebagai pembentang kertas kerja dan masuk pertandingan inovasi.

Bila ibu kena outstation... maka semua famili akan ikut skali. Lagipun no 4 maaih menyusu... takut mlm dia tak boleh tidur. So, en Zali cuti sama. Jaga anak sementara mak diorang keje ๐Ÿ˜Š



Peduli apa orang kata... asalkan anak-anak ada depan mata.



Nasib baik bawak... semalam no 1 demam panas, asthma. Kalau tinggal dengan abah diorang kat JB... haih... memang tak tentu arah rasa hati.

Kerja tetap kerja... tapi famili no 1 ๐Ÿ˜Š

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...