Thursday, December 31, 2015

Pukul 3 pagi

No 4, 2-3 hari ni bangun pukul 3 pagi... ajak main. Mak dia dah letih dok mengadap beribu data dalam microsoft excell. Setiap kali proses ambil masa 10 minit nak siap. Dah tgh malam baru dapat tidur... sekali pukul 3 dia bangun pulak.



Bila dah pukul 5 lebih... barulah dia nak tidor balik. Punyer nyenyak dia tidur. Mak dia dah kena siap nak gi keje.

Adoi... nasib baik dapat jugak siapkan kerja. Hujung2 tahun ni banyak nak kena siapkan. Rasa macam nak tidur bawah meja 8-(

Wednesday, December 30, 2015

Jaga malam

No 4 sekarang bangun pukul 3 pagi... ajak sembang. Ajak main. Taknak tido balik.



Mengantuk betul bila sampai ofis. 8-(

Thursday, December 24, 2015

Pantang lepas bersunat

Susah juga rupanya nak jaga budak lepas bersunat ni... makan tu taklah masalah sangat. Aku pantang yg gatal dan boleh bawak menanah jek macam ayam, seafood dan telur. Abah diorang pantangkan ais... tak sure pulak kenapa.

Makan hari2 nasi lauk ikan jek... ikan sup, ikan kicap, ikan goreng, ikan singgang dan yg sewaktu dengannya. Semalam belikan burger ikan.

Yang susah tu time tidur. Oleh kerana dia dah tak rasa sakit... jahitnya dah agak kering, dah mandi pun masuk 2 hari ni... so diorang tidur ikut sukati jek. Hari kedua lagi No 1 dah tidur mengereng. Malam tadi, agaknya kuping tu nak tertanggal... tapi belum betul2 kering lagi... so bila bergesel... berdarah semula.

Risaunyer aku rasa... janganlah memanjang berdarah dia huhu... cemas dah ni. Diorang boleh buat selamba jek... lepas dah kesat darah dan sapu krim, sambung tidur semula mengereng!!

Bila aku tegur dia jawab apa tauuu...

Tak sakitlah makkk...



Nak nangis :’-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...