Wednesday, July 28, 2010

Lahir bulan julai

Aku blogwalking dan jumpe ni dalam HatiQalby

Dia kate, orang yang lahir dalam bulan Julai ada ciri-ciri ni...

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Hmmmm... ade ke ciri-ciri ni pada aku ekkk.... *wink-wink*

Thursday, July 22, 2010

Selamat hari lahir 2


Hadiah dari suami tersayang ;P

Selamat Hari lahir

Hari ni hari lahirku ke ...

Makin bertambah usia,
makin besar tanggungjawab,
makin slow processor... hihi

Wednesday, July 21, 2010

Sakit..

Dari hari ahad, aku kena sakit kepala dan selsema. Nak ngajo pun tak berapa jalan. Kepala tak boleh compute. Nasib baik hari ni dah ok. Laki aku dah pesan dah, suruh rehat betul-betul. Gaknyer, badan ni nak mintak overhaul :)

Sunday, July 18, 2010

Saham neraka

Menarik betul cite cerekarama malam ni. Kisah skim cepat kaya arahan Erma Fatima. Apa yang jadi dalam cerita ni memang kenyataan yang tak boleh disangkal-sangkal lagi. Kalau dah nampak duit, apa pun yang sebelum ni salah akan jadik betul.

Hmmm tulah, nak kaya cepat akhirnya semua lingkup... elok-elok 2 tahun lagi nak habis utang rumah, tak pasal-pasal behutang dengan along sampai rumah tergadai.... hish...mintak jauhkanlah aku dari benda-benda camni.

Friday, July 16, 2010

minyak naik

Minyak naik 5 sen ari ni. Gula pun naik 25 sen. Budget minyak aku sebulan RM160 jek.
Masa pakai kancil dulu, lebihhhhh... bila dah pakai Myvi, cukup -cukup ( kalau gi balik keje jeklah). Nampaknyer lepas ni, terlebihlah budget minyak kuuuuu.... haihhh

Tuesday, July 13, 2010

pra pendaftaran

Pra pendaftaran ni ada bagus dan ada yang sikit kurang jugak tau. Kenapa?

Cube pk, kalau dalam senarai 60 orang pelajar daftar, siaplah kita fotostet silibus untuk first class. Skali bila datang kelas... 24 orang jek...

haihhhh...

Lunch ari ni

Dari ari ahad, perut tak berapa sedap sangat. Makan pun tak bape selera. Lunch tadi, penat mikirkan nak makan ape. Takut perut ni meracau plak. Akhirnye setelah kutimbang-timbang.... order ni jeklah...

Mihun Tomyam yang dah tinggal separuh....

erkkkk....

Saturday, July 10, 2010

silap bawak bekal

Hari ni, adikku yang kecik sekali balik semula ke UMP. Dia amik course biotech. Malam tadi aku buatkan muffin coklat cip dan cistat untuk dia bawak bekal balik. Pagi tadi plak mak buatkan dia kek gula hangus. Pastu mak packkan skali untuk dia.

Mak : Wah, mana satu cistat ni nak bagi kat adik ko bawak balik?
Aku : Amik jek memana satu mak, sama jek
Mak : Ye ke?
Aku : Iye, sama jek. satu adik pnyer, satu Ijul pnyer. Inti blueberry sumer tu...

2 jam lepas adikku selamat naik bas ...

Nolie (Adik aku no 6) : Kak uteh, boleh amik tak cistat ni...
Aku : amiklah, ade yang pack kecik tu boleh makan, satu lagi Ijul pnyer
Nolie : mana ada...

erkkkk...

Aku ada buat lebih sket untuk umah, tapi sket jek dalam 16 biji. Tupun filing dia campur cklat dgn blueberry. Bile aku cek, yang tu rupenyer mak aku dah bagi adik aku bawak balik...



Pack yang sepatutnya adik aku bawak balik :)

anak manja

Bila anak tak sihat, aku memang tak senang hati. Kalau buat keje pun asyik memanjang silap jek. Kalau baca pape pun,tak beralih2 barisnyer. Bile balik keje nampak muka dia dah mula nak senyum, makan dah hendak, dah mula nak main... barulah rase semangat sket. Cmer bebudak ni bile dia baru baik sakit, ada satu perangai plak...

anak : mak, mal nak mandi
aku : japlah, mak nak tidurkan adik kejap ni, pas ni kite mandi
anak : tapi, mal nak mandi jugak
aku : yelah, lepas nilah
anak : tapi, makkan sayang mal
aku : iye, mak memang sayang mal, tapi kejaplah lepas adik tidur dulu
anak : tapi mal nak mandi sekarang jugak.... mak kan sayang mal
...
dan soalan yang sama akan berulang sebanyak 8 ke 10 x .... nak marah, dia baru jek sihat... haihhhhhhhh....

Tuesday, July 6, 2010

Dugaan seorang ibu

Bila anak dah 3, hari-hari semakin mencabar rasanyer. Masa pun makin pendek nooo rasenyer. Yang paling ketara sekali, penyakit pelupa... nak kata nyanyuk , isy tak kottt... Habih tu cube teka ape aku pakai gi keje pagi tadi ???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nasib baiklah kelas belum start lagi, kalau dak... mau digelakkan dek anak2 muridku. hihi...

Try buat muffin

Ahad petang semalam, aku buat muffin dan cheesetart. Cheesetart tu aku dah biasa buat, dah puas jugaklah buatkan orang. Belajar daripada kak Ct akhir tahun lepas. Memang tak sia-sia belajar masa tu. Anak-anak aku suka sangat. Kalau dia tengok dah habis, siap dia bising... Nape mak abiskan??? Tu yang aku buat lagi dan lagi dan lagi ... :)

Cmer muffin tu jek aku baru try. Amik resepi daripada Nigella. Sebelum ni aku biasanya buat muffin kosong je. Taruklah coklat rise dan coklat cip. Tapi yang ni muffinnyer coklat dan taruk gak coklat cip. Cmer aku rasa macam ada missing sketlah, macam kurang rasa coklat dia. Bila dah masuk hari kedua barulah rasa moist muffin tu. Tapi Alif makan sedap jek... tu yang malam tadi kena makan ubat batuk tu... dia ada astma, tak boleh banyak makan coklat ... tapi dia memang suka sangat kek coklat :)

Sekali sekala, takpalah. Layannzzz.

Monday, July 5, 2010

Halal ke?

Khamis lepas aku gi makan kat OldTown White Coffee kat Taman Universiti. Aku memang tak pernah makan kat sini, tak tau nape. Adik aku (Ilah - no 5 dlm familiku) pernah gi 2 kali. Dia yang rekemen. So kitorang ode toast dia, laksa asam dan mi udang. Minum air limau dan spirulina. Sumer skali RM24 hinggit. Rasa dia sedap... sesuailah dengan tekak aku. Kuah mi dia tak pekat sangat, secukup rasa. Aku dah siap berangan nak ajak my hubby makan kat sini bila dia balik nanti. Skali bila sampai umah, adik aku (Icah - no 4 dalam familiku) bagitau yang kopitiam tu tak halal. Erkkkk... Betulke?

Bila tanyer cik google .... betullah ... minuman dia jek ada status halal dr Jakim... adussshhhhh.... kensellll... boleh rujuk blog JurnalHalal ni untuk maklumat lanjut.

Thursday, July 1, 2010

Gelagat anakku



Gambar gelagat dua anakku yang sangat ku sayang. Comel kan.... adik aku (Ijul- no 8 dalam famili) yang edit gambar ni guna kamera SLR yang baru dia beli..

Bila diorang berdua baik camni, sejuk rasa perutku mengandung... layannzzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...