Tuesday, June 5, 2018

Puasa 2018

Dah 17 hari puasa berlalu... sekejap sangat rasanya. Hari-hari sibuk dengan urusan nak sediakan sahur dan berbuka untuk keluarga.

Untungnya tinggal dengan emak ni adalah masa berbuka... rumah akan penuh dengan adik kakak berbuka bersama. Mak pulak memang sentiasa fikir nak masak apa... anak yang ni suka nasi berlauk, yang ni pulak sukakan mi. Tak kisahlah walau anak tu dah lebih 40 tahun usianya ... emak tetap emak.


Rutin ibu bekerja, aku tak masak untuk berbuka. Biasanya akan beli juadah di bazar ramadhan untuk tambah lauk atau kuih2 berbuka. Main dish selalunya makan apa je yang mak masak. Kalau awal sampai rumah... dapat jugalah bantu dia di dapur. Kalau lambat... dalam pukul 6 tu dah siap dah semua lauk pauk untuk anak cucu. Syukur mak masih sihat.

Bila anak-anak dan anak-anak saudara berkumpul, rumah akan tunggang langgang. Tak kisahlah asalkan bahagia. Bila nak balik nanti ... kemas semula yek ...

Sahur sahaja aku masak untuk en Zali dan anak-anak. Nak pujuk selera orang mengantuk bukannya senang. Pening juga memikirkan apa nak masak setiap pagi. Tapi Alhamdulillah, masih belum terlepas sehari bersahur, ikut sunah Nabi.

Nak masak apa hari ni yek ...  >__<




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...