Monday, January 31, 2011

Nak pesan lagi tentang keselamatan jalanraya

Musim2 hujan ni, aku perhatikan … banyak kereta tak berapa bersedia. Malah ada sesetengahnya tak berhati2. Tidakkah mereka sedar bahawa memandu dalam hujan akan menyebebkan pandangan pemandu menjadi kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi?

Pandangan dari dalam kereta ( gambar amik dari 1stdisember.blogspot.com)

Jadi… tolonglah hati2. Janganlah buat perkara2 berikut seperti

  1. Pandu kereta dengan laju.. kang break tak makan kangggg… tak pasallllll jek
  2. Mengekori kenderaan dihadapan dengan dekat … takut kereta depan berhenti mengejut… jalan licin menyebabkan geseran kurang tau dakkk
  3. Memandu dengan bunga tayar yang haus ataupun kurang angin – tak hujan pun benda ni kena elakkan jugakkk
  4. Tak bukak lampu … tolonggglahhh… dahlah kereta anda berwarna gelap… susah nak nampak…

Sama2lah kita berhati2. Satu lagi pesanan, kalau tepi jalan tu naik air aka banjir, toksahlah berhenti nak tengok pulak. Kalau nak tolong takpa, kalau tak… silalah teruskan perjalanan. Janganlah buat jem plak yeaaaa.. :P

Wasallam

Sunday, January 30, 2011

Award 100 follower dari Mamat

mamat bagitau aku yang dia ada bagi award pada 100 follower dia.


Waaahhhh... rasa teruja plak. Sebab ni sebenarnya award pertama yang aku dapat. :P


Inilah senarai 100 blogger yang terpilih tu. Aku no 59 T__T


Terima kasihlah mamat. Lepas ni harap folower awak akan jadi 2000 plak :)
Terharu **wink wink **

banjir

Semalam dan hari ni... hujan sepanjang hari...

Segamat dah banjir

Mersing dah putus jalan...

Kesian mereka yang mengalami bencana alam... mudah2an mereka tabah menghadapinya...

Cuti datang lagi

Hari ni aku tak cuti... ada kelas satu hari suntuk. Hmmmm letih... tapi takpalah.

Esok dah start cuti sekolah, cuti semester... tapi aku tak cuti. Sebab esok ada penilaian bagi permohonan geran penyelidikan yang aku dan kawan2 mohon.

Seriau rasanya nak mengadap all the professor... tah apalah yang diorang nak tanya.
Boleh ke aku defend project aku ni... boleh ke aku tunjukkan contribution to the scholar oleh projek yang aku nak buat ni...

Malam ni, kena practice depan cermin...

Doakan yea... mudah2 lepaslah permohonan aku tu... senang sikit nak buat kerja kalau dapat geran tu... banyak benda boleh buat... ciowww

Saturday, January 29, 2011

pesanan buat wanita semasa isi minyak kereta


Cume nak berpesan...

kita selalu dengar pelbagai cerita tentang kemalangan, kecurian masa mengisi minyak kereta. bagi lelaki2... takpala... diorang kan kuattt.... boleh protect diri sendiri... kita orang pompuan ni... hmmm kenalah hati2..

Hati2 macamana?
1. Tutup enjin kereta bila sampai...
2. cabut kunci kereta dan masukkan ke dalam handbag ... bawa keluar sekali handbag anda .
3. kalau dalam kereta ada barang berharga... kunci kereta anda kembali setelah keluar pastikan tempat isi minyak dah bukaklah yeaaa
4. suggested pakai kad kredit... supaya tak perlu tinggalkan kereta sebab nak pergi ke kaunter
5. setelah selesai, masuk kereta, terus kunci balik kereta walaupun belum start engine.

Kenapa kena buat camni?

1. kalau enjin tak tutup ...takut berlaku kebakaran plak
2. kalau kunci tak cabut... takut ada orang masuk keta dan bawak lari kereta anda...
3. handbag? supaya ... jika berlaku sebarang hal... ada handbag ditangan anda...
4. barang berharga dalam kereta macam laptop atau handcam, sdlr camera ke... takkan nak angkut keluar skali... sebab tu kena kunci balik kereta... takut orang bukak pintu dan amik bawak lari...
5. lagi sekejap kita berada distesen tu... lagi baik... kurang orang perhati
6. sentiasa kunci kereta anda bila anda didalamnya... kalau ada orang tanya apa2... sila buka cermin sikit je yea...

Berhati2 selalu... biar orang kata kita apa pun... nyawa kita, harta kita, maruah kita, kena jaga sendiri...

Salam sabtu :)

Friday, January 28, 2011

No 3 dah pandai merajuk..

Malam ni, lepas makan... hubby temankan anak2 study. Setiap kali hubby balik cuti, No 1 memang mesti kena tengok progress membaca dia. No 2 just belajar tulis jek dulu. Aku just tengok dari jauh sebab itulah peluang dia kena marah dengan abah dia kalau buat salah :P

While abg2 dia study.. no 3 akan buat apa yang dia suka... masalahnya skang ni dia tengah suka memanjat...

dia panjat, aku turunkan... dia panjat, aku turunkan...

skali tadi, dia panjat dekat meja abah dia tengah ajar abg2 dia belajar... jadi abah dia dengan tak sengaja telah ternaik suara suruh dia turun... terus dia menangis dengan syahdunya dan dapatkan aku....

panjang ko dia nangisss... sayu no hati kena marah dengan abah dia... aku pujuk pun tak jalan... bila abah dia pujuk balik.... barulah dia diam.

Hmmmm... pandai dah merajuk skang ni... dah besar anak emak ni :)

Thursday, January 27, 2011

BEN ASHAARI BLOG

Aku nak join bloglist Ben ni... kalau korang nak join gak gi tengok link ni

Cara ...
  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG ... dah
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ... dah
  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini .. Hmmmm.... awal2 blog tengah tahun lepas... tak berapa aktif... tapi start bulan 12 tahun lepas dan sampai skang ni masih mencuba untuk update at least sekali sehari... entry sehingga kini adalah sebanyak 161 post.
  4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ... Sebab dengan harapan supaya lebih ramai blogger lain yang akan mengenali blog picisan saya ni :P
  5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? Tak pasti sebab saya berblog bukan sebab nak popular... tapi kalau benar, saya harap saya dapat beri positive example pada blogger lain...
Ok... harap dapatlah masuk list ekkk :)

sakit tengkuk

Sejak semester bukak ni, aku rasa macam tak cukup kaki tangan. Planning agak lari sebab setiap hari ada jek adhoc aktiviti... kejelah tuuuu...

Hmmmm.... korang pernah rasa tak sakit kat belakang tengkuk? Rasa urat tegangggg jek.

Tak pernah?

Aku stress sangat kot... ke aku penat sangat? Ke tekanan darah aku naik?

Isyyyy.... risaulah plak ... kena gi jumpa doktorlah lepas ni....

Wednesday, January 26, 2011

GEGAR BLOG : Soalan 3


Soalan pertama: Di manakah tempat pertama kali blogger ini bekerja?

Soalan kedua: Senaraikan apakah nama empat gambar yang anda lihat disebelah kiri paling atas blog blogger ini ?
Soalan ketiga ... dari Ben sendiri .. 78 + 78 + 78 + 78 = ENTRI TERKININYA ...
Dah jawab kat komen Ben T__T

Majlis harijadi yang lupa nak cerita :)

9 Jan hari tukan birthday No 2. Macam aku pernah cerita dulu, tak berlebih2 masa menyambut hari jadi anak... meh aku share camner semenarnya majlis tu aku buat.

Birthday dia hari Ahad, tapi aku sambut hari Isnin sebab abah dia balik pagi senin tu. Tak buat pagi sebab aku kerja, balik kerja terus topping cake yang aku dah buat ahad malamnya.

Strawberi adalah mesti untuk kek coklat :)

Then, masak spagethi sendiri. Before maghrib semua dah siap.

Lepas jek maghrib, mak aku buat doa selamat sket... yang ada masa tu cumer kami sekeluarga jek. Anak aku dan anak adik aku, mak aku yang jaga jadik dioranglah yang ada masa tu.

Lepas doa selamat, kami buat majlis potong kek. Tiup lilin buat suka2... then potong kek.

Gambar kek setelah pasang lilin.... sampai kena ganti lilin baru sebab tunggu abah dia amik camera :)

Cube tengok, pakai baju tidor jek :)


Birthday boy :)

Abah dia tukang pegang kamera. Mak dia... out of the camera :)

Happy birthday Rizmal Hasry, semoga jadi anak yang soleh, membesar sebagai anak yang cergas dan cerdas. Kurang2kanlah cemburu kat adik awak tu yeaaa...

Mak sayang mal :)

Tuesday, January 25, 2011

Tak sempat jengah segmen blog Ben Ashaari

2 hari dah lepas segmen gegar blog Ben. Soalan bonus memang takda rezeki nak singgah. Soalan 1 tak sempat nak blogwalking. Soalan 2... tak sure soalan apa...
tau2 dah ada pemenang ... huhuhu

Kenapa tak sempat? Sebab semalam aku ada kelas dari pagi sampai petang. Sempat buat entry jek... ptg balik umah... aku terus tido kepenatan :( aku rasa kaki aku macam dah kembang sebab berdiri sepanjang kelas dijalankan

Hari ni plak... aku kena settelkan makmal yang sepatutnya dah setel lama dah... ptg plak ada bengkel... balik keje... kepala aku dah sakit.

Oklah... nak gi makan panadol. Harap2 esok bolehlah aku join skali segmen gegar blog tu.... rugiiiiiii

Contest matjoe reader choice choose now


Aku join satu contest yang matjoe anjurkan tentang azam tahun 2011. Artikel yang aku buat untuk masuk contest tu ialah yang ni ...

Korang singgahlah sini untuk tengok contest tu.


Kalau korang rasa azam aku patut menang tak menang takpa... asalkan tercapaiii ... aminnn korang tinggalkan komen untuk pilih pemenang kat situ.




notakaki : aku buat post ni guna sticky post... belajar dari ...aurikelsan.blogspot.com. Post terkini, kat bawah ekk :)
nota tambahan... abih dah sticky post... takleh nak lawan post hans dengan Mama Zharfan... Good luck to them :)

Cerita hantu di TV

Sekarang ni , cerita genre seram adalah sangat popular. Seram bercampur komedi, seram bercampur sedih, seram bercampur romantik, seram gilerrr...

Hmmmm... aku tak kisah nak keluar cerita apa pun kalau kat pawagam . Masalahnya, lepas kuo pawagam, dia kuo kat TV plak. Yang dah memang untuk TV pun ada gakkkk...

Hantu nak pandang tepi lah, hantu nak balik kampung lah, hantu nak melompat lah, hantu nak hantar anak gi sekolah lah...banyak sangatlahhhhh.

Pagi ada, petang ada, malam ada nak nak hari khamis malam jumaatttt !! .

Cerita tu aku suka, tapi konsep dia aku tak suka... Pehal plak??? Sebab sekarang ni anak aku no 1 dan 2 nak mandi pun kena teman dengan mak dia. Nak pergi kencing pun kena tunggu depan pintu bilik air. Apa kessss....

Tayanglah malam2 selepas pukul 10 ke.... pukul 11 ke.... masa tu anak2 aku dah tidooooo...

Sekian luahan hati seorang mak. :P

Monday, January 24, 2011

Isu plagiarism dalam blog adalah sesuatu yang sukar untuk diungkai.

Tetiba jek nak cakap benda yang serius sket ptg ni. Sebab kepala adalah letih dek berdiri sehari suntuk sejak dari semalam. Isu apa? tajuk kat atas tu tak reti tengok ke :P

Apa itu plagiarism@plagiat?
Merujuk kepada Akta Universiti & Kolej 1971, kaedah plagiat membawa maksud
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau
(b) suatu cabaran untuk menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil dari sumber lain.

Jadi, jika seseorang individu itu
  1. menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain.
  2. menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
  3. memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila ia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;
  4. memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, samada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidik akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;
  5. menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;
  6. menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaannya sendiri;
  7. menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya tau ciptaan sendiri;
  8. memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia adalah pencipta idea-idea itu.

Maka, individu itu telah melakukan kesalahan plagiarism @plagiat.

Definisi tadi lebih berkaitan dengan penulisan pelajar dalam laporan penyelidikan atau thesis pelajar. Dalam blog?

Sunday, January 23, 2011

new post yang tak siap2

kali ni dah masuk 10 kali aku bukak new post ni tau dak...

sepatah ayat pun tak keluar2 lagi...

dok bukak, tutup, bukak, tutup...

tulis, padam, tulis, padam...

apa nak jadiklah ni labuuu....

aku pi tengok header orang jeklah ... :)

Saturday, January 22, 2011

nak tulis blog pun perlukan kemahiran .. tau dakkk

betulll.... bukan senang nak menulis ni... walaupun cmer sekadar tulis blog.

kenapa susah?

1. penulisan haruslah tidak menyentuh isu sensitif

nak tegur ke... nak komen ke... nak perli ke... haruslah tidak menyebabkan orang lain kecil hati... nanti niat baik... tak pasal-pasal jadik tak baik. Tak caya? Cube kalau kawan korang ada bau badan... adakah korang akan terus tegur dia... "eh badan kau bau busuklah"... cuber try tengokkkk... tak pasal2 masam muka sebulan tau dakkk... samalah macam dalam blog gak ... kena guna cara holistik :)

2. penulisan haruslah menarik

semua perkara yang berlaku dikehidupan seharian adalah menarik... tapi nak tulis dalam blog dan jadikan dia menarik adlah susah... pada penulisan seorang blogger, ia cume jadi siaran ulangan... tapi pada blogger yang lain, jadi seronoklah plak... pelik kannn... itu kemahiran bercerita namanyerr... :P

3. tahlah... aku sebenarnya tengah susah nak perah idea nak tulis blog ni... tu yng aku keluar 2 idea kat atas tu... tip2 tambahan... korang tambahlah ekk :)

nak studi... esok ada kelas... nanti azam aku tahun 2011 ni tak tercapai plak :)

salammm...

Friday, January 21, 2011

preloved item untuk dilelong .... taklahhhh...

Cmer nak bagitau... kalau ada 3 orang hero yang berumur antara 1 1/2 tahun hingga 5 1/2 tahun, maka janganlah berangan nak pakai barang yang mahal2 yek... Sebab, diorang ni bukan tau nilai satu2 barang tu.

Hmmm... dahlah mahal, hadiah birthday plak tu... bila nampak diorang main baling2... rasa cam nak nangis... Nampak tak crack kat cermin dia... warranty dah abih plak tu... apo den nak kato.

Nasib baik mak sayang korang yeaaaaa......

Thursday, January 20, 2011

bangun pagi dan lihat wajah anak2 adalah sangat syahdu rasanya

Bila dah jadik mak, kamu sume akan faham perasaan ni.

Bangun pagi, siapkan sarap untuk anak2, tengok mereka main sama2 pagi2 walaupun masih belum mandi. Baju comot, bau asyem :)

Hmmm.... syahdunya rasa... tak tau nak cerita

my heroes :)

Wednesday, January 19, 2011

petua untuk mereka yang tension bekerja

Baiklah kawan2, seperti yang anda ketahui bahawa pekerjaan itu adalah satu tanggungjawab. Sila jalankan tanggungjawab anda dengan sempurna, kerana kerja itu juga ibadah yea kawan2.

Cume, kalau kerja tu dah kita maklumkan masalahnya 3 minggu lepas, tapi pihak yang berwajib buat derk jek, sampai akhirnya kita juga yang terpaksa menanggung semua masalah, maka... wajiblah kita marah mereka2 yang selalu amik ringan jek pasal kerja sehingga kita yang kena tanggung menjalankan terapi untuk menenangkan kepala yang tension.

Apa itu?


Kita mestilah pergi shopppingggggg :)


Aku telah pergi tadi, dan sekarang telah rasa reda sikit tekanan kerja aku :P


Shopping apa?



Tadaaaa....

Aku pergi MpH beli buku2 yang takda kena mengena dengan kerja aku... hehehe sukeeeee T__T

Notakaki : Walaupun shopping, tapi aku dapat diskaun tau... jimat2 ...

JOM GEGAR BLOG

Ia sudah kembali lagiii... mari ramai2 kita join segmen baru Jom Gegar Blog ni...

Blog aku takde widget yang bukan2, blog ni aku punyer sendiri, dan setau akulah... blog ni takda virus... jadi rasanya aku bolehlah join segmen ni... :)

Jom pakat ramai2 kita join skali :)

Tuesday, January 18, 2011

berbengkel sepanjang hari

Hari ni, aku dan kengkawan satu departmen duduk berbengkel menyiapkan borang permohonan untuk penyelidikan. Terpaksa duduk bersama barulah boleh siap kerja. Kalau tak, masing2 mungkin tulis permohonan ikut syok sendiri.

Aku lebih suka bengkel dari mesyuarat...
takda orang berbalah tah ahap2
takda orang yang menunjuk mereka yang lebih bijaksana
takda orang membangkang polisi yang dah sedia ada

tapi, bengkel tu penat... kena pk, kena buat kerja

aku tak kisah, sebab kerana itu tanggungjawab aku sebagai pekerja.

Mudah-mudahan berkat setiap bulan gaji yang aku terima.

Monday, January 17, 2011

tip untuk mereka yang cuti lama

Minggu lepas kan aku cuti agak lama... sebab tak sihat... bukan sebab suke2 tau dakk.

Jadi hari ni dah naik keje dan banyak keje telah menunggu.

Bagi mereka2 yang macm aku ni...this is how i manage my work

Step 1 : Senaraikan semua keja yang pending minggu lepas.
Step 2 : Susunkan dateline bagi senarai kerja mengikut susunan paling terkini dulu diikuti oleh tarikh2 terkemudian.
Step 3 : Dari senarai dateline tarikh yang sama , susun mengikut task yang paling mudah selesai terlebih dahulu ( tempoh kerja siap lebih cepat)
Step 4 : Uruskan kerja mengikut susunan tadi. Setelah selesai setiap satu task, sila potong daripada senarai.

InsyaAllah, kerja anda akan berkurang dengan lebih pantas dari jangkaan.

Hari ni : 2 kelas dah siap, assignment untuk pelajar dah upload dalam elearning, Jadual amali dah kemaskini, tinggal siapkan borang permohonan research untuk bengkel esok. Alhamdulillah.

Nak sambung keje.. ciowwww :)

Sunday, January 16, 2011

hujung minggu yang sibuk

Hari jumaat demam... Gi klinik mintak MC... dapat
Cuba nak tido... hmmm... susahlah plak nak lelap... dah penat kejam mata... dapat tido sejam jek..
bolehlah... bila berpeluh sket badan tu... sedap gaklah rasa

Tapi... tekak masih perit... badan rasa lemah... kepala adalah senoneng ...

Sabtu... ada kelas... terpaksa masuk kelas sebab pertemuan pertama... persediaan pengajaran adalah teruk... terpaksa terus terang dengan diorang... nasib baik mereka faham... balik malam... tak boleh buat apa2... awal2 dah masuk tidor... tak larat...

Ahad... pun ada kelas... kumpulan lain... terpaksa juga masuk kelas... sebab pertemuan pertama... persediaan pengajaran? lagi hancur... pendrive pun tinggal... dapat deliver satu topik jek... terpaksa habiskan kelas awal... kena ganti masa kuliah nanti ... hmmmm... mesti... harap mereka faham...

Esok dah keje balik... kelas awal pagi... pukul 8. Harap2 kesihatanku masih baik... time kasih pada yang mendoakan kesihatanku ekk...

Nak gi minum air... lot's of water... to flush all the toxin... wish me well...

Friday, January 14, 2011

Hari ni betul-betul demam

Pernah tak korang, masa tengah sakit dan tak larat nak pergi tempat kerja, duduk kat rumah dan cuba untuk tidor... tapi ofis telefon sebab nak tanye pasal masalah kerja?

Pernah tak?

Tak pernah?

Hmmm.... takpalah....

notakaki : nak cuba sambung tidor balik yang telah terganggu... T__T

Thursday, January 13, 2011

minggu demam

Senin, mak demam.

Selasa, adik no 2 demam.

Rabu, adik no 2 masih demam, adik no 1 start rasa nak demam.

Khamis, babysitter anak aku demam.

Jumaat.... hmmm jangan aku pulak demam... udahlahhhh ...

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA

BEN buat segmen lagi... klik sini kalau nak join skali...
Aku nak bermadah malam ni ...

Cuba lihat
Laluan itu penuh liku
Ada akar, ada halangan , ada batu,..
Tapi kau tetap teruskan langkahmu
Kerana kau lihat
Dihujung sana ada cahaya
Indah menjanjikan segala…
Impi, mimpi, cita
Teruskanlah…
Aku sokong perjuanganmu
Kubantu dengan melindungimu dari hangatnya mentari
Moga tercapai citamu nanti…
Wahai anak jati, pertiwi….

Saya ada date dengan doktor hari ni.

Hari ni aku tak keje, pepagi lagi dah melangut kat hospital. Ada appointment dengan Dr sebab nak tengok progress kesihatan aku selepas dapat baby.

Aku naik teksi gi hospital sebab kalau drive bermakna aku akan buat tawaf beberapa kali sebelum jumpa tempat parking. Sampai sana, gi kat tempat pendaftaran dulu. Skang kat HSA, pendaftaran adalah berpusat. Ambil nombor, tunggu diorang panggil.


Walaupun ramai orang, tapi tak lama tunggu sebab fail kita memang dah siap... tinggal nak ambil jek.


Kena bayar RM5.00 sebab tak bawak GL memang tak pernahnya aku bawak sebab aku tak pernah ingat nak mintak kat pejabat

Lepas dapat fail kesihatan, pergi ke bilik 5 dan tunggu Dr check. Pukul 11.30 aku selesai jumpa Dr. Takda papa masalah, blood pressure normal, 6 bulan lagi datang untuk tayang muka lagi :P

Ok... belum habis lagi. Skang kena tunggu depan bilik ambil darah pulak.


Nombor aku 650. Masa keluar dari bilik Dr, nombor yang sedang dipanggil dipusat ambil darah adalah 595. Hmmmm... dekat sejam gaklah tunggu.


Dah siap.. Hantar sampel darah ke makmal, dah boleh balik. Nak singgah makan kat kantin hospital, tak jadi sebab takda lauk dah...

Letih sebab menungguu lama jek... alla memang dah macam tu pun... nak buat camner... kat mana2 pun, kalau ramai orang, memanglah kena tunggu lama. Aku tunggu lama kat hospital kerajaan, aku ok. Orang lain? Hmmmm... nantilah aku citer

Pesanan penaja : sila minum air masak banyak2... ia sangattttt baik untuk kesihatan :)

Tuesday, January 11, 2011

Try masak guna breadmaker | roti lagi

Ini bukan kali kedua aku masak roti, tapi dah kali keempat. Sebab, kali kedua dan ketiga failed :(

Tak pasti mana silapnya. Aku guna exactly resepi yang sama masa buat kali pertama tu. Resepi dari breadmaker yang aku beli tulah.

Ni resepinya : **Sila masukkan ke dalam breadmaker ikut aturan atas ke bawah

190 air
160 susu cair ** aku tak masuk susu cair pun... guna air jek
560 g tepung roti ** aku guna tepung gandum biasa jek
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar butter
8 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis

Oleh kerana kali ke 2 dan 3 tak jadi - roti adalah tidak naik dan keras :P maka kali keempat ni aku beli tepung roti dan bread softener.

Follow similar step, tapi tambahkan satu sudu kecil bread softener ** aku masukkan lepas masuk susu tepung. Masa masukkan gula, sila letak di sebelah kiri, manakala garam dan yis letak sebelah kanan. Kali ni, aku tambahkan yis jadi 2 sudu kecil.

Alhamdulillah, kali ni percubaan aku berjaya. Betullah kata mak aku yang yis tu tak cukup... sebab tu roti tak cukup naik.

Inilah hasilnya :)




Rasa macam nak nangis bila dapat roti yang lembut walaupun dah sejuk. Aku letak pewarna kuning telur sket sebab tu nampak warna dia kekuningan. Lepas ni nak cuba lagi, kalau guna tepung gandum biasa jek, jadi tak.... hmmmm ...

mari makan roti cecah kopi :P

Monday, January 10, 2011

Keletah no 3, buat mak dia pancit

No 3 skang ni tak reti dok diam. Ada jek keje dia. Kalau orang pegang dia, punyelah dia marah.. siap nangis kuo air mata.

Tak caya?

aktiviti 1 : Panjat meja


Aktiviti 2 : kacau abg tido


Aktiviti 3 : buat sepah


Hmmm... selagi dia tak tido... maknanya mak dia tak boleh lepas pandang. Bimbang jadik apa2 plak nanti. Jalan pun belum stabil sangat... kekadang tu salah step, tergolek :) Itu sebab mak dia pancit aka penat nak pengsannnn :)

Sunday, January 9, 2011

Adik aku dah revamp blog dia

Dalam famili, dia yang first buat blog. She create an excitement in me to try blogging. Jadi, bila aku baru dapat first follower, dia dah 10 orang okeihh...

Tapi takpa, biasalah, orang dah anak 3 ni, minyak pelincir dia dah kurang sket... slow slow kayuh :)

End Disember ari tu, aku pun mintaklah alamat blog dia. Nak linkkan kat blog aku ni. Masa tu blog aku adalah 12 orang follower **sedih** tapi dia dah masuk 40 orang. Dia tak nak bagi url blog dia kat aku, tapi aku pedulik hape... guna kuasa veto, dapat :) Kata adik-beradik kannn... sama2lah promote ye tak... :P

First time aku nengok blog dia, aku tegur tulisan dia tak boleh nak baca ... mau taknya... backgroud pink, tulisan merah... ada plak tulisan kuning... sakit mata okeiiihhh... Tak caya ... baca link ni :) x boleh kutuk depan2...kutuk dalam blog jelah ea..? heheheheheh .....

Tapi skang ni dah laennnn... dia dah revamp balik blog dia... sudahhh cantikkk... header sudah baruuu... adik aku comei?? ehhh memanglahhh... tengoklah kakak diaaa.... yang sulung :P bukan aku ... aku no 3 status ? tanya dia sendiri ... okeih ... takda salahnya nak ada boipren asalkan study score ekkkkk.... aku sporting sebenarnya, tapi kalau pointer jatuh... siappppp !!

Adiooossss ...

Selamat hari Jadi Anakku no 2.

Hari ni, cukup anakku yang kedua Rizmal Hasry, 4 tahun.

Sekejap jek masa berlalu. Macam baru semalam jek rasa sakit bersalinkan dia.

Dah makin tinggi, dah makin cerdik, cmer nakal tu ada makin naik sket.

Tapi, itulah buah hatiku. Buat aku ketawa saat marah. Buat aku gembira saat menangis. Buat hari-hariku penuh dengan warna pelangi.

Mak sayang Mal tauuu... sungguh. Moga jadi anak yang Salleh.


Hari ni tak sambut lagi birthday dia... abah dia keje.
Malam esok baru sambut, just buat makan2 famili jek.

Ok... nak gi masak kek untuk dia. Homemade dari ibu buat anak tersayang :)

Saturday, January 8, 2011

Try masak pakai breadmaker | Pizza

Hari ni aku try masak Pizza pakai Breadmaker yang baru beli ari tu pulak. Guna resepi dari wanitaniaga.com. Cuma aku buat 2 adunan dan tambah satu sudu kecil bread softener.

Gambar b4


Gambar after


Oleh kerana aku guna breadmaker, aku just masukkan semua bahan ikut urutan berikut :
1. air
2. tepung
3. susu
4. bread softener
5. gula ( letak sebelah kiri)
6. garam ( letak sebelah kanan)
7. yis ( letaj sebelah kanan)

Lepas tu tekan butang on, pilih setting nombor 7 (bread dough). Setting ni akan jalan selama 1 jam 1/2. Masa awal tu dia akan uli sampai tepung bersatu jadi 1 bulat, masukkan butter. Pas tu biar sampai siap. Dan teruskan proses ikut resepi ekk...

Rating ... roti sangat lembut (mungkin sebab tambah bread softener) Alif kata, sedap... tapi macam kurang sikit :P

2 loyang ... selesai. Dia sorang makan 3 potong :)

Friday, January 7, 2011

Tatoo pada jari


Cantik tak? Tatoo macam ni buat percuma jek. Tak payah bayar sesen pun. Camne buat?


Tiap kali merefil benda ni... comfirm dapatlah... habis tu... susah benoooo nak menolak keluar tempat copnye tuuu... korang ade? hihihi...

Kerja laju vs kerja slow

Dalam alam kerja ni, kita akan jumpa macam-macam perangai.

1. Ada pekerja yang bila dapat arahan, pnyerlah lama nak siap. Dari hari ke hari... macam2 masalah... tak siap2.

2. Ada juga pekerja, yang sangat cepat buat kerja. Tapi, kalau tak semak balik, alamatnya ada jeklah yang salah.

3. Ada juga pekerja, yang buat kerja perlahan. Tapi kalau dapat kerja dari dia, memang full swing. Mantap.

4. Ada juga pekerja yang buat kerja laju. Kalau semak kerja dia ... tip top.

Korang pekerja yang macamana?

Selalunya aku pekerja no 4 bukan masuk bakul angkat sendiri ekk... memang betul !!

Tapi sekarang aku dah selalu berubah menjadi pekerja no 2. Sebab, tengah2 aku buat A, bos suruh buat B, sambil siapkan B, tetiba jek dia suruh buat C. Macamana aku nak semak kerja aku? Jadik.. aku buat jek dan hantar. Nasiblah... semuanya nak cepat noooo.

Notakaki : Ok, ayat akhir tu ada nada tinggi sket. Mintak maaf yekkk...

Salah nombor

Pagi2 dapat miss call. Aku msg balik pada nombor tu

** ayat aku **
Siapa ni? Apa yang saya boleh tolong?

** ayat reply **
cye nia ... urm ... cOrie ... salh dael 6be td ... maap ye

Aku baca message ni 3 kali baru faham. Tu baru 1 line. Kalau dapat 1 paragraph... macamanalah aku nak paham. Korang paham??

Thursday, January 6, 2011

Masa yang paling sesuai untuk Lunch

My Lunch time is flexible.

Kadang2 kalau kelas pagi, aku makan lewat sket.
Kalau kelas pukul 2... belum pkul 1 aku dah gi lunch dulu...
Kalau ada kawan nak gi lunch... kitorang akan keluar pukul 1 lah... macam biase

Tapi masa bila paling aku suka pergi lunch?

Range masa after 2 - Masa ni, aku sure tengah lapo yang amat... nampak apa pun sedap... jadik kebarangkalian aku gi makan kat tempat mahal adalah besar. peruntukan selalu terlebih Lagipun, kalau gi time ni, kebanyakan tukang layan dah penat... tukang masak pun dah penat. Order memang komfirm lambat. Kalau nasi campur? Hmmmm abih dah laukkkk

Range masa lunch 1 - 2 - Masa ni memang makanan adalah superb. Lauk memang banyak... Perut steady lagi... boleh pilih2 nak makan kat mana. Tapi oleh kerana majoriti staff makan time ni, faham2 jeklah ekk... ramai dan kerusi adalah tak cukup. Parking adalah penuh.

Range masa 12 - 1 - Biasanya kalau aku gi makan time ni, maknanya aku tak breakfast atau sempat makan roti sekeping jek. Parking kosong, kerusi kosong, tapi masa ni, lauk belum abih idang. Apa yang ade jeklah ekk. Cmer, layanan adalah sangat memuaskan sebab kitalah yang paling awal :)

Ini based pada persepsi aku jek ekk... berdasarkan pengalaman aku pergi lunch selama aku bekerja kat sini. Jadi, kalau boleh memang aku suka pergi awal, b4 1 o'clock. Boleh makan dengan amannnn :)

Korang camner??

Alif dan botol air

Masa hujung tahun lepas, anak aku no 1 tu dapat hadiah dari teacher dia. Dapat beg sekolah, botol air, pensel box, stoking, t'shirt putih, ada lagi... lupa dah.

Jadi tahun ni dia berkobar2 nak bawak botol air gi sekolah.

First day, aku isi air masak.
Second day, aku lupa nak isi air, sedar2 dah sampai sekolah. Tertinggal sudah.
Third day, cari segala pelusuk dapur ... takda pun botol tu. Memang comfirm tinggal kat sekolah.
Botol air tu kan hadiah, jadi ada gaklah kawan dia yang sama botol air.
Mak dia pulak, tak tulis nama dia kat botol tu aaa...ahhh... jangan cakap apa2 ekkk

Jadik, tok mak dia isikan air dalam botol No. 2. Pinjam... Tapi No 2 pnyerlah marah... tak bagi pinjam botol pada abg dia.

Lepas tu?

Hmmm.... biasalah... mak dia jadik rimau, dua2 senyap.
Dah simpan dalam reminder ... kena beli botol air baru, sama color, sama jenis... kena beli 2. Haihhhh....

Wednesday, January 5, 2011

Aku kena terjah .... waarrrrgggghhhhh

Pagi sampai ofis, aku memang tak sempat nak bukak blog. Bz2. Dalam pukul 11 lebih, sempat gak aku jengah sekejap sebab nak buat satu entry dan Ping ke gengblogger.com. Adalah singgah blog kengkawan kat bloglist aku. Tapi kejap jek...

Dah petang, lepas habis taklimat Nasib baik tak kena maigrain sebab banyak noooo nak kena pk dan buat dan dan dan .... tak tau nka citer sebelum balik.. baru aku dapat jengah.

Masa tu aku perasan, banyak gak orang masuk blog aku. Napa ekk? Mungkin ramai orang cari artikel pasal ASB kot... Hmmm... gaknyelah. apiii ... peliklah plak. Kenaikan adalah mendadak... Yelah, takdalah sampai ribu2.. ratus jek Aku pun gilah nengok trafik source dari mana.

Rupa-rupanya, Ben Ashaari review blog aku pagi tadi. Pukul berapa, tak taulah plak aku. Waaaahhhhhh... teramatlah terujanyaaa... Tak sia2 aku membuat header untuk blog aku ni walaupun skill tah hape2 :P



Time kasih banyak2 BA sebab bagi peluang blogger lain discover my blog. Time kasih gak pada yang terjah blog ni sampai ada yang follow skali... Terima kasih pada .... eh .. silap plak... ingatkan dapat award tadi :)

Okeihhh... Tulah nak share. Nilah linknya .

Notakaki : Korang rasa orang perasan tak yang aku asyik senyum sensorang :D

Check List kerja

Bila dah naik keje ni... kalau tak buat check list pagi2 masa sampai... alamat keje memang tak selesai.

Selalunya pun... tetiba kena buat keje ad hoc... nak siap tang tu gak plak tu... isy..isy

Check List kerja aku hari ni ialah

1. Buat Mailing group - sebab nak hantar maklumat pasal penulisan book chapter
2. Betulkan semula jadual yang dah bertindih tah hape2
3. Siapkan semua nota pengajaran untuk 1 subjek dulu <>
4. Pi Bengkel dengar taklimat tentang cara nak masukkan data permohonan secara online

Ok... sehingga post ni ditulis, aku dah settle no 1 ( tengah tunggu reply dari semua member sebelum nak emailkan latest projek) dan no 2 ( pnyerlah ramai orang kat ofis... )

No 4 akan bermula pukul 2.15 ptg nanti.

No 3 , sat lagi aku buat. Skang aku nak pergi makan dulu... perut aku dah main lagu hip hop...
Balik kang aku sambung.

Harap tercapailah objektif aku ari ni... korang bz kerrr???

Header blog baru

Dah 2 hari start kelas... letih menguruskan segala jadual waktu... pendaftaran... hmmm...
kepala adalah berat...
badan adalah letih...
mata adalah mengantuk...

Jadik... aku make up blog aku jek semalam... buat header baru.
Kan header tu macam memberi gambaran tentang tuan rumah kannn...

Ok tak header aku ni?

Tak ok... adoiyaiiii.... buat masa ni... pakai ni dululah ekkk...

Len kali kalu aku takda idea nak tulis artikel... aku buat header lain plak :P

Tuesday, January 4, 2011

Cuba teka siapa saya

Cuba tengok betul2 gambar ni. Apakah ia? Saya dan kawan2 ada dalam mangkuk sebelum dimasak. Rasa saya manis tapi kulit saya agak tebal sket. Pernah tengok saya tak?


Saya ada kaitan dengan gambar kat atas ni. Sumber gambar ni dari blog anitadahahs



Saya adalah UDANG LIPAN... :)

Boleh rebus saya dengan sedikit air, garam dan serai. Tapi kalau goreng dengan tepung lagi sedap...

confession : ini kali pertama aku makan udang lipan.... korang pernah :P

Monday, January 3, 2011

Cara Kira dividen dan bonus ASB tahun 2010

Tahun 2010 ni, ASB telah pun mengumumkan bahawa pelabur akan dapat agihan pendapatan dan bonus sebanyak 7.50 dan 1.25 sen seunit .

Jadi, berapa kita akan dapat ekk? Meh try kira

Dividen 7.5% tu setahun, jadi sebulan kiranya dividen ialah 0.625%.

Anggaplah saya ada menyimpan sebanyak RM1000 pada awal tahun. Lepas tu takde tambah2 lagi kannn... Jadi berapa yg saya akan dapat?
Baki minima sepanjang 2010 = 12 x 1000 = 12,000.
Maka dividen = 12,000/12 x 7.5% = 75.00

Bonus pulak lain sket kiraannya, ia dikira berdasarkan kesetiaan selama 10 tahun.

Jika saya telah menyimpan RM1000 tu sejak 10 tahun lalu ( 120 bulan) , maka
Bonus = 12,0000/120 x 1.25% = 12.50

Jumlah pendapatan = 75.00 + 12.50 = RM87.50

Note : Kalau baru tahun ni menyimpan RM1000 tu, maknanya dapat 1.25 sen jeklah bonus tu ekk ... maknanya... lagi lama lagi untungggg...

Kalau rasa macam pening... 4 hb Jan nanti... gilah update buku ASB tu ekk ... ciowww

Aku dah register dekat Gengblogger

Aku memang dah niat nak mengenalkan blog aku pada kengkawan sendiri. Napa lama sangat baru bagitau? Sebab memula berblog, aku segan. Yelah kita nak cari butang publish pun terkial-kial. Lepas half year, and a few experience... rasanye dah bolehlah share. Harap kawan2 aku boleh kenal aku dengan lebih dekat lagi. Not just by my picture, but by my story as well. Jadi, aku dah mula masukkan link blog aku kat facebook.

Second step, aku join GengBlogger. Tengoklah kat side banner aku tu. Ini pulak sebab aku berharap supaya aku dapat lebih ramai kawan yang berada di alam maya ni.



Pas ni, bolehlah selalu aku Ping post terkini aku. Happy blogging :)

Sunday, January 2, 2011

Try masak guna Breadmaker : Donut

Baru-baru dapat breadmaker, mestilah aku tengah semangat untuk mencubanya kan... Dah macam bebudak dapat mainan baru plak :)

First try, aku guna setting BreadDough. Dia uli dan tunggu dough tu naik selama 1 jam setengah.
Exactly macam resepi yang aku dapat dari SiRaSaIn HottzzZ Kitchen.

Hasilnya sangat lembut dan memuaskan. Cmer agak manis sket sebab aku gaul dengan icing sugar. Sila abaikan gambar latarbelakang tu ekk... :P

Kali kedua aku buat guna resepi yang sama, tapi aku pakai setting dough jek. Satu cycle amik masa 14 minit. aku ulang 2 kali. Bila siap aku biarkan dalam breadmaker tu dan tunggu dia naik 2 kali ganda (ambil masa dalam 1/2 jam gaklah... lebih sket kot). Pastu teruskan dengan uli, terap dan tunggu sampai dia naik sket, then goreng.

Hasilnya... sama tapi kurang lembut kalau dibandingkan dengan cara pertama.

Reason dia tak lembut ialah, setting breaddough akan repeat proses uli dan rise sebanyak 2 kali manakala dough hanya uli sahaja. Walaupun aku buat 2 cycle uli, tapi aku dah terkurang satu kali proses rise. Hmmm....dah paham dah... len kali aku akan guna setting Breaddough.

Itu sahaja tutorial kali ni ekk... jumpa lagi di lain masa :)

Bila orang Johor sebut Besok

Besok atau esok ada dua makna bagi orang johor

Makna pertama : Hari selepas hari ini
Contoh ayat : Sila hantar tugasan kamu esok selewat-lewatnya pukul 5 petang.
--> kalau hari ni Isnin, maknanya kena hantar hari Selasalah....

Makna kedua : Hari yang dirujuk pada masa akan datang
Contoh ayat : Kita jumpa kat rumah kau masa adik kau bertunang esoklah ekk.
--> Hari yang dimaksudkan ialah masa adik dia bertunang, mungkin adik dia bertunang esok, atau lusa, atau minggu depan, bulan depan keeee.....

Contoh ayat lain : Latihan yang saya beri bolehlah digunakan sebagai rujukan untuk final esok.
--> bukan esok final, tapi ikutlah tarikh peksa yang ada kat jadual tuuuu...

Ok, dah. Harap terang dan jelas.

Saturday, January 1, 2011

Mendidik anak : Reverse Psychology

Masa anak berumur 1 hingga 3 tahun, dia masih lagi boleh mengikut arahan yang kita beri dengan lebih mudah.

Tapi, bila dah masuk 4 tahun ke atas... selalunya arahan merupakan satu perkara yang susah untuk dipatuhi.

Bukan arahan susah mana pun, suruh makan, suruh mandi, suruh tido... hari-hari macam perang okeiihhhh.

Jadi sekarang aku cuba cara reverse psychology iaitu bila kita beri arahan tapi dia taknak buat, aku akan suruh dia betul-betul jangan buat . Tak paham ke apa aku cakap?

Contoh ekk... Kalau dia taknak mandi, aku cakap

"Alif, tak payahlah mandi tau... tapi malam nanti kalau kena gigit semut, jangan ngadu apa2 plak"

atau disituasi yang dia tak duduk diam kat majlis kahwin ke..., aku cakap

"Rizmal, pergilah main, nanti mak balik, tak tunggu mal tauuuu.... balik sendiri yea"

Buat masa ni... boleh tahan... berkesan gaklah... esok2 tak taulahhhh...

Breadmaker cosway

Salah satu kelebihan jadi ahli Cosway ialah Redemption point (RP). Bagi setiap pembelian RM50, kita akan dapat 1 RP. Ada macam2 barang yang kita boleh beli kat Cosway dan aku selalu beli vitamin untuk anak dan a few toiletteries like sabun basuh, ubat gigi etc. Even everyday kita beli gakkan...

Rabu lepas, aku dan suami beli Breadmaker Empress kat Cosway. Dengan 5 RP, aku hanya perlu bayar RM269 berbanding harga asal RM4XX. Kalau ada 70 Redemption kupon, lagi murah tapi aku tak cukup lagilahhh Lama dah ngidam breadmaker ni, senang nak uli tepung.... keeee malassss :P




















Besar tau Breadmaker ni, boleh sampai 3 pound berat roti. Setting dia senang. Ada warranty setahun dan kalau ada papa hal just hantar balik ke mana2 kedai Cosway.


First trial, buat roti manis. Ikut resepi yang ada pada breadmaker tu. Boleh tahan, cmer terlama sket bakar sampai crust dia agak keras.

Len kali boleh buat lagi :) Sukeeee....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...