Thursday, August 2, 2012

tersentuh hati

Hari ni dapat berita,
One of my friend yang sama-sama struggle untuk menyiapkan PhD kami dah bergelar Dr.
Rasa happy sangat untuk beliau.

At the same time, rasa sedih sangat sebab aku masih tercari-cari masa dan semangat untuk meneruskan liku yang tak henti2 kutemui.
Rasa sedih sangat, sebab terikat dengan perlbagai komitment yang tak henti-henti meminta aku berkongsi masa yang sangat sedikitnya ia.
Rasa sedih sangat sebab takut aku tertinggal dek kumpulan minoriti dalam kelompok staf yang semakin berjaya.
Rasa sedih sangat sebab takda siapa faham apa yang kami alami semalam menyiapkan thesis Phd ini.

Kami tiada laluan tetap.
Kami tiada peperiksaan.
Kami tiada bimbingan khusus.
Semua yang kami bina, kami kena cari sendiri bahannya, asasnya, pendekatannya, caranya, masalahnya sehingga terbinanya ia yang kadangkala tidak kukuh. Boleh rebah bila-bila masa ditegur dek panel penilai semasa pembetangan viva akhir.

Setiap kali aku sogokkan perkataan "Setiap yang berlaku ada hikmahnya",
ada juga rasa sedih mengenangkan nasib diri yang tak sama perjalanannya dengan rakan lain.
Silap aku dari awal kerana tak pandai mengurus masa... tapi masaku banyak habis kerana pelbagai masalah yang menimpa keluarga.


Entahlah... bolehke aku selesaikan penulisanku ini....
Mudah2an ramadhan tahun ini membawa rahmat kepada aku dan keluarga.
Aminnnnn

3 comments:

Ena's Stories said...

salam sis....sabo...ni la org kata susah² dulu...senang² kemudian...pape pun semoga kuat semangat dan gud luck tuk sis...

nurulizzanieadnan said...

puan norah mesti boleh. chayok2!!

Min Aina Ila Aina said...

Salam, Sis. Kita sekapal. Jadi saya faham apa yang akak rasa tu. Saya dah separuh jalan PhD tapi apepun tak buat lagi. Macam-macam yg jadi sepanjang perjalanan ni, kerap sakit, anak pun selalu sakit, dan yg paling parah mslh ekonomi. Suami diberhentikan kerja. Nampak macam masalah yang takde kaitan dengan PhD, tapi sebenarnya ia sangat-sangat menganggu konsenstrasi dan momentum.

Sama-samalah kita kak, kita belum terlambat sebab kita masih ada keinginan untuk join mereka yang dah berjaya. Kita mulakan sekarang, insyaAllah boleh kejar. Kita teruskan mohon pada Allah sebab apalah yang DIA tak boleh buat?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...