Friday, May 27, 2016

Hari terbuka sekolah

Hari ni, kena ambil buku penyata anak2 kat sekolah. Darjah 1, darjah 3 dan darjah 5. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun.



Ada juga macam2 jualan sempena hari terbuka. Meriah...



No 1 kena komplen
1. Tak fokus
2. Meja bersepah
3. Kena usaha lebih sebab sepatutnya boleh dapat A.
Kena janji dengan cikgu kelas supaya dapat 6 A akhir tahun ni.

No 2 kena komplen
1. Over confident
2. Sangat defensive, tak terima kalau cikgu kata dia buat salah
3. Kerja cincai... janji siap
4. Cerewet sangat sampai kawan2 ngadu suruh lucutkan jawatan diq sebagai ketua darjah.

No 3... subhanallahhh... kalau baru 5 bulan sekolah... semua cikgu kenal... maknanya ... takleh nak cakap dah. Mak dia pening dan stress



Overall ok. Sederhana. Sikap nak kena ubah banyak. Nampaknya cikgu sayangkan mereka. Alhamdulillah. Tetima kasih atas kesabaran cikgu2...

Mudah2an semakin baik perangai mereka selepas ini... Aminnn.

Wednesday, May 11, 2016

Feeling loved

Ahad 8 mei 2016 adalah hari ibu. Sebagai seorang ibu... akan terasa sangat bila hadirnya hari ini. Kerana pelbagai konflik mengapa ia tidak digalakkan disambut.

Tapi, semenjak anak2 sekolah... mereka benar2 ikhlas meraikan aku pada hari itu. Dengan kad yang dibuat sendiri... kadang2 mintak duit denganku untuk beli hadiah hari ibu.

Tapi... en suami tak pernah sambut. Kadang2 rasa sgt serba salah. Memanglah katanya setiap hari sepatutnya ibu itu dihargai.. tapi biasanya perempuan ini kan sensitif. Tapi... dah terbiasa pun.

Tahun ini... lain. He came home a day before mothers day with a cake. And kiss me on my forehead... saying nothing.

Seriously... I feel so touched. Tiada ucapan hari ibu... but that shows how he love me all these years.... as his wife and mother to his kids.



Thank you. **speechless...

Tuesday, May 3, 2016

Asthma atau lelah

Alhamdulillah, selepas seminggu No 4 demam, batuk dan selsema... semalam nampak kurang dah. Demam memang dah ok sejak Jumaat lagi. Tinggal batuk dan selsema sket.

Bagi ibu bapa yang tiada sejarah penyakit asthma atau lelah, mungkin tak bimbang sangat. Tapi aku, en zali, ayah aku, semua ada sejarah... makanya anak2 memang kena berjaga2. Jadi, bila hari ni follow up klinik kanak2, kena tukar ubat selsema dan kena makan antibiotik lain pulak. Padahal masa pergi, aku dgn en zali macam confident dia cuma akan continue ubat batuk jek 😑



Mlm ni... perhatikan nafas dia semula... mungkin aku tak perasan dan mula amik lewa lepas demam dia baik. Memang laju berbanding biasa, walaupun dah kurang bunyi lendir. Batuk dah longkah, berkahak tapi masih agak kerap.

Tapi... dia boleh tidur nyenyak. Alhamdulillah. Harap2 lepas habis antibiotik ni, baik teruslah ye sayang mak.

Bila risau, my working productivity akan merudum. Haih... camner nak jadi pekerja contoh. Tapi... tetap kena selesaikan tanggungjawab sebab itu rezeki untuk anak2.

Ok... dah pukul 5, nak gosok baju budak2 sekolah. Selamat pagi 😀

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...