Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Blog baru di UTM


Mulai tahun 2019, blog di http://educ.utm.my/norah akan dipindahkan ke lokasi yang baru.

Link baru adalah : https://people.utm.my/norah/


Nak cuba aktif semula berblog. Entah bilalah nak ada masa kannn. Kalau I tak membebel kat sini, singgahlah kat blog di UTM ye.

再见 ( Jumpa lagi )

Monday, May 22, 2017

Feeling Demotivated

Tak tahulah kenapa hati rasa sangat tak happy. Bercerita pun jadi tak seronok. Ketawa macam pura-pura. Semangat dah hilang entah ke mana.


Buat masa ini, mungkin diam adalah lebih baik. Sehingga luka di hati ini sembuh sendiri.

Thursday, November 5, 2015

Hadiah lagi

Tak sangka sangat... dapat hadiah sempena konvo yang lepas...



Hadiah daripada my student... dia tengah siapkan research study 2... harap2 siap dan dapat konvo tahun depan. Insya Allah...

Tqvm... you know who you are... :-)

Monday, November 2, 2015

First day ofis baru

Hari ni hari pertama melapor diri di pejabat baru. Pagi2 jumpa semua bos2 di sini... kenalkan diri secara ringkas... mintak tunjuk ajar... almaklumlah, kita baru lagi.

Baru dari segi kerja pengurusan, kerja mengajar tu hakiki... tetap dan berpencen. Jawatan ni sementara... tak pasti sekejap atau lama.

Dari pagi sampai petang diberikan semua maklumat yang perlu difahami secepatnya... perlu ditangani sepantasnya, perlu disiapkan ikut perancangan asal... walaupun masa merancang aku tak terlibat huhuhu


Pandangan dari bilik baru....

Rasa hati... entahlah... masih blurr dan cuba untuk memahami. Harap2 bolehlah dijalankan tanggungjawab.

Wednesday, October 28, 2015

Naik keje

Setelah 3 bulan cuti bersalin, hari ni hari ketiga naik keje.

Punyalah banyak benda nak kena siapkan. Sebelum start apa2... buat checklist dulu. Takut ada yang tertinggal.



Hah... tudia. Sampai 18 list. Hari ni baru settle 3. Lagi 15. Tadi ada tambah satu lagi, book chapter pembangunan modul.

Bismillahhhh... kau mudahkanlah ya Allah...

Monday, October 26, 2015

My convocation

Alhamdulillah... akhirnya dianugerahkan ijazah doktor falsafah (teknologi pendidikan) pada majlis konvokesyen ke 55 UTM yang lalu.


Buku program


With my famili... kecuali sikecik... tak bawak sebab en zali tak dapat nak handle. Tq en Zali for all your love ... :-)


Hadiah... tqvm :-)...

Ada satu bouquet coklat dah habis dibelasah anak2.... my students siap hantar hadiah ke rumah skali dengan piza dominos lagi... tq yek... u know who u are :-D

Mak tak masuk dewan. Dah tak larat dah nak duduk dewan lama2... lagipun third time dah aku ni hihi.. Adik beradik jek datang meraikann... tq uuuooollllsss :-D

Feeling... taklah excited sangat tapi lebih kepada lega kerana dah betul2 selesai perjalanan phd aku ni.

Being a mom, wife and daughter to a single mother and doing phd is not easy. Its tough... But... its not impossible.

Alhamdulillah. Syukur atas rezekimu ini Ya Allah....

Wednesday, October 21, 2015

Wednesday, April 8, 2015

Alhamdulillah

Syukur atas nikmatmu ya Allah. Akhirnya sikit je lagi nak tamat phd aku ni. walaupun tak GOT macam pelajar lain. walaupun lebih lama berbanding pelajar lain. 


Tinggal nak betulkan format, semak abstract dan hardbound binding. mudah-mudahan takda masalah.....

This long journey teach me a lot.

Erti sabar...
Erti usaha
Erti pengorbanan
Erti kasih sayang
Erti sokongan dan bantuan
Erti sebuah persahabatan
Dan
Jangan mengalah hingga ke titisan yang terakhir...

Syukur diatas rahmat dari yang maha Esa. Alhamdulillah...

Wednesday, September 3, 2014

berdebar

Minggu ni rasa serba tak kena. Buat apa semuanya tak menjadi. Padahal nak siapkan slide pembentangan jek. Bukan tak pernah buat... dah jadi kerja hari-hari.

Tapi pembentangan kali ni lain.
Pembentangan untuk kajian yang dibuat bertahun-tahun.
Semua tu nak dimasukkan dalam pembentangan kurang 30 minit.
Apa nak tulis niiiiii... huhu

Semalam dapat pengesahan tarikh.. walaupun belum official.
Seriauuuu gilerrrr :(

20 hari lagi.... counting....

Tuesday, July 1, 2014

summer school di Korea

Seorang daripada pelajarku (Sarjana Teknologi Pendidikan) sedang menjalani Summer School di Korea. Ye... betul tu Korea. Dia pergi dengan sebahagian tajaan daripada UTM tau. Dia akan berada di sana selama sebulan. Kesian gak sebab sepanjang puasa ni dia kat sana, tapi kalau nak menuntut ilmu, takda halangan kannn...

Macamana nak sertai Summer School macam dia dapat tu? Cuba klik link kat bawah ni. Ada dia ceritakan langkah demi langkah kalau nak ke sana.
http://adiradhiah.blogspot.com/2014/06/proses-summer-school-utm.html

Cuma, syarat utamanya kenalah jadi pelajar di UTM dulu yea. Banyak tau kelebihannya jadi pelajar UTM ni. Kalau berminat nak sambung belajar diperingkat sarjana atau phd dalam bidang Teknologi Pendidikan, Multimedia, Online Learning, Sains, Fizik, Kimia, Matematik, dsbnya ... pm jek saya atau singgah kat laman web

http://educ.utm.my

Student aku ni ambil program anjuran Hanyang University, di Seoul. Sepanjang dia kat sana, aku ada request supaya dia share experience menerusi blog. Kenapa?
1. supaya aku dapat tahu perkembangan dia sepanjang berada kat sana
2. supaya dia dapat simpan kenangan sepanjang dia di sana selama blog dia wujud...
3. sebagai rujukan kepada pelajar lain yang berminat untuk mengikuti Summer School macam ni
4. sebagai laporan kepada penaja akan aktiviti yang beliau jalankan sepanjang masa berada di sana...

dan.... hehehe banyak jek alasan boleh bagi... :-)

 
 
Semoga dia dapat banyak pengalaman kat sana dan kembali dengan selamat serta penuh ilmu di dada. Amiinnnnn....

Notakaki : Jaga diri ye Radhiah... :)

 




Thursday, November 21, 2013

Iklan Kerja Kosong di UTM pada 19 November 2013

UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM. Tarikh tutup permohonan pada 2 Disember 2013.



Sila klik link berikut untuk permohonan secara online

https://hrfin.utm.my/smuhr/

Buat yang tak sependapat dengan sesetengah pihak seperti terasa hati. Mudah-mudahan ada rezeki menyebelahi anda. :)

Sunday, March 27, 2011

pesta konvo UTM

Sekarang ni, sempena konvokesyen UTM ke 46, ada pesta skali. Malam tadi, bawak mak dengan anak2 gi tapak pesta konvo. Adik aku tukang bawak keta skali tolong tengokkan anak2 aku. Abih tu, abah diorang keje malam.

No 3 memang jarang keluar malam. Ni kiranya first time.

No 1 dan No 2 jek yang susah sket nak control. Asyik ilang jek kat gerai2 baju dan barang2. Pastu, asyik2 mintak mainan jek... bola, belon, segala benda dia nak.

Beli jeklah... skali skala :)

Diorang dapat jumpa Upin & Ipin ... sukanya bukan main.


Yang penting, tokmak dengan mak diorang dapat tudung dan seangkatan dengannya yang memang dalam planning nak beli :)


Singgah makan kat sana, order bakso... nama bakso... hantar bakso... rasa... mihun sup tulang :) Takpalah....

Sapa2 kat Johor Bahru tu... jomlah singgah. Ada lagi sampai 28 Mac ni. Selalunya, hari last... lagi seronok. Banyak gerai buat jualan murah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...