Showing posts with label no 1. Show all posts
Showing posts with label no 1. Show all posts

Sunday, April 23, 2017

Akujanji UPSR

No 1 nak periksa UPSR tahun ni. Hari ni sekolah buat program perkongsian bijak dengan ibu bapa. Ada penceramah motivasi daripada Maktab Temenggung Ibrahim JB.

Disambung juga dengan perbincangan mengenai perkembangan peperiksaan pelajar pada ujian yang lepas. Juga perancangan intervensi bagi persediaan UPSR september nanti.

Ibu bapa, pelajar dan guru2 sama2 membuat akujanji bagi membuat apa yang termampu untuk kejayaan semua anak2. Semoga impian semua dimakbulkan oleh Allah. Aminnn...

Saturday, February 27, 2016

No 1 tak sihat

Semenjak anak2 dah besar sikit... dan amalkan madu qaseh... dah jarang demam. Batuk pun sikit2 jek.

Tapi kali ni No 1 kena batuk, selsema dan demam panas...start batuk lepas majlis tunang mak sedara dia. Maklumlah, hari majlis...bukan boleh nak larang. Main sampai ke petang... minum ais lagi...



Hari selasa dah lain macam... batuk dah bunyi asthma... badan dah demam. Bawak gi klinik... kena nab. Dapat ubat selsema, demam dan antibiotik.



Ptg dia rasa lega... pergi latihan rumah sukan. Rabu pulak ada sukantara. Berjemur lagi. Khamis balik sekolah... tengok dia dah lain. Jumaat, panas sema badan... suhu sampai 39.6 celcius. Terus bawak jumpa dr semula... tukar antibiotik baru. Dapat ubat kahak yg kuat.

Hari ni demam dah kurg. Tapi asthma belum ok lagi, masih rasa sesak bila tarik nafas. Harap2 makin baik... risaunya hati ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...