Monday, May 29, 2017

Monday, May 22, 2017

Feeling Demotivated

Tak tahulah kenapa hati rasa sangat tak happy. Bercerita pun jadi tak seronok. Ketawa macam pura-pura. Semangat dah hilang entah ke mana.


Buat masa ini, mungkin diam adalah lebih baik. Sehingga luka di hati ini sembuh sendiri.

Monday, May 1, 2017

Ragam no 4

Bila malam, en Zali akan buat ulangkaji dengan anak2. Kalau takda kerja sekolah, dia akan beri latihan daripada buku aktiviti atau mana2 bahan yang dikumpul daripada sumber internet.

Banyak bahan dalam internet yang boleh ibu bapa gunakan untuk latihan di rumah bersama anak2. Kebanyakan bahan adalah daripada cikgu2. Rajin betul cikgu2 kongsi bahan pembelajaran walaupun sibuk dengan kelas, tuisyen sekolah, kerja admin dan sistem. Bila dah ada group whatsapp... lagilah cikgu2 ni sibuk nak kena semak semua soalan ibu bapa tentang anak2 masing2. Namun, mereka masih tetap mengamalkan perkongsian ilmu sesama guru dan ibu bapa. Semoga Allah murahkan rezeki mereka.

Sesi ulangkaji No1, 2 dan 3 bermakna di kecil Aliyah akan bosan sebab takda kawan nak main. Biasanya dia akan ajak mak dia masuk tidur awal.

Malam ni lai pulak perangai dia .... dia nak baca buku. Siap ada bantal dan selimut sekali. Tak kisahlah .. janji tak nangis sudahlah ye nakkkk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...