Wednesday, April 9, 2014

Harinya dah tiba...

Hari ni bermulalah agenda Seminar antarabangsa Latice 2014 in Conjunction with RceeRhed yang aku jadi salah seorang ahli jawatankuasa pelaksana ( organizing comittee). Programnya 4 hari je... tapi planning daripada tahun lepas lagi tau dak...

Seminar apa? Seminar.... kalau nak tau gi website ni

http://utmlead.utm.my/latice_rceerhed2014

Seminar akan bermula hari Jumaat ni 11 - 13 April 2014 di Kuching Sarawak. Tapi hari ni ada satu workshop dan Doctoral Consortium yang dibuat di UTM. Pagi tadi start dengan workshop, petang pulak pelajar penyelidikan Sarjana dan Doktor Falsafah dari pelbagai negara bentang projek kajian mereka.

Aku tak bentang kat sini, sebab aku akan bentang dapatan Phd aku di seminar kat Sarawak nanti. Hadir untuk sokong pelajar sarjana yang aku co-supervised kat Fakulti. Bagi semangat sikit dan nak dapatkan idea macamana pulak aku nak bentang masa kat seminar nanti.

Cerita pasal Doctoral Consortium tu ada aku tulis kat sini

http://educ.utm.my/norah/doctoral-consortium-in-conjunction-with-latice-2014-conference/

Esok aku akan terbang ke Sarawak dengan en Zali dan anak2. Alang2 ke sana, nak jalan2 sekali. Nanti aku cerita ekkk....

2 comments:

NS said...

waaahhh... terbang ke sarawak pula.. best tu... semoga semua perancangan lancar dan selamat ye.. :)

Petak Bunga said...

gud luck presentation nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...