Tuesday, April 26, 2016

Demam balik

Cuaca panas. Klinik penuh pesakit. Wad penuh katil berpenghuni. Kebanyakannya orang tua dan kanak2.

Ahad, no 4 demam semula. Sekali drngan batuk dan selsema. Hidung meleleh hingus. Batuk start dengan kering... sekarang dah berkahak.

Sebagai ibu, aku memang akan risaukan dia, dan ignore pasal kerja selagi dia belum sihat. Kali ni demam dia panas... tidur mengerang. Merengek tak nak letak. Manalah tak risau.

Tapi... nak cuti jadi serba salah. Sebab kawan2 ofis pun ada anak juga. Asyik2 aku yg cuti sebab anak demam... apa pula kata mereka.



Abah dia beli ni untuk bantu kurangkan panas... selain tu lap dgn tuala basah.

Mak dia dah senoneng sebab tak cukup tidur... hari ni.. terpaksalah juga cuti lagi. Macamanalah nak hantar kat babysitter kalau demam dia tak stabil lagi camni... harap2 kawan2 tak ambil hati.

Akan cuba selesaikan kerja dari rumah... semoga takdalah masalah yg perlukan aku ke pejabat. Cepatlah baik sayanggg...

Sunday, April 17, 2016

New modem

Lama dah jadi pengguna setia modem yes ni. Masa mula2 beli huddle yg besar... lepas tu renew contract dapat yg kecil. Tahun lepas renew lagi, dapat satu lagi yg baru. Oleh kerana modem lama elok lagi, so simpan jek dalam kotak.

Hari ni, terpaksa buka kotak.



Dah sampai ajal modem lama. Bateri dia ok lagi, internet port dia yg dah rosak. Nasib baik tak payah keluar duit beli modem baru.

Suka sebab dia kecil dan laju 😊

Sunday, April 10, 2016

Date with my hubby

Feeling masa bercinta gitu... keluar breakfast dan lunch dengan cik abg



Breakfast lontong kat cafe Mak Jah, UTM. Lunch kue tiow kat Jusco Taman Universiti.

Hihi... tak romantik langsung kannnn :-D

Sunday, April 3, 2016

No 4 dah pandai berkemas

Dah tak boleh nak hias rumah skang ni. No 4 dah pandai berkemas. Habis semua brg2 kat kabinet dia berkenan.



Habis patah piala kenangan tabika kemas abg dia... nak marah pun tak boleh. Dia bukan paham punnn...

Alhandulillah... rumah bersepah tu maknanya anak cerdas kan kan kan 😂

Saturday, April 2, 2016

Tertoreh pisau

Minggu lepas sangat kelam kabut...

No 4 demam, selsema dan batuk sejak cuti Keputeraan Sultan Johor lagi... 2 kali ulang klinik... lendir banyak.

Nak jadi cerita... balik kerja hari Isnin, rumah berterabur tisu, no 3 tengah tekap tangan dia dgn tisu jugak. No 2 pandanf aku dengan muka pucat. Rupa2 nya, no 3 main pisau lipat abg dia kat dalam bilik. Semua org tak perasan sebab tengah tengok tv kat hall. Ada gak yg tengah tidur sebab baru balik sekolah agama.

Ingatkan sikit... sekali buka tengok... panjang dalam 2 ruas jari. Hampir2 kena kat urat... dalam juga.



Mlm tu juga bawak ke specialist. Full thickness kata dr masa pergi emergency. Kena warded sebab dr tak berani jahit sebab dia meronta. Kena tidurkan... so kena tunggu dr bius.

Selasa tengahari masuk bilik minor operation theatre. Dlm 1jam... surgery dan waiting time to recover from bius. Alhamdulillah, dr bgtau takda urat yg kena. Sebab tu tak lama.



Ni masa baru keluar bilik surgery. Ubat bius tak ilang lagi. Dr suruh stay lagi satu mlm. Aku dah agak dah... sebab tu mintak cuti 2 hari... sebab dia baru 7 tahun. Takut apa2 jadi kalau lepaskan dia terus balik umah.



Kemas jahitan dr. Jenuh menjaga no 3 sebab dia tak reti duduk diam. Sakit macam tak sakit.



Last day kat warded. Bayar lebih sikit supaya mak dan abah dapat tidur selesa sikit. Duit boleh cari... anak tak boleh diganti.

Kena lebih hati2 lepas ni. Harap2 budak2 ni seriklah nak main yg bukan2. Kalau tak serik jugak... haihhh tak taulahhhh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...