Tuesday, May 3, 2016

Asthma atau lelah

Alhamdulillah, selepas seminggu No 4 demam, batuk dan selsema... semalam nampak kurang dah. Demam memang dah ok sejak Jumaat lagi. Tinggal batuk dan selsema sket.

Bagi ibu bapa yang tiada sejarah penyakit asthma atau lelah, mungkin tak bimbang sangat. Tapi aku, en zali, ayah aku, semua ada sejarah... makanya anak2 memang kena berjaga2. Jadi, bila hari ni follow up klinik kanak2, kena tukar ubat selsema dan kena makan antibiotik lain pulak. Padahal masa pergi, aku dgn en zali macam confident dia cuma akan continue ubat batuk jek 😑



Mlm ni... perhatikan nafas dia semula... mungkin aku tak perasan dan mula amik lewa lepas demam dia baik. Memang laju berbanding biasa, walaupun dah kurang bunyi lendir. Batuk dah longkah, berkahak tapi masih agak kerap.

Tapi... dia boleh tidur nyenyak. Alhamdulillah. Harap2 lepas habis antibiotik ni, baik teruslah ye sayang mak.

Bila risau, my working productivity akan merudum. Haih... camner nak jadi pekerja contoh. Tapi... tetap kena selesaikan tanggungjawab sebab itu rezeki untuk anak2.

Ok... dah pukul 5, nak gosok baju budak2 sekolah. Selamat pagi 😀

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...