Saturday, June 27, 2015

belajar puasa

"Tahun ni, no 3 dah masuk 6 tahun. Oleh kerana dia manja... macam perasan dia kecik lagi. Padahal nak dapat adik dah hihihi. Alhamdulillah, semenjak masuk tadika Qaseh Raihan, makin baik akademiknya. Dah boleh baca 2 sukukata, dah kenal nombor, dah kenal huruf hijaiyah.... progress yang sangat baik (pada pandangan akulah) untuk setengah tahun 2015 ni... Sebab... awal tahun, satu huruf pun dia tak kenal.... yang dia suka mewarna jeklah :)

Sebelum puasa, cikgu tadika dia bagi aku dan en zali carta yang perlu diisi sepanjang ramadhan. Masa tu baru terpikir nak ajar no 3 puasa... sekerat hari pun jadilah... Kalau No 2 dulu... 5 tahun dia dah boleh puasa penuh....cuma tak cukup sebulanlahhh....

Makanya, first day puasa, paksa dia bangun sahur makan nasi. Sebelum makan, ambil 2 sudu madu Junior dulu sebab dia tak suka kurma. Air paksa minum dalam 2 cawan... semangat pulak masa tu dia bangun sahur....

Tapi, bila siangnya... dia boleh lupa yang dia puasa... siap mintak makan nasi, nak air lah... nak coklatlah.... kena peringat sentiasa huhuh... masuk tengahari... aku dah standby nak kasi dia berbuka... tapi nampak dia segar semacam jek. So, kami cuba bertahan sampai buka puasa. Dapt puasa satu hari tauuuu.... hebatkannnn :) 

Sepanjang 4 hari cuti... berjaya menahan no 3 puasa penuh... tapi bila balik childcare... susah sikit dia nak tahan dugaan kawan2... so adalah yang piasa sekerat hari jek hihihi... takpalah nak... kata belajar kannn :) 

Solat macam biasalah... masih on training. Lepas buka puasa, dia dah letih. Isya' dan terawikh belum nak push dia lagi. InsyaAllah tahun depan. Bacaan pun masih kena baaannnyyyaaakkk betulkan lagi. Almaklumlah... dia pelat :)

Dia kata.... adik kan dah nak jadi abang ..... hehehe


2 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Anak saya Sofiy pun 6 tahun. Fisrt daya puasa dapat penuh walaupun sahur pukul 6.30. Second day sahur pukul 5 dan sekolah, pukul 1 dah tergolek sana tergolek sini, bagi je la buka. Sekarang ni cuaca panas sangat, dia nak puasa pun saya tak bagi. Sebab dia kalau kurang air, jadi mudah demam. Demam pulak attack tonsil.

nora said...

@maia, saya pun dok perati gak no 3 hari2... kalau melepek jek memang suruh bukak puasa jek. Tapi nampaknya steady lagi. Kadang penuh, kadang sekerat hari. Training :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...