Sunday, November 6, 2016

Jadual Peperiksaan SPM 2016

Peperiksaan akan bermula esok. Semoga adik2 yang akan menduduki peperiksaan dapat fokus dan tenang semasa menjawab peperiksaan. Anak2 aku lambat lagi... tahun depan baru nak ambil UPSR. Buat guru2 yang anak muridnya ambil periksa mulai esok... semoga tabah. Tiada apa yang boleh kita buat lagi... kini terpulang pada usaha mereka. Doa sahaja yang boleh kita iringkan.



Sambil-sambil menjaga exam atau memantau proses kerja yang lain... bolehlah siapkan proposal atau pembetulan thesis viva tu ye... Periksa Fizik 22 November 2016 kannn. You know who you are :)


TarikhHariSubjek Terlibat pada SPM jadual 2016
7 November 2016IsninBahasa Melayu Kertas 1; Pendidikan Seni Visual – Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1; Bahasa Melayu Kertas 2
8 November 2016SelasaBahasa Inggeris Kertas 1; Bahasa Inggeris English Kertas 2; Bahasa Arab Kertas 1; Bahasa Cina Kertas 1; Bahasa Tamil Kertas 1
9 November 2016RabuSejarah Kertas 1 (Aneka Pilihan); Sejarah Kertas 2;
10 November 2016KhamisSejarah Kertas 3; Bahasa Cina Kertas 2; Bahasa Tamil Kertas 2; Bahasa Arab Kertas 2; Bahasa Iban; Bahasa Kadazandusun; Bahasa Perancis; Bahasa Punjabi
14 November 2016IsninMatematik Moden Kertas 1; Matematik Kertas 2; Tasawwur Islam Kertas 1; Bible Knowledge
15 November 2016SelasaPendidikan Islam Kertas 1; Pendidikan Moral Kertas 1; Pendidikan Syari'ah Islamiah Kertas 2; Pendidikan Islam Kertas 2; Pendidikan Syari'ah Islamiah (Aneka Pilihan) Kertas 1; Tasawwur Islam Kertas 2
16 November 2016RabuPrinsip Perakaunan (Aneka Pilihan) Kertas 1; Prinsip Perakaunan Kertas 2; Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1
17 November 2016KhamisMatematik Tambahan Kertas 1; Matematik Tambahan Kertas 2;
21 November 2016IsninPendidikan Seni Visual – Seni Halus Kertas 2; Pendidikan Muzik Kertas 1; Reka Cipta Kertas 1
22 November 2016SelasaSains (Aneka Pilihan) Kertas 1; Fizik (Aneka Pilihan) Kertas 1; Sains Kertas 2; Fizik Kertas 2; Fizik (Amali Bertulis) Kertas 3
23 November 2016KhamisPerdagangan (Aneka Pilihan) Kertas 1; Biologi (Aneka Pilihan) Kertas 1; Perdagangan Kertas 2; Biologi Kertas 2; Biologi (Amali Bertulis) Kertas 3; Kimia (Aneka Pilihan) Kertas 1; Additional Science (Aneka Pilihan) Kertas 1; Chemistry Kertas 2; Additional Science Kertas 2; Chemistry (Amali Bertulis) Kertas 3; Sains Tambahan (Amali Bertulis) Kertas 3
30 November 2016RabuLukisan Kejuruteraan Kertas 1; Pembinaan Domestik Kertas 1; Membuat Perabot Kertas 1; Kerja Paip Domestik Kertas 1; Pendawaian Domestik Kertas 1; Kimpalan Arka dan Gas Kertas 1; Menservis Automobil Kertas 1; Menservis Motosikal Kertas 1; Menservis Peralatan Penyejukan dan; Penyamanan Udara; Rekaan dan Jahitan Pakaian Kertas 1; Katering dan Penyajian Kertas 1; Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Kertas 1; Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kertas 1; Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik Kertas 1; Pemprosesan Makanan Kertas 1; Landskap dan Nurseri Kertas 1; Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Kertas 1; Tanaman Makanan Kertas 1; Seni Reka Tanda Kertas 1; Hiasan Dalaman Asas Kertas 1; Produksi Multimedia Kertas 1; Grafik Berkomputer Kertas 1; Ekonomi Asas (Aneka Pilihan) Kertas 1; Ekonomi Asas Kertas 2
1 Disember 2016KhamisPengetahuan Sains Sukan (Aneka Pilihan) Kertas 1; Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Kertas 1; Pengajian Kejuruteraan Awam Kertas 1; Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Teknologi Kejuruteraan Kertas 1; Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Kertas 2; Pengajian Kejuruteraan Awam Kertas 2; Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Teknologi Kejuruteraan Kertas 2; Pengetahuan Sains Sukan Kertas 2
5 Disember 2016IsninSains Pertanian Kertas 1; Ekonomi Rumah Tangga (Aneka Pilihan) Kertas 1; Sains Pertanian Kertas 2; Ekonomi Rumah Tangga Kertas 2; Information and Communication Technology Kertas 1
6 Disember 2016 SelasaEnglish for Science and Technology Kertas 1; English for Science and Technology EST (Aneka Pilihan) Kertas 2

Thursday, October 27, 2016

Wajah2 yang dirindu setiap hari

Dalam keadaan kerja yang banyak.... stress memanglah tak dapat nak elak. Dahlah dalam masa yang sama nak kena bantu mak. Almaklumlah... nak dapat adik ipar baru awal tahun depan. Mana nak repair umah mak, nak cat, nak booking itu, booking ini. Yang bakal pengantin pulak, sibuknya takleh nak jangka jugak... kejap2 audit, kejap2 audit. Tengok mak yang makin uzur... haihhh...

Buat masa ni... hanya satu hal yang buat aku masih boleh tersenyum... wajah2 kesayanganku.



Walaupun macam2 perangai. Hari2 kena bebel. Merekalah pengubat duka, penghilang lara... penguat semangat.

Semoga membesar sebagai anak2 yang menjadi kebanggaan mak dan abah. HUGSSSS...

Monday, October 10, 2016

Small thing but big impact

Bila en suami keluar pejabat... untuk balik hantar isteri ke klinik. Temankan makan supaya boleh makan ubat. Walaupun kerja pejabat sangat banyak... mesej bertalu2 masuk phone. Bagaimana perasaan isteri agaknya? ....



Walau nak jalan pun sakit... tapi hati berbunga2... feeling loved :)

Friday, August 26, 2016

Setahun sebulan

Hari ni, No 4 cukup umur setahun, sebulan. Sibuk belajar berjalan. Masih tak berani lepas tangan... tapi dah boleh menapak perlahan2 jika dibimbing sebelah tangan.



Lasak bukan main. Tak letih2 dia cuba berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Mulut pun bukan main lagi kepoh... ada je jawabnya bila ditegur... cerdiknta anak emak.

Satu masalah... tak nak duduk dalam baby seat... walaupun diikat dengan tali pinggang keledar yang ada pada baby seat tu... dia boleh berpusing dan keluar sendiri...



Nasiblah rumah baby sitter tak sampai 5 minit dah sampai... kalau jauh... camnerlahhhh....

Rasa happy lihat perkembangannya hari ke hari... mudah2an dia terus membesar dengan sihat dan cerdas.

Wednesday, August 10, 2016

Kerja vs famili

Hari ni hari kedua di KL. Ada seminar antarabangsa... datang sebagai pembentang kertas kerja dan masuk pertandingan inovasi.

Bila ibu kena outstation... maka semua famili akan ikut skali. Lagipun no 4 maaih menyusu... takut mlm dia tak boleh tidur. So, en Zali cuti sama. Jaga anak sementara mak diorang keje 😊



Peduli apa orang kata... asalkan anak-anak ada depan mata.



Nasib baik bawak... semalam no 1 demam panas, asthma. Kalau tinggal dengan abah diorang kat JB... haih... memang tak tentu arah rasa hati.

Kerja tetap kerja... tapi famili no 1 😊

Friday, May 27, 2016

Hari terbuka sekolah

Hari ni, kena ambil buku penyata anak2 kat sekolah. Darjah 1, darjah 3 dan darjah 5. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun.



Ada juga macam2 jualan sempena hari terbuka. Meriah...



No 1 kena komplen
1. Tak fokus
2. Meja bersepah
3. Kena usaha lebih sebab sepatutnya boleh dapat A.
Kena janji dengan cikgu kelas supaya dapat 6 A akhir tahun ni.

No 2 kena komplen
1. Over confident
2. Sangat defensive, tak terima kalau cikgu kata dia buat salah
3. Kerja cincai... janji siap
4. Cerewet sangat sampai kawan2 ngadu suruh lucutkan jawatan diq sebagai ketua darjah.

No 3... subhanallahhh... kalau baru 5 bulan sekolah... semua cikgu kenal... maknanya ... takleh nak cakap dah. Mak dia pening dan stress



Overall ok. Sederhana. Sikap nak kena ubah banyak. Nampaknya cikgu sayangkan mereka. Alhamdulillah. Tetima kasih atas kesabaran cikgu2...

Mudah2an semakin baik perangai mereka selepas ini... Aminnn.

Wednesday, May 11, 2016

Feeling loved

Ahad 8 mei 2016 adalah hari ibu. Sebagai seorang ibu... akan terasa sangat bila hadirnya hari ini. Kerana pelbagai konflik mengapa ia tidak digalakkan disambut.

Tapi, semenjak anak2 sekolah... mereka benar2 ikhlas meraikan aku pada hari itu. Dengan kad yang dibuat sendiri... kadang2 mintak duit denganku untuk beli hadiah hari ibu.

Tapi... en suami tak pernah sambut. Kadang2 rasa sgt serba salah. Memanglah katanya setiap hari sepatutnya ibu itu dihargai.. tapi biasanya perempuan ini kan sensitif. Tapi... dah terbiasa pun.

Tahun ini... lain. He came home a day before mothers day with a cake. And kiss me on my forehead... saying nothing.

Seriously... I feel so touched. Tiada ucapan hari ibu... but that shows how he love me all these years.... as his wife and mother to his kids.



Thank you. **speechless...

Tuesday, May 3, 2016

Asthma atau lelah

Alhamdulillah, selepas seminggu No 4 demam, batuk dan selsema... semalam nampak kurang dah. Demam memang dah ok sejak Jumaat lagi. Tinggal batuk dan selsema sket.

Bagi ibu bapa yang tiada sejarah penyakit asthma atau lelah, mungkin tak bimbang sangat. Tapi aku, en zali, ayah aku, semua ada sejarah... makanya anak2 memang kena berjaga2. Jadi, bila hari ni follow up klinik kanak2, kena tukar ubat selsema dan kena makan antibiotik lain pulak. Padahal masa pergi, aku dgn en zali macam confident dia cuma akan continue ubat batuk jek 😑



Mlm ni... perhatikan nafas dia semula... mungkin aku tak perasan dan mula amik lewa lepas demam dia baik. Memang laju berbanding biasa, walaupun dah kurang bunyi lendir. Batuk dah longkah, berkahak tapi masih agak kerap.

Tapi... dia boleh tidur nyenyak. Alhamdulillah. Harap2 lepas habis antibiotik ni, baik teruslah ye sayang mak.

Bila risau, my working productivity akan merudum. Haih... camner nak jadi pekerja contoh. Tapi... tetap kena selesaikan tanggungjawab sebab itu rezeki untuk anak2.

Ok... dah pukul 5, nak gosok baju budak2 sekolah. Selamat pagi 😀

Tuesday, April 26, 2016

Demam balik

Cuaca panas. Klinik penuh pesakit. Wad penuh katil berpenghuni. Kebanyakannya orang tua dan kanak2.

Ahad, no 4 demam semula. Sekali drngan batuk dan selsema. Hidung meleleh hingus. Batuk start dengan kering... sekarang dah berkahak.

Sebagai ibu, aku memang akan risaukan dia, dan ignore pasal kerja selagi dia belum sihat. Kali ni demam dia panas... tidur mengerang. Merengek tak nak letak. Manalah tak risau.

Tapi... nak cuti jadi serba salah. Sebab kawan2 ofis pun ada anak juga. Asyik2 aku yg cuti sebab anak demam... apa pula kata mereka.



Abah dia beli ni untuk bantu kurangkan panas... selain tu lap dgn tuala basah.

Mak dia dah senoneng sebab tak cukup tidur... hari ni.. terpaksalah juga cuti lagi. Macamanalah nak hantar kat babysitter kalau demam dia tak stabil lagi camni... harap2 kawan2 tak ambil hati.

Akan cuba selesaikan kerja dari rumah... semoga takdalah masalah yg perlukan aku ke pejabat. Cepatlah baik sayanggg...

Sunday, April 17, 2016

New modem

Lama dah jadi pengguna setia modem yes ni. Masa mula2 beli huddle yg besar... lepas tu renew contract dapat yg kecil. Tahun lepas renew lagi, dapat satu lagi yg baru. Oleh kerana modem lama elok lagi, so simpan jek dalam kotak.

Hari ni, terpaksa buka kotak.



Dah sampai ajal modem lama. Bateri dia ok lagi, internet port dia yg dah rosak. Nasib baik tak payah keluar duit beli modem baru.

Suka sebab dia kecil dan laju 😊

Sunday, April 10, 2016

Date with my hubby

Feeling masa bercinta gitu... keluar breakfast dan lunch dengan cik abg



Breakfast lontong kat cafe Mak Jah, UTM. Lunch kue tiow kat Jusco Taman Universiti.

Hihi... tak romantik langsung kannnn :-D

Sunday, April 3, 2016

No 4 dah pandai berkemas

Dah tak boleh nak hias rumah skang ni. No 4 dah pandai berkemas. Habis semua brg2 kat kabinet dia berkenan.



Habis patah piala kenangan tabika kemas abg dia... nak marah pun tak boleh. Dia bukan paham punnn...

Alhandulillah... rumah bersepah tu maknanya anak cerdas kan kan kan 😂

Saturday, April 2, 2016

Tertoreh pisau

Minggu lepas sangat kelam kabut...

No 4 demam, selsema dan batuk sejak cuti Keputeraan Sultan Johor lagi... 2 kali ulang klinik... lendir banyak.

Nak jadi cerita... balik kerja hari Isnin, rumah berterabur tisu, no 3 tengah tekap tangan dia dgn tisu jugak. No 2 pandanf aku dengan muka pucat. Rupa2 nya, no 3 main pisau lipat abg dia kat dalam bilik. Semua org tak perasan sebab tengah tengok tv kat hall. Ada gak yg tengah tidur sebab baru balik sekolah agama.

Ingatkan sikit... sekali buka tengok... panjang dalam 2 ruas jari. Hampir2 kena kat urat... dalam juga.



Mlm tu juga bawak ke specialist. Full thickness kata dr masa pergi emergency. Kena warded sebab dr tak berani jahit sebab dia meronta. Kena tidurkan... so kena tunggu dr bius.

Selasa tengahari masuk bilik minor operation theatre. Dlm 1jam... surgery dan waiting time to recover from bius. Alhamdulillah, dr bgtau takda urat yg kena. Sebab tu tak lama.



Ni masa baru keluar bilik surgery. Ubat bius tak ilang lagi. Dr suruh stay lagi satu mlm. Aku dah agak dah... sebab tu mintak cuti 2 hari... sebab dia baru 7 tahun. Takut apa2 jadi kalau lepaskan dia terus balik umah.



Kemas jahitan dr. Jenuh menjaga no 3 sebab dia tak reti duduk diam. Sakit macam tak sakit.



Last day kat warded. Bayar lebih sikit supaya mak dan abah dapat tidur selesa sikit. Duit boleh cari... anak tak boleh diganti.

Kena lebih hati2 lepas ni. Harap2 budak2 ni seriklah nak main yg bukan2. Kalau tak serik jugak... haihhh tak taulahhhh....

Sunday, March 27, 2016

Tak boleh tidur

Dalam minggu ni, no 4 kan tak berapa sihat. So aku dok berjaga malam, cek ubat dia, sapu minyak panas, susu, tepuk percussion bila dia batuk...

Hari ni nampak dia dah boleh tidur nyenyak sikit. Lega sikit hati. Esok nak bawak jumpa dr lagi... ubat selsema dah nak abis.

Tapi... sikecik dah boleh tido... aku pulak terkebil2. Pusing kanan salah.. pusing kiri salah. Padahal badan ni punyalah letih...rasa menggeletar jek satu badan. Tapi tak boleh tidur pulak... haih.

Baru tuhan tarik sikit nikmat tidur kan.... dah macam ni. Kalau terus tak boleh tidur... macamanalah agaknya. Astaghfirullah... ampunkanlah dosa hambamu ini Ya Allah...


En zalee dah lama lena dahhhh....

Friday, March 25, 2016

Recovering process

Tengah dalam process recover dari demam. Selsema masih ada. Batuk dah ada kahak... tak kering macam sebelum ni.



Lega sikit hati bila my princess tido lena. Harap2 makin sihat ye sayang mak.

Thursday, March 24, 2016

Demam, selsema, batuk

Bila ada anak kecil, sakit adalah satu perkara yang biasa. Budak kecil ni fragile lagi... mudah sakit. Mereka baru nak bina antibody.

Dlm minggu ni, no 4 kena demam selsema. As usual, bagilah ubat demam bila suhu dia panas. Ubat selsema yg dr bagi masih ada. Ada juga letak bawang putih kat stokin dia untuk bantu dia lawan virus selsema tu...

Tapi... melarat juga. Yelah, skang ni kan cuaca panas sangat. Famili memang dah keturunan asthma... nak buat camner. Semalam dah start batuk. Bunyi macam mencungap. Org asthma ni batuk takda kahak... setiap kali batuk, sakit dada. Hidung plak meleleh hingus. Kesiannya tengok dia. Kesian mak dia skali sebab tak cukup tido huhu.

Lepas jumpa dr pakar, dapat tambahan ubat sprayvkat idung... barulah nampak beza sket batuk dia. Tapi, berkepit jeklah dgn mak dia. Tak boleh nak buat apa.

Cepat2lah baik sayang mak....



Feeling worried and sakit kepala (:-(

Sunday, March 13, 2016

Boboiboy movie

Cuti sekolah... budak2 menuntut nak tengok wayang. Nak tengok cerita yg tengah hot tuuu. Kalau ikutkan kerja... memang tak sempatlahhh.

Tebalkan muka, mintak cuti dengan my boss. Beli tiket online...



Wajah mereka selepas keluar wayang adalah pricelesss...

Esok mak keje ye sayangggg :-D

Saturday, February 27, 2016

No 1 tak sihat

Semenjak anak2 dah besar sikit... dan amalkan madu qaseh... dah jarang demam. Batuk pun sikit2 jek.

Tapi kali ni No 1 kena batuk, selsema dan demam panas...start batuk lepas majlis tunang mak sedara dia. Maklumlah, hari majlis...bukan boleh nak larang. Main sampai ke petang... minum ais lagi...



Hari selasa dah lain macam... batuk dah bunyi asthma... badan dah demam. Bawak gi klinik... kena nab. Dapat ubat selsema, demam dan antibiotik.



Ptg dia rasa lega... pergi latihan rumah sukan. Rabu pulak ada sukantara. Berjemur lagi. Khamis balik sekolah... tengok dia dah lain. Jumaat, panas sema badan... suhu sampai 39.6 celcius. Terus bawak jumpa dr semula... tukar antibiotik baru. Dapat ubat kahak yg kuat.

Hari ni demam dah kurg. Tapi asthma belum ok lagi, masih rasa sesak bila tarik nafas. Harap2 makin baik... risaunya hati ni...

Monday, February 8, 2016

Cuti tahun baru cina

Cuti panjang kali ni... luangkan masa kat umah mertua. Dok umah je. Malas nak ukur jalan. Lagipun, jem memanjang.

Buat kerja umah mana yang boleh... pagi2 lagi mak dah siap masak. Aku tolong2 jek. Dgn si kecik tu... susah sket nak gerak.



No 4 dah pandai main. Cuma... tak boleh tinggal. Hilang jek bayang kita... dijeritnya satu umah. Suara dia kan boleh tahan ^_^

Korang cuti gi mana?

Saturday, February 6, 2016

Masalah bila cuti

Masalah besar bila cuti adalah bangunkan anak2 dari tidur. Susahhhh ok.

Kalau setakat kejut tak bangun takpalah... ni siap membebel pulak tu. Kenapa kena bangunlah... mengantuk sangatlah... penat sukan semalamlah... tidur 5 minit jek lagilah... tidur lama sikit pun tak boleh ke... lahhh

Haisshhhh... geram tau tak. Dah bangun, tak retinya nak mandi ke... sarapan ke... dok melekat depan tv. Katil tak kemas... gigi tak gosok... solat subuh pun berkerah... geram tau

Macamanalah mak2 ni tak kuat membebel kannnnn ....



Anak oh anakkk ^_^

Sunday, January 31, 2016

Sakit perut

Baru 2 hari cuba makan solid... perut dia reject pulak... sakit perut... masuk angin... muntah... demam sket... kesiannyer anak mak ni ...



Kena postpone seminggu lagi... harap2 cepat baik perut dia. Lepas ni kena slow down sikit... small portion, once a day only. Harap2 sesuailah...

(:-( ... feeling worried.

Friday, January 29, 2016

First day solid food

Hari pertama kenalkan no 4 dgn solid food. Tak pasti apa akan jadi... kita tengok 4 hari ni macamana.



Hari ni cuba bubur nasi kosong sahaja... nothing else. Kalau tak allergy dgn nasi... senang nak pelbagaikan dgn bahan lain.

Nampaknya dia agak pandai makan... feeling happy ^_^

Friday, January 22, 2016

My honey boney chikebum

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak2 yang saleh.

Friday, January 15, 2016

30 day squat challenge

Sedang cuba nak kuruskan badan. Taknak yg kawal2 makan... takut susu merudum pulak. Kesian No 4.



Macam nak try kaedah ni. Tapi... tak taulah boleh ke istiqamah hihi

Sunday, January 3, 2016

First day at school

Hari pertama sekolah. No 3 naik darjah 1. No 4 cucuk 5 bulan.



Dari pukul 7 pagi, daftar no 3, perhatikan penyusunan semula kelas, aktiviti perhimpunan, dtg balik tengok diorang rehat. Pastu ke klinik kerajaan, cucuk no 4. Tghari balik, uruskan bas sekolah. Siapkan nak ke sekolah agama pulak. Daftar sekolah agama. Balik umah. Solat dan makan jap, gi sekolah balik. Perhatikan naik bas balik pulak.

Haihhhh.... mintak nafassssss 8-(

Esok harap2 lebih smooth berbanding hari ni. Nasib baik kes kecil2an jek hihi

Saturday, January 2, 2016

Jahit lencana sekolah

Tugas jahit lencana sekolah memang tugas wajib tiap2 tahun. Tahun ni 3 orang sekolah... maka makin bertambah baju nak dijahit.



Baju pulak beli dah siap. Ada kena ketatkan sikit pinggang, pendekkan kaki atau lengan. Jenuh jugaklah.

Biasanya dah siap, tahun ni lambat sebab hujung tahun kena siapkan kpi pejabat baru. Tak dapat nak ambil cuti.

Terpaksalah jahit sikit2 dgn dak kecik yg tak reti nak berenggang dgn mak dia ni :-)

Friday, January 1, 2016

Selamat tahun baru 2016

Selamat menyambut tahun baru buat semua. Hari ni Johor cuti.

Apa azam tahun baru yek?

Aku?



Hihihi... azam yang ni kena siapkan dulu... sebelum sekolah bermula 3 januari nanti.

Berakhirnya tahun 2015

Alhamdulillah... berakhir sudah tahun yang penuh bermakna dalam hidupku ini.

Banyak yang manis pengalamanku tahun ini.

Siap renovate rumah.


Berjaya selesaikan pembetulan thesis phd, submit dan lulus... Alhamdulullah...


Konvokesyen PhD


Dapat No 4 - setelah 6 tahun menunggu :-D


Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang diberikan oleh yang Maha Esa. Semoga limpahan nikmat ini tidak membuatkan aku menjadi orang yang bongkak dan takbur. Aminnnn.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...