Sunday, January 31, 2016

Sakit perut

Baru 2 hari cuba makan solid... perut dia reject pulak... sakit perut... masuk angin... muntah... demam sket... kesiannyer anak mak ni ...



Kena postpone seminggu lagi... harap2 cepat baik perut dia. Lepas ni kena slow down sikit... small portion, once a day only. Harap2 sesuailah...

(:-( ... feeling worried.

Friday, January 29, 2016

First day solid food

Hari pertama kenalkan no 4 dgn solid food. Tak pasti apa akan jadi... kita tengok 4 hari ni macamana.



Hari ni cuba bubur nasi kosong sahaja... nothing else. Kalau tak allergy dgn nasi... senang nak pelbagaikan dgn bahan lain.

Nampaknya dia agak pandai makan... feeling happy ^_^

Friday, January 22, 2016

My honey boney chikebum

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak2 yang saleh.

Friday, January 15, 2016

30 day squat challenge

Sedang cuba nak kuruskan badan. Taknak yg kawal2 makan... takut susu merudum pulak. Kesian No 4.



Macam nak try kaedah ni. Tapi... tak taulah boleh ke istiqamah hihi

Sunday, January 3, 2016

First day at school

Hari pertama sekolah. No 3 naik darjah 1. No 4 cucuk 5 bulan.



Dari pukul 7 pagi, daftar no 3, perhatikan penyusunan semula kelas, aktiviti perhimpunan, dtg balik tengok diorang rehat. Pastu ke klinik kerajaan, cucuk no 4. Tghari balik, uruskan bas sekolah. Siapkan nak ke sekolah agama pulak. Daftar sekolah agama. Balik umah. Solat dan makan jap, gi sekolah balik. Perhatikan naik bas balik pulak.

Haihhhh.... mintak nafassssss 8-(

Esok harap2 lebih smooth berbanding hari ni. Nasib baik kes kecil2an jek hihi

Saturday, January 2, 2016

Jahit lencana sekolah

Tugas jahit lencana sekolah memang tugas wajib tiap2 tahun. Tahun ni 3 orang sekolah... maka makin bertambah baju nak dijahit.



Baju pulak beli dah siap. Ada kena ketatkan sikit pinggang, pendekkan kaki atau lengan. Jenuh jugaklah.

Biasanya dah siap, tahun ni lambat sebab hujung tahun kena siapkan kpi pejabat baru. Tak dapat nak ambil cuti.

Terpaksalah jahit sikit2 dgn dak kecik yg tak reti nak berenggang dgn mak dia ni :-)

Friday, January 1, 2016

Selamat tahun baru 2016

Selamat menyambut tahun baru buat semua. Hari ni Johor cuti.

Apa azam tahun baru yek?

Aku?



Hihihi... azam yang ni kena siapkan dulu... sebelum sekolah bermula 3 januari nanti.

Berakhirnya tahun 2015

Alhamdulillah... berakhir sudah tahun yang penuh bermakna dalam hidupku ini.

Banyak yang manis pengalamanku tahun ini.

Siap renovate rumah.


Berjaya selesaikan pembetulan thesis phd, submit dan lulus... Alhamdulullah...


Konvokesyen PhD


Dapat No 4 - setelah 6 tahun menunggu :-D


Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang diberikan oleh yang Maha Esa. Semoga limpahan nikmat ini tidak membuatkan aku menjadi orang yang bongkak dan takbur. Aminnnn.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...