Friday, July 31, 2015

Welcome no 4

Post sebelum ni, aku dah cakap yang hari sabtu masih belum keluar apa2 tanda. So, aku masih relaks walaupum daj ada rengat2 yang agak consistent setiap jam... tapi sakitnya masib boleh ditahan.

Lepas makan malam, anak2 main bunga api dgn abah diorang. Aku dok sembamg dengan mak dan adik bongsu aku. Mak perasan yg aku dah sakit2... dia kata biarlah bersalin esok. Kalau tengah malam... susah ...

Dalam pukul 9.30, aku gi tandas... skali ada keluar tanda lendir dengan darah sikit. Sah... jalan dah bukak. Bagitau en zali... decide kena gerak ke hospital jugak... jgn tunggi lagi.

Hantar budak2 umah mak, kemas semua barang... terus gi hospital. Sampai sana, masuk labour room terus. Nurse check dah buka 4cm. Contraction dah ada tapi belum kuat. Dia suruh masuk wad dulu. Jangkaan pagi bersalin. En zali tak boleh tunggi, so aku suruh dia balik tengok anak2.

Konon2 nak tidur... mata punyalah mengantuk. Tapi setiap kali contraction datanh, aku sedar. So, macam tak tidur gak. Then, perut start memulas nak buang air. 3 kali contraction, aku buang air... dalam hati terus tau dah... ni nak sampai masa dah ni. Sakit contraction pun makin kuat. So, dlm pkul 2.30 aku call nurse dan masuk balik bilik bersalin. Check, dah bukak 8cm.

Call en zali, bgtau dah sampai masa. Nurse call dr. Baby taknak tunggu dah, dr sampai jek, aku terus teran. Masa en zali sampai, baby dah selamat keluar, tinggal nak lepaskan uri jek... :-)

Alhamdulillah... jam 3.04 pagi, 26 julai 2015, lahirlah baby girl yang kami tunggu2 dengan berat 2.86kg.



Syukur kerana tiada banyak masalah masa melahirkannya. Semua rasa sakit hilang bila baby diletakkan pada ibu... tak tau nak cerita macamana perasaan aku pada masa tu.

Alhamdulillah atas nikmatmu ya Allah.

Sunday, July 26, 2015

38 minggu

Duduk lama sakit.
Diri lama sakit.
Tidur sakit
Bila baby tak gerak... mulalah risau tak pasal2
Umah bersepah ... mulalah nak marah... sebab nak kemas tak larat

Oleh kerana raya... schedule jumpa dr sepatutnya Ahad.... tukar ke khamis.

Malam sebelum appointment dah rasa sakit contraction... tak sure samada braxton hicks atau pre labour. Bila bagitau dr... dia buat VE. Dah bukak 2 cm. Nasib baik CTG cantik... baby pun masih tinggi lagi... so boleh balik dulu.

Sempatlah merancang urusan anak2 yang kena tinggal... kalau aku bersalin.
Baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, baju childcare no 3. Nasib baik en zali rajin tolong basuh baju... sidai baju... peratikan barang2 anak.

Malamnya sempat lagi gi beraya rumah member kat kulai. Contraction belum kuat... selamba jek makan lontong kering dan ubi rebus cecah sambal tumis. Pasni tak boleh makan 40 hari kennnn.



Jumaat (24/7/2015) tak bersalin lagi. Masih boleh masak nasi untuk anak2 dan en suami. Malamnya dapat makan laksa umah kakakku yang tua... raya ari tu dia buat... aku takda. Kan raya umah mertua.


Gambar adik ipar aku pegang balang kuih... hihi

Sabtu (25/7/2015) dah start contraction lebih kerap. Tapi tak kuat... masih boleh buat keje sikit2. Tanda pun takda keluar. So, bincang dengan en zali... esok nak gi jumpa dr. Mintak check condition. Kalau boleh nak warded terus... rasa stress pulak dok umah... nak2 en zali... gabra semacam jek...

Kemudian.... jeng jeng jeng... sambung next post yek :-D

Saturday, July 18, 2015

Raya 2015

Raya tahun ni hampir2 tak balik kampung. Almaklumlah... dah masuk 37 minggu. Takut gak kalau tercepat ke baby nak keluar...

Tapi... bila jumpa dr.. dia kata insyaAllah sempat raya... so... kemas beg dan balik umah mertua ku :-D

Kan ibu mertua aku jatuh akhir tahun 2014... operation masuk besi kat kepala lutut dan paha dia...

Barulah puasa ni dia boleh jalan sikit2... pakai tongkat 4 kaki... jadinya dia dah berangan nak masak jugak ketupat raya... dah tu... takkan tak balik kannnn... sapa nak tolong dia... en zali cuma 3 beradik jek... adik pompuan dia sorang jekkk

Alhamdulillah... dalam macam gitu... kuat semangat dia nak masak untuk cucu2... ketupat anyam sendiri, rendang ayam, kari daging, kari kambing, lodeh dan sambal kacang... siap terhidang dipagi raya... respect tullll...

Mudah2an mak cepat sihat... boleh jalan tanpa tongkat.... aminnnnn



Belanja gambar raya terkini... dengan perut besar sambil menghitung hari :-D

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...