Monday, November 12, 2012

Pergi yang tak kembali

Duhai ayah,
Tanggal 31 Oktober 2012 yang lalu,
Kau pergi tanpa galang gantinya,
Kau pergi tanpa kulihat kubur tandanya,

Aku sedih,
Tapi aku tak mampu menangis
Bimbang emak yang masih di tanah haram gundah gulana
Mendengar sedu sedan anaknya di Malaysia

Aku hiba,
Namun aku tak boleh nestapa
Kerana tugas sebagai Ibu tetap perlu kuteruskan jua
Menguruskan anak-anak yang masih belum tahu apa-apa

Kerana tugas sebagai Isteri tetap perlu kuteruskan jua
Menjaga makan, pakai dan keperluan suami tercinta

Kerana tugas sebagai pekerja perlu ku selesaikan jua
Mencapai KPI yang ditetapkan dari awal tahun semasa

Kerana tugas sebagai pelajar mesti ku pikul jua
Memenuhi janji yang asyik ku letak ke tepi setiap kali tanggungjawab lain menggugat masa, tenaga dan emosi

Namun, Aku sangat bersyukur hai ayah,
Kau sempat wukuf di tanah arafah,
Kau sempat bermalam di Muzdalifah,
Kau sempat melontar di tiga Jumrah,
Kau sempat saie dan tawaf mengelilingi Kaabah
Terimalah Haji ayahku, Ya Allah


Anakmu ini berjanji akan terus tabah mengharungi liku-liku hidup ini
Moga rohmu wahai ayahku, tergolong dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal salleh.



2 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Bergembiralah, kerana tempat dan waktu pemergiannya adalah dalam suasana paling berkat, yang diidamkan oleh seluruh umat Islam yang mencintai Tuhannya. Bergembiralah kerana arwah dekat dengan para nabi dan awliya' serta dikunjungi jutaan muslimin saban tahun.

nora said...

@Maia, terima kasih. Alhamdulillah kami redha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...