Bila cuti sekolah, kebanyakan member kat ofis akan amik cuti sekali. Masa anak-anak cuti nilah mak abah masing-masing dapat bawak diorang jenjalan ke, shopping ke, makan angin ke atau dok umah macam anak2 aku heheheh...
Aku cuti senin dengan Jumaat. Senin sebab nak siapkan dokumen perjanjian sewa rumah aku dan nak kena bayar segala cukai pintu, cukai tanah dan saman yang mesti diselesaikan secepatnya. Aku angkut sekali anak-anak ke pejabat majlis dan sewaktu dengannya. Sampai tertido budak tu kat dalam keta. Oklah kan... kata jalan2 :)
Jumaat nak kena pergi buat passport anak2 dan abah diorang. Nak booking kapal terbang murah ni, kena masuk no passport sekali... aduhai. Selagi paspot tak siap, tak boleh nak booking tiket kapalterbang. Promo dah nak abih ni.... Mudah2an selesai Jumaat ni passport diorang. Pas buat passport, bawak diorang main kat tempat permainan ( tak kisahlah jusco ke giant ke)... itu jeklah yang sempat.
Kesian anak2 aku kan... hmmmm susah betul jadi mak ada kerjaya ni. Letih...
Thursday, March 28, 2013
Thursday, March 14, 2013
Seronokkah bertugas diluar pejabat?
Sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji, kadangkala kita terpaksa menurut perintah supaya bertugas di luar pejabat. 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam atau sekadar sehari namun ia tetap akan mengganggu rutin harian kita.
Sebagai seorang ibu, menjadi rutin setiap pagi untuk urus sarapan anak, hantar ke sekolah dan pelbagai keperluan harian lain sebelum dan selepas pulang dari pejabat. Maka, jika perlu keluar pejabat, tugas ini terpaksa disusun untuk beberapa hari kita tiada dirumah.
Baju sekolah perlu digosok untuk beberapa hari, baju harian perlu disusun supaya mudah diambil oleh abah diorang atau tokmak yang akan menggantikan tugas kita... Apa nak sarap sebelum ke sekolah... urusan rumah macam pinggan mangkuk, baju kotor perlu dirancang supaya tak banyak yang akan dibebankan bila balik bertugas...
Mungkin mudah bagi yang ada pembantu rumah, tapi aku takda...
Hanya satu kelebihan ialah, kita dapat fokus pada kerja. Tak bimbang anak menekan keyboard masa kita menulis laporan, atau merayu untuk main game pada komputer kita masa sedang membalas email pejabat. Jika berbengkel, suasana yang berbeza membolehkan kita agak relaks dan melupakan semua tugasan lain yang memang sukar untuk diuruskan dari jauh. Menyebabkan kita lebih kritikal dan kadangkala lebih produktif dalam melaksanakan tugas.
Cuma, kalau terbiasa dengan hiruk pikuk anak2, akan terasa sangat sunyi...
Hari ni adalah hari kedua aku berbengkel di Lexis Hotel, Port Dickson. Cantik tempatnya...
Tapi, dah mula rindukan mereka yang sangat dekat dihati.... hmmmm

Sunday, March 10, 2013
Hidden virus
Masa bengkel Pembangunan Bahan Opencourseware UTM di Ancasa Hotel, PD aku pnyer pendrive kena virus. Bila buka pendrive tu, semua fail hilang. Tapi bila aku scan guna Avast, file tu ada pulak dia scan.
Memang dia detect ada trojan, tapi dah delete. But still tak boleh nampak fail tersebut. Semua yang hilang adalah dalam folder. Jadi aku cuba set pada folder option supaya "Show Hidden Files", tapi masih tak berjaya jugak.
Jadi, aku cuba cari solution dalam internet dan jumpa Blog pakcik CypherHackz.net ni
2. Klik pada keyboard buttang Windows dengan R ( serentak ye) , kemudian taip “cmd“. Ok.
3. Tuliskan arahan berikut pada skrin dos yang keluar tu...
attrib -s -h -r f:/*.* /s /d
kemudian tekan enter
4. Tunggu sampai selesai, pastu buka semula pendrive anda...
Weeeeeee.... dapat balik semua failku :)
Nasib baikkkk tau, belum sempat buat backup lagi. Mau nangis air mata darah aku (*tipu jek )
Ok. Kalau jumpa masalah yang sama, cuba try method ni yek. Bye
Memang dia detect ada trojan, tapi dah delete. But still tak boleh nampak fail tersebut. Semua yang hilang adalah dalam folder. Jadi aku cuba set pada folder option supaya "Show Hidden Files", tapi masih tak berjaya jugak.
Jadi, aku cuba cari solution dalam internet dan jumpa Blog pakcik CypherHackz.net ni
Caranya adalah
1. Masukkan pendrive dalam USB slot. Pastikan kita tahu perwakilan drive nya contohnya , F:.2. Klik pada keyboard buttang Windows dengan R ( serentak ye) , kemudian taip “cmd“. Ok.
3. Tuliskan arahan berikut pada skrin dos yang keluar tu...
attrib -s -h -r f:/*.* /s /d
kemudian tekan enter
4. Tunggu sampai selesai, pastu buka semula pendrive anda...
Weeeeeee.... dapat balik semua failku :)
Nasib baikkkk tau, belum sempat buat backup lagi. Mau nangis air mata darah aku (*tipu jek )
Ok. Kalau jumpa masalah yang sama, cuba try method ni yek. Bye
Friday, March 1, 2013
paip pecah
Hari Rabu malam lepas, paip kat meter pecah. No 1 main bola dengan adik dan sepupu2nya. Habis dapur dan tangki takda air. Masalahnya, tu kat rumah tokmak diorang. Tengahari balik sekolah, masing2 nak mandi, nak berak... dah orang tua tu penat mengangkut air ke dapur.
Balik keje semalam, dengan panas terik cuaca, badan aku dah rasa lain macam. Sampai umah mak aku, tengok dia dah keletihan mengangkut air. Plumber tu takleh nak buat semalam, dia kena bawak anak dia gi spital. suspek denggi.
Bila tengok mak aku serabut, aku automatik tak boleh compute. Tak reti nak buat apa. Lepas tu bila semua balik keje, pelbagai cadangan keluar. Makin serabutlah kepala orang tua tu. Tapi tetap takleh settle gak.
Bangun pagi ni, kepala aku dah berat, hidung dah gatal. No 3 plak masih selsema dan batuk. Nasib baik tak demam. Maksu dia plak yang demam. Kawasan aku ni plak dah isytihar sebagai kawasan denggi. Paip tak settle lagi.Risaulah...

Labels:
ceritaku
Subscribe to:
Posts (Atom)