Monday, October 7, 2013

Main air di Gambang waterpark

Oleh kerana dah sampai ke UMP Gambang, adalah rugi kalau tak singgah mandi di Gambang Waterpark. Kitorang pergi 2 famili dalam pukul 3.30, selepas majlis konvo adik aku selesai.

Gambang waterpark ni depan betul dengan homestay yang kami tinggal ni. Bakti Homestay, Lorong GD 24, Taman Gambang Damai. Kami sewa satu malam RM200. Ada tiga bilik, alhamdulillah selesa kami sekeluarga stay kat sini. Nak makan pun senang... kedai makan dekat je. Ini kali kedua kami sekeluarga stay dekat sini.

Posing depan homestay :)

Sambung balik pasal waterpark, nak masuk kena bayar RM 28 dewasa, RM 18 kanak2. Tapi, ada diskaun untuk famili. Kalau Rabu, diorang kata ada diskaun. Cuba2 lah tanya.

sila abaikan saiz tangan... tuan punya sedang berusaha menguruskan badan ;)

Kalau famili yang ada anak macam aku ni... this place was aweeesooomeeeee. Tapi kena hati2 juga yek. Airrrr.... Bagi yang suka thrill... bolehlah naik yang tinggi2. Aku dan en Zali stay kat area kids jeklah. Janji dapat main air... dan anak2 having soooo much fun :)


Kami tak sewa boya pun... mandi kat area kids tak perlu pun. Air dia paling falam 0.6 meter. Kalau bahagian yang lebih dalam, lebih besar dan berombak... mungkin perlu. Oleh kerana my sis preggi, jadi dia tolong jaga bag while we take care of the 7 boys together dengan suami dia. Havoc giler. Jadi, tak perlu sewa tempat letak bag. Rezeki kami, tak ramai pulak yang mandi masa ni ....

2 jam dalam ni, rasa macam nak cramp kaki. Tapi budak2 langsung tak reti penat. Kalau nak spend the whole day kat sini, dia buka pukul 10.30 hingga 6.30 jek tau.

Lepas mandi, budak2 dah lapar... makan dalam ni mahal sikit. Tapi, kami tak bawa makanan. Actually memang tak boleh bawa masuk pun. So, kami beli jugak buat alas perut sebab nak balik homestay ... makan. Kitorang keluar tepat pukul 6.30. Sessuaiiii....

Saturday, October 5, 2013

konvo di UMP Pahang

Hari ini, aku dan keluarga berada di Gambang, Kuantan Pahang untuk meraikan adik bungsu kami yang memperolehi Ijazah Bioteknologi di UMP Pahang. Kami berkonvoi 4 kereta dan menginap di sebuah homestay berhadapan dengan Gambang Water Park. Alhamdulillah, rumahnya besar dan selesa. Dalam 10 minit dah sampai ke UMP.


Adik aku sesi pertama, 5 Oktober 2013. Pukul 7 pagi dia dah kena lapor diri. Keluarga yang nak masuk dewan daftar pukul 7.45 sampai 8.15. Aku, mak dan adikku dapat masuk dewan. 3 orang dibenarkan masuk dewan. Tak berapa masalah sangat sebab banyak kerusi kosong. Dewan besar sangat...


Sesi pertama ada anugerah Ijazah Kehormat. Bekas Rektor KUKTEM yang juga bekas Timbalan Naib cancelor UTM tahun 1991 hingga 1997 diberikan penghargaan. Hebat UMP, dalam 10 tahun perkembangan, banyak yang telah dicapai.

Lepas tu, as usual graduan bermula dengan Phd, Sarjana dan kemudiannya Ijazah mengikut fakulti masing- masing. Sesi pertama ni, graduan dapat ijazah daripada Tengku Mahkota Pahang tau. Terima kasih Tuanku.



Tahniah kepada semua graduan especially my beloved sister. All the best for your future undertakings... ;)

My lil sis with my mum ... muahhhhss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...