Saturday, November 28, 2015

Growth spurt no 4

Semalam dia nak masuk 4 bulan... perangai ada lain macam sikit. Selalunya pagi2 dalam pukul 8 dia dah mengantuk... tapi ni tak. Terang jek mata dia. Dalam pukul 9 lebih tidur kejap... adalah 15 minit.

Lepas mandi barulah lama sket... dalam sejam lebih. Lepas tu berjaga sampai ke petang. Menyusu pun banyak... macam taknak lepas jek mak dia ni. Nasib baik cuti.

Kata orang - A baby who is suddenly hungrier and crankier than usual could be showing signs of a growth spurt.


Lama tak jaga baby... no 3 pun dah nak masuk darjah 1 tahun depan... hmmm macam belajar jadi mak balik. Nasib baik dah ready.. taklah cemas sangat bila dia nangis malam2. Lapar rupanyer :-D

No 4 : Perkembangan bayi 4 bulan

Perkembangan setelah 4 bulan 
Berat : 6.2 kg
Tinggi : 64 cm

Dah cekap menggapai barang yang hampir dengan dia. Dah kenal orang.. kalau tak pernah jumpa dia nangis... mainan kecil2 tu dah boleh pegang lama.. tapi bila jatuh dia nangis. Kena ambil semula dan bagi kat tangan dia

Dah pandai hulur tangan mintak ambil. Dah golek2 ke kiri dan ke kanan... dah meniarap tapi belum pandai telentang semula.



Sekejap jek rasa... >__<

Sunday, November 22, 2015

Cepatnya masa berlalu

Ni masa dia sebulan



Sekarang... 3 bulan lebih



Baju dah sempit.... feeling happy ^_^

Tuesday, November 10, 2015

No shoes

No 3 punyer perangai... setiap kali masuk kereta, dia bukak kasut. Bila sampai... baru terhegeh2 nak pakai semula.

Sebab tu selalu kalau jalan2... pakaikan dia selipar jek. Senang....



Cuba tengok gambar ni. No 3 pakai stoking. Masa ni kat tingkat 3. Kasut doa tinggal kat tingkat 2. Ape kesss...

Nasib baik perasan... kalau tak... sampai rumah dia tak berkasut... haihhhh

Monday, November 9, 2015

Kat kampunh

Cuti deepavali ni... dapatlah balik kampung mertua... sebab en zali cuma perlu cuti isnin jek... ahad dan selasa cuti umum... budak2 pun tak sekolah. Mak dia jek kena mohon cuti 2 hari, cuti tahun.

Oleh kerana baru masuk ofis baru... banyak gak keje pending bila cuti ni. Tapi memikirkan ini jeklah peluang nak balik kampung... lawat orang tua kami... nekad jeklah. Insya Allah dimudahkan urusan bila naik Rabu nanti.

No 4 baru kali ke dua balik... kali ni balik dah pandai senyum. Mak dah boleh gerak dengan tongkat... adik suami belikan ubat untuk saraf... harap2 semakin cepat dia sembuh. Abah pulak, asyik2 mabuk... semenjak masuk wad 2 minggu lepas... dia tak ke masjid. Bimbang pengsan kat masjid... risau....

Setiap kali balik... lihat mak dgn abah makin uzur... nak balik selalu ... kerja... anak2 pulak sekolah. Hmmmm

Esok nak belajar buat sambal belimbing. Kena korek ilmu ibu mertuaku. Kenapa yek...masakan mak2 ni sedap jekkk .... kalau kita masak... rasa kurenggg jek ...

Oppss... no 4 dah bangun tido. Till then ... bye :-D

Sunday, November 8, 2015

Resepi pancake sedap tapi senang

Setiap pagi.. pening kepala memikirkan sarapan apa untuk anak2 sebelum diorang pergi sekolah. Respect sangat dengan mak2 lain yg boleh siapkan nasi lemak, lontong segala bagai pagi2 walaupun kerja.

Aku... hmmm kalau dah buat kerja terhegeh2... toksahlah berangan. Paling selalu diorang sarapan roti telur. Kalau selalu sangat... boringlah gak kannn.

Pancake pun selalu jugak buat. Banyak resepi dah try... pakai yang pancake mix pun pernah. Ada resepi kena rehatkan dulu. Ada resepi pakai gram... so... aku dah jumpa yang senang tapi sedap. Sesuai buat mak2 yang kelam kabut pagi2 nak gi keje macam aku ni hihi.



Toksak complain gambar ekk... ini jek sempat tangkap sebelum anak2 makan. Pukul 6.30 amik gambar pancake... ingat boleh pikir angle bagai ke... takdelahhh

Ni resepi dia... amik dari blog

ceriteraibu.blogspot.my/2013/10/pancake-yang-mudah-dan-sedap.html?m=1

Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sk baking powder
1 1/2 sb gula
2 sb minyak jagung / majerin ( aku pakai butter yang dicairkan)
1 sk minyak makan ( ni aku tambah.. supaya takyah letak minyak pada pan)

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.. Kacau sehingga sebati.. Pastikan tiada tepung yg berketul2..

2. Panaskan non-stick pan.. tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.. biarkan seketika..

3. Bila pancake tu nampak berbuih2, terbalikkan pancake. Tunggu 1 minit angkat.

Tips dia... api kena sederhana. Jgn pelan sangat... nanti pancake kering dan keras. Jangan kuat sangat api... nanti hangus. Masak dia kejap jek... lagi banyak buih... makin lembut pancake dia. Jgn masukkan pancake sebelun kuali betul2 panas... nanti pancake yang first tu takda bubble... boleh makan tapi tak best ^_^

Selamat mencuba...

Friday, November 6, 2015

Kpi hari ni

Hari ni cuti kat Johor... baru 2 minggu naik keje... masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai ibu yang bekerja...

Masa cuti lepas... rasa happy sangat bila tengok rumah kemas jek... biasalah.. budak2 ni bukan tau nak kemas... baru je kita bersihkan dapur, depan dah berkecah. Tapi ... masa cuti tu sempatlah nak bersihkan semula.

Bila dah kerja ni... balik kerja masa tulah nak layan no 4, nak basuh baju, nak simpan baju kering, nak hantar budak ngaji (kalau abah diorang lambat balik)... itu tak hati2 masak, kadang2 jek.... selalu beli lauk jek... tapi tetap nak kena basuh pinggan mangkuk..badan pulak dah letih... mata dah ngantuk. Selalunya... mana yang tak sempat... biar jeklah dulu.

Minggu ni pulak hujan, baju tak kering. Sidai pagi masa gi keje... balik keje masih lembab lagi huhu... maknanya bertimbunlah baju tak basuh. Abih tu... mana nak letak.

So... kpi hari ni ialah siapkan basuh baju hihihi.... mesin basuh i cuma boleh jalan 6 kg jek... so... dah 4 round ni. Insya Allah ... Boleh capai rasanya sampai petang ni. Kalau hujan... hantar mesin kering layan diri...

Dalam pada tu... pergi salin cadar pulak... sengaja kan menambah kerja. Nasiblah... mana nak sidai pulak halnyer hihihi...

Ok. Mesin dah bunyi. Nak gi sidai kain. Selamat berhujung minggu ^_^


Mak kita tengah sidai kain :-)

Thursday, November 5, 2015

Hadiah lagi

Tak sangka sangat... dapat hadiah sempena konvo yang lepas...



Hadiah daripada my student... dia tengah siapkan research study 2... harap2 siap dan dapat konvo tahun depan. Insya Allah...

Tqvm... you know who you are... :-)

Monday, November 2, 2015

First day ofis baru

Hari ni hari pertama melapor diri di pejabat baru. Pagi2 jumpa semua bos2 di sini... kenalkan diri secara ringkas... mintak tunjuk ajar... almaklumlah, kita baru lagi.

Baru dari segi kerja pengurusan, kerja mengajar tu hakiki... tetap dan berpencen. Jawatan ni sementara... tak pasti sekejap atau lama.

Dari pagi sampai petang diberikan semua maklumat yang perlu difahami secepatnya... perlu ditangani sepantasnya, perlu disiapkan ikut perancangan asal... walaupun masa merancang aku tak terlibat huhuhu


Pandangan dari bilik baru....

Rasa hati... entahlah... masih blurr dan cuba untuk memahami. Harap2 bolehlah dijalankan tanggungjawab.

Sunday, November 1, 2015

Feeling worried

Dulu sebelum graduate, rasa stress bila org asyik tanya... bila nak habis.

Bila dah habis, rasa bimbang pula. Takut harapan orang tinggi sangat.. sedangkan kita ni biasa2 sahaja.

Bimbang tak dapat bantu pelajar lain pulak graduan. Takut pulak kalau cara kita tak sesuai dengan mereka.



Bimbang jugak kalau2 terperasan pandai... tertinggi diri... terlupa dek pujian orang. Jgnlah apa yg dibuat tak seperti apa yang dijanji...

Subhanallahhh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...