Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Kisah hari ni

Tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya hihihi...

Dalam facebook dan instagram sekarang ni kan dah ada story ... akan keluar dalam tempoh 24 jam apa yang kita tulis hari itu. Anak-anak suka sangat tengok ... tak tahu lagi kenapa diorang suka sangat. Kena buat kajian ni :)

Lama, tak bersiaran. Semenjak apps blogger dalam handphone problem... susah nak update. Bila buka pc, banyak website lain nak kena update. Cerita pasal diri sendiri... memang tak sempatlah nak share.

Hari ni emosi tak berapa stabil. Semenjak dapat berita semalam, abah ( bapa mertua) masuk hospital, tak tentu arah rasa hati. Petang semalam en Zali balik kampung jenguk Abah kat wad. Aku tak ikut, anak2 sekolah. Standby apa yang patut kat sini.


Tekanan darah tinggi, sesak nafas, paru-paru berair ... kena bantuan oksigen dan antibiotik. Sakit abah banyak berpunca daripada masalah buah pinggang yang memang dia dah diminta beberapa kali untuk buat tapak ... for dialisis. Tapi, abah taknak. masih berikhtiar dengan ubat sahaja... tapi kali ni nampaknya kesannya agak teruk. Tekanan darah tinggi sampai 200 .... nasib baik adik ipar cepat bawak abah ke hospital.

Hari ni, pegang kerja apa semuanya tak jadi. Nak tulis extended abstract untuk pertandingan inovasi tak jadi, nak isi borang pertandingan wakil fakulti tak jadi, nak review paper conference tak jadi. Buka, tutup, buka, tutup ...  idea tak datang. Runsing sangat.

Hari ni lebih banyak buat kerja yang takyah fikir sangat, layan helpdesk pelajar dan update social media fakulti. Basuh baju yang dah masuk 2@3 bakul. Kemas barang2.... susun apa2 yang patut.

Kena ingatkan diri ... anak2 perlukan perhatian.

Semoga abah cepat sihat... puasa dah dekat ~__~

Thursday, October 27, 2016

Wajah2 yang dirindu setiap hari

Dalam keadaan kerja yang banyak.... stress memanglah tak dapat nak elak. Dahlah dalam masa yang sama nak kena bantu mak. Almaklumlah... nak dapat adik ipar baru awal tahun depan. Mana nak repair umah mak, nak cat, nak booking itu, booking ini. Yang bakal pengantin pulak, sibuknya takleh nak jangka jugak... kejap2 audit, kejap2 audit. Tengok mak yang makin uzur... haihhh...

Buat masa ni... hanya satu hal yang buat aku masih boleh tersenyum... wajah2 kesayanganku.



Walaupun macam2 perangai. Hari2 kena bebel. Merekalah pengubat duka, penghilang lara... penguat semangat.

Semoga membesar sebagai anak2 yang menjadi kebanggaan mak dan abah. HUGSSSS...

Saturday, January 2, 2016

Jahit lencana sekolah

Tugas jahit lencana sekolah memang tugas wajib tiap2 tahun. Tahun ni 3 orang sekolah... maka makin bertambah baju nak dijahit.



Baju pulak beli dah siap. Ada kena ketatkan sikit pinggang, pendekkan kaki atau lengan. Jenuh jugaklah.

Biasanya dah siap, tahun ni lambat sebab hujung tahun kena siapkan kpi pejabat baru. Tak dapat nak ambil cuti.

Terpaksalah jahit sikit2 dgn dak kecik yg tak reti nak berenggang dgn mak dia ni :-)

Friday, January 1, 2016

Selamat tahun baru 2016

Selamat menyambut tahun baru buat semua. Hari ni Johor cuti.

Apa azam tahun baru yek?

Aku?



Hihihi... azam yang ni kena siapkan dulu... sebelum sekolah bermula 3 januari nanti.

Berakhirnya tahun 2015

Alhamdulillah... berakhir sudah tahun yang penuh bermakna dalam hidupku ini.

Banyak yang manis pengalamanku tahun ini.

Siap renovate rumah.


Berjaya selesaikan pembetulan thesis phd, submit dan lulus... Alhamdulullah...


Konvokesyen PhD


Dapat No 4 - setelah 6 tahun menunggu :-D


Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang diberikan oleh yang Maha Esa. Semoga limpahan nikmat ini tidak membuatkan aku menjadi orang yang bongkak dan takbur. Aminnnn.

Saturday, December 12, 2015

Raja sehari

Setiap kali adik2 menjadi raja sehari... hati akan rasa gembira berbaur sebak tak tau kenapa... seperti kehilangan sesuatu... kalau jadi ibu.. entah macamana pula agaknya perasaan ini

Hari ini... perasaan yang sama aku rasakan. Menghadiri jemputan raja seharu anak murid yang dididik dari ijazah hingga ke sarjana. Tak tertahan rasanya airmata ini.



Semoga menjadi isteri yang solehah buat suami tersayang...sabarlah kau tempuhi alam perkahwinan...

Sunday, November 22, 2015

Cepatnya masa berlalu

Ni masa dia sebulan



Sekarang... 3 bulan lebih



Baju dah sempit.... feeling happy ^_^

Tuesday, November 10, 2015

No shoes

No 3 punyer perangai... setiap kali masuk kereta, dia bukak kasut. Bila sampai... baru terhegeh2 nak pakai semula.

Sebab tu selalu kalau jalan2... pakaikan dia selipar jek. Senang....



Cuba tengok gambar ni. No 3 pakai stoking. Masa ni kat tingkat 3. Kasut doa tinggal kat tingkat 2. Ape kesss...

Nasib baik perasan... kalau tak... sampai rumah dia tak berkasut... haihhhh

Monday, November 9, 2015

Kat kampunh

Cuti deepavali ni... dapatlah balik kampung mertua... sebab en zali cuma perlu cuti isnin jek... ahad dan selasa cuti umum... budak2 pun tak sekolah. Mak dia jek kena mohon cuti 2 hari, cuti tahun.

Oleh kerana baru masuk ofis baru... banyak gak keje pending bila cuti ni. Tapi memikirkan ini jeklah peluang nak balik kampung... lawat orang tua kami... nekad jeklah. Insya Allah dimudahkan urusan bila naik Rabu nanti.

No 4 baru kali ke dua balik... kali ni balik dah pandai senyum. Mak dah boleh gerak dengan tongkat... adik suami belikan ubat untuk saraf... harap2 semakin cepat dia sembuh. Abah pulak, asyik2 mabuk... semenjak masuk wad 2 minggu lepas... dia tak ke masjid. Bimbang pengsan kat masjid... risau....

Setiap kali balik... lihat mak dgn abah makin uzur... nak balik selalu ... kerja... anak2 pulak sekolah. Hmmmm

Esok nak belajar buat sambal belimbing. Kena korek ilmu ibu mertuaku. Kenapa yek...masakan mak2 ni sedap jekkk .... kalau kita masak... rasa kurenggg jek ...

Oppss... no 4 dah bangun tido. Till then ... bye :-D

Friday, November 6, 2015

Kpi hari ni

Hari ni cuti kat Johor... baru 2 minggu naik keje... masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai ibu yang bekerja...

Masa cuti lepas... rasa happy sangat bila tengok rumah kemas jek... biasalah.. budak2 ni bukan tau nak kemas... baru je kita bersihkan dapur, depan dah berkecah. Tapi ... masa cuti tu sempatlah nak bersihkan semula.

Bila dah kerja ni... balik kerja masa tulah nak layan no 4, nak basuh baju, nak simpan baju kering, nak hantar budak ngaji (kalau abah diorang lambat balik)... itu tak hati2 masak, kadang2 jek.... selalu beli lauk jek... tapi tetap nak kena basuh pinggan mangkuk..badan pulak dah letih... mata dah ngantuk. Selalunya... mana yang tak sempat... biar jeklah dulu.

Minggu ni pulak hujan, baju tak kering. Sidai pagi masa gi keje... balik keje masih lembab lagi huhu... maknanya bertimbunlah baju tak basuh. Abih tu... mana nak letak.

So... kpi hari ni ialah siapkan basuh baju hihihi.... mesin basuh i cuma boleh jalan 6 kg jek... so... dah 4 round ni. Insya Allah ... Boleh capai rasanya sampai petang ni. Kalau hujan... hantar mesin kering layan diri...

Dalam pada tu... pergi salin cadar pulak... sengaja kan menambah kerja. Nasiblah... mana nak sidai pulak halnyer hihihi...

Ok. Mesin dah bunyi. Nak gi sidai kain. Selamat berhujung minggu ^_^


Mak kita tengah sidai kain :-)

Saturday, October 10, 2015

Brother sister bonding

Semenjak dapat no 4, no 3 ada lain sket perangai. Walaupun dia excited nak dapat adik pompuan... tapi memang perasan yang dia ada sedikit jeles.

Bila lahir jek no 4, dia habiskan banyak masa dgn en zali. Yelah... aku terpaksa concentrate pada si kecik dan diri sendirikannn... sampai tidir malam pun no 3 tidur dgn abah dia. Kalau tak.. mostly dia akan cari aku.

Tapi dia memang sayangkan no 4. Cuma kena perati... sebab dia berangan nak dukunglah... kalau cium bukan main kuat dia tekan hidung dia kat si kecik tu... kadang2 doa cubit pipilah... sampai terjerit no 4 .



But... i know that he love his sister so much.... cuma dia belum faham macamana nak handle adik kecik jek...



Love them so much ^_^

Wednesday, May 6, 2015

akhirnya... dah siap

Alhamdulillah.... akhirnya siap juga kabinet dapur....

Wet kitchen....

Dry kitchen...

Tema hitam putih... senang nak match dengan cat rumah... apa color sekalipun... Dan yang penting... banyak ruang simpanan. Barang2 masih dalam kotak lagi. Nak tunggu free entah bila. Kemas mana yang nak pakai dulu.

Tinggal fasa terakhir... beli perabot. Entah bilalah sempat. Nak gi survey pun takda masa... takpa kita pelan2 yek.

Wednesday, April 29, 2015

Suntikan Kancing Gigi

Semalam pergi buat medical checkup untuk kandungan yang dah masuk 26 minggu. Sekali kena cucuk untuk elakkan kancing gigi masa bersalin nanti @suntikan ATT (anti tetanus toxoid). Oleh kerana ini kali keempat, maka kena cucuk sekali jek. Kalau first time kena cucuk 2 kali. Kalau nak tahu apa keperluan suntikan vaksin ni... boleh singgah kat blog2 kat bawah ni (*kes malas nak copy paste :))

http://otakkusut-arela.blogspot.com/2013/10/suntikan-kancing-gigi.html
http://firira89.blogspot.com/2013/03/dos-pertama-suntikan-kancing-gigi-ibu.html

Walaupun dah lama... masih ingat lagi kesannya lepas cucuk vaksin ni tau... apa dia? hmmm tangan bekas cucuk tu akan kebas... lenguh dan badan akan ras amacam nak demam. Kesannya paling cepat dalm 2 jam lepas cucuk atau setengah hari lepas cucuk... bergantung pada individu.



Sebab tu lah bila dr bagitau kena cucuk... aku macam taknak...tapi bimbang pulak sebab kita takkan tahu apa yang jadi masa bersalin nanti... makanya terima sahajalah. Untuk keselamatan baby dalam kandungan ni.

Sebab tu hari ni mood kerja adalah ke laut. Pegang keyboard serba tak kena. Ni tekan keyboard sebelah tangan jek... apa kes huhuhu. Badan macam demam tapi tak demam. Dahlah semalam hb aku drop. Mungkin tu sebabnya aku letih jek dalam 1@2 minggu ni. Ada lagi beberapa hal untuk kandungan kali ni... lain kalilah cerita. Masih berfikiran positif dan berdoa semoga ia berubah kepada yang terbaik bila sampai masa bersalin nanti... Ya Allah kau mudahkanlahhhh aminnnn.


Monday, April 27, 2015

pasang kabinet dapur

Dari bulan januari, sampai sekarang... masih ada lagi hal nak kena siapkan untuk rumah. Perabut pun belum beli sebab nak tunggu everything settle dulu. Cuti minggu lepas... pasang kabinet dapur. Patutnya lama dah... tapi pekerja tauke tu lari pulak. Jadi, bos yang datang pasang. Special keeennnnn...

Kabinet kayu jek...

Ni kat bahagian table top batu yang dah siap lama... tinggal nak pasang pintu dan rak.

2 hari diorang mengadap...punnnn tak siap. Katanya hari ni nak siapkan sikit lagi. ada satu pintu dia tersilap ukur... dan tile untuk atas kabinet belum pasang lagi. Hmmmm... ada lagi sikit sana, sikit sini. Biasalah....

Harap2 hari ni siap... boleh start unpack peralatan dapur. Lama dah dapur tak berasap ni... buat breakfast jek yang simple2 sebab taknak banyak sangat barang berkecah. Pasni bolehlah pasang menu everyday... kalau rajin hihihihi... jgn angan2 tahi ayam... udahlahhhh...

dah siap kita bgtau ekk... salam Isnin :)

Thursday, April 16, 2015

Final steps... done

Alhamdulillah, dah siap hardbound binding tesis phd ku....


Tauke kedai bagitau, ada satu salinan missing page. Dia telah dengan baik hati fotokopikan... Alhamdulillah... mungkin sebab dah biasa buat... dia jadi ambil berat pada pelajar. Inilah nyawa kami yang jadi bukti penat jerih bertahun-tahun.

Dah siap submit kat sekolah Pengajian siswazah. Cuma 1 jek problem, pc diorang tak boleh baca my dvd. Makanya terpaksa burn semula fail dalam CDR. Nasib baik ada member tolong...

Selesai all the step... tunggal tunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa peperiksaan jek. Katanya setiap abstract akan disemak sebelum diperakukan... I have done all i could. Sekarang tinggal redha pada ketentuan Allah sahajalah...

For you all phd and master candidates... continue your journey. The end will still there... waiting for you. insyaAllah.... :)

Wednesday, April 15, 2015

Dah siap cetak

Dah siap cetak 6 salinan... yeaaaaa...

Sila abaikan ibu jari tu yek...

Macam nak pengsan mengangkat thesis ni untuk hantar ke kedai. Dengan nak bawak perut skali... hihihi... Nasib baik tak pengsan kat tengah jalan.

Kalau nak buat hardbound binding, silalah hantar ke kedai yang memang tuan punye sendiri buat yek. Kalau hantar kedai biasa...dia kena hantar kat tempat lain pulak. Akan ada extra charge dan extra hari. Alhamdulillah... aku punyer esok siap. InsyaAllah.

Tungguuuu :)

Tuesday, April 14, 2015

Printer problem

Beberapa hari ni, sibuk menguruskan cetakan thesis untuk hardbound binding. Nak hantar fotokopi tak boleh, nanti margin dia lari. Makanya terpaksalah cetak guna printer kat bilik. Jenuhh menunggu 380 mukasurat untuk 6 salinan. Satu hari dapat 1 atau 2 salinan jek. Ikut cuaca... pelikkah?

Hmmmm... bilik ni aircond rosak. So, printer cepat panas. Bila masuk 150 ms jek... dia slow down.


Keluarkah warning macam gambar kat atas ni. Lepas tu... tunggu 5 minit, dia cetak 10 ms. Pastu cool down lagi. Stress sampai tak boleh nak buat kerja lain... :(

Hari ni masuk salinan terakhir. dari pukul 9 sampai sekarang dah nak masuk pukul 1... ada 2 mukasurat lagi belum settle. Perut ni pnyerlah lapar... kutahankan sahajalahhh. Nak tinggal, takut paper stuck ke... paper habis ke... dakwat habis ke... hmmmmm...

Mudah2an... takda problem lagi pas ni. Tak sabarnyer nak hantar kedai ..... Ya Allah, kau mudahkanlahhhhh...

Wednesday, April 8, 2015

Alhamdulillah

Syukur atas nikmatmu ya Allah. Akhirnya sikit je lagi nak tamat phd aku ni. walaupun tak GOT macam pelajar lain. walaupun lebih lama berbanding pelajar lain. 


Tinggal nak betulkan format, semak abstract dan hardbound binding. mudah-mudahan takda masalah.....

This long journey teach me a lot.

Erti sabar...
Erti usaha
Erti pengorbanan
Erti kasih sayang
Erti sokongan dan bantuan
Erti sebuah persahabatan
Dan
Jangan mengalah hingga ke titisan yang terakhir...

Syukur diatas rahmat dari yang maha Esa. Alhamdulillah...

Thursday, December 11, 2014

surprise daripada anak-anak

Balik dari seminar, flight KL-JB delay 1 jam. Kesian en Zali dan anak-anak tunggu kat airport...

Sampai rumah, terus diorang bagi kad ucapan. Made by themselves... feeling touching 😭


Bila baca ayat dalam kad... lagilahhhh huhuhu

kad dari no 1

Kad No 2.

No 3 pun ada gak... tapi penuh conteng dia jeklah....

Hilang penat bila balik outstation, anak2 sambut macam gini keennnn :)

Thursday, November 20, 2014

hari anugerah cemerlang... No 1

Pertama kali setelah sekian lama, Sekolah di kawasan aku ni buat majlis Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun yang sama peperiksaan. Selalunya dibuat pada tahun seterusnya semasa mesyuarat PIBG. Dan sejarah juga, No 1 naik pentas...

Macam tak percaya...

Dalam dewan... tengah dengar guru besar berucap...

Buku Program

No 4 aliran tahun 3, terbaik matematik.

He improve a lot... feeling sooo proud

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...