Wednesday, October 28, 2015

Naik keje

Setelah 3 bulan cuti bersalin, hari ni hari ketiga naik keje.

Punyalah banyak benda nak kena siapkan. Sebelum start apa2... buat checklist dulu. Takut ada yang tertinggal.



Hah... tudia. Sampai 18 list. Hari ni baru settle 3. Lagi 15. Tadi ada tambah satu lagi, book chapter pembangunan modul.

Bismillahhhh... kau mudahkanlah ya Allah...

Monday, October 26, 2015

Berlagak

Kadang2 orang mudah sangka orang tu berlagak hanya kerana dia tak senyum.

Janganlah ... mungkin dia memang tak nampak... macamana dia nak senyum.

Macam aku ni... kalau jumpa kawan lama sekali pun... kadang2 aku tak senyum. Nak2 kalau lelaki...

Habis tu... aku ni perempuan. Kalau senyum kang orang kata gatal. Dia pun pandang kita nak tak nak jek. Seganlah nak lebih2 kannn... so aku buat biasa jeklah...

Tapi kalau perempuan... selagi aku kenal... insyaAllah aku tegur... paling2 pun aku senyum. Betullll.

So... janganlah kata orang tu berlagak... cuba tegur dia dulu... cubelah... cubelah...

My convocation

Alhamdulillah... akhirnya dianugerahkan ijazah doktor falsafah (teknologi pendidikan) pada majlis konvokesyen ke 55 UTM yang lalu.


Buku program


With my famili... kecuali sikecik... tak bawak sebab en zali tak dapat nak handle. Tq en Zali for all your love ... :-)


Hadiah... tqvm :-)...

Ada satu bouquet coklat dah habis dibelasah anak2.... my students siap hantar hadiah ke rumah skali dengan piza dominos lagi... tq yek... u know who u are :-D

Mak tak masuk dewan. Dah tak larat dah nak duduk dewan lama2... lagipun third time dah aku ni hihi.. Adik beradik jek datang meraikann... tq uuuooollllsss :-D

Feeling... taklah excited sangat tapi lebih kepada lega kerana dah betul2 selesai perjalanan phd aku ni.

Being a mom, wife and daughter to a single mother and doing phd is not easy. Its tough... But... its not impossible.

Alhamdulillah. Syukur atas rezekimu ini Ya Allah....

Friday, October 23, 2015

Sakit kepala

Minggu ni, en zali asyik2 sakit kepala. Tangkap sampai tengkuk pulak tu. Ubat darah tinggi dia tak miss. Bila pergi check, naik pulak tekanan darah. Atas 150, bawah 100. Isy... risau pulak. Lama dah tekanan darah dia tak naik. Semenjak dia amalkan makan al manna dan madu qaseh kekanda. Selalunya en zali makan waktu pagi. Bancuh dalam segelas air kosong.



Mungkin sebab jerebu jugak agaknya... rumah takda pulak hari2 makan daging. Beberapa hari ni dok makan ikan kembung batu masak asam, asam pedas, masak lemak cili padi... sepatutnya oklah kannnn...

So, malam tadi cuba cara lain.



Bekam.... harap2 kuranglah tekanan darah dia. Hmmmm... risau ni :-|

Wednesday, October 21, 2015

Saturday, October 17, 2015

Cyber crime... jadilah pengguna bijak

Sekarang ni, penggunaan internet menjadi sebahagian besar dalam hidup kita. Beli barang online, bayar bil online, transfer duit online, daftar kursus online, masuk markah online, jumpa kawan online... macam-macamlah...

Kadang2 security pada komputer kita taklah tinggi sangat. Alah... nama pun komputer peribadi....

Mari ikut tips daripada www.klikdenganbijak.my ni...



Hati2 ye kawan2...

Wednesday, October 14, 2015

Mengira hari nak naik keje

Tinggal kurang 2 minggu lagi nak naik keje... hmmmm

Bila semakin hari, semakin cerdik no 4... spend all my time with her... naik kerja maknanya less time playing with her... kissing her... watching her progress... stress :’-(

Sekarang sedang dalam proses ajar dia minum susu pakai botol... bersilat skali. Marah sangat dia... siap merajuk panjang... macamanalah nak buat ni...

At the same time sedang banyakkan susu stok nak hantar ke baby sitter bila start keje nanti... and learning what to do to ensure enough milk for her ... and how to handle the stock (ebm) ...



Me feeling worried and stress (:-(

Tuesday, October 13, 2015

Salam maal hijrah 1437 hijrah

Ampunkan dosa kami Ya Allah.... Semoga amalan tahun ini diterima oleh Allah. AMINNNN....



Semoga tahun baru ini dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah.

Sunday, October 11, 2015

No 4 : perkembangan bayi 2 bulan

Lahir pada 26 julai 2015

Berat : 2.86 kg
Tinggi : 51 cm

Perkembangan setelah 2 bulan
Berat : 5.2 kg
Tinggi : 58 cm

Tengkuk dah semakin kuat. Kalau menyarap... bukan main tinggi kepala dia. Bila dengan suara abah dia... laju je dia toleh.

Semakin alert dengan bunyi. Bila tidur... tak boleh bising2... mudah terjaga.

Mata dah nampak jelas... kalau nampak muka kita, dah pandai senyum. Dah pandai tegur... berjaga dah agak lama ... dalam sejam pun boleh tahan. Bila jaga, mesti ada yang layan dia... kalau tak nampak orang, siap dia nangis.

Dah pandai hisap tangan dan mula berminat pada benda2 bergerak... abg dia letak mainan kat buai dia... mungkin next 2 month dia boleh capai... hopefully :-D

Semoga aliyah membesar dengan sihat dam semakin bijak...



Rasa nak berhenti kerjalah.... boleh ?

Saturday, October 10, 2015

Brother sister bonding

Semenjak dapat no 4, no 3 ada lain sket perangai. Walaupun dia excited nak dapat adik pompuan... tapi memang perasan yang dia ada sedikit jeles.

Bila lahir jek no 4, dia habiskan banyak masa dgn en zali. Yelah... aku terpaksa concentrate pada si kecik dan diri sendirikannn... sampai tidir malam pun no 3 tidur dgn abah dia. Kalau tak.. mostly dia akan cari aku.

Tapi dia memang sayangkan no 4. Cuma kena perati... sebab dia berangan nak dukunglah... kalau cium bukan main kuat dia tekan hidung dia kat si kecik tu... kadang2 doa cubit pipilah... sampai terjerit no 4 .



But... i know that he love his sister so much.... cuma dia belum faham macamana nak handle adik kecik jek...



Love them so much ^_^

Friday, October 9, 2015

Kesihatan anak2

No 4 dah lebih 2 bulan... tinggal 2 minggu lagi dah nak naik keje... cepat betul masa berlalu.

Alhamdulillah... no 4 semakin comel dan sihat. Dah boleh dilayan berbual :-)

Dalam sibuk2 jerebu ni... abang2nya selalu dicutikan sekolah. Aku tak bagi ke mana2. Main kat laman rumah pun aku tak bagi. Paksa diorang buat keje sekolah, tv atau tablet aje yg boleh...



Tapi... dalam gitu pun... selsema, batuk, sakit tekak...ada jugak singgah... nak buat camner... cuma aku dah tak cemas macam dulu2 semenjak dah amalkan minum madu Qaseh Junior untuk diorang.

Syukur sgt sebab anak2 sesuai dengan madu ni... sebab ada campuran bahan2 yg berkhasiat.



Kalau kena demam ke, selsema ke, batuk ke... tak kuat sangat dan tak lama sangat ... cepat baik. Nak suruh makan pun senang sebab madu... manis... takyah nak paksa2...

No 4 belum lagi... tunggu setahun baru boleh introduce... harap2 dia pun sesuai jugak dgn madu ini... for the time being... susu only okey :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...