Thursday, November 15, 2012

Bagaimana nak crack fail pdf yang dikunci (lock)

Pernah tak berlaku dimana anda jumpa satu fail rujukan berformat pdf tapi tak boleh buat apa-apa? Tak boleh copy, paste mahupun print fail tersebut...Pernah tak?

Kadang-kadang, kita takda niat pun nak curi bahan tersebut, kalau kita copy atau paste sekalipun, ia akan diubahsuai semula menjadi ayat yang bersesuaian dengan kajian kita. Kalau taknak bagi copy, paste sekalipun, takdalah kisah sangat. Tapi, kalau print pun tak boleh... camnalah nak buat rujukan.... kan ...kan

Jadi, aku ada jumpa satu website ni... untuk crack fail pdf yang di lock.
Mudah dan tidak memerlukan sebarang kemahiran IT yang extreme...

Pergi jek kat sini http://www.crackmypdf.com/
Upload file pdf anda dan... ikut arahan yang diberikan.

Pesanan penaja :
Sila hormati hak cipta orang lain ye. 
Kegunaan atas dasar ilmu pengetahuan adalah dibenarkan berdasarkan Fair Used Act :)

Wednesday, November 14, 2012

Tadika mana yang baik untuk anak kita

Tergerak untuk tulis semula artikel tentang

Tadika murah tiada kualiti

yang ku tulis tahun lepas bila Iryani_fz (dari Sungai Buloh, Selangor) singgah dan beri komen mengenai yuran tadika yang sangat mahal untuk anak-anak.

Aku takda masalah dengan tadika mahal. Sebagai seorang ibu, memberi segala yang terbaik kepada anak adalah satu impian. Paling mahal, paling cantik, paling sedap, paling pandai, segala yang terbaik untuk anak-anak kita...

Selalunya, tadika yang mahal itu memberi banyak perkara pada anak kita
Pembelajaran yang optima - English communication, writing, Membaca, Mengira, Menggunakan komputer, sampaikan belum masuk darjah 1 dah pandai kira darab dan bahagi. Ada juga yang boleh bercakap english mengalahkan mak bapak dia sendiri.. Hebat.

Bohonglah kalau aku tak mahu macam tu... Anda juga kan :)

Tapi, kita hidup berpijak pada bumi yang nyata dimana kadangkala kita tak mampu.
Kita tak mampu naik kereta mewah
Kita tak mampu pergi melancong ke luar negara
Kita tak mampu hantar anak ke sekolah yang dikatakan sebagai paling hebat di Malaysia :)

Maka kita kena membuat pilihan.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pilih Tadika Kemas untuk anak-anak aku kerana ia berada di depan kawasan rumah ibuku, yurannya murah, aktivitinya tidak terhad kepada akademik sahaja dan gurunya kukenali sebagai seorang yang sangat desikasi.


Anda kena membuat pilihan anda sendiri... timbanglah mana yang berat
Cadangan aku, pergi jumpa guru sekolah yang telah anda senarai pendekkan atau perhatikan semasa proses pembelajaran berlangsung sebelum hantar anak ke sekolah yang dipilih. Buatlah survey sikit, tengok kesesuaian kualiti sekolah dengan kemampuan poket kita.

Namun, bila anak-anak balik rumah tettttaaaap kita kena bimbing mereka semula sebab parents have the most influence to kids performance. Good luck ye..

Monday, November 12, 2012

Pergi yang tak kembali

Duhai ayah,
Tanggal 31 Oktober 2012 yang lalu,
Kau pergi tanpa galang gantinya,
Kau pergi tanpa kulihat kubur tandanya,

Aku sedih,
Tapi aku tak mampu menangis
Bimbang emak yang masih di tanah haram gundah gulana
Mendengar sedu sedan anaknya di Malaysia

Aku hiba,
Namun aku tak boleh nestapa
Kerana tugas sebagai Ibu tetap perlu kuteruskan jua
Menguruskan anak-anak yang masih belum tahu apa-apa

Kerana tugas sebagai Isteri tetap perlu kuteruskan jua
Menjaga makan, pakai dan keperluan suami tercinta

Kerana tugas sebagai pekerja perlu ku selesaikan jua
Mencapai KPI yang ditetapkan dari awal tahun semasa

Kerana tugas sebagai pelajar mesti ku pikul jua
Memenuhi janji yang asyik ku letak ke tepi setiap kali tanggungjawab lain menggugat masa, tenaga dan emosi

Namun, Aku sangat bersyukur hai ayah,
Kau sempat wukuf di tanah arafah,
Kau sempat bermalam di Muzdalifah,
Kau sempat melontar di tiga Jumrah,
Kau sempat saie dan tawaf mengelilingi Kaabah
Terimalah Haji ayahku, Ya Allah


Anakmu ini berjanji akan terus tabah mengharungi liku-liku hidup ini
Moga rohmu wahai ayahku, tergolong dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal salleh.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...