Showing posts with label Alif Izzudin. Show all posts
Showing posts with label Alif Izzudin. Show all posts

Tuesday, March 5, 2019

Sabar wahai ibu

Semakin anak-anak membesar, semakin banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Ilmu keibubapaan bukan sesuatu yang boleh diperolehi dengan mudah. Baca 10 buku sekalipun tak sama bila kita berdepan dengan masalah anak sendiri.

No 1 dah tingkatan 2. Remaja yang banyak kehendak dan kemahuan. Walau dia tau apa yang baik dan apa yang buruk, tapi sentiasa dia akan tewas juga bila melibatkan hiburan dan kawan-kawan. Pada masa ini, cabarannya adalah nak suruh belajar. Susah sangattt ... kalau buka buku 5 minit, dia rasa dah lama sangat. Tapi, kalau main game, sejam dia kata sekejap >__<

No 1 dengan adik dia No2. Cer teka mana 1 hihi

Last year, No1 ambil peperiksaan SDKA di sekolah agama. Kelas cuma hari sabtu je setiap minggu. Setiap pagi nak suruh ke sekolah ... macam - macam alasan. Asyiklah aku naik darah dan akan membebel sepanjang perjalanan hantar dia ke sekolah. Kelas start pukul 8, tiap-tiap minggu dia sampai 8.30 haihhhh. Ulangkaiji betul-betul masa nak peksa je.

Sudahnya, peksa tak dapat apa-apa pangkat. Dapat sijil lulus je. Dia tak sedih pun, aku yang bengkak2 mata. Nak ambil peksa semula tahun ni, dah susah sebab dia ada tuisyen.

Tapi, bila hari ni buka facebook dan baca cerita rakan yang jaga suami sakit daripada tahun 2017 yang masa tu terlantar atas katil sampai skang ni dah boleh jalan sendiri dan mula ingat sikit-sikit, hati jadi sedih. Sabarnyalah beliau. Kenapalah aku merungut pada hal kecil macam ini...masih banyak masa untuk bimbing No 1 menghadapi masa depannya.

Image result for sabar

Semoga boleh ku didik hati ini menjadi lebih sabar mendidik anak-anak untuk masa depan mereka yang cemerlang. Astaghfirullahaladzim....

Thursday, November 30, 2017

Keputusan UPSR No 1

Banyak dah berlaku dalam beberapa bulan ni. No 1 tahun ni ambil UPSR. Dari awal tahun aku dan En Zali masukkan di ke pusat tuisyen untuk bantu dia study. Almaklumlah... sekarang ni salan semuanya KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Dalam masa yang sama, dia ada kelas tambahan dengan cikgu2 sekolah setiap hari ( sampai 2.30) dan sabtu setengah hari. Terima kasih buat cikgu2 yang sanggup tinggalkan keluarga untuk anak didik masing-masing.

Alhamdulillah .. No 1 dah habis UPSR dan dah dapat pun keputusan. Dia dapat 2A, 3B dan 1C.Dia sedikit kecewa sebab Sains tak dapat A sedangkan masa percubaan, markah Sains dia paling tinggi. Tapi, sekejap je sedih dia tu. Bila dan pujuk, nasihat supaya usaha lagi, pesan supaya bersyukur kerana dapat juga 2A dan bagitau bahawa perjanalannya masih jauh ... Ok dah.

Balik bawa dia gi makan Boat Noodle ... lupa dah dia  hahaha.


Kadang2 kita takut anak kita menangis bila mereka gagal mencapai apa yang mereka impikan. Sedangkan kejayaan kita hari ini adalah kerana kita pernah menangis akibat kegagalan kita satu masa dulu. Apalah salahnya melihat orang lain naik pentas kerana usaha mereka... motivasi buat kita untuk jadi lebih baik.

Sekadar pandangan peribadi. Jangan viral pulak hihihi.


Friday, November 28, 2014

cuti sekolah

Dah seminggu sekolah cuti. Oleh kerana setiap hujung minggu sentiasa penuh dengan agenda... balik kampung tengok mak mertua yang operate, outstation atau kerja... maka tak perasan dah seminggu cuti. Minggu ni, abah diorang decide tak balik kampung. Kesian pulak tengok budak 3 orang tu dok rumah jek tak gi mana2. Mungkin sabtu nak bawak gi themepark... tengoklah macamana...

Semalam, khamis, balik keje awal. Balik suruh diorang tidur kejap, pastu bawak gi daftarkan No 3 ke childcare yang baru. Tahun depan dia akan tadika di tempat yang sama... Baik cikgu dia. Aku siap kata, takpa cikgu... marahlah kalau dia buat perangai... supaya dia jadik manusia.

Pastu, bawak singgah hutan bandar. Main sampai berpeluh-peluh. No 3 pnyer bau.... perghhhhh. Ada pulak jumpa kawan sekolah dia... tu yang bukan main seronok lagi tu.... yang baju putih lengan biru...

Walaupun kejap... seronok sangat diorang.


Pas habis main... bawak pi makan pizza hut. Mak dia bawak RM50 jek... maka makan sila tidak berlebih-lebih okei.... ala... budak2 makan banyak mana. Mak dia ok jek... i kan dietttt :p

Thursday, November 20, 2014

hari anugerah cemerlang... No 1

Pertama kali setelah sekian lama, Sekolah di kawasan aku ni buat majlis Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun yang sama peperiksaan. Selalunya dibuat pada tahun seterusnya semasa mesyuarat PIBG. Dan sejarah juga, No 1 naik pentas...

Macam tak percaya...

Dalam dewan... tengah dengar guru besar berucap...

Buku Program

No 4 aliran tahun 3, terbaik matematik.

He improve a lot... feeling sooo proud

Saturday, August 2, 2014

birthday no 1

Semalam (1 Ogos 2014) merupakan hari lahir No 1. Oleh kerana raya, dan kami adik beradik berpakat untuk ke rumah kakak aku no 2, makanya adik2 plan untuk buat barbeque. So, terus mintak mak buat sikit doa selamat untuk dia... dan belikan kek.

Pagi2 lagi dah janji dengan adik2 untuk beli ayam, daging, sotong dan udang untuk diperap. Dlam pkul 10 adik aku sampai... lambat sebenarnya tapi biasalah... bila malam raya ada sedara datang umah... nak bergerak pagi2 adoi letihnyaaa...

Kitorang beli kat pasar ... ayam beli bahagian yang nak aja... peha, kepak dan thigh. Daging tak jadi. Sebab takda daging baru. Cuma, tersilap sikit.. sepatutnya beli udang dengan sotong lebih sikit. Aku beli sekilo jek... tak cukup rupanya hihihi... ( next time kena beli 2 @ 3 kilo untuk udang dan sotong dan beli ayam dalam 3@4 ekor). Lepas tu terus singgah AEON big untuk beli bahan2 lain macam sausage, crabstick, sos dan lain2 lagi. Bila dah sampai AEON... maknanya lamalah sket, sekali terbeli coklatlah... sabunlahhh... beraslah... telurlah nasib baik pengikat langsir takda stok hehehe. Dalam pukul 12 lebih baru sampai umah, basuh ayam, siang udang dan sotong dan perapkan semua sekali... simpan dalam fridge...

Start bakar arang lepas maghrib. Dalam lepas isya' baru start bakar udang, ayam, sausage dan crabstick. Abg ipar aku ada pemanggang besar... boleh bakar banyak2 skali jalan. Masa tu aku buat sotong goreng tepung dulu. Kakak aku ( tuan rumah) dah siap masak laksa johor. Gambar masa barbeque takda. Bz dan lupa hihihi.

Bila dah siap, semua skali kumpul makan dalam umah kakak aku. Mak buat doa selamat dan buat acara potong kek No 1.

Masa buat doa selamat...

Birthday boy tengah aminkan doa sambil mengadap kek.

Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu.....

No 1 menyengih bukan main lebar... lepas tu dapat duit raya lagi... xtra sebab birthday dia... haihhhh untunglah kau nakkkk.... mak doakan mudah2an membesar sbagai anak yang taat, saleh dan beriman kepada Allah... aminnnn

Alhamdulillah... semua makanan tak berbaki... resepi perapan yang kami try kali ni memang sesuai dengan semua adik beradik... nanti next post aku share yek... senang dan Alhamdulillah sedap...

Monday, July 7, 2014

google search

No 1 dah agak selesa dengan penggunaan tablet untuk mencari maklumat dan main game. Belajar iqra', game math, ejaan jawi dan beberapa aktiviti yang positif pernah aku perkenalkan pada dia. Tapi biasalah... game jugak yang dia suka...

Tapi takpalah, aku dan en zali sentiasa control tempoh masa dia main tablet dia... selalunya dapat masa cuti sekolah je... hari sekolah no no.

Hari tu dia ada kerja sekolah Dunia Sains dan Teknologi. Nak kena cari alat yang diperbuat dari getah. Bila tanya pada aku... ter blurr plak... Jadi dia terus bukak tablet dan cari sendiri.


Jumpa pulak tu... kasut getah, pemadam dan banyak gaklah...

Anak2 zaman sekarang... hmmmmm.

Sunday, July 6, 2014

sakit mata

musim ke sekarang ni... budak2 kena skit mata.

Mula2 No 1 kena... mata putih macam ada air...tapi dia kata tak sakit. Merah sikit je.


Titikkan ubat mata... suruh gak pergi sekolah. Bila balik sekolah kebangsaan, dah ok pulak nampak mata dia.

Esoknya, No 2 pulak kena. Sekali dengan demam, ulser dalam tekak.


Mata putih dia tak bengkak, tak merah, tak gatal. Tapi bengkak keliling mata tu tak surut2 sampai malam. Bangun pagi keesokan hari baru nampak ok. Cuma demam jeklah yang tak surut lagi.

Cuaca sekarang ni panas dengan habuk... budak2 sangat sensitif. Jangan mak budak kena udahlah...

Thursday, June 19, 2014

hari sukan sekolah

Hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh anak2 ku. Hari sukan sekolah. Dari awal tahun lagi No 1 asyik tertanya2 bila akan dibuat hari sukan, sambil bagi segala tips pada No 2 macamana nak lari laju. Sebab tahun lepas No 1 menang pingat emas Larian 4x100 meter.

Seminggu semenjak naik sekolah ni, hari-hari diorang berlatih. Sekolah agama pun tak pergi masa hari Ahad dan Isnin lepas. Excited sungguh.

Jadi, aku dan en Zali cuti hari ni semata2 nak bagi support untuk diorang. Tak kesahlah kerja banyak ke, thesis lum siap ke... Hari ni hari untuk anak2.

No 2 masuk pertandingan antara pelajar tahun satu je. Tak sangka, dia menang Naib Johan 80 meter lelaki dan dapat gangsa 4x50 meter. No 1 pulak masuk lari 4x200 meter kali ni....Menang gakkkk... :)


Terima kasih buat cikgu2 yang menguruskan semua program sukan sekolah sepanjang minggu ini. Seronok sangat tengok anak2 happy, dan mak pun happy skali.
Gambar No 1 dan No 2 dengan sepupu diorang lepas habis program.

Balik umah punyalah kepenatan masing2, sampai tak larat nak gi sekolah agama.Petangnya, gi bawak diorang makan kat Restoran Kapten Steamboat & Grill. Tempat makan kesukaan No 1 dgn no 2. Mahal sket, tapi takpalah... anak-anak punyer pasal. Kan diorang dah menanggggg >__<.

Masa ni dah nak abis makan... No 1 dah start sakit perut... kenyang sangatlah tuu.

No 3 makan sikit je... dia makan steamboat.


Sedap sangat makan daging panggang kat sini.... puas hati sangat. Tempat selesa, No 3 nyanyi pun orang tak kesah hehe... kedai dia kat tepi jalan Tun Razak... berhampiran dengan Pejabat Pendidikan Negeri Johor.

Mak dah upah baikkkk pnyer... tahun depan menang lagi yer sayang hehehe...

Friday, April 18, 2014

precious moment as mother

Tajuk tak mengagak kan kan kan ... heheheh. Sebenarnya nak share cerita pasal No 1.

Apabila mengandungkan No 1, aku dan en zali masih lagi berjauhan. Bertemu 2 minggu sekali bila dia cuti selepas shift malam.Sehinggalah melahirkan, kebanyakan keperluan No 1 adalah dibawah perhatianku, nasib baik dekat dengan mak.

Oleh kerana No 1 lelaki, bimbang pembesarannya dipengaruhi oleh aku, ibu, perempuan, hingga menyebabkan dia jadi.... emmmm faham2 lah kannn... Jadi No 1 ku didik agar agak lasak, kugalakkan sebarang bicara, kuterangkan segala perkara walaupun mak selalu bising. Katanya, dia masih belum tau apa2. Malah, masa di tabika, No 1 dah mampu menyebut protein dan karbohidrat kerana sarapan pagi yang kupaksa dia ambil. Kugalakkan dia berani berbicara, mempertahankan diri jika bukan silapnya.

Alhamdulillah, dia membesar sebagai anak lelaki yang peramah, aktif, mudah berkawan dan sangat baik hati. Ciri2 baik hati itu, aku tahu datangnya dari Tokmak dia. Itu untungnya kalau cucu dekat dengan atuknya.... :)

Tapi, dia punya watak yang kelam kabut, mudah lupa, suka mengambil berat hal sekeliling hingga menyebabkan dirinya tak terurus. Kalau hilang pensel, pemadam, pembaris dan barang2 sewaktu dengannya tu... hal2 biasa .... belajar tu Alhamdulillah, tak excellent, tapi agak baik. Cuma, dia selalu rasa rendah diri kerana kononnya dia tak pandai berbanding kawan2nya yang lain. Aku tak sokong dan tak protect. Selalunya aku akan kata, "tak pandai tak apa, tapi jangan malas."

Tahun ni No 1 dah tahun 3. En zali pun dah masuk 3 tahun kerja di sini. Alhamdulillah. Semalam, ku lihat tugasan sekolahnya. Karangan Bahasa Melayu.

Walaupun hidup kami huru hara, setiap saat bising dengan hiruk pikuk perkelahian mereka ( No 1 dan 2 orang adiknya), tapi bila disaat seperti ini... aku jadi speechless. Terima kasih Ya Allah. Mudah2an dia membesar menjadi manusia berguna. Kalaupun bukan kerana ajarankunyang serba kekurangan, mudah2 an dia mendapat pelbagai didikan yang baik dari semua orang dikelilingnya ( tok mak, tok abah, guru2, mak dan bapa saudara serta kawan2 yang baik). Aminnnn...

To mothers out there, please believe that when you hope for the best, InsyaAllah you'll get it.

Salam Jumaat.

Thursday, April 3, 2014

feeling so proud

Hari ni No 1 bawak balik laporan pencapaian sekolah agama dia. Dah masuk tahun 3 sekolah, dan biasanya dia antara 10 pelajar paling lemah dalam kelas... kali ni dapat nombor 9 daripada 38 orang.


Tak tau nak citer... rasa sangattttt bangga dengan usaha dia yang dari tak kenal huruf sampai dah boleh baca jawi dengan lancar. Cuma tulis je yang lemah sikit. Iqra' pun dia dah masuk Iqra' 3. Walaupun tak secemerlang pelajar lain, bagi aku, ibu, emak, dia sangat istimewa. Dan bila kejayaan yang disangka macam ni... adoilahhhh... speechless... :)

Tuesday, October 22, 2013

Minggu anak peksa ... rasa nak nangis

Minggu ni No 1 peksa Sekolah kebangsaan dan sekolah agama sekali.
Kalau berselang minggu, ok juga.
Bila clash macam ni, susah sikitlah.
Nak paksa dia buat revision, kesian tengok dia letih sangat.
Kalau tak buat... lagilah.
Tak tau apa dia jawab kat sekolah.

Aku pun letih gaklah...
mikio menda nak study dengan dia dalam tempoh masa yang singkat
yelah... dia baru darjah 2.
Kang revise yang tinggi sangat... tak sesuai pulak dengan kurikulum dia
Revise rendah sangat... dia akan dengan bangganya menjawab "Senang je ni makkkk "

Semalam dia peksa sekolah agama ... topik Tauhid dengan Akhlak.
Tauhid katanya betul 3 soalan jek.
Macamana dia tau 3 soalan tu betul... aku pun tak sure

Malam tadi test sambung bacaan surah... banyak dia dah lupa semula
Eja jawi dia masih lagi tunggang terbalik.
Malaikat Jibril meniup Sangkakala katanyer....
aduyaiiii

Hari ni sek kebangsaan peksa BM, Agama dan Sains &Teknologi.
Malam tadi test, peralatan apa yang boleh ditembusi cahaya... dia jawab bola getah....
apakahhhh :(

Risau... tak tau kenapa
Sampai hari ni kat ofis... takda mood nak buat keje
Nak menulis... serba serbi tak kena.
Haihhhh....

takut dak ni turun kelas jek kat Sekolah Kebangsaan
Kalau tak naik darjah 3, sekolah agama tahun depan nanti... camner plak

Haiiiihhhhh

Tuesday, May 14, 2013

Trip ke Bali -Alif kena asthma

Masa hari pertama sampai ke Bali, aku terus ke Conference untuk Parallel session. Budak - budak aku tinggalkan dengan En. Zali kat bilik. Suruh diaorang tidur dulu... dah petang bolehlah mandi kat kolam atau pergii ke pantai Nusa Dua.

Dalam pukul 4, En Zali telefon, tanyakan berapa dos untuk ubat batuk No 1. Aku dah perasan dari dalam flight lagi, No 1 ada batuk sekali sekala... rupanya makin menjadi plak bila sampai kat Bali.

Lepas habis tengok sesi pembentangan, ( sesi pembentangan aku belum lagi, hari Jumaat nanti) aku naik bilik. Semua dah siap mandi, rupa2 nya baru sudah mandi kolam... sampai gigil2. Barulah masing-masing rasa lapar. Habis nasi 4 bungkus yang kami tapau balik dari Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro.

Malam tu, batuk No 1 makin menjadi- jadi pulak. Oleh kerana ubat batuk baru makan petangnya, aku just suruh dia ambil pam ventolin exohaler dan bagi ubat selsema sebab tengok dia dah mula lain macam. Lepas tu sapukan minyak vic kat dada, nampak macam boleh tidur. Dalam pukul 12 tengah malam, aku tengok batuk dia masih tak kurang, nafas dah makin laju. Terus aku bagi lagi ubat batuk, sapu lagi minyak vic dan suruh dis minum air panas kosong. Lama juga bunyi whizzing dia nak slow down. En Zali siap turun ke Lobby tanya mana nak jumpa klinik kat sini. Rupa-rupanya hotel ni ada guest clinic... hebat. Tapi kalau nak call Dr kena tunggu 1 jam baru dia sampai. Kami decide untuk tunggu dulu...Dalam pukul 1 dia boleh tidur semula... Maknanya dah ok sket

Bangun pagi, batuk kuat semula. Nampak dia bernafas laju macam orang penat. Kami terus call guest klinik. Mintak nabulizer. Masa tu No 2 dan No 3 masih tergolek atas katil lagi. Seorang nurse lelaki datang untuk nab No 1. Dia cek condition Alif dan reconfirm dengan Dr melalui telefon.


Lepas kena nab, dia terus rasa sihat. Batuk boleh keluar kahak. Nafas dah ok semula. Kos ubat 150,000 rupiah, kalau Dr yang datang kena tambah lagi 300,000 rupiah, tapi tak payah sebab nurse jek yang datang.

As usual, lepas kena nab dia akan rasa letih dan mengantuk sebab effect ubat tu. Jadi sepanjang perjalanan kami ke Kintamani macam yang aku ceritakan dalam post Trip ke Bali - Full Day Tour ke Kintamani tu dia tidur jek. Masa stop kat tempat silver dan lukisan, dia tinggal tidur dalam kereta. Lepas sampai gunung Batur barulah dia boleh bercakap dan mula merepek yang bukan- bukan serta mengajak adiknya gaduh dalam kereta. Takpalah nak, asal kau sihat... bolehlah mak sambung tour ke Jimbaran... kalau tidak... balik hotel sekarang heheheheh.

Gitulah ceritanya...

Wednesday, September 26, 2012

Makanan mengenyangkan

Hari ni aku tak keje... ada appointment dengan doktor di Hospital Sultanah Aminah. As usual, menunggu yang lama.. Balik rumah, oleh kerana amik darah, badan akan rasa letih... tidurlah ubatnya :) No 1 balik sekolah agama dalam pukul 4, aku suruh dia tidur dulu. Kalau tak, maghrib jek dia dah ngantuk. Bangun tidur, dia mengadu lapar...
Aku  : Kan tok mak bagi duit gi sekolah agama tadi..beli apa?
No 1 : Beli aiskrim
Aku  : Tadi kan tak sempat makan nasi, kenapa tak beli makanan 
       yang mengenyangkan?
No 1 : Saya ingat aiskrim tu mengenyangkan...
Aku  : &%$#??

Sunday, July 29, 2012

Kisah No 1 berpuasa

Nak cerita pasal No 1 pulak...

Yang si abang ni pun puasa. Alhamdulillah
Tapi banyak sungguh kerenahnya.

Kalau hari sekolah, masa balik tengahari tu memang banyak sungguh dugaannya.
Van sekolah dia ada jual aiskrim...
Manalah tak tergugat iman dia.
Hari pertama sekolah dalam bulan puasa, dia buka puasa dengan aiskrim makcik van sekolah tu. Padalahal aku tak bagi duit belanja. Ada pulak kawan dia belanja.Rugi2...

Satu hari dia mandi selalunya 3 kali, pagi sekali, tengahari sekali, balik sekolah sekali. Dalam bulan puasa ni... dia tambah 1 kali lagi mandi... petang sebelum buka puasa.
Layan jeklah nak oiiiii.... janji ko puasa ...

Kalau hari tak sekolah lagi haru...
Pagi lagi dia dah membebel laparlah... hauslah...
Nampak roti kosong pun nak...
Padahal kalau bukan bulan puasa... tak maunya dia...
Aku guna pendekatan, buat tak layan jek. Kadang2 aku bebel balik lah.... dah namanya mak kannn :)

Masa dia balik sekolah makan aiskrim (hari ketiga puasa) ... aku denda tak bawak pergi bazaar ramadhan.
Tapi aku tapau air kotak untuk dia.... Dia minum lepas adik2 dia minum.
Adik aku siap denda dia tak boleh tengok kartun sebab tak puasa...

Sampai hari ni, dia dah puasa 7 hari... kurang sehari berbanding adik dia.
Oklah jugak...
Harap2 dia dapat bertahan sampai ke hujung puasa...Aminnnn

Saturday, November 19, 2011

Amik report card pulak

Semalam amik report kad No 1.
Aku dan suami expect, dia memang tak perform.
Sebab, Masa dia peksa tu, langsung aku tak buat revision dengan dia.
Abah dia pun baru jek latih baca dengan dia.
Makanya... aku memang sangka dia dapat keputusan bawah PAR.

Tapi, Alhamdulillah... Taklah cemerlang, tapi 3 subjek dapat A.
BM, Matematik dan Sains. Subjek English dan Agama, ada masalah sket.
Agama tu memang aku dah agak dah... dia main hafal jek huruf.
Tulisan pun macam2 bentuk keluar...
Tapi English tu... 3 mukasurat belakang... dia tak jawab langsung.
Kalau tak... mungkin dia boleh dapat lebih baik.
Patutlah dia ada cerita yang teacher dia marah lepas habis jawab peksa ari tu.
Mesti pasal jawab tak abislah tu... haihhhh

Tapi, syukurlah. Harap ujian dioagnostik hari ni... dia dapat buat macam peksa hari tu.
Tak dapat masuk kelas pertama pun takpalah...

Thursday, November 17, 2011

Persepsi negatif

Dalam dunia sekarang, semua orang semakin pandai
Almaklumlah... ilmu dihujung jari

Siapa pun boleh bercerita tentang kesihatan, pendidikan, kewangan...
Asalkan rajin mencari maklumat...

Cume... kadang2 apa yang kita tahu bukanlah knowledge
Macam kita kaitkan kuat makan dengan lemah pencapaian akademik
Atau kaitkan warna kulit dengan jenayah
Atau kaitkan jenis tadika dengan pencapaian anak...
Hanya persepsi...

Kadangkala, terasa hati
Anak aku belajar ditadika kemas
Orang nasihatkan aku... Jangan kedekut kalau nak anak pandai

Bodoh ke anak aku sebab belajar di Tadika Kemas?
Hanya sebab yuran murah sahajake sebabnya aku hantar anak di Tadika Kemas?
Semalam di konvo mini... ada wakil pelajar berucap dalam bahasa Inggeris
Memang bukan anak aku... tapi anak itu belajar di Tadika kemas...
Bodoh ke dia?
Kedekutkah ibunya?
Hmmmmm............

mini konvo tadika kemas

Semalam aku cuti. Pergi mini konvo No 1.
Semua tabika di Parlimen Gelang patah konvo skali.
Meriah betul, buat kat dewan persada.

Ada speech (as usual), persembahan silat, tarian dan coral speaking.
Dan ending with penyampaian sijil.
Hujung2 agenda, Chicky KFC masuk buat game.
Riuh rendah dibuatnya...

Seronok, sebak, ... letih.
Gambar kat kamera adik, nanti kalau aku dah transfer, aku upload ekk....
Nanti cite lagi...

Friday, November 11, 2011

Ujian DIagnostik Tahun 1

No 1 dah dapat surat untuk menghadiri ujian Diagnostik tahun 1.
Maksudnya, ujian samada anak kita layak dok kelas A atau dok kelas belakang.
Senang nak kumpulkan pelajar lemah dan pelajar pandai dalam kelas yang sama.

Ujian tu akan dibuat pada 19 Nov 2011.

Hmmm.... masa peksa tadika... aku tak risau sangat.
Tapi ujian ni rasa berat sket.
Sebab, kalau No 1 dapat kelas belakang, persepsi guru ada bias sikit.
Nanti, dia tag semua pelajar kelas tu sebagai pelajar lembab.

Masuk kelas paling depan pulak, aku bimbang gak.
Takut cikgu ajar laju sangat, sebab persepsi guru yang anak2 murid dia dah pandai.

No 1 ni kurang fokus, kuat main, kuat berangan, kuat bersembang.
Kalau kita test secara santai, dia dapat.
Kalau pressure jek sket... mulalah dia merapu yang bukan2.
Baca dah lancar, kira dah laju tapi bila ujian... habis semua hancur.
Risau betullll ....

Wednesday, November 9, 2011

exam

No 1 peksa hari ni.
Peksa budak tadika... apalah yang aku sibuk sangat kannn :)

Masalahnya, No 1 taknak pergi sekolah
Dia kata... dia takut sebab ada ujian.
Aku tanya balik ... napa malam tadi tak bagitau mak.. boleh kita buat ulangkaji sket
Dia kata... sengaja tanak cakap mak... alif takut

Masa dia cakap tu, aku realise bahawa pressure ujian ni adalah sama walau apa pun usia kita
Lepas mandi tadi aku test dia kejap...
He perform so bad... apa yang aku ajar sumernye pergi tah kemana

Hmmm... at the end, aku show balik the steps dan give him encouragement
Takpalah dia perform apa pun... I'll still love him
Suruh dia ingat semula apa yang dia dah belajar selama ni...
Dan ... apa pun dia dapat... it's ok...
His journey is still far ...

Tapi.... bila sampai kat ofis... aku yang dok termenung kehulu ke hilir...
Tak pasal2 aku plak yang tensionnnn... hiiissssshhhhhh

Saturday, October 8, 2011

Geram betullll...

Kerenah anak-anak kadang2 mencabar emosi seorang ibu.
Hari ni, aku memang rasa geraaaammmm sangat dengan No 1.
Halnya disebabkan oleh biskut ni jek...



Dia suruh aku bukakkan plastiknya.
Bukanlah susah sangat,tapi dia dah nak masuk darjah 1 tahun depan.
Banyak kali dah aku ajar cara nak bukak packing biskut atau keropok atau apa2lah.
Biasanya aku demo jek... dia akan kata faham dan terus makan.
Kali ni aku suruh dia try plak, dia kata tak reti.
Memanjang kata tak reti... geram betul.
Jadi... aku kata, kalau nak makan,cuba buka sendiri.

Tau apa dia buat???

Dia pergi mintak tolong tok mak dia bukakkan.
Rasa macam mendidih darah aku bila dia keluar umah nak mintak tokmak dia bukakkan.Umah mak aku sebelah jek...
Pastu, balik umah dan makan dengan muka tak bersalah...

Bila aku merajuk, baru terhegeh2 nak pujuk...
haihhhhh... camnerlah aku nak buat gaknyer... makin besar, makin menjadi2 perangainya... geram betullll...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...