Monday, December 5, 2011

rindu kat anak-anak

Dah 4 hari No 1 dan No 2 dok di umah tok mak dan tok abah diorang kat Muar.
Cuti sekolah ni, biar diorang spend masa kat sana.
Lagipun, minggu ni aku kena kerja kat Melaka.
Takda cuti langsung... keje siang malam.
Kat sana, abah diorang ada...

No 3 sorang je tinggal dengan aku.
Masa aku kat melaka, dia tinggal dengan mak dan pak sedara dia.
Kena gentel siang malam.
Mana anjang dia pergi... bawak ke hulu ke hilir.
Bukan main manja lagiii :)

Tapi... rasa sunyi betul.
Takda bunyi gaduh dan hiruk pikuk macam selalu.
Khamis ni, InsyaAllah baru aku dapat jumpa diorang.
Tak sabar rasanya...

Rindu :(

1 comment:

ibuhebat said...

Biasalah tu.. bila depan mata, asyik kena marah sebab nakal.. tapi bila xde baru rasa sunyi n rindu.. huhu..

jemput join GA utk ubat kerinduan ;)
http://hebatkan.blogspot.com/2011/12/kuiz-minggu-kedua-ga-1st-anniversary.html
tq...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...