Thursday, January 31, 2013

demam lagi


Lepas cuti 5 hari daripada Maulud nabi hingga cuti Thaipusam, no 2 demam. ini kali ketiga dia demam sejak nak naik sekolah. kali pertama demam, minggu sebelum naik sekolah. kali kedua dia demam minggu kedua dah naik sekolah. Second time tu siap pergi amik darah takut kena denggi ke... skang ni kan musim.

no 2 ni memang tak suka minum air... bila cuaca panas, memang dia mudah demam. Risau betul dibuatnya...

hari ni dah ok, Alhamdulillah. janganlah demam lagi sayang mak... macamanalah mak nak kerja dengan tenangggg :(

Tuesday, January 29, 2013

pengalaman guna tablet

Tahun lepas, en zalee beli samsung galaxy tab sebab terpengaruh tengok iklan dan kawan2, beli. ada rezeki dapat duit undi, dan kami takda apa2 comitment nak bayar apa2 hutang, jadi it become our own pleasure. we start exploring dan download varies kind of game yang free di android market. i luv the sun solaris yang boleh buat some editing untuk office application. boleh simpan terus dalam dropbox untuk sync dengan pc kat office dan my laptop. tak perlu tunggu boot, boleh terus buka dan cek email. no wonder it become a big hit.

earlier this year, aku dapat peluang guna ipad 4. Pejabat punya. response sangat laju, keyboard yang lebih sensitif. cuma office app kena beli, yang free hanya boleh baca sahaja. editing is not allowed. tapi, aku start cari other alternative such as note untuk teks dan prezi untuk presentation. spreadsheet... google doc jek... boleh apa :)

oleh kerana ipad dibina dengan vga adapter, ia boleh terus dipancarkan kepada lcd projector, berbanding samsung yang tak berapa friendly untuk working needs. kena beli hdmi adapter dan sambung pulak pada hdmi to vga converter. leceh dan mostly tak boleh communicate.

masih banyak nak explore... oleh kerana teknologi takkan tunggu kita, terpaksalah kita fikirkan bagaimana ia boleh membantu untuk pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. ada tips tak bagi membolehkan kita guna tablet untuk pengajaran mahupun untuk attract pelajar ? Kalau ada, kongsilah ekk...

Thursday, November 15, 2012

Bagaimana nak crack fail pdf yang dikunci (lock)

Pernah tak berlaku dimana anda jumpa satu fail rujukan berformat pdf tapi tak boleh buat apa-apa? Tak boleh copy, paste mahupun print fail tersebut...Pernah tak?

Kadang-kadang, kita takda niat pun nak curi bahan tersebut, kalau kita copy atau paste sekalipun, ia akan diubahsuai semula menjadi ayat yang bersesuaian dengan kajian kita. Kalau taknak bagi copy, paste sekalipun, takdalah kisah sangat. Tapi, kalau print pun tak boleh... camnalah nak buat rujukan.... kan ...kan

Jadi, aku ada jumpa satu website ni... untuk crack fail pdf yang di lock.
Mudah dan tidak memerlukan sebarang kemahiran IT yang extreme...

Pergi jek kat sini http://www.crackmypdf.com/
Upload file pdf anda dan... ikut arahan yang diberikan.

Pesanan penaja :
Sila hormati hak cipta orang lain ye. 
Kegunaan atas dasar ilmu pengetahuan adalah dibenarkan berdasarkan Fair Used Act :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...