Friday, December 31, 2010

Testing buat kek

Adik sepupu aku nak bertunang weekend ni. Dia mintak tolong aku yang amatur ni buatkan kek coklat untuk hantaran dia. Adoyaii... aku masak buat makan sendiri bolehlah. Kalau buat untuk hantaran , kena cantik2. Camno...

Jadik, aku pun try buat. Alang2 nak buatkan untuk anak sedara aku yang dapat PMR 8A.

Cam ginilah jadiknye...

Ok tak? Hmmmm.... sangatlah amatur.
Takpa aku dah beli bunga kat kedai bahan kek. Sok aku letak jek atas kek tu. Abih citer. Mudah2an orang belah sana suke. Aminnnn...

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN PENUTUP HARIAN



Soalannye...
1 ) QYAEF INRPSSEC dan saudara MAT GEBU
2 ) Apakah Nss Adish teringin nak sumbangkan untuk pemenang soalan harian ? Rujuk entrinya ..
3 ) Rujuk blog nazirulhazwan .. * bagi tajuk upon ipon the series yang paling banyak komen?? 4 ) Rujuk blog Norfa , DUNIAKU ?

Pendapat mengenai keseluruhan segmen blog BEN ASHAARI sepanjang tahun ini ..
Aku cumer berpeluang join segmen BA dalam bulan 12 ni jek, walaupun aku perasan yang ada macam-macam segmen yang telah dibuat sepanjang tahun ni. Tapi segmen 200 blog dan 500 blog memang best. Teringat masa masa sekolah dulu-dulu. It's like a game. Sangat mengujakan dan mencabar minda. At the same time, kena pantas. SOmetime, miss a few minit jek masa BA keluarkan soalan, dah ada yang submit answer... betul plak tu. Sedangkan kita masih terkial-kial mencari jawapan. Sambil tu, orang kata dok menyelam kita boleh gak minum air. Ramai gak kawan2 blogger discover blog kita, dan kita pun dapat jumpa banyak blogger yang sometimes very interesting walaupun baru 1 @ 2 bulan berblogging. Hope he will continue his effort ... it really light up my blogging experience.

Penjamin pinjaman

Pagi ni ada member ofis mintak tolong aku jadi penjamin kedua untuk anak dia. Anak dia dapat belajar kat oversea. Pandai anak dia... anak aku tak taulah esok macamana.

Masalahnya, jadi penjamin ni bukan main-main. Walaupun cume penjamin pinjaman pendidikan. Dah banyak kes aku dengar, peminjam tak bayar balik, penjamin kena blacklist. Jangan kata kawan, adik - beradik pun ada yang kena. Aku plak, bukannye berduit noooo.

Cmer ... rasa tak sedaplah. Bila aku tolak permintaan dia sebab aku dah jadi penjamin adik2 aku alasan ni betul ekk... tak tipu , muka aku rasa macam nak terbakar. Panas lain macam jek rasanyer. Rasa serba salah sangat sebab terpaksa tolak permintaan kawan sepejabat.

Betul ke tindakan aku tolak permintaan dia tu ekk... isyyy...

Thursday, December 30, 2010

Meh sini kenal anakku yang no 3

Rahmat Hidayat bin Ghazali

Lahir pada 23 Jun 2009. Berat masa lahir 3.1 kg.

Personaliti –
pendiam **tak banyak cakap, tapi skang ni adalah gak tegur2
observer ** oleh kerana dia baru setahun setengah maka dia memang akan perhatikan segala perangai dan tindak tanduk abg2nye... dalam diam dia belajar tauuu,
manja **dah dia yang kecik kat umah tu... semuanya mak sedara, pak sedara, atuk manjakan dia punnn...
pemalu **kalau orang tak kenal, tak maunye diaaaa... siap dikepitnye kita sekuat ati

Kegemaran : semua makanan dia suka buat masa ni sebab sedang explore all kind of taste but he really luv sweet stuff, bubur sekarang dah tak sedap :P


Tido tak pakai bantal... suka ajak dok kat luar ... suka manjakan diri ... suka ajukkan abg dia nangis ... suka ketuk abg dengan botol susu...

Keletah dia makin hari makin menjadi... :D

Wednesday, December 29, 2010

Meh sini kenal anakku no 2 plak

Rizmal hasry bin Ghazali – Lahir pada 9 January 2007, Berat masa lahir 3.4 kg,

Orangnya lasak - kalau dia sepak ke dinding ke, bukan reti pelan2, sakit tauuuu ,
manja - selalu nak duduk kat peha, nak mintak tepuk masa tidor ,
kuat cemburu - tak boleh adik dia kat mak dia sket, jellessss manjang,
takutkan binatang - kalau kucing datang dekat, dia terus menjerit tak hengat,
dominan - kalau boleh nak ikut cakap dia jekkk ,
lokek sket - mainan dia dia pnyer, mainan orang dia pnyer :P
Sangat teliti - even small changes can be noticed by him ...

Kegemaran : ape je jenis sup, any mee especially maggi mee, susu @ milo kotak, telur rebus..

No 2 ni sangat suka memanjakan dirinya. Skang ni selalu sangat gaduh dengan adik dia yang no 3 ** next entry aku citer pasal dia plak ** Dah nak masuk 4 tahun pun tetap nak mintak dukung, nak mintak tepuk masa nak tidor. Oleh kerana aku dah tak berapa nak dapat manjakan dia, maka dia selalu create tantrum... hmmmm.... makanya dia memang skang ni selalu kena marah dengan aku. Bila aku dah marah, then aku pujuk balik, siaplah dia nangis sampai dengar satu kampung.

Social skill ada susah sket, nak share barang mainan adalah susah, kawan mesti main ikut cara dia... harap bila sekolah nanti, dia akan lebih berdiplomsi.



Kalau tengok muka dia, nampak budak yang sungguh baik kannnn :)

Keletah no 1

Meh layan gambar buah hatiku ni.
Skang ni tengah dok kira hari nak naik sekolah. Siap marah kenapa teacher cuti lama sangat... :)

Comel kan dia pakai baju sekolah... ada tokoh wakil rakyat tak?

Basikal ni tak muat dah... kaki dah jejak... dia kata "tak boleh nak rempit" ^_^


Sometimes, he can play on his own quietly dengan syarat adik dia tak kacau

Boleh tahan gak dia posing kan..kan..kan ...

Tuesday, December 28, 2010

Meh sini kenal anakku no 1

Nama : Alif Izzudin bin Ghazali

Lahir pada 1 Ogos 2005. Berat masa lahir 2.9 kg.

Personaliti : Petah berkata2, peka dengan alam sekitar Tak boleh nak cerita pape hal yang secret depan dia, he will definitely notice, sukakan binatang suke2 hati jek dia nak peluk kooo , suka berkawan, murah hati kalau beli papa, ingat jek kat sume sepupu2 dia ,

Kegemaran : kek coklat, aiskrim, donut especially with chocolate topping, mi kuning, susu @ milo kotak

Kerana anakku yang no 1 nilah aku sibuk masuk kelas buat kek dan segala bagai. Sebelum aku reti buat kek yang menepati citarasa dia, dia selalu request kek dari seasons. Secret recipi? Sori, aku tak ajar dia makan sebab mak dia kedekut :P

Skang ni, dia dah tak berapa kisah sangat and anytime he wish for it, I'll try to find time to bake it for him.

Next year dia akan masuk tadika 6 tahun. His progress, taklah excell macam anak2 lain tapi aku tak push him too much, but he's getting it quite ok.

Dia dah pandai komplen skang ni yang aku selalu marah dia, selalu tak bagi dia buat sesuka hati dia... but he knows that I luv him sooo much sebab tu dia pandai manipulate aku

Nanti aku citer pasal no 2 plak ekk.... c ya

Monday, December 27, 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2) harian


Segmen 500 Blog mencari harta Karun - Soalan 2 Harian

2a) 97 - anis.farhana

2b) 6 ( kira yang cik moza jahit kannn... jadik tak jadik belakang citer aaaa.... )

Pendapat anda mengenai soalan 2 ini ..

Perghhhh... sungguh mencabar minda. soalan 1 tu memang jenuh gaklah nak memikir apa yang nak ditambah, ditolak, dibahagi.... puaslah mencari nombor follower, bilangan view page, bilangan post.... rupenyer2 nombor list pada 500 blog rupenyer.... nasib baik dapat gak akhirnya. Klue paling membantu ialah Dapur Tanpa Sempadan hihii... Soalan b plak... pnyerlah jenuh mengodak setiap posting cik moza... mengira setiap handmade wallet yang dia jahit... Saya masuk dari archive paling awal nuuunnn tahun 2009 tau dak... sebab jawapan ni memang takda setakat kat title posting atau nama blog... tapi best gakkk... memang mencabar minda... Sukalah mencari harta karun style macam ni. Cmer nak menulis pendapat ni jek yang jenuh sket nak mencukupkn 100 perkataan...

Dah siap entry... en ben.. ada can kaaaa???

Terima kasih suamiku

2 minggu lepas ni, aku sibuk sket sebab ada mesyuarat pembentangan markah pelajar. Maksudnya, aku kena siapkan laporan markah pelajar dari kelas aku sekaligus merangkumi peratusan pelajar yang lulus, gagal, refleksi pengajaran, penambahbaikan, bla,bla,bla... ok tanak citer pasal keje.

Jadik, setiap minggu bila myhubby balik, dia akan stay at home with my boys untill aku balik keje. Serius tak syok ok. Masa ada cmer ptg untill mlm. Rasa masa tersangatlah singkat.

Jadik myhubby had been doing all kind of thing yang aku pernah mintak dia buat, termasuklah basu h keta aku ** basuh keta adalah his favourite and kalau tak remind, he might spend half day just with the car ** tapi keta sapa yang kilat ye takkkk :P

So, nak ucap time kasih banyak2 buat myhubby sebab

Tolong basuh bilik air dan simen belakang umah


Pasangkan penyangkut baju dan jam dinding


Pasangkan cermin kat sinki walaupun tak dapat nengok muka sendiri okeih, saya memang rendang tapi comelll


Dan macam-macam lagi my keje umah yang abg tolong serta sabar melayan kerenah anak2. And you know that I luv u sooooo much...


Notakaki : maaf ekk, rasa macam jiwang karaattttssss plak pagi ni :P

Sunday, December 26, 2010

500 Blog


Segmen 500 Blog bermula... aku nak join kali ni, marilah join skali sebelum 2 petang 27/12/2010 tauuuu ... :)
Ok, apa kena buat ekkk....

1. Kenalkan diri
Aku ni merupakan ibu kepada 3 orang anak lelaki. Aku bekerja dalam bidang pendidikan dan stay di Selatan tanahair. Suka mendengar, gemar bercerita, anything happen everyday is my longlife learning experience.

2. Tujuan jadi blogger
Nak kongsi cerita tentang diri, career, anak2 dengan rakan maya. I just need somewhere to share my thought and blog is such an adorable platform. Boleh release tension kerja sekaligus dapat kawan baru. Plus, blogging ni satu dunia baru yang sangat popular dikalangan remaja dan aku rasa aku perlu memahaminya bagi membantu aku mengenali anak muda masa kini ESPECIALLY my students.

Ok, harap memenuhi syarat dan boleh join segmen ni ekkk En Bennnn....

Adiossss...

Blogging Tips @ Tingkatkan follower

Selalunya, lagi banyak follower korang, kebarangkaliannya adalah lagi tinggilah trafik. Kenapa? Sebab selalunya bila orang first time masuk blok korang, dia akan tengok bilangan follower. Ni kerana persepsi bahawa banyak follower bermakna blog korang besh…

Camner nak banyak follower?

Kenalah promote blog korang kat facebook ke, kat twitter ke. Kalau blogwalking tu jangan lupa perkenalkan diri, follow blog diorang dan bagitaulah kat tuan umah yang korang dah follow diorang ** orang kata : tinggalkan jejak ** tapi janganlah plak paksa diorang follow kau balik, biolah diorang ikhlas follow sendiri...

Selain tu, cuba anjurkan aktiviti menarik macam pertandingan ke, segmen suaikenal ke, sure ada jek yang akan follow korang sebab nak ikut perkembangan aktiviti tu...

Tips yang ni aku tak buat, sebab aku memang pemalu orangnya **wink wink**

Aku nak tinggalkan jejak kat blog2 yang aku jengah pun , aku pk sampai 10 kali. Ingat senang ke nak beramah mesra dengan orang yang baru kita kenal ekk. Bukan aku sombong tauuuu. Tapi, sapalah aku ni kan. Even nak bagitau pada family yang aku ada blog pun aku segan. Sampai skang ni, adik beradik aku tak tau alamat blog aku ni tau dakk. Kengkawan ofis lagilahhh….

Tapi, dalam minggu lepas aku mula memberanikan diri untuk meninggalkan komen bila aku singgah blogwalking. Tak nak dah jadik silent reader. Nak kena buang perasaan malu. Malam kelmarin, aku join segmen En. Ben. Walaupun tak menang tapi dapat gaklah tersenarai sebagai peserta... Alhamdulillah. Naiklah sket follower aku dari 4 orang jadi 12 orang :)

Sket nooo... tapi takpalah. Time kasih ekk my follower. You light out my motivation.
Akan ku teruskan perjalananku dalam dunia blog ni. Jadi kengkawan sume, janganlah malu2 walaupun kita baru ekkk... See ya..

Rujukan :
http://www.blogputra.com/2010/02/trik-jitu-meningkatkan-follower-blog.html
http://mysuperkids.net/blog-yang-best-ada-ramai-followers-ke-subscribers/

Saturday, December 25, 2010

Contest MatJoe | Azam tahun 2011

Pertama kali aku berkongsi azam aku dengan korang sumer. Selama ni, azam tahun baru aku sensorang jek yang tau. Jadik kalau tak tercapai… orang tak tau :P

Aku bagitau korang tentang azam baru aku ni sebab Matjoe ajak join contest dia. Aku join ni pun bukan pasal hadiah dia tau... tapi sebab Matjoe yang buat contest dan aku respek brother ni sebab dia banyak ilmu tentang kewangan **dengan muka serius ** walaupun hadiah dia gempakkkk gilerrrr, kalau dapat tu kira bonuslah kannn


Tak caya?? gilah blog dia



So here it goes.

Aku harap …
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
" Aku sangat berharap yang aku dapat selesaikan thesis aku dan graduate tahun 2011 ni."

Itu jek yang aku boleh cakap …

masa tulis… air dah bergenang kat mata dan dada sudah rasa sebak sebab inilah impian aku dari tahun lepas ... jadik tak boleh citer panjang-panjang, emo :(


Mudah-mudahan, Tahun 2011 ni, Allah makbulkan. Aminnnn….

Nota kaki : contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)'

Kenangan melahirkan @Rahmat

Masa Rizmal berumur setahun sembilan bulan, aku dapati yang aku mengandung no 3. Masa dapat tau tu, aku mabuk masa jaga ayah lepas operation kat hospital.

Aku dan suami agak terperanjat sebab kami berdua sebenarnya merancang untuk tidak menambah anak lagi sehingga aku habis belajar. Tapi dah ditentukan Allah yang aku mengandung, kami terima seadanya.

Cumer, oleh kerana masa mengandung no 3 aku sedang belajar dan berada pada stage yang agak berat, aku mengalami depresi yang agak teruk. Lagipun, no 1 dan no 2 masih kecil lagi. Sehinggakan benda kecik2 pun aku akan tersinggung dan kecil hati. Selalu sangat aku menangis, tapi most of the time by myself. Akibat emosi yang tak berapa stabil, aku selalu demam dan badanku agak lemah. Bilangan hemoglobin (Hb) pun kurang sehingga aku kena makan pil untuk tambah zat besi masa trimester 1 dan 2. Kedudukan uri disebelah bawah juga agak membimbangkan kerana komplikasi mungkin berlaku pendarahan yang banyak masa bersalin.

Tapi syukurlah plak sebab masa mengandungkan no 3, aku kurang kena astma mahupun sakit pinggang macam no.2. Mungkin sebab aku jaga makan dan selalu minum susu. Bila masuk trimester ke 3, kedudukan uri semakin tinggi dan Hb pun semakin baik.

22 Jun 2009, aku bawa adikku yang bongsu untuk buka akaun bank sekaligus buat medical checkup sebab dia dapat masuk kursus biotechnology di UMP. Selesai semua hal, kitorang pergi beli barang dan singgah makan steamboat kat JUSCO. Sampai umah dah ptg. Malamnya, aku tido awal sebab rasa letih sangat.

Dalam pkul 1.30, aku gi bilik air sebab rasa lain macam. Skali, aku nampak ada darah, terus aku bagitau mak dan masuk bilik untuk salin baju. Masa tu, darah meleleh agak banyak hingga kain batik aku penuh dengan darah. Bila mak jengah aku kat bilik, dia terperanjat tengok penuh atas lantai. Adik aku Nolie dgn Is temankan aku kepusat bersalin, tapi diorang tak boleh tunggu. Aku minum air selusuh dan makan kurma masa dalam kereta sebab takut tak sempat nanti.

Malam tu, line celcom problemlah plak. Aku tak dapat call suamiku sehinggalah sampai ke pusat bersalin. Nasib baik mak dapat tepon pakai tepon umah. Nurse terus jek masukkan air sebab aku dah bukak 5cm. Tak tunggu lama, aku dah sakit kuat dan sedia untuk bersalin.

Alhamdulillah, walaupun aku alami macam2 hal masa mengandung, aku bersalin dengan sangat mudah. Langsung takda kena sebarang jahitan walaupun kali ni takda siapa pun temankan aku.


Tepat pukul 3.00 pagi, 23 Jun 2009 aku selamat melahirkan Rahmat hidayat bin Ghazali dengan berat 3.1 kg. Suamiku hanya bertolak dari Muar lepas subuh sebab bimbang dia tertidor masa drive. Dalam pukul 7.30 dia sampai untuk azankan anakku.

Friday, December 24, 2010

Segmen Ben Ashaari | 200 Blog mencari harta karun

Aku join segmen ni --> Segmen Ben Ashaari 200 Blog Mencari Harta Karun

Ok, ini jawapan aku :

1. miss nana (syazana amira) , http://syazanaamira.blogspot.com/2010/12/biarlah-aku.html(soalan 1 )
2. nur iqlima (cekgu Ima), http://cikguiqlima.blogspot.com/
Tajuk entry terakhir : 200 blog & Fatihah menjadi penawar ( soalan 2 )
3. Mizz Farah, http://nottygirlz.blogspot.com/( soalan 3 )
4. http://matkeli1000.blogspot.com/
Bisnis : Menjual ikan keli segar, ikan keli berempah, ikan talapia berempah dan yang terbaru ikan keli salai( soalan 4 )
5. Rasanya 400 jawapan ... ( soalan 5 )


Pendapat aku segmen tentang ini :

Pencarian untuk segmen ini lebih selesa kerana tempoh diantara soalan yang diberi secara berperingkat agak panjang. Blogger punya masa yang lama untuk menyemak setiap blog dalam senarai yang diberikan malahan dari sebelum soalan diberikan lagi kerana senarai telah keluar sejak pagi lagipun 200 blog tuuuu....jenuh gaklah menyinggah Pencarian ini juga agak menekankan aspek pemikiran logic dimana kebanyakan soalan yang diberi memerlukan blogger mengenalpasti identity setiap blogger yang tersenarai bagi memudahkan pencarian. Oleh kerana tempoh masa lebih panjang berbanding segmen sebelum ni, taklah kita semput sangat mengejar jawapan sampai tak sempat nak tengok blog2 tersenarai tu. Kali ni boleh gaklah baca2 post diorang dan follow yang kita minat … memori komputer pun taklah senak sangat, sempat gaklah amik masa untuk refresh.
So, itulah pendapat aku tentang segmen ni en Ben dan oleh kerana ia bermula siang, dapatlah aku join ;)

Berat tak blog aku?

Biasa dengar blogger lain cerita pasal blog berat. Rupa-rupanya, ia bermaksud bila kita bukak blog atau website tu, berapa lama kita kena tunggu untuk keseluruhan laman web tersebut di paparkan .

Kelajuan paparan laman web ni sebenarnya bergantung pada jenis sambungan atau rangkaian internet yang pengguna gunakan. Ia mungkin mengambil masa beberapa saat kalau pengguna gunakan line broadband tapi menjadi 2@3 minit kalau pengguna gunakan line 56k dialup modem.

Banyak perkara rupanya boleh memperlahankan loading time untuk laman web kite ni, macam size gambar yang besar, widget yang banyak, resolusi laman web yang besar, macam2 lagilah.

Macam blog aku ni, bila aku gunakan website ni punye speed tool , tempoh masa bagi pengguna yang pakai dialpun modem sekadar 56K sekalipun hanya mengambil masa 1.46 minit. Skang ni yang pakai dialup 56K pun tak ramai dah.

So, kira oklah tu kannnn...
Kalau korang nak check, ada macam2 speed tool available macam

Thursday, December 23, 2010

Jangan membazir...

Birthday I ari tu, hubby bagi handbag color putih.

Kan Handbag I yang hitam dah takleh pakai....

Jadi, bonus ujung tahun, hubby belikan satu lagi ... yang ni.


No 1 tegur... kan mak dah ada bag lain. Napa kena ada bag banyak2.
Aaaaa... mak membazir ekk.

??

keselamatan online data

Oleh kerana sekarang ni terlalu banyak data boleh diperolehi secara online, maka kita kenalah hati2.

Data ape? isyyy... macam2 data boleh diperolehi secara online macam gambar2 dalam laman social neywork, maklumat peribadi, internet banking, email korang. Semua tu kalau jatuh ke tangan mereka yang tak sepatutnya bahaya tau dakk.

Jadik, just nak ingatkanlah korang supaya jangan gunakan no ic, tarikh lahir mahupun no biasa seperti 1234 atau qwerty sebagai password. Senang beno orang nak hack. Gunakanlah kombinasi nombor dan huruf supaya password anda lebih kompleks dan sukar untuk diteka.

Satu lagi, rajin2lah tukar password anda yea. Password ni samalah macam kunci rumah kita tauuu.


Pesanan ini dibawakan oleh masyarakat yang prihatin. Selamat berblog :)

Wednesday, December 22, 2010

Kita follower yang macam mana

Setelah setengah tahun berblog dan berjaya akhirnya join segmen En Ben walaupun tak menang jadik aku rasa nak join gaklah segmen2 blogger2 lain gaklah.

Kali ni nak join segmen misz nana : anda follower yang macam mana??

Ok... jawab soalan nana ekk...

Aku ni suka follow blog yang bersesuaian dengan selera aku sebagai seorang ibu yang bekerja. Kalau blog tu santai, dan kisahnya rasa dekat dengan diri ini, aku akan follow sebab nak mengikuti cerita2 terkini yang seterusnya. Cerita pasal anak, macamana nak meneruskan kehidupan sebagai ibu yang bekerja sepenuh masa. Cerita pasal shopping, pasal cuti2, pasal masak2, pasal makan2 pasal camner nak kurus pun aku suke gak, tapi tak ngaku jekkkkk

Jadik napa plak aku follow blog misz nana ni?
Aku sebenonye baru jek follow misz nana ni. Itupun aku dapat tau pasal blog ni sebab join segmen en benlahhhh... Tapi, walaupun dia masih cik lagi.. aku sukalah blog ni...cara dia tulis rasa dekat jek dengan aku.

Pasal pe plak?
Sebab aku ada adik yang hampir sebaya dengannya. Lagipun, student aku pun lebih kurang umur cam nana ni gaklah. Interest anak remaja skang ni, tak sama macam aku masa remaja dulu. Generasi Y ...

Tapi ada banyak post nana ni pasal experience dunia blogging. Aku memang suka post macam ni sebab aku memang nak tau sangat experience orang lain berblog dan tips2 yang boleh aku guna untuk mengemaskini blog aku.

Ok... dahlah ekk... gilah usha kat blog misz nana kalau nak baca post dia atau kalau nak join skali segmen ni... mungkin korang akan setuju dengan pendapat aku ... chiooowwwww



Handbag kesayanganku..



Aku sayang handbag ni. Beli lepas Jabatan buat International Seminar tahun 2007. Cantikkan...

Tapi... oleh kerana lama dah aku pakai, 3 tahun dah tau... dan aku bukan jenis ada lebih dari 2 handbag pada satu masa maka ia sebenarnya telah worn out.





Singing Worshiping

Lihatlah keuzuran handbagku ini. Hmmm... nak tak nak, kena gak bubbye.

I will always luv you .. ecececehhh :P

Tuesday, December 21, 2010

Segmen : Menyusun BLOG paling pantas



Aku nak join segmen yang en Ben buat ni. Kena cari no 1 hingga 10 antara 30 blog yang disenaraikan dan susun semula...

Aku tak jumpa no 1, 2 dengan 6.... Arggggg, tensioooonnnn...

Jual ubat

Baru je baca artikel pasal Transfer Factor dalam blog aidid.

Malam tadi kawan lama mak & ayah datang. Orang tua, biasalah banyak penyakit.
Orang jual ubat pun suka nak jengah.
Dia datang promote produk transfer factor.
Gile, satu botol (90 biji) RM274.00. 1 hari makan 3 biji. Sebulan dah habis...
Aku rasa ubat ni hanya untuk menyihatkan orang kaya sahaja.

Monday, December 20, 2010

Blogging Tips @ backlink up traffic

Kalau korang masuk blog aku ni, tentulah korang perasan yang aku tulis apa je yang aku terfikir atau apa yang jadi hari2. Cerita dalam blog aku seperti diari harian berkisah dengan anak2, suami, kerja dan life.

Sambil berblog, aku akan blogwalking ke blog2 lain yang agak famous dan menarik berdasarkan cara penceritaan mereka. Mostly aku akan blogwalking ke blog2 yang bersesuaianlah dengan usia dan personaliti aku sebagai seorang ibu yang bekerja. Aku mula belajar cara pelbagai blogger menulis dan cuba melihat apa yang boleh aku sesuaikan.

Sepanjang aku mula menjengah dunia blog, aku perasan yang blog2 famous samada blogger dia yang famous atau blog dia yang famous biasanya mempunyai backlink yang banyak. Dalam erti kata lain, banyak blog2 lain akan perkenalkan anda kepada link blog popular tersebut.

Camnilah senang citer, kalau anda mengenali mana2 blogger yang glamer macam redmummy, ben ashaari, matgebu, hanis zalikha , etc dan diorang tolong promote blog korang, komfirm hit blog korang akan naik secara drastic. Manakala – kalau korang ada link dengan blog yang sangat tinggi capaiannya dan sangat dikenali ramai penulisannya, maka rekemen dari blog famous ini sangatlah dapat membantu menaikkan traffic blog anda. Itulah backlink. Sekaligus backlink ini akan meningkatkan SEO korang gak tauuu.

Kes study aku : dalam bulan Oktober, aku ada join blog Redmummy untuk review pasal blog dia. Oleh kerana aku memang mengikuti blog ni dan memang blog ini sangat fofular ada ke blogger yang tak kenal redmummy ni ekk maka aku pun memberanikan diri untuk menyertainya dengan buat artikel dan backlinkkan post tu kat blog redmummy. Of courselah team redmummy kena masuk blog aku dan tengok artikel yang aku tulis and at the same time ada blogger lain yang nak join akan masuk blog aku untuk tengok apa yang aku tulis gak. Samada nak cari idea mahupun nak tengok kualiti penulisan aku.



Serius, traffic pada bulan 10 naik daripada 60 kepada lebih 80 hit.

Rujukan :
http://www.ar-rifke.com/2010/01/bahana-backlinks-zero-kualiti.html

Sunday, December 19, 2010

Kenangan melahirkan @Rizmal

Sambung citer lagi ekk.

Masa Alif masuk 9 bulan, aku didapati mengandung lagi. Aku dan suami sebenarnya tak bersedia untuk menambah anak lagi. Tapi, mungkin rezeki telah ditetapkan maka kami terima dengan syukur. Mengandungkan no 2, aku sangatlah lemah. Aku kerap kena astma dan badanku naik dengan banyak berbanding no 1. Aku asyik kena sakit pinggang hingga satu ketika aku langsung tak boleh berjalan. Kaki sangat lemah, tak boleh nak berdiri, tapi tak sakit tauu. Tak tau kenapa kaki aku tak larat nak menampung badan. Mak sangat2 bimbang masa mengandungkan no. 2. Bila jumpa Dr, dia kata aku kurang kalsium. Sehingga ke trimester ketiga, aku kena makan pil kalsium 2 kali sehari bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku.

Subuh 8 Januari 2007, aku mula rasa sakit. Aku telefon FIL aku supaya bagitahu suamiku dikilang yang aku dah sakit. Kesian FIL aku, telefon2 tak dapat. Sudahnya, terpaksa tunggu suamiku balik baru dapat bagitau dia.

Dalam pukul 7.00 pagi, aku gi pusat bersalin dengan ditemani oleh kakakku. Nurse suruh kakakku letak barang kat katil dan suruh aku masuk ke bilik bersalin. Diaorang kata dah bukak 5cm. Terus jek dia suruh kakak aku temankan sebab suamiku belum sampai. Almaklumlah, suami aku tu kerja kat Muar manakala aku di Skudai. Ambil masa juga nak sampai. Aku tak sempat untuk makan kismis mahupun minum air selusuh yang suamiku dah siapkan. Nasib baik kat umah tadi dah makan telur sebiji dengan secawan air milo.

Bila dah sampai masa nak bersalin, aku rasa macam tak cukup tenaga. Sakitnya lebih dari no. 1. Tapi, Alhamdulillah dalam pukul 8.30 pagi, selamatlah aku melahirkan Rizmal Hasry bin Ghazali secara normal. Berat dia 3.4kg. Suamiku msg dlm pukul 9 tanya nak beli topup berapa hengget. Aku bagitau dia yang aku dah selamat bersalin. Terperanjat betul dia. Rupa2nya dia ingat aku akan sakit lama macam no 1.

Dalam pukul 9.00 dia sampai dan azankan no 2. Rasa sebak sket sebab masa bersalin dia tak ada skali tapi takpalah asalkan selamat.


Kalau korang bersalin, suami takda dgn korang, camner gaknyer korang rasa ekk...

Saturday, December 18, 2010

Blog Aideal Fitri

AKu suka gak blog Aideal Fitri ni.

Blog anak muda yang kreatif dan sangat suka berkongsi ilmu.

Inilah blog yang banyak bantu aku menyelami dunia blog.
Macamana nak letak search widget.
Macamana nak hilangkan teks yang tak berkenaan.
Macamana nak menngkatkan daya penarik laman blog anda.

Walaupun tak semua yang dia ajar aku buat,
sebab aku bukan anak muda yang suka fancy2 atau funky2.

Tapi aku suka blog ni.

Friday, December 17, 2010

Blogging Tips @ keyword untuk up traffic

Aku mula menulis blog pada awal bulan Julai 2010. Tujuan utama adalah untuk belajar apa itu blog dan kenapa orang berblog.

Kenapa pulak aku nak tau? Sebab aku dikelilingi oleh pelajar yang sangat celik IT. Blog dan social networking macam Friendster, Twitter dan Facebook adalah satu benda yang sangat common bagi mereka. Aku perlu cuba mengambil tahu akan apa yang mereka suka supaya dapat mendekatkan diri dengan mereka.

Jadi, kali ni aku nak share apa yang aku dah belajar setelah hampir 6 bulan berblogging.

Banyak jugak aku jumpa blogger yang start lebih kurang aku atau lewat sket dari aku macam blog aidid (October) dan blog honeyvsbee (Ogos) just to name a few tapi diorang dapat traffic yang agak tinggi bagi blogger baru.

Satu perkara yang membantu adalah keyword. JIka anda nak naikkan traffic, selalulah tulis artikelartikel tentang isu2 yang hot sekaligus masukkan keyword keyword berkaitan .. macam keyword jutawan, nama artis popular seperti Siti Nurhaliza, cerita box ofis macam Antara 2 Alam, isu hot macam Artis kena tangkap basah dan macam2 lagilah. Ini akan menyebabkan meningkatnya Search Engine Automation (SEO) blog korang.

Contoh ekk, aku pnyer blog memanglah takda promosi langsung. Yang tau pasal blog aku ni pun cmer laki aku dengan member aku yang memperkenalkan aku dengan dunia blogging. Jadi dari bulan Julai 2010 hingga Ogos 2010, traffic langsung tak memberansangkan. Sebulan tak sampai 50 hit. Bulan 8 lagilah kureng sebab aku slow sket buat post.



Hinggalah bulan September masa aku terpk untuk buat post pasal Bang Bang Boom Raya, tetiba jek traffic aku naik. Sebab keyword tu rupanya ada banyak gak orang carik tapi tak banyak orang tulis mengenainya. Dari less than 30 hits meningkat kepada around 60 hits.

Impressive !!!

Reference :
http://www.benashaari.com/2010/12/macam-mana-saya-nak-supaya-semua-orang.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization

Thursday, December 16, 2010

Kenangan melahirkan @ Alif

Ok, ni segmen mengimbas kembali. Just nak share dengan semua kenangan masa melahirkan No 1.

Semasa mengandungkan anak pertama, ia merupakan satu masa yang sangat dinantikan oleh aku dan suami setelah menanti selama 3 tahun.

Malam 31 Julai, aku dah mula rasa tak selesa. Tapi, oleh kerana beberapa kali aku kena sakit yang palsu maka kali ni aku agak berhati2. Taknak lagi bagitau hubby, takut cmer rengat palsu jugak. Lagipun, aku dijangka bersalin pada 22 Ogos 2005. Aku tidor macam biasa walaupun rasa sangat tak selesa. Lepas bangun subuh, aku tak pergi keje sebab aku dah apply cuti lebih awal kerana badan dah rasa tak larat. Aku duduk kat sofa sambil sesekali rasa sakit kat perut.

Lama2 mak perasan yang aku lain macam. Katanya muka aku merah macam menahan sakit. Aku pun mengaku yang aku dah start rasa sakit. Soalan mak samada aku dah keluar tanda ke belum, tak dapat aku nak jawab. Sebab aku pun tak paham apebenda tu. Mak suruh bagitau suamiku supaya balik dan mintak tolong adik iparku hantarkan ke pusat bersalin yang aku selalu pergi check tu.

Dalam pukul 1.30, selepas makan dan siapkan semua keperluan, mak hantar aku ke pusat bersalin. Tak jauh, cmer 5 minit jek dari umah. Sampai sana, misi check dan dapati aku dah buka jalan 2cm. Tapi oleh kerana anak pertama, dia jangka sakit akan agak lama. Mungkin maghrib aku akan bersalin. Aku disuruh berehat dulu sambil setiap 1 jam misi akan check keadaanku.

Suamiku kerja malam, jadik dia tidor dulu sebelum datang melihatku. Dia sampai lebih kurang pukul 3 ptg. Dia temankan aku sampai lepas asar. Dalam pukul 6 dia balik untuk sembahyang asar dan maghrib skali. Masa tu aku rasa rengat dah makin kerap setiap 5 minit skali. Dalam pukul 6.30, misi bawak aku masuk bilik bersalin. Dia kata dah buka 5cm. Dia suruh aku salin kain batik sambil sediakan semua keperluan untuk aku bersalin.

Lepas maghrib je suami aku terus datang. Mak suruh dia makan dulu pun dia taknak. Jadi, dalam aku tengah menahan sakit, dia sampai. Nurse terus suruh dia masuk bilik bersalin untuk temankan aku. Tak lama lepas tu, lebih kurang pukul 7.30 malam, 1 Ogos 2005, aku pun selamat bersalinkan anakku, Alif Izzudin bin Ghazali. Beratnya 2.9kg. Suamiku azankan dan tahnikkan bibirnya dengan madu. Masa tu rasa sayu yang teramat sangat.


Kami dah berubah status menjadi ibu dan abah. Alhamdulillah.


Korang camner?

No 2 dah berenti pakai diapers

Rizmal akan masuk 4 tahun, tahun depan ni. Dia memang tak pakai diapers masa siang hari tapi malam dia pakai diapers. Sebab dia kalau tidor memang pengsan. langsung tak sedar pape. Kalau tak pakai diapers alamatnya habislah tilamku. Samalah macam kawan aku sorang ni kena dengan anak dia.

A few trials tak lepas. Tapi this month, aku cuber lagi skali. Sebelum tidor, aku akan paksa dia pergi kencing dulu. Bangun pagi dia akan mintak susu. Jadi sbelum susu aku akan suruh dia kencing jugak dulu. Sebab takut masa minum susu pagi, dia tertidor semula. Memang bersilat dan berperanglah setiap kali nak suruh dia pergi kencing tu. Tak taulah nape dia malas bebenooo. Tapi, Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya.

Jadi skang ni officially, NO 2 dan berenti pakai diapers. :D

Wednesday, December 15, 2010

Blog Aidid Mu'addib

Aku suka blog Aidid Mu'addib ni.

Ia buka mata kita supaya berhati2 kata2 orang.
Ia buka mata kita supaya jangan mudah percaya pada janji.
Ia buka mata kita supaya sentiasa cari ilmu supaya tak mudah diperdaya.
Ia buka mata kita supaya mencari ilmu yang mendalam. Kerana ..

Pengetahuan itu satu perisai, yang menghalang kita dari ditipu dan menipu.
Pengetahuan itu satu perisai, yang menghalang kita dari diperbodoh dan memperbodoh.

Bila korang masuk blog ni, jangan bina benteng didepan korang.
Bukalah pintu hati korang luas2 dan pertimbangkanlah segala kemungkinan.

Aku suka blog ni.

Tuesday, December 14, 2010

Senggugut

Aku sakit perut, sakit pinggang. Senggugut yang datang skali dengan period.
Hari ni first day, jadik adalah sangat sakit hingga rasa macam nak ikan perut dnegan rantai besiii..

Picture ihsan dari google


takleh compute nak tulis apa... chow dulu...

Monday, December 13, 2010

promosi back to school

No 1 akan masuk tadika 6 tahun next year. Aku dah pun belikan dia alat2 tulis, last week. Ramai parents lain pun sibuk membeli perkakas sekolah untuk anak masing2. Kasut sekolah dah beli awal2.

Kat mana aku beli? Mydin
Kenapa aku beli kat sana ? Sebab harga barang sangatlah berpatutan

Contoh ekkk... aku beli colour pensil jenis Swan Stabilo yang kecil tu, tapi half punyer reganya cmer RM2.50 jek satu. Kalau korang pergi kat tempat lain, paling murah pun RM3.20 tauuu.



Aku bukan beli 1, aku beli 5 untuk stok setahun. Bezanya adalah RM3.50 tau. Tu baru pensil kaler, belum masuk pemadam, sharpener, ruler ... Korang tau2 jeklah budak2 ni bukan tahan nooo brg sekolah diorang. Memanjangggg ilang :P

Aku takda share ekk dgn pasaraya mydin ni. Cmer diorang ni mana ada flyer anto kat umah. Kalau tak gi jengah, tak tau pun berapa diorang offer barang2 ni. Aku dah terkena last year, jadik tahun ni aku terus jek pergi situ. Alhamdulillah, memang berbaloi2.

Kalau ada yang masih belum beli perkakas sekolah anak masing2, gilah singgah. Mungkin korang akan setuju dengan aku...

Sunday, December 12, 2010

Amalan berjimat cermat

Aku mengamalkan kaedah membeli baju anak2 masa raya. Selalunya setahun sekalilah. Tapi masa tu aku akan beli dengan banyak untuk baju tidur, baju siang dan baju jalan skali. Memang banyak bila sekali membeli tapi selalunya bila raya kita akan dapat banyak pilihan dan diskaun skali.

Salah satu kemestian untuk baju jalan adalah seluar jeans bukan seluar yang jin pakai ekk. Aku akan beli dalam sehelai atau 2 helai jek sorang.

Untungnya bila anak ramai ni ialah, baju dan seluar abg boleh bagi kat adik.

Macam seluar jeans anakku ni. Masa abg no 2 pakai ni **gambo belah kiri** tahun 2009 hujung tahun. Umur dia masa ni dah hampir 3 tahun.


Gambar belah kanan plak, no 3 tahun ni. Masa pergi Melaka ari tu. No 3 dah masuk setahun 6 bulan.

Jimattt, takyah beli suo baru untuk adik dia tahun ni ... eheh
psssttt : no 3 tu cepat tinggilahh kannnn...

Saturday, December 11, 2010

Petua menghilangkan gegata

Ingat tak aku pernah cerita yang No 1 kena gegata masa bulan oktober lepas.

Aku cmer nak share petua yang aku guna disamping dia makan ubat allergy **desloratadine** yang Dr. bagi iaitu daun kunyit.

Serius, aku ambik daun kunyit dan tenyeh @ gosok2 kat badan dia masa gegata tu tengah nak naik. especially lepas mandi. Bila pakai daun tu, dia akan rasa sejuk sket dan gegata takkan naik terlalu melampau **jadik melabar yang melampau tulahh**

Masa first time aku sapu, dia macam pelik. Tapi pas tu, bila aku amik daun kunyit jek, dia terus bukak baju. Sedaplah tu gamaknye...

Kenapa aku pakai daun kunyit sedangkan ada macam2 petua lain macam daun sirih, bakar jala, daun jambu, kunyit idup, bawang,daun bambu ekk?

Sebab ia paling senang dan ada tanam kat depan umah. Alhamdulillah sesuai plak kat budak sorang tuuuu... korang cubalah kalau ada yang kena... manalah tau sesuai gak macam anak aku tuuu...

Tapiii, apa pun.... jumpa Dr duluuuuu.... salammm...

Friday, December 10, 2010

Tokoh pendidik

Situasi 1 : Masukkan markah final exam

17/38 orang dapat C.
Aduiiihhhh... apehal bebudak ni takleh nak jawab final ni. Susah beno keee soalan aku ni.

Situasi 2 : Masukkan markah final exam

17/38 orang dapat A.
Aduiiihhhh... apehal banyak nooo yang dapat A ni. Senang beno keee soalan aku ni.


Picture cari dari google image

Aku susah hati ni sebab aku takut pengajaran dan pemarkahan aku tak betul dan aku takut pelajar aku tak mendapat markah selayaknye dengan kewibaan sebenar mereka



Aku bukan tokoh pendidik cumer seorang yang mengambil berat akan hasil yang dibimbingnye.... hmmmmm.... ye ke.....

Bercuti di Melaka | Naik Bot

Lepas kitorang pergi Zoo Melaka, kitorang pergi naik bot mengelilingi sungai Melaka. Kitorang mula naik dari Taman Rempah. Kena bayar tiket sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk budak kecil. Kalau besok masa korang pergi, harga dia dah jadik lain, jangan plak ko kate aku tipu ekkk. Masa ni memang ginilah rega dia :)

Perjalanan menaiki bot tersebut ambil masa lebih kurang 45 minit. Yang bawak bot tu, member pada suami adik ipar aku. Jadik, dalam bot tu cmer ada kami satu famili jek. Dia takda tunggu grup lain datang untuk penuhkan bot pun... Rezeki... hihi.

Seronok gak, ada macam2 yang menarik sepanjang kitorang menyusuri sungai Melaka macam Kampung Morten. Cantik kooo rumah2 diorang.Bangunan-bangunan kedai di tepi sungai tu pun diorang cat cantik2,siap ada lukisan mural lagi. Orang kata kalau pergi malam lagi cantik sebab ada banyak lampu-lampu di tepi2 sungai tu.

Gambo banyak tapi sumer kat kamera laki aku. Ni jek yang ada.

Nak lagi... pergilah sendiri. Cuti2 Malaysia...

Wednesday, December 8, 2010

Bercuti di Melaka | Menara Taming Sari

Kitorang juga pergi ke Menara Taming Sari. Masa sampai kat sana, semua tak nak naik. Sebab, ada rasa ngeriiii...

So, kami bagi anak2 naik moto mainan kat bawah menara tu. Sorang RM3.00. Punyelah jauh anak aku bawak moto tu. Langsung dia tak takut... bebudak lain main dekat2 jek dengan kawasan menara.

Skali, lepas dah abih main, dia nak jugak naik menara tu. Taknak menghampakan diorang, dan alang2 sampai kannn. Cmer anak aku no 3 jek tinggal bawah dengan MIL aku. Adik ipar aku dan suaminya pun tak naik.

Perasaan masa naik? Giler kauuuu.... gerun melihatkan betapa tingginya menara tu. 80 meter koooo... Nak hilangkan gayat, aku pandang belakang. Bila dia dah berenti, barulah aku berani2kan diri pandang bawah.

Pemandangan dari atas menara. Nampak tak keta2 yang cam semut jek tu... hihihih



Nasib baiklah masa turun tak terasa langsung. Hilang rasa gayat, timbul rasa seronok.

Anak2 aku? harammmmm diorang tak takut. Siap dia boleh ajak aku gi swimming pool yang dia nampak dari atas tu. ceihhh.

Bercuti di Melaka | Zoo Melaka

Masa balik kg hari tu, kami pergi Melaka. 1 hari je pun. Tapi boleh tahan seronok jugalah.

First agenda adalah Zoo Melaka.

Masuk sini kena bayar tiket RM7 untuk dewasa san RM5 untuk kanak2. Ada macam2 binatang macam rimau, singa, kuda padi, burung, monyet, orang utan, aaaaa.....banyaklah. Anak2 aku pnyalah eksited. Terus lupa ketakutan mereka kepada binatang :) **No 2 tu, ikan pun dia takut :P **

Oleh kerana kadar mebolisme aku dah merosot dan aku bawak MIL aku skali, maka kami naik tram mengelilingi zoo tersebut :) Murah jek. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2. Tak rugi, sebab ada satu spot kawasan burung dan buaya tu dia akan berenti 10minit untuk kita jenjalan.



Ini gambo myhubby tengah menerai teropong. Kalau nak sewa, RM10.00 satu. Kami sewa satu, bagi anak2 seronok dapat nampak binatang dari dekat.

Kalau nak tau lebih lanjut, gilah website dia. Cuti2 malaysia ...

Tuesday, December 7, 2010

Beli kasut sekolah

Masa balik kg hubby ari tu, aku amik kesempatan belikan kasut sekolah No. 1. Yelah, dah terlanjur aku dan abahnya cuti, lagipun takdalah dia dok kat umah tok abah dia je kan..

Kami gi kedai BATA jek. Senang, ringkas dan tak payah bersilat dengan 3 heroku ituuu. :P

Aku suka kasut brand BATA ni. Lasak, tahan, value for money. Kami beli 2 pasang untuk dia. Siap dapat free kapur kasut lagi tauuuu.


Yang satu zap tu 25.90, manakala yang 2 zap tu 28.90 kalau aku tak silaplah

Tapi, takkan anak jek dapatkannnn... maknyer pun dapat gak.


Comei tak? Ringan, selesa, cantik. Cmer RM25.00 jek :D

Ada banyak color. Gilah nengok. Tapi paling suke skali sebab... my hubby yang bayar... :D Tocei..tocei...

Bila dah mengantuk

No 3 memang susah kalau nak disuruh tido. Tapi kalau dia dah mengantuk, kat mana-mana pun dia boleh tido.

Tak caya?

Monday, December 6, 2010

Cabut gigi

No 1 dah tumbuh gigi kekal kedua. Kalau tak cabut nanti jadi gigi berlapis, tak cantik plak. Jadik, dah alang2 kat umah tok abah dia, my hubby bawak gi klinik gigi. Tak mahal sangat berbanding kat JB. Tapi ramai orang, terpaksa tunggu lama.

Dr kononnya kesian, nak tunggu ubat kebas tu serap sket kat gusi dia. Skali, no 1 dah meraung takut. Ceihhh... masa kat umah bukan main berani.

Tapi, slamat jugak cabut gigi dia.



Nampak tak gigi baru dia yang termasuk sket belah dalam. Berani anak mak ni... :)

balik cuti

Aku dah balik dari bercuti. Sampai umah ahad petang, keta tinggal tak boleh start. Berpeluh laki aku menerai untuk start enjin. Dah hari ahad, mana kedai bukak. Terpaksalah tunggu pagi ni.

Pagi, bila kedai bukak je, terus hantar bateri untuk dicas. Lama, 5 jam gak amik masa. Dalam pkul 2 baru siap. Nasib baik bila pasang semula dah boleh start enjin.

Laki aku dah balik muo semula ni. Dia keje malam....Harap2 jangan plak esok takleh start semula.

Sunday, December 5, 2010

cuti sekolah

Pertama kali aku amik cuti masa cuti sekolah. Yelah, kan No 1 dah tadika. Amik cuti seminggu nak bawak anak balik kg abah dia skali jejalan.

Daripada 5 hari cuti, 1 hari jejalan ke Melaka. Hari lain, dok umah atuk jek. Bio diorang main dengan tokmak dan tokabah dia.

Nak jadi cerita, pak ngah suamiku meninggal pagi jumaat (3/11/2010). InnaLillah. Sabtunya plak, anak arwah pak ngah suamiku tu nikah. Majlis kawin terpaksa juga dijalankan.

Jadi, cuti kali ni aku diselubungi pelbagai perasaan suka & duka. Hinggakan aku kelu dan tak pasti nak kata apa. Tunggulah aku recover sket untuk kongsi lebih panjang cerita yea.

Salam...

Monday, November 29, 2010

Jamuan hari jadi yg berlebih lebihan

Tajuk kat atas tu sebenarnya tajuk satu article dalam matjoe.com. Aku setuju sangat pendapat dia, sebab bila kita buat majlis hari jadi anak tahun ni dengan besar2an, tahun depan ia terpaksa dibuat samada sama standard atau lebih lagi. Itu maknanya, berlebih2 lagilah belanjanya.

Aku sambut harijadi anak2 sekadar cukup dengan keluarga sahaja. Belikan dia kek dan makanan yang istimewa sket dari biasa. Buat masa ni, tak pernah lagi kami belikan hadiah masa harijadi diorang. Sebab kami rasa, kalau nak belikan apa2, tak perlulah tunggu harijadi.

Sekarang ni, no 1 dah 5 tahun. Satu persepsi dia tentang harijadi hanyalah mesti ada kek harijadi. Tapi aku tau yang dia akan mula meminta lebih bila dah mula sekolah sebab mesti ada kawan2 yang buat sambutan harijadi dan jemput dia datang.

Bila masa tu sampai, aku dan suami terpaksalah bersedia dengan alasan yang munasabah.

Thursday, November 25, 2010

Hati2 bila nak guna Voucher cosway

Bulan Ogos lepas, aku adalah redeem point kad kredit untuk ditukarkan kepada voucher pembelian.


Dah hampir setahun aku jadi ahli Cosway. Suka sebab dapat kumpul kupon dan boleh tukar dengan pelbagai barang yang menarik. Jadik apa salahnya redeem point kepada voucher cosway kannnn...

Ok, just nak bagitau. Kalau nak guna voucher cosway ni, jangan kira sekali dengan barang2 lain. Beli cukup2 guna voucher tu jek. Kalau RM10, belilah barang dalam sekitar tu jek.

Jangan jadik macam aku. Semalam aku beli barang bernilai RM43.00. Aku pun gunalah voucher RM10 aku tu. Sepatutnya setiap pembelian RM30 akan layak dapat 1 kupon. Ingatkan, oleh kerana aku kena bayar RM33 dengan tunai bolehlah dapat 1 kupon. Rupa-rupanya penggunaan voucher telah tidak melayakkan aku untuk dapat kupon tersebut.

Sebab apa?

Sebab kat belakang voucher tu tertulis ...

"The use of this voucher does not entitle you to any monthly Cosway/eCosway bonus/profit calculation"

Hampeeehhhhh....

Wednesday, November 24, 2010

jaga periksa

jaga periksa untuk pelajar yang kena kuarantin.
3 orang je pun
tapi lama sebab 2 paper
setiap paper 3 jam
sambil memenuhi masa ... siap sumer markah assignment student aku

Alhamdulillah

Monday, November 22, 2010

cuti lagi

Hari ni aku masih bercuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Semoga panjang umur baginda dan semakin masyhurlah negeri kami ini.

3 hari cuti, patutnya boleh bawak anak2 berjalan ke...

nak buat cmner, aku memanglah cuti... tapi abah diorang keje.

Lagipun, no 2 tu panas jek badan dia. Demam dari hari Sabtu. Bila lepas makan ubat, eloklah peluh badan dia. Bila dah ujung2 time ubat, panas balik. Hari ni masih belum betul2 kebah lagi badan dia. Harap2 malam ni last makan ubat.

Ok, nak gi paksa dia minum air ni. Ngan nak buatkan pancake untuk minum ptg.

Salam....

Sunday, November 21, 2010

Masa untuk balas dendam

ceihhh,ganas giler tajuk post ni :)

no 3 dah jalan, dah pandai balas dendam.

Bila abg2 dia tido, dia amik botol susu dan seranggg...
kalau takda botol susu, tangan pun apa salahnya kan...
tak pun duduk jek kat atas abg tu... apa susah...

kalau abg jaga, msa untu bersedia.Kalau abg buat ape2 kita nangis jeklah kuat2.

Hmmmm.... pandai anak aku :P

Friday, November 19, 2010

Daging korban goreng berempah

Ok, selain daging korban tu kita goreng kunyit, boleh gak guna cara ni yang lebih sempoi tapi sedap.

Bahan-bahan

  • +- 200 gm daging korban
  • serbuk garam secukup rasa ( ikut suka masin ke idak ekk )
  • +- 3cm kunyit hidup dihancurkan
  • +- 3 biji bawang putih dihancurkan
  • +- 3cm halia dihancurkan
  • minyak masak
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. hiris daging
  2. perap hirisan daging dgn semua bahan tadi kecuali minyak sekurang2nya 30 minit
  3. panaskan minyak ( pastikan minyak agak2 memenuhi daging), kemudian masukkan daging yang telah diperap ke dlm kuali. Goreng sehingga daging nampak agak2 masak dan bahan2 nampak sebati.
  4. masukkan air (banyak pun takpa sebab nak pastikan daging empuk)
  5. tutup kuali dan balik2kan daging sesekali sehingga air agak2 kering.
Mak aku suka ada kuah2 sket, tapi my hubby suke garing2 jadi terpulanglah pada anda sume ekk samada nak tunggu sampai betul2 garing atau agak2 dah tinggal sket kuahnya tutuplah api tu.

Jemput makan... :D

Daging korban goreng kunyit

Selalunya bila raya korban, InsyaAllah ada jek rezeki orang beri daging kat umah. Kalau banyak orang korban kat tempat aku ni, banyaklah dapat. Tapi paling tidak pun sebungkus daging mesti dapat punyalah. Alhamdulillah.

Biasanya, daging korban ni manis sebab dia daging baru. Mak aku suka goreng jek daging buat makan dengan nasi putih panas atau kadang tu ratah cenggitu jek. Tahun ni, aku try buat macam yang mak slalu buat tapi kat umah akulah.

Resepinya camni,

Bahan-bahan

  • +- 200gm daging korban
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup lagi sedap)
  • minyak masak
  • bawang besar 3 biji dimayam bulat
  • lada merah 3 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • air asam jawa atau cuka ( dalam 1 sudu besar)
  • lobak merah dan kacang panjang (kalau ada)

Cara-cara

  1. hiris daging
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya setengah jam.
  3. Panaskan kuali tanpa minyak.
  4. Bila dah panas, masukkan daging dan goreng tanpa minyak untuk mengeringkan air daging.
  5. Bila air daging dah kering, masukkan minyak masak dan goreng lagi sampai daging nampak dah agak garing. (Jgn lupa balik2kan, kang hangus plak kang)
  6. Bila dah agak garing, masukkan bawang besar dan lada tadi. goreng hingga bawang layu. (Kalau ada carrot atau kacang panjang, masukkan skali masa ni ekk).
Note : Kalau dapat daging yang belah lemak ( maknanya dia agak liat sket, masa langkah 4, masukkan air sket (agak2 memenuhi daging) . Kalau dapat daging belah batang pinang ke... takyahlah ekkk :)


Gambo tak cantik tapi rasa cantik :P

Cubalah yek....

Thursday, November 18, 2010

Peristiwa di hari raya

Macam biasa, kalau raya kat umah aku mesti ada rendang,sayur lodeh, sambal kacang, ayam masak merah, serunding kelapa dan nasi impit. Kalau raya aidilfitri selalunya kitorang masak ketupat sebab ada masa panjang sket nak anyam.

Raya haji kali ni, anakku yang no 3 dah mula pandai makan. Jadi aku pun trylah bagi dia nasi impit letak sket kuah lodeh. Surprisingly dia suka. Cmer memang lamalah nak tunggu dia mengabihkan satu keping nasi impit tu.

Skali bila dah masuk petang, dia start merengek. Rupa2nya dia sakit perut sebab masuk angin. Sahlah ni, dia kalah makan nasi impit. Anak aku yang no 1 pun cam gitu gak masa dia kecik dulu. Nasib baik lepas sapu minyak yuyi, dia kurang sket merengek dan boleh tidur. Pagi tadi, Alhamdulillah lembut dah perut dia.

So, for the mean time… no nasi impit or ketupat for him.

Ciannnn anak makkkk :8

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Esok kita sambut Raya Aidiladha. Sampai malam ni, kepala aku masih lagi belum betul2 lega. Sakit tak tau nak kata dekat mana. Selsema susah no nak pergi. Nasib baik adik2 dapat tolong mak masak lauk raya. Anak-anak, abah dia tolong jaga.

Haihh... cepatlah sihat badan ni. Banyak no dah keje aku tertangguh la ni...

Friday, November 12, 2010

Kita orang kecik

Bila masuk mesyuarat, selalunya kita akan jadi pendengar yang setia.
Sesekali diminta mengajukan pendapat yang mungkin membantu perbincangan.

Tapi kalau setiap kali pendapat yang kita ajukan dipandang sebagai masalah picisan oleh mereka2 yang besar daripada kita... kan lebih baik kalau kita terus jadi pendengar sahaja.

Orang kecik yang semakin rasa kecik tapi buat macam takda papa...

Wednesday, November 10, 2010

Bernafas pakai mulut

Susah nak cakap. Sebab hidung sumbat.

Mulut dah tukar fungsi. Diperlukan untuk bernafas....

Tuesday, November 9, 2010

Perjalanan balik

Ok, memang betul kitorang dah sampai dan selamatlah kemajlis tu. Makan damai pukul 2 ptg. Lepas makan kitorang patutnya terus balik. Tapi, trak dah takda dah. Dah pergi tolong orang lain plak.

Abih, camner kitorang nak balik ni :(

Keluarga lelaki bawak satu kereta dengan 2 ahli keluarga aku balik ke hotel untuk amik bas ke Sanglang. Kali ni lalu Jitra sebab air dah surut. Masalahnya, oleh kerana itu satu2nya laluan yang ada menyebabkan berlakunya kesesakan yang sangat teruk. Perjalanan pergi ke hotel dan balik semula ke Sanglang mengambil masa hampir 5jam.

Pukul 9 barulah kitorang betul2 dapat bertolak balik. Dan nasib baiklah masa balik tu laluan dah tak jam lagi.

Bila bas berhenti skejap kat perhentian Tapah, barulah kitorang dah tak rasa berdebar sangat. Mana taknya, kalau tak boleh balik, camnerlah kitorang ramai2 ni. Nasib baik keluarga belah lelaki sangat2 mengambil berat. Rumah makcik Sofea tempat kitorang bersanggah tu pun sangatlah baiknya. Rumah dia jadi tempat kitorang mandi, sembahyang dan rehat sementara menunggu bas sampai. Terima kasihlah sesangat. Budi diorang tak dapat kami nak balas.

Mungkin dah ditetapkan yang rombongan kami hanya dibenarkan untuk bertandang ke umah belah lelaki jek. Tu sebabnya tak dapat nak singgah mana2. Sampai rumah hampir pukul 11 pagi. Walaupun penat, rasa lega tak terkata.


Anak dgn bapak yang tertidor keletihan dalam perjalanan balik



ALhamdulillah. Syukur kehadratMu Ya Allah kerana membenarkan kami melalui perjalanan ini. Aminnnn...

Hari Majlis di Sanglang

Adik aku dah comfirm yang laluan masih tersekat. Jadik comfirm bas tak boleh lalu lagi. So, keluarga belah lelaki cuba dapatkan trak Majlis Bandaraya Alor Setar untuk bawak kami ke sana.

Pengalaman yang tak dapat kami lupa bila terpaksa bersesak2 naik trak tu.


Air kat laluan ke Sanglang, tapi ni tak tinggi sangat. Ada yang lagi tingggiiiii airnya tapi tak berani amik gambar, takut kamera jatuh dalam air plak....



Nasib baiklah tak jauh sangat. Tak sampai setengah jam kitorang sampai. Takut betul bila tengok air penuh macam laut. Tak tau dah mana jalan, mana parit, mana padang. Dekat kawasan rendah, air tinggi sampai termasuk ke dalam trak melalui pintu dia.

Bila dah sampai kg, barulah lega.... Masa tu barulah masing2 boleh buat lawak. Alhamdulillah.

Tapi....

Menginap di Alor Setar

Sampai je kat sana, kami diberitau yang Alor Setar dah takde air. Hotel tempat kami stay tu pun tinggal air tangki diorang jek. Oleh kerana takda air, tempat makan banyak yang tutup. Nasib baik kitorang ada bawak bekal roti, dan ada yang dah tapau nasi lemak masa kitorang singgah kat R&R tadi. Jadi tengahari tu kitorang tak ke mana2, makan dalam bilik dan rehat dulu.

Adik aku ikut rombongan bas skali tapi husband dia dah balik kampung dulu sebab nak uruskan majlis. Jadi husband dia datang dengan motor ke hotel untuk terus bawak dia balik umah belah lelaki. Takutlah kekalau Sabtu esok perjalanan ke Sanglang masih terputus. Adik aku dengan husband dia balik ikut laluan jalan kampung.

Kami sumer dah rasa bimbang sangat2. Dahlah planning asal nak ke Padang Besar cancel. Habih tu nak lalu jalan mane. Sume laluan ke sana dah terputus.

Dalam pukul 3 kitorang pakat2 ke Pekan Rabu. Masa sampai hotel tadi jalan dah surut sket airnya. Skali bila kitorang pergi, air dah naik atas jalan. Jadik laluan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit, jadik 1 jam lebih. Sebab bas terpaksa cari laluan yang takda air. Perut masing2 dah berkeroncong.


Air kat tepi hotel tempat kitorang menginap tu


Budak hotel ada suggest kitorang supaya pergi makan kat Kuala Kedah. Katanya kat sana tak banjir. Skali masa kat tol utara kedah, jalan dah ditutup. Banjir jugak...

Nasib baik dapat jugak sampai ke Pekan Rabu. Jadi dapatlah jugak kitorang isi perut dan tapau untuk makan malam.



Tapi tak sempat nak beli papa. Sebab kedai sumer dah start kemas untuk tutup kedai. Katanya air nak naik balik. Kitorang pun terus jek amik keputusan balik sebab takut kang laluan bas balik ke hotel kitorang dinaiki air plak.

Perjalanan ke Kedah

Ok, as promise. Aku bertolak ke kedah pada hari khamis mlm (4 nov 2010). Kami sekeluarga naik bas persiaran. Akan menginap di sebuah hotel budget di ALor setar sebab nak ke rumah adik ipar aku kat Sanglang tu hari Sabtu.

Selesa bas persiaran yang kami naik tu. Sewa bas untuk 3 hari dikenakan bayaran lebih kurang RM3000.00. Oleh kerana jalan malam, maka most of the time kitorang tido.

Berhenti di perhentian Sungai Perak untuk sembahyang Subuh dan minum2. Selesa sangat tempat dia. Surau dia besar. Bilik air bersih dan banyak.

Kami sampai kat hotel di Alor star tu lebih kurang pukul 10.30. Patut boleh awal lagi, tapi ada masalah sudah timbul.

Laluan nak ke rumah adik ipar aku tu naik air. Famili belah lelaki mintak kitorang terus ke sana dengan bas sebab bas tinggi, boleh harung air tu. Penginapan diorang akan uruskan kat tempat berhampiran kampung. Masalahnya bas yang kitorang naik tu bas baru, dan syarikat bas tak bagi lalu kawasan yang ada air. Driver naik pening asyik dapat call dari bos dia. Kitorang plak dah rasa tak tentu arah.

Akhirnya kitorang teruskan je perjalanan ke hotel penginapan yang telah ditempah awal. Kat alor setar, air dah naik tapi nak ke hotel takda masalah lagi. Kami harap, esok laluan ke Sanglang dah semakin baik.

Monday, November 8, 2010

Bertandang ke kedah

Dari Khamis mlm (4 Nov) sampai Ahad pagi (7 nov) aku dan famili gi bertandang ke umah adik ipar aku kat Sanglang, Kedah. Kalau korang masih ingat lagi pasal adik aku kawin masa bulan September lepas, ini merupakan majlis bertandang belah lelaki plak.

Kami bertolak 10.30 malam dengan bas dan sampai semula kat umah jam 11.30 pg ahadnya. Perjalanan yang penuh dengan peristiwa suka, duka, tawa dan air mata.

Cerita seterusnya... tunggu...

Thursday, November 4, 2010

Senarai barang

Dulu-dulu, kalau nak balik kg atau nak gi memana, aku pakai ingat2 dan susun beg ala kadar jek. Tapi, bila anak dah 3 ni... tak boleh buat macam tu lagi dah. Nanti ada jek yang tertinggal. Selalunya, 2 @ 3 hari sebelum nak pergi tu, harus dah siap kemas sikit2. Sambil2 ingat apa lagi nak masuk beg ni.

Sekarang, aku dah pakai kaedah baru... buat list barang yang nak di bawa. Pertama kali aku guna kaedah ni masa adik ipar aku nak kawin bulan lepas. ALhamdulillah, takda barang tinggal.

Malam ni nak pergi bertandang umah belah lelaki kat Kedah plak. Aku dah siap kemas beg, cume 2@3 brg jek lagi. Mudah rasanya, tak payah nak pikir2 lagi. Tengok aja senarai mana yang dah dan mana yang belum.

Sangat membantu untuk ibu2 yang semakin pelupa. Cubalah. :D


Contoh senarai yang aku buat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...