Tuesday, May 31, 2011

mengantuk sangat rasanya

Kalaulah boleh tido masa ni... alangkahhhh

Tapi terpaksalah juga ku bertahan sehingga kepetang
Sampai selesai sesi temuduga ni...

Bukan senang untuk meneka watak seseorang itu
Hanya dalam tempoh yang singkat...
Sedangkan masing2 datang dengan markah yang tinggi, dengan harapan yang tinggi
Tapi, tempat yang ada bukanlah banyak mana pun...

Kesian untuk mengecewakan wajah2 penuh harapan
Serba salah untuk mengambil mereka2 yang kurang berpotensi
Kadangkala, yang bijak itu lebih bijak memanipulasi
Kadangkala, yang sederhana itu punya potensi sosial yang lebih tinggi

Keputusan bukan ditangan kami...
Mudah2an yang kami perakukan adalah mereka yang benar2 layak... Aminnnn

Monday, May 30, 2011

Majlis perkahwinan adikku

Aku start cuti hari khamis lepas. Banyak benda nak dibuat kat umah sebab majlis kahwin adikku telah ditetapkan pada hari Sabtu, 28 Mei 2011.

Oleh kerana rumahku sebelah jek dengan umah mak, makanya umah aku jadi umah rewang. Dalam kata lain, tempat letak barang2 untuk masak kenduri dan orang kampung datang beramai2 untuk tolong menyediakan bahan2 masak.

Masa ni, khemah dan pelamin dah siap tapi meja belum pasang lagi.

Jumaat malam, adikku nikah beserta majlis khatam. Tapi kami tak masak untuk makan malam tu, sebab takda orang nak tolong masak. Upah tukang masak kat kantin sekolah adik aku. Kali ni, banyak majlis kahwin yang serentak dikalangan keluarga. Ramai juga sedara mara yang tak dapat datang. Tapi, nasi kami masak sendiri. Selain tu, goreng ikan kering dan buat sambal belacan. Prepare untuk masak bubur kacang buat jamuan majlis hari Sabtu skali.

Majlis hari sabtu, nasib baik tak hujan. Aku memang tak sempat nak menjengah siapa yang datang. Kami bukan guna katering. Semuanya jalan sendiri, gotong royong anak beranak, sedara mara dan jiran sekampung. Masuk pukul 5, kaki aku dah rasa nak cramp, tapi syukur sangat2 sebab tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.


Selesai majlis, masih banyak kerja perlu dibuat. Periuk belanga nak kena basuh, kemas rumah, basuh lantai.... Pinggan mangkuk, periuk belanga yang disewa kena dipulangkan semula. 2 hari pun tak selesai betul. Hari Ahad plak, kami pergi bertandang ke majlis sebelah lelaki. Takpalah, sekali penat kata orang kannnn...




Hari isnin, aku amik MC sebab tak larat. Kena selsema dan sakit kepala. Seluruh badan sakit2. Kalau aku dah camni, mak bapak aku lagilaaahhhh... adik beradik dan ipar duai semuanya muka layu semacam. Tapi, berbaloi rasanya bila lihat adikku dan suami bahagia.

Mudah2an perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aminnnn...

long silent

maaf, sibuk sket.
Ada majlis perkahwinan adik...
Tak sempat nak update blog...
Nanti kita citer ekkk...

Thursday, May 26, 2011

berita baik tapi...

Dapat berita tak formal masa bengkel hari Selasa.
Sekali lagi dapat berita tak formal masa sembang2 dengan member kat bilik aktiviti.
Hari ni dapat comfirmation.

Hmmmm... benda baik untuk career

Tapiiii...
macam susah nak bagikan responsibiliti dengan famili dan study
macam tak boleh nak bagikan masa
risau kalau2 tak dapat capai prestasi yang diharapkan...


Takutlahhhh

Wednesday, May 25, 2011

mari berkenalan...

Apa kabar,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailafaisal@yahoo.co.uk

Notakaki :
Aku dapat email ni skali dengan gambar budak pompuan. Comei orangnya. Tapiiii... apa kes email sapa2 jek sebab nak datang Malaysia? Tourist Guide kan banyak :P

Tuesday, May 24, 2011

kejadian malam semalam

Tak sempat singgah blog hari ni.
Ada bengkel sehari suntuk.
Pukul 2.30 sampai 3.30 pergi lari jap dengar briefing pasal interview pengambilan pelajar.
Letih...

Tapi, aku nak cerita gak pasal malam semalam.
Kat kawasan aku ni, tengah sibuk pasal orang pecah masuk umah...
Dia lari ikut bumbung rumah...
Budak2 kampung berkawal, kejar kalau nampak...
Tapi selalunya dia hilang sekelip mata...
Hebat betul...

Semalam, masa budak2 tu kejar, diorang jatuh plak kat belakang umah aku.
Aku dengan anak2 pnyerlah terperanjat...
Masalahnya, masa tu aku tak tau samada yang jatuh tu pencuri ke atau yang tukang kejar pencuri...
Kesian anak2 aku , terus takut nak tidur dalam bilik...
Rupa2nya, budak2 yang tukang kejar tu yang jatuh...

Haihhh.... cepat2lah polis tangkap pencuri tu...
Bimbang betul bila masuk waktu malam skang ni...
Rasa tak selamat...

Monday, May 23, 2011

kenapa tak nak buat macaroon lagi..

Hari ni aku cuti.. emergency
Hmmmm... No 2 semalam kena muntah2 semalam.
Kena tengok progress dia hari ni... nampak macam dah stabil. Esok bolehlah keje...

Kenapa aku tak nak buat macaroon?
Bukan taknak langsung... cmer bukan untuk masa terdekat ni.
Sebab...

1. Adik aku nak kawin ujung minggu ni. Banyak benda nak buat kat umah.
2. Minggu depan ada mesyuarat pembentangan markah peperiksaan akhir... kena siapkan semua dokumen berkaitan...
3. Anak2 aku tengah batuk sekarang ni. Terutamanya No 1, suara pun dah naik serak. Almaklumlah, macaroon tu pakai serbuk badam...

Lepas semua selesai, InsyaAllah boleh cuba lagi.

Kali ni ... apa yang aku akan betulkan ialah
1. Pastikan cuaca panas
2. Pastikan telur putih dipukul sehingga betul2 stiff supaya adunan tak jadi cair
3. Pastikan telur putih telah dibiarkan dulu sekurang2nya 3 jam.
4. Kena timbang telur putih betul2... sebab hari tu aku pakai lebihkurang 80g kot... rupa2nya tak boleh banyak telur putih, adunan akan jadi cair

Oklah, kalau aku buat lagi, aku bagitau ekkk... Mudah2an second time nanti, menjadik :)

Sunday, May 22, 2011

Try masak kuih : French Macaroon.. sambung cerita

Ok, korang pun dah tahu yang aku pnyer French Macaroon tak jadi, pasal aku dah cerita kat post ni.

Resepi yang aku pakai dari Majalah RASA bulan Jun.
Sebelum tu, aku dah try makan. Beli dengan Kak CT. Sedap Macaroon kak CT, dia baru ni jek start jual. Tapi kat blog dia tak bagitau lagi... kat facebook adeleee... Tu sebab yang aku berkobar2 nak try buat sebab aku anak beranak suke rasanya yang unik tu :)

Preparation dah cantik...

Step A:

Gaul 90g serbuk badam dengan 135g gula ising dan satu sudu besar serbuk koko

Step B:

Pukul 75g putih telur dengan 50g gula castor sampai kembang (stiff).
Step nilah aku silap...

Step C:
Campurkan bahan kering kedalam putih telur dengan cara kaup balik pakai spatula sahaja. Paipkan kat kertas minyak yang telah ditanda dengan duit 20sen.

No 2 kata.. mak ... kuih mak dah jadi 2 orang ke tiga orang :P

Step D:
Bakar dalam 15 minit dalam suhu 140C. Bil dah sejuk, perlahan2 keluarkan dari kertas minyak. Sejukkan dan sapu filling.
Rasa dah sedap. Tapi, takda feet. Leper jek sebab adunan cair...
Hmmmmm tak puas hati... kena buat lagi.

Tapi bukan hari ni.
Napa bukan hari ni?
Sebab... Ada citer lain... nantilah aku citer lagi ekk...

Saturday, May 21, 2011

Try masak kuih : Macaroon .... huaaaaaa :(

Lama mengidam nak makan macaroon...
Kat JB ni susah sket nak jumpa...
Cuba try buat sendiri...

Tak jadiiiii :(
Nantilah aku citerrrr ... sedih...:(

Friday, May 20, 2011

Hari ni ada banyak dateline

Banyak betul dateline hari ni..
Esok dah sabtu...

Macam tak cukup kakitangan aku menyiapkan kerja...
Nak kena email permohonan last ari ni..
Nak kena masukkan markah last ari ni...
Nak kena settlekan claim ... kalau boleh ari ni...

Takpa2... slow2...
Sikit2 lama2 jadi bukit kannnn :)

Wednesday, May 18, 2011

Hadiah dari suami

Sebenarnya lagu ni suamiku letak dalam facebook masa hari ibu, tapi wife dia jarang bukak facebook, tak perasan :P

Semalam masa nak balik, dia bagitau aku. Suruh dengar lagu ni.



Khabar Buat Ibu
Artist: Alleycats
Ke hadapan ibuku
Yang sangat ku cintai
Dengarlah khabar ini
Tentang calon menantu mu

Orangnya sederhana tidak berlebihan
Tapi cergas serta pintar
Dan dia kan membantu mu
Dalam urusan seharian

Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami
Kami telah berjanji akan saling menghormati
Harap ibu kan taburkan beras kunyit
Di depan halaman rumah
Menyambut kepulanagn kami berdua oh ibu ku

Aku menyintainya
Seperti ayah menyintai mu
Dan dia menyintai ku
Seperti kau cintakan ayah

Notakaki : Rasa macam nak nangis (^_^)

Tuesday, May 17, 2011

cari duit masa belajar

Cari duit bukan senang... apa lagi kalau anda masih belajar.
Bayangkanlah, dengan duit pinjaman PTPTN yang tinggal RM1200 untuk satu semester setelah ditolak duit yuran... manalah cukup.

Makan nasi lemak dgn teh tarik jek dah RM2.50.
Makan nasi campur tengahari dengan sirap limau jek dah RM4.00.
Makan malam, char kue tiaw dengan fresh oren jek dah RM5.00.
Seminggu... sebulan... satu semester.. manalah cukup.
Nak kena beli buku lagi, nak kena beli topup prepaid lagi, nak kena bayar duit broadbannd lagi, isi minyak motor lagi...

Hmmmmm....

Buat keje sambilan?

Kerja sambilan bermakna anda akan mengambil masa terluang anda untuk disi dengan aktiviti yang menjana pendapatan. Ia juga bermakna, anda akan kurang waktu untuk study kalau anda tidak pandai uruskan masa. Namun, tidak ada salahnya jika anda benar2 pandai membahagikan masa diantara kerja dengan study. Banyak perkara boleh dibuat untuk tambah duit poket ni seperti

1. Mohon skim pelajar bekerja -
Setiap universiti akan ada peluang pekerjaan yang dibayar mengikut jam. Pekerjaan selalunya berkaitan dengan surat menyurat, data entry dan sebagainya. Tapi pelajar mestilah berdaftar dengan bahagian hal ehwal pelajar dan mempunyai CGPA yang baik.

2. Ambil upah printing
Fokus kepada 2 iaitu print color dan laser. Boleh juga ambil upah binding skali. Tapi kena ada modal iaitu mesin binding tu. Tapi kenalah bersedia untuk pelajar ketuk pukul 2 @ 3 pagi sebab diorang nak hantar pagi esoknya :)

4. Ambil upah translate atau proofread
Translate dari BM ke BI atau BI ke BM atau bahasa2 lain kalau anda ada kemahiran.

5. Ambil upah jual makanan ringan macam kerepek
Beli pakai borong, pack kecil2 dan jual kat hostel. Kalau rajin, ambil order kuih dari jiran sebelah umah tak pun buat sendiri :)

6. Jual topup
Banyak dah pelajar buat bisnes ni

Dan lain2 lagi yang boleh membantu menambah pendapatan bagi memudahkan anda belajar dengan aman di IPT ....

Asalkan janganlah terlalu obses dengan duit sehingga masuk Skim Cepat Kaya. Banyak kes pelajar terlibat dengan skim ini dan terbengkalai pelajaran mereka. Habiskanlah belajar dulu. Walau bijak macamana pun anda, walau cerdik mana pun anda, bila anda datang interview.. tetap juga diorang nak tengok sijil :)

Selamat cuti panjang. 4 bulan cuti, bolehlah simpan duit untuk sem akan datang :)

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru

Hari ni hari guru...
Tahun kedua anakku mengenali watak seorang guru.
Tak sempat nak belikan kad...
Buat kad sendiri mak dia buatkan
Lepas tu suruh dua tulis kat dalam kad tu ... tulisannya yang kacau bilau :P

Terima kasih cikgu, sebab
Anak saya dah boleh kenal nombor 1 hingga 100
Anak saya dah boleh membaca 2 sukukata
Anak saya dah boleh kira sehingga jumlah 10...

Walaupun masih tertukar C dengan S
Walaupun masih tertukar M dengan N
Walaupun masih tertukar L dengan I ...

Doa iftitah, Alfatihah, 3 kul .. walaupun pelat... dah jelas kedengaran
Saya sangat2 bersyukur dengan perkembangannya...

Terima kasih...

Saturday, May 14, 2011

boleh pun masuk blogger..

Tension betul bila takleh nak tulis post baru...
2 hari ni.. hidupku macam hilang sesuatu jek..

Bila dah boleh... aku plak takda idea...
Hari ni tak berapa nak sihat...
Mungkin sebab cuaca panas kot...
Nasib baik pagi tadi ada hujan...
Sejuklah sket..

Nak masak kueh malam ni...
Adik2 nak gi makan steamboat plak..
Habih, takdalah yang nolong aku jaga anak2..
Postpone sok pagilah nampak gayanye...

Nak gi cari resepi trifle coklat jap... jumpa lagi :)

Thursday, May 12, 2011

Ruam panas

Dalam cuaca panas ni... anak2 aku semuanya ruam satu badan.
Kesian tengok diorang...
Tergaru sana... tergaru sinii... mak dia pun sama

Biasalah, anak2 aku memang alah sket kalau peluh2 ni.
Tapi aku tak boleh pasang aircond kat umah...
Sebab anak2 aku ada asthma... tak boleh sejuk sangat...
Jadi, untuk mengurangkan rengsa... aku pakaikan diorang bedak ni
Credit gambar dari sini

Adik aku panggil, bedak cap ular.
Aku biasa pakai yang bunga merah tu (tengah2).
Berangin jek rasa bedak ni...
Kulit anak2 tak melecet macam pakai bedak ruam yang lain.
Harga? Tak perasanlah plak... sebab yang tukang keluar duit.. abah diorang :)

Tuesday, May 10, 2011

Buat kek guna bundt Nordic pan

Tahu tak apa tu bundt Nordic pan?

Macam ni..

Atau ni...

Atau ni...

Geramnya tengok yang ni...


Kalau buat kek atau puding guna bekas ni... cantik jek bila keluar...
Boleh buat hantaran... hidang pun nampak canggih jek kek kita..
Tak sedap pun orang makan :)

Notakaki : Belikanlah satu buat nora ni bangggggg :P

Monday, May 9, 2011

breakfast dengan KFC a.m.

Hari ni aku try breakfast dengan KFC a.m.

Banyak pilihan dari harga serendah RM4.00++ jek. Siap dengan air samada kopi/teh/milo panas atau oren. Aku jadi rambang mata. Semuanya nampak sedap :)
Cuba tengok sini untuk pilihan menu yang ada.

At the end aku pilih set a.m Twister Combo dan tambah Bubur ayam ala carte. Total RM11.50. Twister tu aku simpan untuk Lunch. Takyah kuo. Jimat minyak :)

Gilah try KFC a.m. Lain sket breakfast kita hari ni :)

Notakaki : entry ni takda sponsor mana2 ekk... sajejek nak bagitau yang aku beli breakfast kat KFC hihihihi ...

Friday, May 6, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

HOK SENGOTI BUAT CONTEST SEMPENA HARI GURU


MAILAH RAMAI2 JOIN.... KLIK SINI...

UCAPAN BUAT GURU2 DI SELURUH MALAYSIA

Percayalah, dalam ramai yang tak menghargai jasamu..
Lebih ramai yang melihatmu sebagai sumber inspirasi
Lebih ramai yang mengingatimu sebagai pembimbing cita
Lebih ramai yang melihatmu sebagai idola bangsa

Buat guruku...
Buat guru-guru semua...
Buat bakal-bakal guru...
Selamat hari guru ... Hanya Allah yang dapat membalas jasamu
Semoga kau tak putus asa menyumbang jasa...

Pening menanda kertas peksa

Bila buat soalan peksa, ada bahagian yang senang dan ada yang susah, tak kisahlah pakai taksonomi bloom ke apa ke...

Boleh rujuk sini kalau nak tau aras taksonomi bloom tu apa ...

Gambar ni kredit dari sini

Pembinaan soalan yang berbeza aras secara sama rata ni perlu untuk memastikan tidak berlaku sebarang diskriminasi dalam bentuk

a - soalan tahun ni senang sangattt sebab tu ramai score

atau

b - soalan tahun ni susah bebenooo... sebab tu ramai yang fail

Tapi setiap kali .... repeat ... setiap kali menanda... soalan yang susah akan ditekankan sangat oleh pelajar sampaikan soalan yang senang dan sepatutnya betul tu diorang boleh carelesssss... Tak pasal2 tak dapat markah yang elok.

Hmmmmm.... frust betullah.... Nak gi minum japlahhh.... pening nengok pen merah ni banyak noooo....

Thursday, May 5, 2011

menolong yang berhormat



Ditempat kerja, ada dua kategori tolong...

Tolong ikhlas
Bila kita membantu tanpa meminta sebarang balasan kesian tengok dia keje banyak atau dia tak pandai nak buat keje tu dengan cepat ke

Tolong ada makna
Bila kita membantu dengan harapan adalah balasan yang setimpal dan membawa kebaikan pada diri kita. kalau aku tolong, bos bagi skt tinggi sket tahun ni atau kalau aku tolong dia nanti dapat feedback baik dengan boss

Aku selalunya tolong ikhlas. Tapi, bila orang ambil kesempatan menggunakan aku untuk meningkatkan dirinya. Tapi bila aku dah tolong dan dia dah dapat kebaikan... dia langsung tak appreciate aku malah cakap kat belakang aku yang aku tak gemor. Dan... bila aku tak dapat tolong sebab aku tak reti nak tolong... dia marah macam nak makan aku hidup2...

Aku rasa... tak payahlah aku tolong lagi. Takut pertolongan aku bukan ada makna tapi jadi tak ikhlas plak...

Notakaki : rasa macam nak lepas geram... maaf yea sebab terkena tempias (",)

Tuesday, May 3, 2011

Butter Golden Churn Tak Halal??

Aku jumpa artikel ni dari blog Saje jer


Aku tak pasti benda ni betul ke tak. Tapi kalau tengok pada pekeliling dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor yang disertakan tu... nampaknya macam betul.

Status halal pada mentega ni adalah dari Australia, jadi mungkin itu sebabnya kenapa aku tak dapat jumpa status halal kat www.halal.gov.my

Apa yang boleh kita buat ialah... buat masa ni kita tunggu pengumuman pihak yang berkenaan. Rasanya, kes ni masih baru dan akan disemak oleh JAKIM plak lepas pihak JAJ hantar laporan. Tapi, kalau anda rasa was was, janganlah guna dulu butter ni untuk buat kuih ke apa ke...

Sekadar beringat sesama kita...

Mari beli susu

Anak-anak aku minum susu sustagen keluaran Mead Johson.
Kalau anak korang minum enfagrow ke... tu company yang sama.

Masa aku pi beli susu kat Giant untuk stok bulan 5, ada promosi.
Pembelian produk Mead Johnson melebihi RM138.00 akan layak mendapat bekas simpan barang. Simpan mainan anak2 pun boleh. Besar gak bekas dia. Sampai bila promosi dia habis, aku lupa plak nak check. Tapi memang value for money...


Yang lebih best... sekarang ni ada promosi tumbler dengan setiap pembelian susu sustagen dengan berat 1kg. Cantik tumbler dia. Ada 6 color semuanya. Aku dah dapat all 6 color. Suke:)


Selalu2lah buat promosi camni. Pengguna setia macam aku ni akan rasa sangat bahagia.

Monday, May 2, 2011

Tip pengurusan rumahtangga

Lepas balik cuti hari tu, aku tak naik keje lagi. Banyak keje nak settle kat umah. Salah satu daripadanya ialah ni...


Satu lagi ialah ... menyusun dokumen dalam file.
Aiiikkkk.... kat umah pun nak buat filing2 gak ke?
Ye, ini bagi memudahkan proses mencari bila satu2 hal berlaku.
Adalah menjadi satu tabiat kita untuk meletakkan semua surat2 mahupun dokumen2 penting dalam satu tempat yang sama. Tapi ia tak tersusun.

Macam aku, masa hari Khamis lepas kena ke pejabat peguam untuk uruskan pertukaran title rumah kami. Kena bawak resit cukai pintu dan cukai tanah. Aku ada simpan tapi yang paling baru takda dalam file. Aku letak dalam bag laptop rupanya. Tapi kalau anda tak simpan... cmner gaknya ekk :)

Jadi aku pun menyusun kembali mengikut susunan berikut :
1. Bil (api, air, telefon, internet etc)
2. Pinjaman (rumah, kereta, asb, peribadi etc)
3. Simpanan (penyata dividen ASB, ASW, dana mutuam, simpanan tetap ... jika ada)
4. Rumah ( merangkumi perjanjian & surat menyurat)
5. Dokumen penting ( Surat beranak, sijil nikah, transkrip pelajaran etc)


korang boleh tambah jika perlu. Ikutlah kesesuaian masing2. Bil tu simpanlah untuk 2 tahun. Manalah tau kalau2 ada berlaku kesilapan pada bil terkini, boleh kita gunakan sebagai rujukan. Pakai file pocket yang 60 sen tu jek.

Memanglah amik masa sket, tapi memudahkan dikemudian hari. Bila dah ada file, setiap surat menyurat atau dokumen baru yang berkaitan, bolehlah masuk terus dalam file. Senang kannn...

Cerita pasal No 3

No 3 sekarang ni sangatlah aktif. Naik turun kerusi meja tu dah tak dapat nak dilarang. Bila main dengan abang2 dia, bukan main suke. Tapi bila abang dia tolak ke... cuit ke... siaplah menangis.

Pastu, pantang aku nak keluar. Dia dah tunggu kat pintu.
Pagi2 lagi dah sibuk ajak jalan.
Macam mak dia takda benda nak buat...

Pakai selipar belum pandai lagi.
Asyik tercabut jek. Jadi, kalau main kat luar kaki ayam jeklah.

Akibatnya....


Cantik kannn :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...